Sejarah Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan Rafizi Ramli RM1.56 Juta. Yang Lain?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
Showing 1 of 1

Sejarah Pendapatan, Harta dan Simpanan Gaji Rafizi Ramli RM1.56 Juta. Yang Lain?

Jikalau Pakatan Rakyat ada permata dan mutiara bernama Rafizi Ramli, UMNO juga ada kelibat Khairy Jamaluddin.

gaji rafizi

Hari ini, tidak semena-mena seorang ahli Parlimen yang bernama Rafizi Ramli telah mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan yang telah terkumpul sejumlah RM1.5 juta. Banyak?

Senarai Pendapatan, Harta dan Simpanan Gaji Rafizi Ramli RM1.56 Juta

Nilai aset termasuk gaji Rafizi Ramli yang bernilai RM1.5 juta merangkumi :

  • Hasil gaji rafizi dan pendapatan di sebagai Pengurus Kanan Petronas (RM25,000 sebulan) dan bonus Petronas antara 8 hingga 12 bulan yang bernilai RM300,000 hingga RM500,000. Manakala ketika menjadi Pengurus Besar Pharmaniaga Rafizi Ramli menerima gaji dan pendapatan RM32,000 sebulan dan menerima bonus 3 bulan bonus. Dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli menerima RM15,000 sebulan (RM195,000 setahun)
  • Amanah Saham Bumiputera (ASB) : RM212,000
  • Tabung Haji : RM464,372
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja : RM644,909
  • CIMB : RM15,627
  • Saham Boustead Holdings (100 unit) : RM500
  • Nilai serahan polisi Insuran Pridential : RM29,936
  • Kondominium Bukit Antarabangsa : RM322,000
  • Kereta Honda Accord : RM126,000 (nilai semasa)
  • Kereta Honda CRV : RM130,000 (nilai semasa)
  • Kereta Honda Civic : RM15,000

Berita Semasa bersetuju dengan saranan Ketua Menteri Idris Haron selepas sahaja Rafizi Ramli mula mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan yang dimilikinya. Kata Idris Haron seseorang ahli politik sepatutnya mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan ketika hari pertama bergelar ahli parlimen contohnya dan sekali lagi selepas 5 tahun selepas itu.

Dan juga Idris Haron sarankan supaya bukan sahaja harta Rafizi ramli didedahkan, malah harta isterinya juga perlu didedahkan kerana kebarangkalian Rafizi menggunakan nama isterinya untuk sesuatu aset lain tetap ada.

Cadangan dan saranan yang bagus. Mungkin Idris Haron boleh tunjukkan contoh dan tauladan kepada ahli parlimen yang lain bagi mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan anda pula? Mungkin akan menjadi ikutan kepada yang lain pula?

P/S : Aset dan gaji Rafizi sudah. Berita Semasa ternanti-nanti pengumuman pengistiharaan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan daripada Najib Razak, Bung Mokhtar Radin, Khairy Jamaluddin, Tony Pua, Nurul Izzah Anwar dan juga Khalid Samad pula. Bagaimana?



Showing 1 of 1
Share.

57 Comments

  1. walaupon harta banyak tp berjiwa rakyat..kalau rafizi dah 1.5 juta..agak2 najib bape ya???

  2. Memang berani pemimpin PR ini….kepada Idris Haron jangan hanya pandai berkata2 sila buat apa yang anda cadangkan kalau berani.

  3. Mane berani geng2 umno ni..semua kecut telur..cakap je berapi..puii..

  4. rakyat marhaen on

    Kami Rakyat Malaysia ingin tahu berapa perbelanjaan diperuntukkan oleh keluarga YB Anwar Ibrahim untuk membayar kos guaman kepada 14 orang peguam? Adakah percuma? Adakah ada diskaun? Adakah overcharged? Dari mana wang digunakan untuk membayar 14 orang peguam? Aset peribadi? Derma VVIP? Akaun bank luar negara yang disimpan sejak berpuluh tahun dahulu? Mohon penjelasan pimpinan parti KeADILan berhubung isu yang berbangkit ini.

  5. akaun bank swiss pilihan syaitan on

    Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli tidak mendedahkan simpanan wang peribadinya di akaun bank luar negara. Bohong jika kata tiada. Sedangkan ada nilai aset bersih di Malaysia RM1.56 juta. Entah berapa wang yang disembunyikan di akaun bank luar negara. Taktik keji ini normal kepada golongan berpendapatan tinggi. Mengalirkan wang ringgit ke luar negara. Jangan hairan kenapa ekonomi Malaysia jatuh jika wang ringgit sentiasa keluar negara, disimpan di akaun bank luar negara Swiss, Luxembourg.

  6. harta aku adalah ciput tu pun kena istihar juga tapi depa ni yang duit harta yang banyak takut nak istihar pulak . ini sudah macam paba ketam

  7. 14 orang peguam tersebut adalah kawan2 rapat anwar dan belas ihsan dari parti dap yang memang ramai peguam handalan. Orang kafir lebih baik dari orang islam, tak mahu nak aniaya sahabat sendiri berbanding orang islam beria-ria buat tuduhan dan fitnah kejam terhadap saudara sendiri. Mustahil cuma anwar sahaja yang dipenjara si sepul kunyit rilek je duduk rumah makan minum jenjalan dengan bini purak2 menderita konon…..Puak2 umno ni memang keji dan hanya tahu buat lucah. Kejam terhadap saudara islam sendiri, mengaku perjuang islam dan melayu padahal menjahanam orang islam lagi ada la, selama pemerintahan 50 tahun lebih ni maksiat dan agama islam dicampur aduk sekali atas nama masyarakat majmuk padahal nabi muhammad memerintah masyarakat madinah berbilang kaum dan agama ok saja perintah berlandaskan hukum islam dan hudud.

  8. kalau semua menteri istihar harta tak mustahil najib tersenarai org no1 terkaya di malaysia..kalau dah rosmah boleh simpan duit nafkah sbg bini najib beli cincin berjuta, handbag berjuta, tak mustahil harta najib boleh bayar hutang negara. sebab tu mereka takut istihar harta.

  9. ini baru ahli politik tak putar belit , malah tak rasuah .
    kalau rafizi nak kaya raya tak yah lah berhenti baik terus kerja dgn gaji berpuluh ribu lagi baik jadi pembangkang bukan gitu wahai rakyat yg masih bodoh dan buta hati!!!!
    demi rakyat rafizi bermula dari bawah dalam politik utk siapa???? rakyatlah yg diutamakan.
    rakyat kalau ada harta begitu belum tentu nak berhikmat demi rakyat hanya ckp lebih byk putar belit hanya penting diri je……!
    rafizi lah contoh yg terbaik dan berani bertaruh maruah demi malaysia yg tercinta. ckp ada bukti bukan ikut sesuka hati malah terbukti kata2nya benar sehingga mrk tak senang duduk ….kalau tak awal dah msk penjara .

  10. ini baru ahli politik tak putar belit , malah tak rasuah .
    kalau rafizi nak kaya raya tak yah lah berhenti baik terus kerja dgn gaji berpuluh ribu lagi baik jadi pembangkang bukan gitu wahai rakyat yg masih bodoh dan buta hati!!!!
    demi rakyat rafizi bermula dari bawah dalam politik utk siapa???? rakyatlah yg diutamakan.
    rakyat kalau ada harta begitu belum tentu nak berhikmat demi rakyat hanya ckp lebih byk putar belit hanya penting diri je……!
    rafizi lah contoh yg terbaik dan berani bertaruh maruah demi malaysia yg tercinta. ckp ada bukti bukan ikut sesuka hati malah terbukti kata2nya benar sehingga mrk tak senang duduk ….kalau tak awal dah msk penjara …..

  11. bodoh betul la kau ni. harta yang tak isytihar tu kalau diketahui akan jadi milik KERAjaan kalau ada.

  12. Permainan orang politik. Yg istihar tu yg detectable saja. Yg sah2 atas kertas dia punya nama… yg pakai nama org lain??? Takkan takdak bisnes kot…
    nampaknya orang politik ni kaya2… byk harta… cuma kalau boleh dan ada kelapangan orang politik ni muhasabah diri… apakah kekayaan yg dimiliki itu datang setelah ada jawatan dlm politik atau memang dah asal kaya iaitu keturunan orang ada2. Muhasabahlah dgn jujur. Jgm menipu diri sendiri. Sebab kebanyakkan orang kaya samada dikampung2, bandar2, negeri2 atau negara adslah mereka yg terlibat dgn politik ataupum ada hubungan dgm politik.

  13. Dah dia isytihar tu dah ok. Tak sabar ni nak tunggu pemimpin umno isytihar harta.
    Kak jat ada lembu.
    Noh omar ada udang.
    Rahim thamby chik ada video lucah.

  14. Kena isytihar juga harta atas nama isteri, anak, mak ayah, adik beradik, macam yang penjawat awam kena buat 3 tahun sekali tu.

  15. Rasanya majoriti rakyat Malaysia tak mampu nak isytihar harta, isytihar hutang boleh la.
    1. Kad Kredit
    2. Personal Loan
    3. PTPTN
    4. ASB
    5. Hutang Rumah
    6. Hutang nak masuk MLM
    7. Pajak gadai/Ar-rahnu

  16. kita tunggu & tengok apa jawap balas si idris haron. sudah masanya yang mencabar jadi tercabar…

  17. xyh le sibuk2 sal harta mak ayah isteri..wat permulaan isytihar harta diri sendiri dulu…ok le rafizi berani..soal dia tipu atau tak, blakang citer..yg penting, da ada org bukak jalan…langkah seterusnya, tggu je ler sape yg brani…pastu baru kita leh mtk isytihar harta proksi dia plak..satu2 le

  18. betul tu Mr. X. mamat nie ==> Ketua Menteri Idris Haron buat dulu apa yg dia cadang sblm suruh org lain buat.
    ada berani?

  19. Nanti kalau nak isytihar harta atas nama isteri pun boleh.
    Kita mulakan dengan beg tangan dulu.

    1.Berapa beg tangan isteri rafizi berapa beg tangan isteri ds najib.
    Ada berani.

  20. Pemerhati Muda on

    1. Suka tengok bila En. Rafizi yang kuat menghentam kerajaan mempunyai saham di kedua-dua cabang pelaburan KERAJAAN yang sentiasa dikutuk dan dikecam dengan hebat iaitu AMANAH SAHAM BUMIPUTRA dan TABUNG HAJI yang BERNILAI RM 676,372 iatu hampir 43% daripada jumlah pelaburan beliau.

    2. Untuk pemerhati yang beragama ISLAM, terdapat sejumlah RM 212, 000 dilaburkan untuk pelaburan saham yang kebanyakkan dipertikaikan dengan status “KERAGUAN” pada kebanyakkan ulama-ulama Islam di Malaysia.

    3. Dengan pelaburan yang diusahakan oleh kerajaan PERSEKUTUAN ini, RAFIZI walaupun telah menghentam kerajaan, beliau telah dengan mudah mendapat keuntungan DIVIDEN dan BONUS masing-masing bernilai (8.5%-ASB) dan (8.25%-Tabung Haji.

    4. Yang menariknya, sebagai kiraaan mudah, pada tahun 2014, Rafizi berjaya medapat (BONUS + DIVIDEN) hasil kepandaian pengurusan kewangan KERAJAAN yang dikutuk berjumlah (8.5% x 215,000 = RM18,275 – ASB) dan (8.25% x 464,272 =RM 38,302).

    5. Jadi sepanjang tahun kewangan 2014, selepas sepanjang tahun En. Rafizi memburukkan segala macam pelaburan kerajaan, En. Rafizi mendapat keuntungan sebanyak ( RM 56,577).

    6. Secara mudah, hasil kutuk mengutuk En. Rafizi terhadap kerajaan BN yang memerintah, bulanan rafizi dapat ( RM56,577/12) = RM 4714.75 sebulan.

    7. Jadi secara RUMUSANnya, walaupun kutuk macam2 pelaburan kerajaan, En. RAFIZI tetap senyap2 sokong usaha kerajaan BN dengan melabur melalui TABUNG HAJI dan ASB dengan mendapat keuntungan bulanan percuma RM 4714.75.

    8. Jadi marilah kita contohi EN. RAFIZI, hentam kerajaan, tapi senyap-senyap melabur dalam pelaburan yang diusahakan oleh kerajaan BN. Sekian Terima Kasih

  21. SambalBelacan on

    …siapa mamat ni?…itu aku kurang pasti asal usulnya…walau bagaimana pun beruntunglah mamat ni memiliki harta sebanyak itu…nampaknya jurang pendapatan rakyat biasa dengan mamat ni adalah seperti lagit dan bumi…begitulah lumrah hidup didunia ini…ada yang kaya dan senang…dan jugak ada yang miskin dan susah…jangankan 1 juta, 1 ribu pun belum tentu dapat simpan mudah bagi rakyat kebanyakan…walaupun harta banyak boleh memiliki apa2 sahaja diatas dunia ini…namun kita jangan lupa dari manakah dan siapakah yang ‘memberi’ kita harta sebanyak itu…tentulah Allah yang ‘memberi’…barangkali juga Allah ‘memberi’ adalah sebagai ‘ujian’ buat sesiapa sahaja hamba2Nya…

  22. SambalBelacan on

    …bab banyak duit dan banyak harta tu bolehlah dibanggakan…tetapi bab berapa umur tu boleh hidup setakat mana…tu yang dibimbangkan…kata orang tu kalau duit bertimbun2 macam sampah, tapi umur tu pendek x panjang…pun x guna jugak…kalau mati boleh bawak harta, barangkali ada jugak faedahnya kumpul duit banyak2…

  23. Bagus duit banyak. Tapi kalau jadi penimpin jangan bertukar jadi perompak.
    Pemimpin umno kenapa senyap je.

  24. Kami penyokong atas pagar meminta yb,semua menteri bn,ahli vip umno menisytiharkan aset dan harta masing3,termasuk gaji,syer dan lain2 pendapatan mereka.

  25. SambalBelacan on

    …dalam dunia ni…mana ada kes pemimpin yang x ‘merompak’…semua sama…ingat setan2 iblis nak duduk diam ke?…

  26. Sorang je yang isytihar? Menteri, Ahli parlimen, kak jat? Volunteer please……….

  27. kita ni klu nak berparti jgnlah hukum Allah SWT kita mainkan…. sejahat2 manusia yang berlainan parti dia tu ISLAM… Janganlah menghalalkan matlamt walhal caranya salah disisi agama… Sedarlah kita bahawa org melayu sekarang sedang berpecah kerana perbezaan warna yang diminati bukan atas dasar agama…. Ingatlah bala yang diturunkan bukanlah pada seseorg sahaja akan tetapi kita semua umat manusia diatas muka bumi ini yang menerima tempiasnya…. Kembalilah kepada hala tuju dan pegangan yang sebenar…. bukannya berdasar fahaman politik yang hanya diatas bumi ini.. sedih kdg2 sesama melayu bercakaran hanya berbeza fahaman politik… ccukup2lah semua rakyat malaysia… sezalim2 kerajaan yang anda semua katakan sekarang ada juga keuntunganya… kita nih dah banyak dimanjakan…. sya sedar kdg2 sya pun kdg2 xtahan dengan keadaan ekonomi sekarang tetapi semua ada dasarnya bukan untuk kepentingan peribadi…

  28. Tahniah dan berani, ini ciri2 pemimpin Melayu Islam. Mana ada pemimpin muda lain yg setelus rafizi… ini calon yg sesuai utk jd pm …
    Yg lain buktikan kejujuran, saya ingat klau yg pemuda umno mesti berlipatkali ganda banyaknya…. biasasa manusia yg bernafsu besar
    kpada :
    1. Politik (pgkat/kuasa)
    2. Duit & harta
    3. Perempuan

  29. Lelaki yg bijak berjaya memburu :
    1 pangkat
    2. Harta/duit
    3. Perempuan

  30. aku dengar ada menantu seorang ketua tuntut harta sepencarian $400 juta dari bekas suami dalam tahun 2004 dulu

  31. Seorang usahwan di Kedah sekarang telah mnjadi billionair hartanya makan 7 keturunan x habis, adik bradik termasuk ipar duai mnjadi kaya melana kerana sokongan pemimpin2 politik menaikkannya

  32. Kalau aku jdi pm aku akan gariskan tiap2 individu di malaysia hnya boleh memiliki kekayaan setakat 3 juta sahaja. Lebih dari itu semua harta dan wang ringgit dirampas mjadi milik negara

  33. Itulah kebesaran tuhan, ada org hartanya 7 keturunan x habis makan….. ada pulak org yg nk makan nasi lemak sebungkus pun x dak duit

  34. Klau aku jdi pm, semua audit harta akan dibuat serta merta. Maksima pemilikan harta setakat RM3 juta sahaja, siapa smbunyi harta mlebihi had itu akan ditangkap

  35. Bolehkah kita hidup kaya raya sedangkan jiran kita dan masyarakat sekeliling sedang mnderita kesempitan wang hidup…. Agihan kekayaan yg tak adil adalah satu kezaliman

  36. Ya Allah balaslah kekejaman & ketamakan pemimpin yg menindas dan menipu rakyat. Berikanlah ganjaran pahala kpda sesiapa yg mentaatimu

  37. Kalau kita kaya sekalipun, kita bukan boleh makan daging sehari 4 kilogram atau gula 4 kati… jadi x payahlah terlalu tamak haloba

  38. Harta Dunia on

    Kerajaan patut wajibkan perisytiharan harta semua PA secara tegas dan berintergriti. Rampas semua harta yg diperoleh secara haram dsn tgkap petualang itu ke dalam PENJARA

  39. pecacai Bn/umno x payah hujah bodoh.Tggu tengok pemimpin mrk boleh istihar harta terang2an ke tidak.Biar rakyat nampak.istihar dpn Pm buat ape?dia pon x tunjuk contoh yang baik.

  40. mak ooi banyak nya gaji beliau.. patut cakap berdegar-degar.. aku gaji Rm 4k aje
    Bila sahabat nabi kebuluran terpaksa ikat perut satu bata. mengadu kat Baginda Nabi SAW. baginda angkat baju, 2 batu tertapasa diikat .. Najib ke rafizi ke sama shj 2×5

  41. sikit je rm1.56juta. Rosmah tak ada jawatan tu pun setakat cincin dgn handbag dah lebih RM2juta, belum kira rambut dia lagi.

  42. Saya setuju pendapat saudara2 semua, kenapa beratus pemimpin2 Umno termasuk la PM , TPM tidak mengisytiharkan harta dan wang sinpanan di bank atau pelaburan2 lain seperti yang dibuat oleh YB Rafizi, ini la Pemimipin berani dengan faktanya , seorang pemimpin berjiwa rakyat. Kalau dia duduk saja di umah pun dah senang sudah ada harta 1.5 juta tetapi dia tak diam , dia melihat rakyat sengsara dan dia dapat rasakan penderitaan rakyat maka itu dia berjuang demi rakyat bukan untuk dirinya sendiri.

  43. Umat Islam di Malaysia suka menyampaikan berita yg di perolehi dari mulut org lain dan suka menokok nambahkwn c4rita yg di degarnya kalau mata kita yg menjadi saksi melihat nya dan juga telinga kita yg menjadi saksi mendengar cerita sesebuah cerita boleh lah juga kita perkatakan klu setakat dengar cerita dari mulut org lain hentikan lah mrnyebarkan cerita yg tak sahih fitnah nama nya

Leave A Reply