Pendapatan GST Malaysia Melonjak RM27 Bilion. Syaratnya Cukai GST di Malaysia Mesti 7 Peratus

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pendapatan GST Malaysia Melonjak RM27 Bilion. Syaratnya Cukai GST di Malaysia Mesti 7 Peratus

Kalau dahulu semasa blok-blok Eropah mula-mula melaksanakan GST di negara mereka, kedudukan politik mereka dan sokongan rakyat begitu goyah dan goncang sekali

gst di malaysia

Walaubagaimanapun jikalau di Malaysia pun, kurang kedengaran untuk 2-3 bulan terakhir ini pelaksanaan GST Malaysia. Dan….

Dan selepas tarikh Pilihanraya Umum (PRU) melabuhkan tirainya, “kebaikan” dan “faedah” yang membawa keuntungan besar kepada kerajaan mula dihebahkan di media-media arus perdana termasuklah peluang kerajaan untuk menambah sekurang-kurangnya antara RM20 bilion hingga RM27 bilion setahun….

gst

KLIK gambar di bawah ini: Untuk paparan yang lebih jelas

Terus terang Berita Semasa katakan di sini, yang mana kami bersetuju pelaksanaan GST di Malaysia ini, tetapi dengan bersyarat. Apa syaratnya, untuk laksanakan kurangkan cukai pendapatan aka e filing LHDN yang dikenakan di Malaysia.

Sebenarnya  memang ada “loophole” dengan sistem percukaian kita sekarang ini. Sememangnya, ia merupakan satu penambahbaikkan kepada loophole tersebut. Masalah cukai berganda yang memang ramai pembeli tidak sedar.

Apa yang kami paham memang pengguna iaitu anda semua di sini adalah orang yang menanggung cukai keseluruhannya. Pengilang, pemborong, peruncit adalah sebagai medium memungut dan membayar cukai kepada pihak kastam. Kastam pula memungut hasil cukai dari pengilang, pemborong dan peruncit yang sebenarnya di tanggung oleh pengguna.

Kami tidak membantah cukai GST di Malaysia ini dilaksanakan, tetapi seperti yang kami katakan adalah bersyarat :

  • pendapatan perkapita rakyat Malaysia mestilah dinaikkan ada kadar yang stabil bukan sahaja kepada kalangan kakitangan awam tetapi termasuk juga kakitangan di sektor swasta dengan dasar yang memenangkan seluruh rakyat malaysia bukannya satu dua kelompok sahaja.
  • Dan pada ketika itu, adalah sangat sesuai dilaksanakan cukai GST ini

Satu lagi sebelum kami terlupa, kami merasakan perlu ada penstrukturan semula kadar pembayaran cukai pendapatan individu.

Bayangkan taikun-taikun utama di Malaysia seperti kerabat Kumpulan Genting, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, Robert Kuok, Yeoh Tiong Lay bayar pada kadar yang sama dengan rakyat Malaysia biasa yang memiliki pendapatan bersih tahunan sejumlah lebih RM100,000. Logik atau tidak?

Patut atau tidak dirombak semula?

gst malaysia

Dan Malaysia inilah antara masalah yang kami perhatikan. Acapkali membuat perbandingan yang terpilih sahaja.

Apabila mahu dilaksanakan cukai GST di Malaysia mahu sama kadarnya seperti yang dipraktikkan oleh negara jiran kita Singapura. Tetapi hakikatnya cuba kita bandingkan sejenak pendapatan perkapita rakyat Singapore dengan pendapatan perkapita rakyat Malaysia sendiri?

Kadar GST di Malaysia Yang Sepatutnya?

Kami jangkakan cukai GST di Malaysia bakal dikenakan sekitar 4%. Setakat itu sahaja. Janganlah sampai mahu mengenakan cukai GST di Malaysia sehingga 7%. Sebelum mahu meniru kadar cukai GST Singapura di Malaysia, bandingkan dahulu pendapatan rakyat Singapura dan kadar cukai pendapatan yang dikenakan di sana….

malaysia gst

  • Cukai GST : Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak cukai yang anda perlu bayar (menghukum siapa yang terlalu boros berbelanja). Sukar untuk mengelak.
  • Cukai pendapatan : Lebih banyak pendapatan anda, lebih banyak yang perlu anda bayar. (menghukum siapa yang berusaha lebih).

Ramai yang terlepas tanggungjawab membayar cukai.

  • pencarum aktif KWSP Malaysia = 12.5 juta.
  • pencarum perkeso = 8 juta.
  • pembayar cukai individu = 2 juta. Logikkah? Kurang daripada 10 juta daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Menampakkan ramai yang mempunyai pendapatan tinggi lari daripada tanggungjawab membayar cukai
  • pembayar cukai individu top bracket (bayar 26%) = 40,000 orang. Satu angka yang tidak munasabah. Mana pergi beribu-ribu VVIP, Dato’ + Tan Sri dan kelompok-kelompok kaya-raya di Malaysia? Takkanlah 40,000 sahaja yang bayar cukai untuk top bracket? Mustahil?

Bagi kami sebarang perubahan/kenaikan kena ambil kira semua faktor. Dari segi ekonomi negara mungkin membantu tetapi takkan mahu diketepaikan aspek sosial rakyat begitu sahaja?

Sekarang ini apa yang perlu difokuskan kerajaan sekarang ini macam mana cara tingkatkan taraf hidup rakyat, macam mana nak lahirkan generasi (apa bangsa sekalipun) yang bijak dan berdaya saing, macam mana nak pulihkan ekonomi yang benar-benar “nikmat kekayaan negara yang bernama Malaysia” dirasai rakyat diperingkat bawah.

  • Kesan jangka pendek memanglah nampak OK sebab tambah pendapatan(katanya) negara.
  • Bagaimana pula kesan jangka panjang kepada rakyat di kemudian hari apabila “asasnya” tidak kuat?

P/S : Mungkin kita akan melihat lebih banyak tajuk-tajuk di media arus perdana selepas ini termasuklah, tajuk utama akhbar, ‘Rakyat sambut baik GST di Malaysia’ bla…bla…..bala….dan lain-lain lagi.



Share.

109 Comments

  1. Anti Kapitalis on

    pada kaum kapitalis… nak laksanakan GST tak salah.. tapi biar benar ikut kedudukan.. jgn dok hangguk jerk.. kejadah haper nye nak laksanakan GST, tapi cukai2 yg sedia ada tinggi melambung…. ini dah kira perah keringat rakyat namanya…

    kalau nak sangat laksanakan GST tarak hal, tapi turunkan tax import, cukai2 exsais kejadah semua itu dulu.. then buat laa GST…. ini GST ko tibai, tax import segala macam ko belasah lagik….

    pencacai bawahan melompat2 sokong membabi buta.. yg atas keliling dunia pegi shooping henbeg, kasut.. yg sekor gigih merembat 250 jota…
    bodo ker haper….

  2. anti parti on

    apa lagi nie…

    @70% rakyat malaysia bergaji sederhana
    (RM4,000 ~ RM 5,000/ sebulan),
    sekarang nie pun cukup makan jer (bayar kereta,
    bayar rumah dan anak @3 orang) pun sempit rasanya.
    Nak kena GST lagi..
    Kerajaan tolong lar fikir kan masalah rakyat..

  3. bab cukai banding dengan singapore, tapi bab gaji banding ngan somalia. perbandingan yang tak munasabah

  4. yagn dok kat ceruk dok kat hutan x tau ape kebendenye GST ni, yang dorang tau “bersyukurlah negara aman” “kerajaan dah banyak bantu kita”

    1. confirm dorang x tau apa itu statistik jenayah dan trend jenayah yang makin berleluasa, pastu salahkan pendatang asing, err, sape yg biarkan pendatang asing merata2 dlm Malaysia ni?

    2. kerajaan bantu? dorang cuma penjaga amanah negara, penjaga amanah rakyat, dan tugasan utama dorang adalah menjaga kebajikan rakyat menggunakan duit rakyat yg dikumpul. bukannya guna duit rakyat transfer ke akaun bank luar negara, gaji dorang pun di bayar guna duit rakyat, akai xda ka?

    sedih, selama lebih 55 tahun, BN tak ajar sesuatu yang telus dan jelas pada rakyat marhein. kalau menegur katanya membangkang. rakyat malaysia memang diasuh menurut perintah jgn melawan walaupun terang2 salah, oh Malaysiaku :(

  5. cuba kerajaan buat rangka pelan, mcm mana nak belanja 27bilion tu.
    nanti kita sama2 tengok hasilnya…adakah bela lembu dalam kondo? buat highway + kena bayar tol atau bagaimana…..

  6. pendapatan negara bakal naik 27billion? wow!
    cuba kira balik. 27billion / 27 juta rakyat malaysia. stiap seorang rakyat malaysia akn menyumbang purata rm1000 stahun. so 5tahun rm5000. brim brape ratus dapat?

  7. Inilah balasannya kalau mengundi BN…GST memang tidak salah tetapi pendapatan individu haruslah di naikan.Gaji minimum-maksimum haruslah di naikan..seandainya GST telah terlaksana pendapatan itu haruslah di uruskan dengan baik dan amanah.Rm27 bilion tiap2 tahun kalau di urus dengan baik dapat menjadikan malaysia ini sebuah negara yang maju dan rakyat yang tidak lagi hdup dalam kesusahan.

  8. golongan pertengahan on

    aku terima tapi bersyarat..gaji gomen n private juga dinaikkan,spt singapura gaji tinggi n baru gst dapat dilaksanakan dgn jayanya…
    kita tlg negara n negara tlg kita..

  9. golongan pertengahan on

    gst 7%..20-27 bilion setahun..pe kata duit tu cover minyak ron 95,diesel..
    what u give,u get back..sokong?

  10. selipar jepon on

    Nak laksanakan GST aku setuju, tapi kena samakan taraf gaji rakyat Malaysia dengan rakyat Singapura, baru la boleh cakap ‘ tiru cara Singapura ‘

  11. public says on

    GST @ 7% rate (straight away) may end up inflation although Malaysia would be able to rake in an additional income of up to RM27 billion. Implementation of GST would be considered acceptable with regards to below condition:-
    1) sales tax is removed, and personal and corporate taxes are lowered
    2) measures to be implemented gradually, such as starting the GST at 3%~4% and reducing corporate tax from 25% to 22% and eventually 20%

    The question now is when & how much %? Coz Singapore as an example, the republic’s inflation rate went up by 3% when it implemented a 3% GST, and it took the country three years to bring inflation down to pre-GST rate.

    If those above measures are not being considered by the Gov, then we’ll definitely have less disposable income. Coz for the majority of low income earner in the country, it’s all about ‘bread & butter’. People just don’t care (or much understand) bout GTP, ETP, or such bombastic craps anymore!

  12. jengjengjeng on

    Betol-Betol Betol …semakin banyak kerajaan untung semakin penyangak ketawa besar,lubuk duit lubuk duit hehehehe BR1M setahun sekali tetapi cukai setiap rakyat kena bayar,,,,pastu barangan sikit hari g akan naik pecayolah pakcik…..

  13. kalu GST ni dlaksanakan, adakah harga barang akan dikawal atau peniaga diberi ruang utk tingkatkan harga barang? yg pasti produk siap spt kedai makan pasti akan ade kenaikan harga. adakah pengilang akan m’yerap harga kos atau tingkatkan harga produk pd pengguna? mgkn cukai lain akan diturunkan tp mcm mana plak dgn golongan bawahan? pendapatan mereka m’buatkan mereka xperlu bayar cukai tp bile GST dilaksanakan, mereka dah tiada keistimewaan. banyak sgt perkara yg samar2 dlm GST ni. knp xperbaiki dulu sistem kutipan cukai sedia ada n lihat kesannye. jerung2 byk lg t’lepas. industri2 besar yg diberi kelepasan cukai mgkn perlu di’revise’ semula. kalu nak ikut sistem cukai negara bpendapatan tinggi, apakata jdkan dulu malaysia negara b’pendapatan tinggi.

  14. Tuan Tanah on

    kerajaan kena telus & jujur tunjuk dkt rakyat cara utk turunkan hutang negara..klau rm27billion nie dpt membantu turunkan hutang negara..rakyat pasti setuju tp syarat tunjuk dgn jujur mcm mana nak tangani hutang negara…rakyat perlu tahu berapa hutang negara & kemana kerajaan belanjakan…

  15. kerajaan 48% najib on

    GST ni sesuai dilaksanakan bila disposable income rakyat dah tinggi. Camne nak dapat disposable income yang tinggi ialah dgn cara2 yng dah termaktub dalam manisfesto PR. Bila beban hutang isirumah rendah rakyat mampu berbelanja lebih dan macam2 so gomenakan paw melalui gst ni..baru betul pelaksanaannya. Ini rakyat pon kais2 jer nak kena pow lagi so camner. Inilah padahnya undi BN. Padan muka korang dan aku sekali yang undi PR. Kahkahkah.

  16. anti parti on

    setuju.. PKR cuba menurun kan kos isirumah, atleast dengan turun kan harga minyak.. dan rakyat mampu berbelanja dan secara tak langsung menambahkan rakyak malaysia.. menambahkan melayu di malaysia..
    lama-lama secara tak langsung juga menyingkir kan suara-suara DAP, MIC dan MCA..

  17. melayu kene bersatu dalam seruan kerajaan dalam pelaksanaan GST…memudahkan menteri supaya x payah nak pening kepala untuk mencari medium yang sesuai untuk menjana pendapatan Negara…

  18. Penyokong Tegar BN on

    Yahoo…………Bestnya! GST 7% akan dilaksanakan seberapa segera.

  19. Penyokong Tegar BN on

    Apa nak dihiraukan sangat tentang GST tu, kan orang Melayu kaya raya berbanding dengan bangsa lain. Sepatutnya Idris Jalang syorkan kepada Najib agar dikenakan GST sebanyak 70%.

    Kebodohan orang melayulah yang menyebabkan GST dilaksanakan.

  20. garu garu kepala on

    kenekan GST pd kakitangan kerajaan dan badan berkanun saja sbb elaun dieorang tax free…loan rumah,kete peribadi interest ciput..anak2 kebanyakannya belajar di ipta…full loan…gaji tahun ni 2x naik,bonus 1.5 bulan ..tahun lepas lg mcm dapat..rakyat lain dikecualikan….!!sbb kami yg bekerja sektor pembuatan dan perkhidmatan ada yg x naik gaji 3 tahun berturut2…bonus pulak ada yg dpt ada yg x..kalu dpt pon majority tak sampai 1bln ..0.5mnth-0.75mnth…aku termasuk dlm angka 2org juta pembayar cukai…tahun lepas aku bayar hampir 2ribu untuk cukai pendapatan saja..belum lg yg lain2….come on LHDN…teluslah dlm menjalankan tugas!!

  21. garu garu kepala on

    tahu kah anda bahawa gaji kakitangan awam malaysia lebih tinggi dr gaji kakitangan awam singapura????jgn kira currency exchange..$1=rm2.4…..kira $1=rm1….mereka yg berpendapatan isi rumah $2500 layak membeli rumah berharga $250,000??mampukan kita yg berpendapatan rm2500 beli rumah rm250,000?????dan tahu kah anda yg gaji sektor pembuatandan perkhidmatan di singapura lebih 30% dr sektor awam dan semi-gov???begitu juga dgn bonus tahunan???mungkin hanya untuk golongan tertentu saja yg berpendapatan rm2500 yg dapat beli rumah..yg lain gigit jari saja….

  22. bukan semua org melayu yg bodoh,tp org melayu yg dapat habuan sebelum pilahanraya yg membodoh bodohkan kita….dia kenyang pangkah dacing lg kenyang yg menanggungnya kita..

  23. mail lambung on

    banyak lg cara untuk mendapatan x-tra rm27 billion tambahan pendapatan negara….x perlu ikut cara singapura…bukan nk condem kerjaan kita tp tak masuk akal lah…contohnya…
    1…kita boleh kenakan bayaran untuk kenderaan asing yg masuk kenegara kita sbb singapura melaksanakannya….30ribu-80ribu kenderaan singapura keluar masuk negara kita..setiap hari
    2…caj 10% lebih untuk kenderaan luar yg mengunakan lebuhraya kita…
    3…pekerja asing yg menghantar duit pulang kenegara masing2..kena goverment tax..sbb mereka tak bayar income tax…
    4…sesiapa yg membeli kete import 100k keatas harus ada surat pelepasan dr lhdn..to say you are the tax payer and you layak /mampu/beli/pakai kete tersebut…
    5…kenekan cukai 5% atau lebih pd warga asing yg berbelanja di pasaraya kita….sbb mereka membeli barangan subsidi kita..kalau nk bwk keluar..kenakan cukai yg lebih tinggi…lets say..klu dieorang dtg day-trip..boleh bwk keluar barang 100rm….lebih tax lah..
    6..larang atau kawal rakyat malaysia yg memandu kenderaan pendaftaran asing…walaupon i/c malaysia holder..nak isi minyak charge harga tanpa subsidi serta merta..well you kerja disingapura dpt gaji $$$..tapi mostly tinggal di malaysia,dan sistem income tax disingapura sgt flexible dgn adanya GST ramai yg terlepas dr membayar….
    7…setiap rakyat malaysia yg nk pergi bercuti keluar negara dikenakan cukai..klu setakat pi asean,negara jiran xpayah lah..cuma nk ke Europe,America ke ..kenakan cukai!!!banyak cantik..income tax tak bayar tp mampu holiday obersea..hihihi….
    sapa sapa ada cadangan boleh tulis atau tambah pat sini,,, mintak2 adalah org2 tertentu yg skodeng2 bawak ke parlimen atau cadangkan pd pihak berkuasa….sekadar pandangan dan cadangan aku,,,jangan marah..

  24. ini mesti gaji garu2 kepala ni 10 k sebab bayar tax pun sampai 2 k, ni pun nak salahkan k/tangan kerajaan lagi, come on lah, gaji lebih , bayarlah lebih sikit……

  25. asyik berjaga on

    kami bersetuju dgn bersyarat..pekerja swasta mesti mesti menerima gaji pokok se kurang2 nya rm900.00 sbln..jngn ade yg trtinggal..kami akn tetap berbelanja utk kprluan hdup..pendapatn kami mesti mampu utk menampung kos hidup yg semakin tinggi..

  26. orang timur on

    wow…byk duit kerajaan..
    ada pluang dpt 2bulan bonus thn ni.
    hehehehe….jgn marah.aku pun pembayar gst gak..
    harap2 la BR1M pun meningkat..
    pekmbentangan bajet2014 pun lg 4bln je..

  27. setuju!!!!! gaji 900rm tu selepas dipotong kwsp…..+elaun khas setidak2nya rm300 setiap pekerja dari kerajaan sebagai gst rellief package@untuk tampung gst so minima pekerja swasta=rm1200 dan yg bekerja sendiri kerajaan kena bg rm300 tiap isi rumah tiap bulan!!!!!dan anak2 mereka yg menerima elaun khas kerajaan ptt dapat pendidikan percuma,paling tidak lupuskan yuran/pibg dan segala sumbangan2 ikhlas merepek pihak sekolah!!…. atau tanggung buku tulis&alat tulis persekolahan….company tempat kami kerja pon kena byr gst/cukai jugak takan nak mintak bos kami..lg pun bukan bos kami yg implement,kerajaan buat kerajaan yg tanggung

  28. proPKRdownBN on

    idris jala dok sibuk menjala duit rakyat dokk..
    thanks kerajaan!!

  29. yes!!!!kerajaan akan dapat duit banyak dari org kaya kat malaysia….di beri rm1000 br1m kepada rakyat yg gaji kurang dari 4000 sebulan..rakyat berbelanja di dalam negeri…ekonomi bergerak dengan pantas dan baik…kerajaan kaya negara maju rakyat makmur…daripada orang kaya menjadi lebih kaya…berbelanja di luar negara duit kita ke luar negara ekonomi kita jatuh kerajaan miskin rakyat menderita.

  30. aaahhhh!!!manifesto PR bukan janji…..manifesto BN aku janji ditepati…baru rakyat ada konfiden!!!!

  31. salam,
    sy setuju dgn anti kapitalis!
    GST boleh dilaksanakan tetapi hapuskan cukai2 duti import dalam negara malaysia. GST cuma hanya utk menutup kelemahan pemerintah skrg yg mana tak mampu utk majukan negara n tingkatkan pendapatan kerajaan malaysia. sebab tu hutang dah samapai kemuncak sampai tiada lagi wang nak dibelanjakan oleh si pemerintah utk perbangunan negara maka GST dll seperti aes n sebagainya utk mencari wang mudah utk pendapatan negara yg bukan utk kebaikkan rakyat malaysia.
    maka rakyat yg masih tak faham akan terus memikirkan kerajaan terpaksa laksanakan utk kebaikkan kerajaan n rakyatnya demi memajukan negara malaysia.
    dgn itu bagi rakyat luar bandar n kpg taklah begitu terasa GST yg dilaksanakan tetapi pada rakyat bandar ini satu bom atom yg akan menyebabkan mrk berbelanja tinggi utk kehidupan seharian mrk kerana kita tahu dibandar harga lebih mahal dari luar bandar bagi brgan yg tertentu. contoh paling mudah kedai kopi atau restoran kerana harga makanan n minuman sememangnya malah yg kita sedia maklum.
    maka pemerintah telah gagal laksanakan tugas utk kebajikan rakyatnya sebaliknya rakyat kena tanggung lebih utk kebajikan mrk demi pendapatan kerajaan yg mana kerajaan skrg miskin akan pendapatan maka siapa yg harus bertanggungjawap ????adakah rakyat malaysia! bukankah sepatutnya pemerintah harus letak jawatan malah berilah laluan pada pihak yg mampu laksanakan tugas n bukannya rakyat yg dijadikan mangsa keadaan.

  32. parti ni parti tu on

    ala apa salahnya..lagi 5 tahun negara dah maju…gaji pun maju la..ala dulu mak bapak kita pun anak ramai…cool je org tua kita….smua ada rumah keta makan keja kampung lagi….dapat sara hidup….

  33. salam,
    yg miskin akan makin kaya malah makin senang kalau hidup dikampung kerana boleh cucuk tanam sdr kalau ada sayur atau apa yg boleh sdr dapat kan tanpa beli.
    tetapi yg makin miskin adalah mrk yg hidup dibandar sebab semuanya mahal dibandar baik rumah, makanan,tol n macam2 lg. bn bijak n semakin pandai utk ubah malaysia pada negara leboh maju, yg mana rakyat kpg semakin kaya n senang ! sebaliknya rakyat bandar semakin miskin n susuah! ini satu perubahan besar pada masa depan malaysia maka bn memang pandai memerintah negara malaysia dulu n skrg.
    tahniah.

  34. parti ni parti tu on

    tiru cara singapore tak best gst tak tinggi…tiru cara jepon gst tinggi baru la rakyat pakai selipar jepon je.

  35. dulu lain skrg lain!
    tak boleh samakan hidup kpg dgn hidup bandar!
    juga jgn lupa melayu skrg semakin kurang ada tanah dikpg malah hutang sekeliling pinggang maka mrk2 ni macammana nak tanggung lagi GST maka nilai wang semakin kecil.
    semoga kamu mampu harungi hidup yg semakin gelap.

  36. makcik felda on

    jangan takut nak dia org tipu je…GST tak sampai 7%…kerajaan luluskan hanya 4%je….tu semua propaganda nak menakut2kan je.percaya la cakap makcik.

  37. makcik felda on

    jangan takut nak kerajaan tak sekejam tu…percaya dan yakinilan BN.

  38. makcik felda on

    Betul nak gaji kalau setakat 4 5 ribu tak kena income tax…percaya la BN tak kejam…

  39. hahaha…..ini maksudnya yg separa kaya bayar lebih n yg separa miskin dapat lebih! inilah arah tuju malaysia sudah terbalik dimana dulu rakyat kampung kelihatan miskin kalau dibanding dgn rakyat bandar n skrg rakyat bandar pula kelihatan miskin kalau dibandingkan dgn rakyat kampung.
    hahaha…..tahniah pemerintah malaysia.

  40. kalau kerajaan telus tak payahlah rakyat tanggung beban hutang negara sebaliknya kerajaanlah yg keluarkan wang2 yg telah mrk ambil dari dulu hingga skrg maka mana susahnya rakyat cuma rakyat sebagai angjing bodoh tanggung kesalahan mrk lakukan .
    hahahaha…..tahniah pada rakyat malaysia.

  41. hahaha….janji ditepati …..ya betul najib memang pemimpin yg bijak pandai cuma rakyatnya je bodoh…hahahaha…..janji sini najib bagi……janji sana najib bagi…apa lagi najib tak bagi semua janji ditepati. rakyat malaysia lah yg tunaikan janji najib sebab najib bagi rakyat tunaikan! bukankah betul!
    kalau rakyat tak tunaikan macammana najib nak bagi janji tetapi bermaksud najib tolong bagi janjinya tetapi rakyatlah yg menbayarnya masih tak faham ke…….ahhahahaha…….tahniah najib.

  42. ini satu lg melayu resis, kenapa tak faham2.
    kalau ada melayu macam kamu kat malaysia ini pun malaysia tak akan maju malah mundur. cina adalah tongkatali pada negara malaysia ini tanpa cina jgn harap malaysia boleh maju sampai skrg. kenapa???? senang cerita…..berapa ramai peniaga melayu dimalaysia????? kenapa kurang peniaga melayu dimalaysia sedangkan melayu paling ramai kenapa????
    senang je…sebab melayu tak pandai berniaga malah tak mampu jalankan project besar kecuali cina maka malaysia sgt memerlukan cina utk majukan negara maka apasal kamu resis lg sedangkan kamu tak mampu nak majukan negara maka jgn lupa jasa cina pada malaysia.
    faham ……melayu yg masih resis yg tak ingat dunia ni dia punya tetapi tak mampu nak bangunkan dunia ini.

  43. makcik felda on

    terima kasih lah cik jacki….tu la dulu tak nak berjiran dengan makcik…boleh makan ubi bakar sama2…

  44. tau la kerajaaan nak bt macam ne…kita tanguk je dulu…ni belum apa dah manyalak…relak je kerajaaan tau la nak bt apa….

  45. parti ni parti tu on

    biasa la duduk di bandar semua instant!!!!apa nak di herankan kalau tak hutang tak dapat…tapi kena la cermin2 diri tu pakai semampu ada….org bandar yg lupa diri je yg bermasalah…

  46. parti ni parti tu on

    boleh kalau nak gaji macam singapura….tapi gst pun naik gak macam singapura….kalau gaji $4000 jangan nak mimpi duduk singapura…barang makan,keperluan harian,minyak segala apalah…sampai parking bawah flet HDB pun kene bayo….senang kata celik mata kat dunia sampai mati…semua duit…dah mati pun nak duit sebab tanah tak mengizinkan….jadi ada duit tanam la kat tanah itu pun dah ada penghuni…tak de duit nun tengah laut tu!!!!

  47. parti ni parti tu on

    kau kena terima hakikat yg BN menang…kalau tak boleh terima kau lari la kat indonesia ke bt sementara 5 tahun ni tgu pru akan datang….kalau kau ddk sini gak aku rasa kau jadi papa kedana nak bayar gst.

  48. parti ni parti tu on

    sebenarnya itu la matlamat kerajaaan duduk sama rata berdiri sama tinggi…tak di nafikan rakyat kampung ada yg sudah kaya dan tidak di nafikan juga rakyat bandar ada yg kaya raya tapi miskin akhlak!!!

  49. parti ni parti tu on

    tak perlu tau hutang negara berapa????kita perlu tau hutang kita berapa….sebab kalau semua kemudahan ada dan memberi feadah pada rakyat maka kerajaan tu bagus…macam kita kalau kita bayar hutang dengan bank baik maka bagus…tak kena tarik keta,rumah tak kena seal…tu kira bagus…tapi kena tau pendapatan dan perbelanjaan pulak jangan perbelanjaan melebihi pendapatan….ke laut la……

  50. parti ni parti tu on

    memang rakyat macam kau je yg bodo suka pusing fakta pahal auta….memang la akujanji di bt dan di tepati…. contoh rumah mampu milik(yg dah nyata di laksanakan bkan omong2 kosong)tak kan la najib nak bagi free….. cuma harganya yg berpatutan.tu pun kau tak bole pikir…manifesto kerajaan selangor betul ke! janji ke! bila rakyat tuntut kata manifesto bkn janji…org macam kau ni senang di gula2 dengan harge 10 sen je hilang harge diri kena tipu je itu pun masih kata pakatan bagus….tgu je nanti dah kena kencing tepat2 kat lubang hidung baru la kau org sadar…

  51. salam,
    ada komen boleh diterima ada yg tak boleh!
    sebagai contoh kalau perlancong dikenakan cukai bila beli brg kat negara maka mrk akan rasa tak senang malah mungkin boleh kurangkan pelancongan di negara ini. kecuali brgan tertentu n harga yg telah diserap dalam harga brgan utk belian pelancong sj. masalah malaysia disebabkan pendapatan negara kurang utk pembelanjaan kerajaan utk majukan perbangunan negara. malah hutang negara sudah sampai kemuncaknya maka kerajaan tak boleh lg sesuka hati ambil hutang yg boleh gugatkan negara. pemerintah negara harus disalahkan kerana tak mampu laksanakan tugas dgn baik malah salah guna kuasa n wang rakyat. skrg rakyat pula yg menangung masalah negara ini sememangnya tak adil yg mana tak mampu laksanakan tugas harus dilucutkan jawatan dulu baru kita lihat bagaimana cara yg paling baik utk rakyat n negara. malah perasuah harus pulangkan wang2 yg sebelum ini diambil dari rakyat utk kegunaan negara ini baru adil pada rakyat n negara. bukannya buat lupa langsung tak bertanggungjawap mana boleh terus perintah negara n susahkan rakyatnya.

  52. parti ni parti tu on

    kamu salah…cina yg bodo dan yg teramat bodo…berniaga besar2 sampai jadi org no 1 terkaya di malaysia tapi kerajaan yg memerintah melayu…kerajaan amik tax kumpul2 bagi kat melayu….sekarang baru nak sibuk nak kuasa…tak de maknanya…sekarang dalam parlimen pun dah tak de cina…selagi org melayu berfikiran islam dan melayu selagi 2 la org cina kena keja kuat untuk org melayu.

  53. parti ni parti tu on

    tak de maknanya harga barang turun kalau harge minyak turun…tauke2 besar cina makin kaya ada la…

  54. parti ni parti tu on

    55 tahun otak kau tu sembab tak boleh terima apa2 o…rakyat marhein konon..duduk kat bandar merimpat…tumpang glamor…rakyat marhain….

  55. sepupu tiri makcik felda on

    x sabar rasanya menanti pelaksanaan gst ianyalah sebuah janji yang di tetapi.pelaksanaan gst ini adalah kerana kerajaan mendengar denyut nadi rakyat.oleh itu semua hamba rakyat kena sokonglah gst tambahan pula hamba rakyat di seluruh malaysia tiada yang miskin dan susah kalu tidak percaya tanya pm kita.apa yang mendukacitakan mengapa hanya 4% hingga 7% saja siket sangat tu .naikan lah sebanyak 4o% hingga 50% baru lah setara dengan pendapatan hamba rakyat yang kaya raya di bawah pemerintahan tok jib kita.mane2 hamba rakyad yang x setuju elok lah berpindah kat negara lain…… x gitu makcik felda

  56. Tanpa nama on

    Terima kasih Bee Yen.Janji akan ditepati dan rakyat didahulukan. Terimakasih juga kepada rakyat yang bersetuju kepimpinan yang baru dan “berjiwa rakyat” ini.YB bijak memahami kehendak rakyat. terima kasih.PRU 14 nanti kami janji akan kaji semula GST ni. Jangan bimbang.

  57. RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!!!!!! on

    TERIMA KASIH BN, NAJIB AND LAIN2, NI KAH RAKYAT DIDAHULUKAN, ATAU?? DUIT RAKYAT DIDAHULUKAN… MACAM2 CARA NAK AMEK DUIT RAKYAT, KASIHAN LAH PADA KAMI2 YANG SERBA KEKURANGAN, GAJI CUKUP2 MAKAN JE.. KADANG XCUKUP LANGSUNG… HIDUP NI MCM2 DUGAAN, NAK BAYAR BANYAK BENDA.. SEMUA NAK DUIT.. SEMUA BEBAN RAKYAT TANGUNG… FIKIR LAH YANG PENDAPATN KURANG DARI 2000, ANAK BINI SEMUA NAK MAKAN, RUMAH LAGI NAK BELI… SEMUA 2 XTERTANGUNG DAH… SEDIH SANGAT HIDUP MCM NI.. TERSEPIT…. NAK BELI BARANG DA MAHAL… PIKIR2 LAH.. MENTERI2 XPELA SEMUA DAPAT FREE.. RAKYAT NI YANG SUSAH. KERINGAT DIPULAS ,BEBAN DIBAHU HIDUP DI NEGERI SENDIR………..

  58. Kat singapura walaupun dikenakan GST, tengok la rakyat dia berapa gaji. kawan saya dari singpura yang kerjanya kalau ikutkan gaji di sini 1-2 ribu je tapi kat sana hampir 5 ribu. tapi tengok la cukai depa banyak mana. kalau kat sini nak cukai banyak tapi gaji takat tu jugak, susah la camtu

  59. Tiada Nama on

    kerajaan seharusnya mencari pelabur luar untuk melabur dan membuka perniagaan dalam negara, bukan sekadar merompak duit rakyat dengan mengenakan cukai itu dan ini.

    tapi pelabur pun takkan datang kalau negara huru hara je selalu.

  60. Son Of Mualaf on

    jacki…. apa nak dikatakan, siapa yang berkuasa dialah yang bersuara. Jangan amalkan kehidupan yang berfoya-foya seperti mereka, belajarlah hidup sederhana. Sebagai rakyat biasa kita teruskan kehidupan ini seperti biasa.

    # Semakin gelap, aku mencari jalan keluar dari negara ini berhijrah.

  61. parti ini parti itu….kalau singapura gaji $4000 idup mewah!!sbb barangan asas keperluan murah lah apa kau cite????rumah pon tak bayo pakai tunai mcm kita,,,potong kwsp ….ape cer???kita,potong kwsp,byr bank cash lg loan rumah!!!aku 8thn kerja sana jgn gebang atau dgr2 ckp org!!!minak mmg mahal rumah mmg mahal tp bak kate garu2 kepala jgn compare $1-rm2.4,kau compare 1-1…sbb tu di singapura setakat gaji/isi rumah $2.5-3k boleh beli kete agak mewah….

  62. makcik felda woooiiii!!!!!!igat kami ni mcm peneoka felda ke>>??gaji 4-5 x kene cukai???keroje kerajaan boleh lah!!!!kalau kerja swata gaji 3-4ribu,walaupon claim itu ini paling tidak 4 ratusatau 6 ratus gerenti kena cukai setahun….BN tak kejam??mmg betol tp untuk sesetengah pihak saja

  63. dah tak yakin sbb dah terbukti Bn kerajaan berat sebelah,double standard…rakyat dah bersuara dlm pru13….dah terbukti!!!

  64. jgn begar cerita org kita yg kerja di singapura tu…biasalah,nak2 org melayu ckp besor memanjang tp indah cerita dari hakikat sebanarnya….mmg gaji tinggi sikit sbb tukaran mata wang tp ingat mereka tiada kwsp/epf ATAU cpf…tiada insuren/pekeso..apa2 jd kes mati katak atau tanggung sendiri dan gaji mereke 30%lebih rendah dr warganegara singapura..satu lg ank nasihat kan anak2 muda kita jgn percaya egensi pekerjaan yg menawarkan gaji lumayan untuk bekerja disingapore…kebanyakan nya tipu!!mereka ni org kita juga..bukan org singapura

  65. mail lambung,GUA setuju 1000%%%%% hanya yg betul2 pelancong boleh claim gst di airport atau lain pintu keluar negara dan mereka mesti tinggal di malaysia sekurang kurangnya 48 atau 72 jam….kurang 24jam cukai mereka…idea dan cadangan kau mmg masuk akal…

  66. jacki..maaf saya terlupa nak komen pendapat awak…awak tinggal dimana ye???ok macam ni…satu hari awak duduk di tesco,atau giant di johor,tengok berapa banyak brg yg org bawa keluar dari malaysia<<@johor.OK satu lag bukan semua yg memandu kete pendaftaran singapura tu warganegara singapura ye..untuk pengetahuan umum saja..so saya rasa tidak salah kita ambil sedikit cukai dari rakyat kita sendiri yg bekerja disingapura dan berbelanja keperluan asas di malaysia….satu lagi rakyat kita yg memandu kete pendaftaran s'pura ni mesti ada sekurang kurangnya penduduk tetap s'pura@PR..so disingapura sejak 5-10thn dulu,hanya warga negara dan PR ada CPF akuan..kira kwsp…kebanyakannya akan balik bila pencen nnt…so sekarang kalau korang nmpk rumah kat jb ada kete s'pura jgn igt org s'pura. iye,,..mereka juga mesti di layan sebagai rakyat kita dan tak boleh lepas membayar cukai2 tertentu..bila kita kenakan cukai2 seperti yg garu2 kepala cadangkan tu..seperti cukai kete asing..mereka akan bertukar pd public transport..,dan bila mereka terpaksa bayar cukai untuk itu dan ini…mungkin mereka kan balik ke malaysia bekerja dan seterusnya wajib membayar cukai pendapatan dan seterusnya….dan aku yakin 90% dr mereka are not tax payer

  67. bn_umno_jin_iblis on

    Bn umno jin iblis ni mengamalkan dasar kapitalis dan diktatorship di negara kita. mmg confirm bankrupt. harga naik semua bende, tapi duit gaji takde. kerajaan mmg la naik setiap tahun. yg swasta ni makin tak naik2. yg keje sendiri lg la malang. kais pagi makan pagi. lama2 tinggal dlm kotak.

    mmg teruk la malaysia ni. kau org nk tahu kenapa ramai x byr cukai di malaysia. sbbnya semua tak mampu. masuk bracket tak payah bayar. nk hidup pun tak cukup mkn. dunia nk kiamat dh kot, yg kaya makin kaya, yg miskin makin miskin, yg golongan pertengahan ni nk jd miskin senang, nk jd kaya tgk aje la sbb susah nk mampus.

  68. bn_umno_jin_iblis on

    mana ada org gaji keje swasta sampai 3-4 ribu. itu golongan executive aje. bracket 5 percent aje. yg lebihan 95% semuanya bergaji rm2,000 ke bawah. mmg tak boleh bayar income tax. nk hidup di KL pun mati.

    rm2,000, bini tak keje. anak dua. mmg confirm x leh hidup. susah2 hidup kat malaysia ni. kerajaan bn-umno tahu kayakan diri mereka dan keluarga serta kroni2 aje. kayakan rakyat tak pernah. setakat brim rm500 nk hidup mcm mana. sekali grocery beli pun dh abis. yuran tadika anak pun plg lekeh skrg ni pun 2 org dlm rm700. stupid bullshit la semua ni umno-bn.

    yg sokong bn-umno tu confirm la kerja kerajaan. kerja kerajaan senang goyang kaki buat MLM pun tak buang keje. gaji confirm naik setiap tahun. byk perks pulak tu. keje swasta mmg hampeh gile. saya syorkn bn-umno buang semua pekerja kerajaan la dan ganti dgn org keje swasta. kiranya tukar-tukar shift pulak. org lain pun nk merasa gak hidup senang. asyik hidup susah je memanjang. marah gak kami semua.

  69. paling kelakar ko ckp bini tak keje.kenapa?
    Bro…%yg belajar U skrg pempuan 70% laki 30%.klu dah 70% pempuan belajar,takkan semata-mata nk jd suri rumah.idea bini tak keje tu dah jauh ketinggalan zaman.klu bini tak mmg keje pn,jgn la hantar ank kat pengasuh smpi rm700 sebulan.bini goyang kaki je ke?
    bini klu duk rmh je pun,belajar la ngasuh anak org.dpt jaga 2org pun dah bole membantu laki…

  70. Komen biar lah professional dan penuh dgn ilmu. saya x respect langsung dgn komen jenis mengutuk tp isinya kosong.

  71. alhamdullilah..syukur nikmat..kecermelangan malaysia..ada UTC memang selesa sekalie..thanks padao pemenrentah

  72. kaki rasuah impian Be End on

    parti tu parti ni melayu bongok yg masih ade kat malaysia. aku yakin yg ko ni spesis mencekik duit rasuah atau ko tu macai penjilat ponggong pemimpin Umngok untuk idup senang. org memikirkan hari2 yg nak dilalui bile dah laksana gst ko ckp seolah rakyat ni kaye mcm pemimpin umngok kesayangan ko. ko sedar x masih ade lg org yg x berkereta, x berumah terpaksa ikat perut utk sekolahkan anak kat bandar. bukan sume org senang mcm ko bayangkan. kutip cukai pastu curi bagi kat anak beranak mmg la x rasa bangang. phuiii la ko ngan umngok….

  73. sebelum kerajaan tabue gaji dan bonus pd kakitangan awam semua anti-kerajaan tp selepas dpt imbuhan benci jd sayang…..yes majority yg undi bn adalah golongan kakitangan awam…….

  74. keje je kat singapore, beli rumah kat johor…. apalah…. itu pun xleh pikir ker??? uder le temasik tu sempit…..kepale kome pun sempit?

  75. Kepada Tiada Nama tu tengok lah sekeliling KL ini, Kerajaan telah banyak membawa masuk pelabur2 asing ke sini..

    Tengok kedai Mamak – perkerja dan tauke nya dari India
    Tengok pasar Malam – separuh peniaga Indonesia/Myamar
    Tengok Pertaling Street – perniaga dari china/Myamar
    Tengok belakang Komp Kota Raya – penoh peniaga Pakistan/Arab carpet
    Tengok little India Brickfiled – penoh perniaga dari India
    Tengok di Ampang – Perniaga malah Supermarket Korea pon ada
    Tengok Pasar Borong – Perniaga Myamar/Indon/Nepal

    Mereka2 ni pelabur di Malaysia, jadi Tauke dah pakai kereta besar…

    Nak tengok peniaga2 Melayu nun di gerai2 tepi jalan tu pon sibuk lari dari Penguasa DBKL.

    Orang2 apa aja yg tak ada di Malaysia ni .. Indon, Thai, Filipina, Myammar, Cambugia,Banggla, Nepal, Vietnam, Korea, China, India, Monggolia,Parkistan, Benua Arab, Benua Amerika, Benua Afrika dan lain2…

    Mereka kata Malaysia Syurga bagi mereka … tp derita bagi orang Melayu

    Atuk sedih tengok orang Melayu huhuhu …. Malaysia Bolih.

  76. Tampa nama,

    Tidak kah tuan2 tahu/nampak bahawa kerajaan telah banyak bawa masuk pelabur2 asing ke sini.

    Tenggok di Pasar2 Malam –Kebanyakan nya Peniaga2 Indonesia/Myammar
    Tenggok di Pasar Borong – Ke banyakan nya Peniaga2 Myammar /Banggla
    Tenggok di Chow kit – Kebanyakan nya Peniaga2 Indonesia / Myammar
    Tenggok di Pertaling Street –Kebanyakan nya peniaga dari China/Myammar
    Tenggok di Little India Brickfield – Udah tentu peniaga India/dari India
    Tenggok di Kedai Mamak – Semua perkerja/Touke nya pon dari India
    Tenggok di blkang Kota Raya – Peniaga2 dari Pakistan/Arab
    Tenggok di Ampang – Siap ada Pasaraya Korea
    Tenggok Gerai2 Tom Yam – Semua nya peniaga Thailand

    Peniaga Orang2 Melayu tu di Gerai2 nun di tepi2 jalan aja, tu pon sibuk lari dari penguasa DBKL

    Orang2 mana aja yg tak ada di M’sia ni ..Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboje, Vietnam,China,India, Banggla, Nepal
    Parkistan, Myammar, Korea, Eroupa, Benua America, Benua Afrika dan lain lain…

    Mereka kata Malaysia ni Syurga ….. dah kaya pakai kereta besar
    tp Melayu juga yg derita

    Atuk sedih tengok bangsa atuk mula jadi hamba2 mereka ini tp apa bolih buat Malaysia Bolih ..

  77. Best tanam makanan, ternak makanan sendiri, bertukar-tukar dgn jiran tak Payah GST, yes go back to sistem barter!!!!!!
    Jgn banding dgn Singapore kita ada petrol, klp sawit dll.

  78. Pilhan Rakyat Malaysia : Berkaitan GST
    BN = Barang Naik
    PKR = Peniaga Kasi Rebate
    PAS = Pahala Allah Sediakan
    DAP = Diskaun! Ayoo Pokailaa….

  79. sepatutunya di sekolah ada silibus financial education. Pemimpin2 patut mempunyai pengetahuan yg luas dlm financial education

  80. aku ingin menjelaskan sikit. kabanyakan rakyat yang miskin adalah dari sabah dan sarawak, mnkl semenanjung adalah dari kaum india dan bumiputra. kaum cino yang susah pon ada tapi kurang sikit. sejak merdeka krjn telah melancarkan pelbagai rancangan utk membantu bumi, akan tetapi, selepas bapa negara, rancangan2 telah disalah gunakan.
    cuba tengok balik kroni2 krjn utk projek2 besar, berapa org bumi yg dapat dan berapa cino yg dapat? (kecualikan anak2 menteri). klau krjn betul2 nak bantu bumi dan hapuskan miskin, yg swasta2 tu tak perlulah swasta, blh tubuhkan syarikat dan upah profesional. kalu tak ade modal keluarkan bon. bunga bon yg dibayar pon bukan tinggi dan keuntungan yg lebih itu patut diagih kepada bumi dan miskin. lebih baik drpd beri kekayaan itu kepada segilintir orang saja, dan ini akan membuat yg kaya lebih kaya dan miskin bertambah miskin. cino tak pernah tolak tanggung jawab untuk menolong naikkan taraf hidup bumi sebab cino pun akan mendapat untung dari niaga jika taraf hidup bumi dapat di naikkan. apatah lagi kita semua adalah rakyat malaysia.

    pendidikan adalah 1 fakta yang sgt penting utk setiap negara. bnyk cino sokong pakatan sebab pendidikan. cuba bayangkan berapa banyak anak2 malaysia yang tidak dapat pendidikan kerana khuatir tak mamapu tanggung pendidikan anak. mana satu ibubapa yg tak harapkan masa depan anak2 cerah? tapi hakikatnya kaum mana yg paling kurang , yg terpaksa suruh anak2 ngaji sampai spm dah. tak sakit hatikah ibubapa yg terpaksa buat demikian?

  81. BorgWarner on

    Si Kleptocrats hendak menyamun khazanah Negara! Terus terang saya tidak menyokong system cukai dan subsidi.

    Pada pandangan saya, biarkan faktor permintaan dan penawaran yang menentukan harga tanpa campur tangan kerajaan melalui pemberian subsidi dan cukai.

    Jika harga tinggi, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan. Contoh mudah, jika harga beras tinggi, akan ramai pengusaha-pengusaha yang akan mengambil peluang ini. Apabila ramai pengusaha mengambil peluang disebabkan harga yang tinggi ataupun disebabkan permintaan yang tinggi, dengan sendirinya harga akan berkurang kerana pengusaha-pengusaha ini akan mengimbangkan permintaan dan harga.

    Sistem cukai dan subsidi akan mengenyangkan kleptorat-kleptocrat yang mengambil peluang untuk merompak khazanah Negara disebabkan kelemahan system ini.

  82. PEJUANG NEGARA on

    Askm WBT. Ana disini nak jelaskan apa itu GST. Buiat masa ini kadar GST yang diluluskan oleh MOF ialah 4%. Nak tahu apa keuntungannya; What benefits will the rakyat get?
    Based on a GST rate of 4%, it is expected that there will be a price reduction between 0.08% to 2.71% in respect of eight components of goods and services. With this price reduction, the rakyat will benefit from the cheaper goods and services such as clothing and footwear, basic food, communication, furnishings, hardware and maintenance, transport, housing, water, electricity, gas and fuel. The tax burden borne by the rakyat and consumers is expected to be lower compared with that under the present tax system. This is due to the reason that various basic needs such as rice, sugar, flour, cooking oil, vegetables, fish, meat, eggs, and essential services such as public transport, private education and health, residential properties and agricultural land are not subject to GST. (Ref: surf sendiri kat laman MOF)

    Hatta, jangan garu-garu kepala, Kita mestilah yakin yang memerintah kita sekarang pun saudara islam kita mereka pun rakyat macam kita kalau antum semua tak caya mereka pun ada sedara mara macam kita, mak bapak merekapun rakyat macam kita juga. Hatta, kita kena selidik dulu GST itu apa, belajar dari guru kewangan yang mursyid. Orang Melayu jangan jadi seperti zaman Mahadir, semua kata bina KLCC tu membazirlah, memfitnah Tun MahaFiraun lah. Tengok sekarang KLCC tu dah jana pendapatan 20X ganda, Tun pun dah buat banyak jasa. Oleh itu Orang Melayu marilah berubah minda dan jiwa menjadi bangsa Melayu yang berilmu, matang dan berjiwa padu. Satu Islam Satu Melayu Satu Negara.

  83. GST menindas rakyat golongan miskin dan pertengahan…tahniah!!GST memang prihatin kepada kebajikan rakyat…rakyat didahulukan termasuklah dalam hal penindasan

  84. maaf ye, saya tak rasakan rakyat sabah dan sarawak ni miskin… ada pun penduduk di bandar di sarawak, sebuah keluarga mampu miliki sehingga 2-3 buah kereta..ada pun bas, tak banyak yg pakai sbb masing2 mampu untuk memiliki kenderaan sendiri..kat sarawak juga tak byk rumah flat sbb mampu untuk membeli rumah sendiri..harapkan di smnjg byk flat sbb kos hidup sana tinggi so tak mampu nk beli rumah… mereka tidak miskin kerana mereka bijak mengatur perbelanjaan dan simpanan.. hidup juga bersederhana walaupun lebih dari mampu.. sebab itu rakyat di sarawak dan sabah tidak ada yang miskin.. ada pun miskin tetapi tidaklah sampai tidur di tepi jalan, merempat sana sini.. ada pun penduduk d pedalaman, mereka nampak miskin tapi sebenarnya tak..mereka banyak tanah yg masih tersimpan, dan kebanyakan anak-anak yang tinggal di pedalaman, jika menyambung pelajaran kebanyakan mereka tak mohon ptptn sbb keluarga mereka mampu menyara perbelanjaan pelajaran anak-anak mereka…

    bagi saya setiap negara punya masalah yang sama… ada yang kaya ada yang miskin… cermin diri dahulu sebelum melabelkan orang mana miskin orang mana susah.. yang miskin kebanyakkannya mereka yang bergaji minimum tapi gaya hidup nak macam orang kaya… kalau macamtu mindset mmg la tak sudah kemiskinan tu…

    kebanyakkan masalah ini direka oleh kamu sendiri.. cakap tak nak miskin, ubahlah gaya hidup supaya tak terus miskin.. jangan terlalu mengharap kerajaan nak bagi kita semua.. kalau kerajaan bagi semua kita pun akan goyang kaki macam raja.. ini tidak patut.. kerajaan tahu apa yang mereka lakukan cuma ada segelintir sahaja rakyat berfikir dalam pemikiran kotak mreka sendiri, maksudnya miskin dari segi pemikiran.. cuba bfikir secara luas dan pandang ke hadapan.. jangan asyik fikir untuk masa kini.. sampai bila pun fkiran tetap negatif

  85. Ada baik dan ada buruknya.. kalau negara stabil ekonominya dan rakyatnya senang munkin perlu, tapi malaysia kebayakkan rata-rata rakyat cukup-cukup makan sahaja, harap kerajaan dapat pertimbangkan

  86. jom pakat ramai2 pegi demo kt jalanraya!

    bantah kerajaan!

    siapa nak ikut jaadi kutu? best beb buat riot

  87. apa ke bodoh nya parti ini parti itu… kot yer sokong BN pun jgn la jadi bangang mcm BN… kalau tak reti tu diam sudah la ni nyampuk mcm awak dok singapore… bengong

  88. anak senah on

    setuju ngn mail lambung…tak sangka ada lagi org bijak kat malaysia ni….mail,,,,kalo ko jadi wakil rakyat,,aku org pertama undi ko…syabas

Leave A Reply