Pendaftaran Muet Julai 2017, sesi Mac dan Sesi November. Daftar Muet SINI!
Untuk makluman anda semua Muet menjadi tambahan kepada senarai syarat kelayakan di mana syarat masuk universiti muet bagi kemasukan Ijazah Sarjana Muda mewajibkan dan menyarankan pemohon lakukan pendaftaran Muet dan memperolehi minimum Band 1
Ya…band 1 boleh masuk U. Jikalau dapat band 2 dalam muet lagi bagus.
Tetapi, ya ada tetapinya. Pastikan anda melepasi syarat kelayakan dengan BAND yang ditetapkan berdasarkan bidang dan kursus tertentu.
Muet amat penting untuk syarat pengijazahan pula. Ini bermakna, jikalau ketika diterima masuk ke peringkat Degree anda hanya memperolehi BAND 1 sahaja and mesti memastikan pada anda memperolehi keputusan Muet mengikut syarat minimum yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya BAND 3 untuk melayakkan anda menerima Ijazah kelak yang melibatkan beberapa kursus dan jurusan di beberapa universiti. (Sumber : mypt3)
Contohnya seperti jadual di bawah ini:
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Syarat minimum MUET masuk universiti
Pengajian Sastera dan Sains Sosial,dapat BAND 2
Pengajian Sains; Teknologi; Kejuruteraan dan Matematik dan STEM,dapat BAND 3
Pengajian Undang-undang dan Perubatan,dapat BAND 4
Syarat graduan Undang dan Perubatan,MESTI BAND 5
Syarat graduan STEM,MESTI BAND 4
Syarat Sastera dan Sains Sosial,MESTI BAND 3
[/table]
Dan selepas habis belajar, muet penting untuk tunjukkan majikan baru anda kelak, bagaimana keupayaan anda menguasai Bahasa Inggeris.
Butiran Pendaftaran Muet Julai, Mac dan Sesi November
Jadi kepada anda yang masih belum melakukan pendaftaran Muet 2017, anda boleh rujuk pada jadual yang telah disediakan seperti di bawah ini :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannnya
Syarat Pendaftaran Muet,Tiada. Siapa-siapa boleh daftar Muet
Jadual Muet Online,KLIK SINI
Tempoh Sah Laku,5 tahun daripada tahun anda menerima keputusan Muet
Markah Band Muet
Pautan Pendaftaran Muet,KLIK SINI
Pautan Peraturan; Ujian dan Format; Soalan Contoh,KLIK SINI
Masalah Slip Hilang,Penyelesaiannya DI SINI
Semak Status Pendaftaran Muet,KLIK SINI
[/table]
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannnya
Kadar Bayaran,Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti berikut:
,a) Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
,Yuran pendaftaran : RM 40.00
,Yuran mata pelajaran : RM 60.00
,Jumlah : RM100.00
[/table]
Komponen Ujian Muet
[table sort=”desc,asc”]
Kod Kertas,Nama Kertas
800/1,Listening (30 minit)
800/2,Speaking Muet (30 minit)
800/3,Reading Muet (90 minit)
800/4,Writing Muet (90minit)
[/table]
Untuk mereka yang bercadang untuk daftar permohonan Muet Julai, sesi November dan MAC yang akan datang, suka di sini Berita Semasa mahu kongsikan beberapa tips, yang mana mungkin boleh membantu adik-adik berjaya dalam Muet kali ini.
Ketahui silibus – Antara masalah besar mereka yang menghadapi masalah dalam MUET atau peperiksaan-peperiksaan BI yang lain seperti TOEFL atau IELTS ialah menduduki peperiksaan tanpa mengetahui dengan jelas apakah yang akan diuji dalam peperiksaan itu.
Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu dengan :-
- Membeli buku-buku rujukan
- Membeli buku-buku soalan-soalan lepas
- Mencuba peperiksaan percubaan MUET jika ada
- Kemudian datanglah kelas Muet, ada yang dah bayar kelas Muet pun tak nak datang. Ada yang tahu dirinya tak bersedia, tapi rasa rugi nak bayar yuran kelas muet. Macammana itu?
- Tak perlu gopoh – Jangan gopoh untuk daftar MUET. Pastikan anda dalam keadana bersedia ketika mahu lakukan pendaftaran Muet
- Kalau boleh, biarlah anda cuma perlu ambil dan lakukan pendaftaran Muet anda itu sekali sahaja dan anda dapat markah Band yang anda perlukan. Pastikan yang anda sudah bersedia dan barulah anda pendaftaran MUET anda itu. Janganlah setakat ambil peperiksaan.
- Muet untuk hanya dapatkan Band 1 sahaja semata-mata untuk melayakkan masuk ke IPTA sekarang ini. Lakukan yang terbaik.
Yang mana keputusan baik semasa pengajian sangat sayang jikalau hanya mendapat keputusan Muet 2017 nanti cukup-cukup makan sahaja. Masalah akan timbul apabila anda cuba untuk memohon jawatan daripada Multinational Company (MNC) ataupun Public Listed company.
Dunia sekarang ini bukan sahaja bincang kepada keupayaan seseorang dalam Bahasa Inggeris semata tetapi kebanyakan sudah mula mengorak langkah cuba belajar dan menguasai bahasa ketiga dan keempat untuk memantapkan karier anda kelak.
P/S : Lakukan yang terbaik semasa Muet 2017 kali ini