Tarikh Pembubaran Parlimen : Tahun 2018 Bermula Bahang PRU 14


Tarikh Pembubaran Parlimen Malaysia Tahun 2018. Bahang PRU 14 (Pilihanraya Umum ke 14) Bermula!

Siapa yang mengikuti secara dekat landskap politik Malaysia, pasti terasa debaran disebalik penantian sejak pertengahan tahun lepas (tahun 2017) lagi bagi menantikan “butir-butir emas” daripada mulut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran parlimen 2018 bagi PRU 14 (pilihanraya Umum ke 14).

pembubaran parlimen

Alhamdulillah penantian demi penantian rakyat Malaysia ditambah dengan Datuk Najib Razak sendiri diberikan kekuatan, akhirnya….

Berlakunya pembubaran parlimen 2017 pada sebelah pagi tadi. Serius! Terus terang kami katakan, debaran pengumuman raya pun tidak terasa berdebar seperti apa yang dirasakan kami (sebagai kalangan rakyat Malaysia) sejak awal-awal pagi hari ini.

Adakah sesuai dengan persamaan yang kami cuba bawakan ini. Haha…Tidak mengapa. Layankan sahaja. Yang penting pembubaran parlimen 2018 PRu 14 telah pun menjadi realiti.

Mungkin pembubaran parlimen 2018 hari ini dipilih oleh Datuk Seri Najib bersempena dengan ulangtahun ke 9 beliau bergelar sebagai Perdana Malaysia ke enam. Iaitu bermula 3 apr 2009 Р3 April 2018. Mungkin?

Parlimen pun sudah dibubarkan dan selepas ini satu demi Dewan Undangan Negeri baik di negeri bawah Barisan Nasional dan termasuklah juga di bawah Pakatan Rakyat juga akan dibubarkan apabila mereka bersetuju untuk menyertai Pilihanraya Umum ke 14 secara serentak. Alhamdulillah….

Apa lagi yang tertinggal? Ya….bersama-sama ini terdapat tarikh-tarikh penting yang akan berlaku daripada hari ini pembubaran parlimen 2018 sehingga hari mengundi nanti yang perlu anda ketahui….

Kronologi Di Hari Pembubaran Parlimen 2013

Berita Semasa rewind semula detik-detik disebalik apa yang berlaku pada hari pembubaran parlimen yang lalu

PukulButirannya
Pukul 8:25 malamPerdana Menteri Malaysia Datuk Najib tiba dan memasuki perkarangan di Istana Negara
Perdana Menteri Datuk Najib meluangkan masa kira-kira sejam di Istana Negara bertemu dengan Yang Dipertuan Agong
Pukul 9:12 pagiKelihatan Datuk Najib keluar dari Istana Negara
Pukul 11:31 pagiNajib umum pembubaran parlimen 2013 (Pilihanraya Umum ke 13 Malaysia) secara langsung di TV1 dari pejabatnya di Putrajaya

PENTING! Tarikh Sepanjang Pilihanraya Umum ke 13

TarikhButirannya
3 April 2013Tarikh Pembubaran parlimen [DONE]
8 April 2013Tarikh Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia
6 April 2013Tarikh Pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Stadium Merdeka
14 April 2013Tarikh Penamaan calon PRU 13 (Pilihanraya UMUM ke 13)
27 April 2013Tarikh Hari Mengundi PRU 13
Malam 27 April 2013 hingga Awal pagi 28 April 2013Pengumuman demi pengumuman Keputusan Pilihanraya Ke 13

Dan…apa yang Berita Semasa harapkan Pilihanraya Umum ke 14 kali ini yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Pilihan raya SPR Malaysia akan berjalan dengan adil dan saksama untuk kedua-dua kumpulan parti terbesar di Malaysia yang akan bertanding dalam PRU 14 (Pilihanraya umum ke 14) kelak baik kepada Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan. Orang tua-tua ada mengatakan :

“Biarlah menang bergaya, kalah pun biarlah ‘bermaruah'”

Dan Kami daripada Berita Semasa masih lagi menaruh harapan tinggi kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Insyaalah.

Walauapapun, jika anda layak mengundi, pastikan anda tidak terlepas menunaikan kewajiban. Tidak kisah, apapun bentuk undian anda tunjukkan kepada semua yang anda bakal menunaikan hak dan kewajiban sebagai seorang yang bergelar rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Boleh?

P/S : Apa yang ingin anda katakan dan harapan anda selepas berlaku pembubaran parlimen 2018 hari ini?