Pelepasan Cukai Pendapatan 2018 : Senarai Rebat Taksiran 2018


Bagi Tahun taksiran 2017. Senarai Rebat dan Pelepasan Cukai pendapatan LHDN 2018

Menjelang bulan April adalah musim yang paling sibuk bagi kalangan yang sudah melepasi syarat kelayakan ditetapkan untuk hantar borang cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN Malaysia.

cukai pendapatan

Ada yang sudah pun melakukan persediaan daripada awal tahun 2018 ini lagi dan ada juga yang lebih gemar untuk kemaskini pada saat-saat akhir melibatkan apa sahaja perbelajaan mereka sepanjang tahun taksiran 2017 dengan harapan layak untuk dapat rebat dan pelepasan cukai pendapatan.

Ini ada macam-macam pelepasan cukai pendapatan yang ditawarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN Hasil kepada pembayar cukai.

Semak Jadual Lengkap Pelepasan Cukai Pendapatan 2018

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan untuk anda senarai rebat yang boleh anda tuntut untuk kategori individu yang bermastautin di Malaysia berdasarkan senarai pelepasan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2017 seperti pada jadual di bawah ini:

Perkara Butirannya
Senarai Pelepasan Cukai pendapatan 2018 bagi taksiran 2017 KLIK SINI

Ada tambahan rebat yang ditawarkan dan pelepasan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2017 antaranya ialah melibatkan yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah. Termasuk juga jika anda ada beli barangan untuk susukan bayi dan kanak-kanak kecil.

Lagi anda boleh semak pada pautan di jadual atas ini

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 Tahun Taksiran 2016

Jenis Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 oleh LHDN Had Rebat
Individu dan saudara tanggungan RM9000
Individu kelainan upaya RM6000
Isteri/ suami/ bayaran alimoni kepada bekas isteri RM3000
Isteri/ suami kelainan upaya RM3500
Belanja rawatan perubatan; keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa RM5000
Belanja beli alat sokongan khas untuk individu kelainan upaya (diri sendiri; pasangan; anak atau ibubapa) RM6000
Belanja beli buku; jurnal; majalah ataupun penerbitan (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi tidak termasuk surat khabar atau bahan bacaan terlarang) RM1000
Buka akaun SSPN dan buat Tabungan dan simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN BSN untuk anak (Jumlah simpanan SSPN dalam tahun 2015 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2015) RM6000
Beli peralatan sukan (jenis sukan seperti di Akta Pembangunan Sukan 1997). Pakaian sukan atau kasut sukan tidak termasuk dan TIDAK LAYAK bagi perlepasan cukai pendapatan RM300
KWSP dan Bayaran Insuran Nyawa (diri sendiri dan pasangan) RM6000
Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti RM3000
Insurans perubatan dan pendidikan (diri sendiri; pasangan dan anak) RM3000

Pelepasan khas Sempena Pengumuman Bajet Malaysia

Perkara Rebat
Layak diberikan jika pendapatan agregat tidak melebihi RM96000 dan terhad kepada pendapatan bercukai RM2000

Belanja perubatan penyakit serius atau kronik

Perkara Rebat
Ia akan termasuk belanja pemeriksaan penuh perubatan terhad kepada RM500 untuk diri sendiri; pasangan atau anak : RM6000
Kanser
Serangan Jantung
Pulmonary Hypertenion
Sakit Buah Pinggang Kronik
Sakit hati (Liver) Kronik
Fulminant Viral Hepatitis
Tumor dan Kecacatan Pembuluh Darah di Otak
Melepuh dan Melecur Kebakaran yang keterlaluan
Pemindahan organ utama
Sindrom Parkinson
HIV dan AIDS
Pemotongan Kaki atau Tangan
Kecederaan kepala akibat kemalangan
Penyakit kulit kronik
Penyakit mental
Diabetes Mellitus
Talasemia Major
Rheumatology
Leukemia

Yuran Pendidikan untuk diri sendiri

Perkara Rebat
Kursus yang layak untuk peringkat sijil; diploma; Ijazah Sarjana Muda adalah Undang-undang; Perakaunan; Kewangan Islam; Teknikal; Vokasional; Industri; Sainstifik atau Teknologi RM5000
Semua kursus dan bidang layak bagi yang sambung belajar di Peringkat Sarjana atau PHD TIDAK LAYAK bagi yang dapat biasiswa

Pembelian Komputer Peribadi Untuk Individu (dibenarkan 3 tahun sekali)

Perkara Rebat
LAYAK untuk komputer meja; komputer riba; notebook dan ultrabook RM3000
TIDAK LAYAK untuk tablet; telefon pintar; komputer hybrid

Pelepasan Faedah Pinjaman Perumahan

Perkara Rebat
Layak perlepasan sehingga RM10000 setiap tahun asas untuk 3 tahun berturut-turut bermula tarikh bayaran faedah pinjaman rumah oleh pihak bank RM10000
Syarat Kelayakan :
Pemastautin warganegara Malaysia
Pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja dan tidak disewakan
Perjanjian jual beli SNP dalam tempoh antara 10 Mac 2009 hingga 31 Disember 2010

Pelepasan cukai pendapatan bagi anak

Perkara Rebat
Anak bawah 18 tahun RM1000
Bagi 18 tahun dan ke atas yang masih sekolah RM1000
Bagi 18 tahun dan ke atas yang sedang belajar di Institu Pengajian Tinggi IPT RM6000
Bagi anak 18 tahun dan ke atas yang kelainan upaya RM6000
Bagi anak 18 tahun dan ke atas kelainan upaya yang belajar di IPT RM12 000

P/S : Berapa banyak pelepasan cukai pendapatan 2018 yang telah anda perolehi bagi taksiran pendapatan tahun 2017 kali ini?