≡ Menu

Pasaran Modal Malaysia Kalah Dengan Indonesia. Gelaran Harimau Asia Mula Hilang Taring?

Pasaran Modal Malaysia Kalah Dengan Indonesia. Gelaran Harimau Asia Mula Hilang Taring?

Pasaran modal Malaysia hari ini telah jatuh kepada paras kedudukan ke 16 daripada 20 negara Asia

pasaran modal malaysia

Mahu jaga-jaga ya sekarang ini. Ini realitinya perlu kita hadapi sekarang ini apabila Indonesia yang pernah berdepan dengan kancah kemusnahan dan kegawatan ekonomi semasa di era kepimpinan Suharto.

Terkini Indonesia telah pun berjaya memotong negara kita Malaysia sejak Julai 2016. Jikalau kita leka dan alpa untuk bangkit semula tidak mahu jaga ekonomi Malaysia dengan baik, silap-silap negara seperti Vietnam, Kemboja dan Myanmar tidak mustahil untuk potong Malaysia selepas ini.

Setakat ini Malaysia hanya menjadi Taiko untuk negara-negara miskin seperti ini.

Tetapi tidak untuk Indonesia, Thailand, apatah lagi Taiwan, Singapura, Korea Selatan dan juga Hong Kong.

Pakar ekonomi Prof Hoo Kee Ping yang juga merupakan bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM mengatakan yang mana Indonesia sekarang ini menjadi “darlong” dikalangan pelabur di luar sana.

Realitinya tindakan-tindakan proaktif dan berani sepertimana yang dilakukan oleh Presiden Jokawi telah pun menampakkan impaknya seperti mana diakui sendiri 2 tokoh di bawah ini :

  • Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Bekas Menteri Kewangan kedua
  • Dato’ Seri Nazir Razak, Pengerusi Kumpulan CIMB

Sebenarnya, pada pertengahan tahun 90 pasaran modal di Malaysia adalah yang di kedudukan empat terbaik dikalangan ekonomi negara Asia selepas Jepun, Taiwan dan Hong Kong.

Dahulu, Malaysia digelar sebagai “Harimau Asia” bersama-sama Jepun, Taiwan dan Hong Kong dek kerana perkembangan ekonomi Malaysia pada masa itu sekitar tahun 90an. Sekarang?

Senarai Kedudukan Terkini Pasaran Modal di Kalangan Negara Asia

[table sort=”desc,asc”]
Negara,Nilai Pasaran Modal
Hong Kong,RM30 bilion setiap hari
Indonesia,RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap hari
Shanghai,RM40 bilion hingga RM50 bilion setiap hari
Malaysia,RM1 bilion hingga RM2 bilion
[/table]

 

Dan Prof Hoo Kee Ping mengatakan hasil kejayaan yang dikecapi Indonesia hari ini tidak datang bergolek begitu sahaja. Tetapi usaha keras yang dilakukan oleh Presiden Indonesia, Jokowi sejak tahun 2014 dan ada tindakannya cukup berani dan mengejutkan dunia. Antaranya :

  • Memberikan pengampunan kepada taikun-taikun “super” kaya Indonesia yang lari dari cukai (kalau di Malaysia dipanggil e filling lhdn) dengan menanam modal di negara seperti Singapore sehinggakan usaha tersebut membuahkan hasil apabila berbilion-bilion dolar telah melimpah masuk ke dalam pasaran Indonesia
  • Cukai korporat Indonesia telah turun dari 25 peratus kepada 17 sahaja. Impaknya, kemasukan pelaburan dari syarikat-syarikat asing yang berminat melabur dalam infrastruktur negara Indonesia dan sektor-sektor lain.
  • Akhir sekali yang ketiga, berusaha menarik pelaburan sejumlah RM1 trilion dari syarikat-syarikat Jepun

Hasilnya, pasaran modal Indonesia dijangkah melonjak kepada 20 peratus sehingga akhir tahun ini.

Antara cadangan Prof Hoo Kee Ping supaya pasaran modal Malaysia melonjak kembali ialah :

  1. Memanggil Morgan Stanley memberikan konsultasi bagi meningkatkan kadar penarafan yang supaya dapat meningkatkan kembali pasaran modal di Malaysia
  2. Bank Negara Malaysia BNM perlu memudahkan dasar aliran kewangan yang lebih bebas dan memudahkan
  3. Bank Negara perlu memudahkan pelabur untuk membawa masuk dan mengambil ringgit Malaysia
  4. Cukai korporat di Malaysia masih lagi kekal 25 peratus. Perlu diturunkan lagi

P/S : Berita Semasa sempat meneliti laporan berita berpengaruh dunia melibatkan Reuters, Guardian UK, Bloomberg Business, Wall Street Journal WSJ, CNBC belum ada keluar setakat ini sebarang berita skandal mengenai sosok pemimpin bernama Jokowi ini. Mungkin itu sebablah beliau dapat tumpukan masa dan dirinya bagi menjaga ekonomi Indonesia sebaiknya. Mungkin?

PP/S : Mungkin Malaysia boleh mencontohi dan mengikut sesuatu dasar yang baik dilakukan Indonesia hari ini.