≡ Menu

5 Tips Pakej Umrah Terbaik Yang Boleh Mengelakkan Anda Ditipu


5 Tips Pakej Umrah Terbaik Yang Boleh Mengelakkan Anda Ditipu

Kadang-kadang Berita Semasa merasakan kasihan dengan kalangan yang tertipu dengan pakej umrah murah yang berlambak hari ini. Lebih kasihan apabila yang tertipu rata-rata golongan yang berusia, golongan berpencen.

pakej umrah terbaik

Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia PDRM dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) telah banyak kes penipuan melibatkan pakej umrah murah yang mana nilainya telah mencecah RM30.8 juta antara tahun dari 2012 hingga 2017. Terlalu besar jumlahnya.

Berita Semasa mengambil inisiatif, masalah penipuan ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan dengan menambah ilmu dan pembacaan maklumat sebelum anda memilih pakej umrah terbaik yang berlambak hari ini.

Untuk anda yang boleh semak jadual kursus haji dan juga jadual penerbangan haji boleh semak info yang dikongsikan oleh mypt3

Pilih Pakej Umrah Terbaik. 5 Tips Langkah Awal Yang Perlu Dilakukan

Ada beberapa tips yang boleh anda ikuti. Antaranya ialah :

1. Harga Pakej Umrah Terbaik Bermula RM4,900

Kerajaan Malaysia telah meletakkan penanda arah, pakej umrah yang dilihat lebih munasabah. Jikalau anda lihat pakej umrah kurang dari RM4,900 melibatkan tempoh 12 hari 10 malam, minta jauh. Potensi anda ditipu cukup cerah.

Cuma harga berbeza-beza ada yang RM6,000, ada yang RM5,000 ada berdasarkan kreativiti pihak syarikat yang menawarkan pada waktu peak season, low season, jumlah penyediaan makanan, jarak hotel dengan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dan banyak lagi.

2. Tawaran Pakej Umrah Terbaik

Pastikan apabila anda memilih pakej umrah yang ada pastikan ada 9 aktiviti dan kemudahan seperti di bawah ini. Kesemuanya wajib ada dan disediakan oleh pihak syarikat

  1. Mutawif perlu ada
  2. Wakil syarikat ikut sama sepanjang tempoh umrah
  3. Visa Umrah
  4. Tiket penerbangan pergi dan balik
  5. Menyediakan penginapan
  6. Ground Transport
  7. Ada dimasukkan sekali ziarah
  8. Menyediakan makanan
  9. Skim takaful umrah

3. Semak Daftar Lesen Syarikat Umrah

Pastikan semakan yang anda lakukan, syarikat tersebut mestilah :

  • Syarikat Sdn Bhd
  • Lesen yang diberikan mempunyai 2 bidang iaitu agensi pengembaraan (ticketing) dan pelancongan luar negari (outbound)

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,KLIK SINI
Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR),KLIK SINI
[/table]

4. Cara Pembayaran

Janganlah anda bayar sekaligus ketika anda daftar umrah. Sepatutnya, anda hanya perlu bayar hanya 25 peratus sebagai deposit. Manakala bakinya perlu bayar 21 hari dari hari penerbangan anda.

5. Semakan Senarai Hitam Syarikat Umrah (Blacklist)

Pastikan anda tidak berurus niaga dengan syarikat umrah yang telah disenarai hitamkan.

Anda boleh check dan semak secara online dengan cara klik pada pautan yang dikongsikan pada jadual bawah ini :

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Senarai Sah Agensi Yang Mengendalikan Umrah,KLIK SINI
[/table]