Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) termasuk btr bantuan tunai rakyat atau sumbangan tunai rahmah.

Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai senarai bantuan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, ramai yang menarik nafas lega selepas bergelut dengan wabak covid 19.
Terdapat berdasar portal mypt3 3 matlamat utama dalam Pakej Bantuan Jaringan prihatin b40 iaitu :
- Matlamat 1 – Lindungi Rakyat
- Matlamat 2 – Sokongan Perniagaan
- Matlamat 3 – Perkukuh ekonomi
RM250 bilion diperuntukkan oleh kerajaan di bawah pakej ini.
Pakej Rangsangan Ekonomi MATLAMAT 1 – LINDUNGI RAKYAT
Berikut di bawah adalah antara ringkasan bantuan-bantuan yang diumumkan tadi :
1. Bagi golongan B40, M40 dan bujang akan mendapat bantuan prihatin rakyat melalui semakan bpr 2021 seperti dilapor portal Mypt3
2. Kos ujian ditanggung sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang mendapat arahan daripada KKM untuk menjalani ujian di makmal swasta atau hospital swasta.
3. Bayaran insurans / takaful ditangguhkan selama 3 bulan.
4. Mulai 1 April, kenaikan elaun khas dari RM400 kepada RM600 sebulan bagi doktor / kakitangan perubatan.
5. Mulai 1 April sehingga COVID-19 berakhir, pembayaran elaun khas RM200 sebulan kepada anggota polis, tentera, imigresen, kastam, anggota RELA serta anggota Angkatan Pertahanan Awam.
6. RM1 bilion tambahan kepada Kementerian Kesihatan, untuk memerangi COVID-19 yang melibatkan pembelian peralatan dan perkhidmatan, termasuk khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta akan didapatkan.
7. Baki Bantuan Sara Hidup dibayar Julai 2020.
8. Pelajar IPT akan dapat bantuan RM200.
9. RM25 juta bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk kanak-kanak dan warga emas di rumah pelindungan, golongan gelandangan, OKU atau Orang Kurang Upaya dan orang asal.
10. Penangguhan bayaran balik dari 3 bulan kepada 6 bulan untuk PTPTN dan PTPTK.
11. Melalui mySalam, bayaran RM50 sehari kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID.
12. Pra-persaraan boleh dikeluarkan sehingga jumlah RM1500 bagi setiap ahli dari akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS).
13. Pembayaran sewa bagi PPR dikecualikan selama 6 bulan.
14. Pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) ditangguhkan selama 6 bulan.
15. Sewa bagi semua premis kerajaan seperti kafeteria, kantin sekolah, taska dan kedai serbaneka ditangguhkan selama 6 bulan.
16. Bermula 1 April, diskaun secara berperingkat antara 15% hingga 50% selama 6 bulan untuk bil elektrik.
17. Bermula 1 April sehingga PKP tamat, internet percuma kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi.
18. Liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi dipertingkatkan dengan pelaburan RM400 juta.
19. Kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk pekerja kontrak, bantuan RM500 diberikan pada April.
20. Pada April, bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
21. RM1 billion Dana Jaminan Kerajaan.
22. RM100 juta bagi pengagihan makanan dan menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan serta program integrasi tanaman.
23. Kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan, dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000.
24. Untuk pekerja yang berpendapatan di bawah RM4000 dengan jaminan tiada pemberhentian kerja selama 3 bulan, terdapat Program Subsidi Upah sebanyak RM600 sebulan selama tempoh tersebut.
25. Untuk pemandu e-hailing, bayaran RM500 diberikan.
26. Untuk pemandu teksi, bantuan RM600 diberikan.
27. Gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun pekerja tidak hadir bekerja, akan dibayar oleh Kerajaan.
MATLAMAT 2 – SOKONG PERNIAGAAN
1. Penurunan kadar faedah kepada 3.5% dan tambahan RM3 billion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Asas (SRF).
2. Untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS, tambahan RM1 billion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi.
3. Di bawah Skim Kredit Mikro, tambahan RM500 juta dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran.
4. Untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun bawah skim BizMula-I dan BizWanita-I Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) mendapat pembiayaan sehingga RM300 ribu.
5. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS.
6. Pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan di bawah Program Khidmat Rundingan Majikan bawah KWSP.
7. Mulai April 2020, pengecualian pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor selama 6 bulan.
8. Mulai 1 April, pembayaran ansuran cukai pendapatan oleh PKS ditangguhkan selama 3 bulan.
9. Cukai hanya akan dikenakan apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium, bagi penda[atan pihak bank dari keuntungan atau faedah ke atas pembiayaan atau pinjaman yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan.
10. Mulai 1 April, moratorium pembayaran pinjaman diperluas kepada MARA, TEKUN, koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS.
11. Modal permulaan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan adalah bantuan kepada usahawan B40 di bawah program kewangan sosial.
12. Bagi tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja, Skim Jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan hingga 80%.
MATLAMAT 3 – PERKUKUH EKONOMI
1. Bagi membantu kontraktor kelas G1 hingga G4, peruntukan RM2 bilion untuk pelaksanaan projek kecil yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan.
2. Projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 hendaklah dipastikan pelaksanaannya seperti MRT2, ECRL serta pelan gentian optik dan kesalinghubungan negara.
3. Untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan, terdapat suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion.
4. Potongan dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
5. Untuk menampung langkah menangani wabak virus ini agar peruntukan boleh digunapakai, semua Kementerian akan mengkaji semua belanjawan untuk mencari penjimatan.
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT
Apa pandangan anda terhadap PRIHATIN ini?
Adakah terbit rasa bersyukur dengan usaha kerajaan dalam meringankan beban rakyat dalam mengharungi musim wabak yang semakin membimbangkan?
Jom kongsikan pandangan anda di bawah.