Kemudahan Overdraft ASB Facility. Pernah Cuba?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kemudahan Overdraft ASB Facility. Pernah Cuba?

Sambungan dari kisah Pelaburan ASB semalam, kali ini kami nak ulas dan berkongsi mengenai Overdraft atau lebih dikenali sebagai OD.

Overdraft ASB

Fasiliti OD ini salah satu cabang kemudahan pinjaman yang disediakan kepada syarikat, dimana syarikat dapat menggunakan duit lebih daripada baki semasa yang ada dalam akaun semasa.

ASB pula merupakan satu dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad atau ASNB yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad atau PNB. Jelas setakat ini? Mudah bukan?

ASB juga merupakan dana pelaburan yang paling popular dan di antara yang paling tinggi dividen dari dana-dana pelaburan yang lain. Baiklah, rata-rata ramai juga di antara pembaca yang sudah tahu kemudahan overdraft untuk pelaburan ASB termasuklah yang buat asb loan

Kalau hendak diikutkan, banyak cabang dan tujuan sebenarnya untuk buat Overdraft ASB dengan sijil ASB. Namun untuk membuatkan perkiraan lebih mudah, saya hanya menerangkan 2 tujuan sahaja.

  • Untuk menambahkan lagi simpanan ASB anda
  • Untuk kemudahan membayar personal loan, hutang kad kredit, hutang kereta, rumah dan sebagainya, tanpa mengorbankan simpanan ASB anda.

Baiklah, sekiranya kami ditanya di antara mana satu tujuan yang paling saya suka di antara di atas, kami gemar kedua-duanya sekali. Banyak sekali topik tentang  Overdraft ASB (OD) fasiliti melalui cagaran sijil ASB ini diperkatakan. Kalau salah cara atau main ikut-ikut orang, boleh jadi lain nanti.

Tetapi khas untuk pembaca di sini, Berita Semasa ulas dan berkongsi topik overdraft ASB kali ini dalam bentuk yang lebih mudah.

Kami ambil satu kes dimana anda berkeinginan untuk menambah simpanan ASB dengan lebih cepat, tanpa anda perlu membuat personal loan dengan kadar faedah yang tinggi.

Ramai yang tidak tahu bahawa kadar faedah OD ini sebenarnya murah. Dalam julat 3.55 hingga ke 6.35 peratus berdasarkan peratusan terkini.

Kemudahan Overdraft ASB Facility : Bagaimana Kiraannya?

Contohnya………

  • Baki ASB = RM 20,000
  • Overdraft ASB OD dari CIMB = 90 peratus (RM 18,000)
  • Kadar Faedah OD = (Base Lending Rate- 2.00) = 3.55 peratus
  • Dividen ASB = 8 peratus
  • Simpanan tetap setiap bulan ASB = RM 200 sebulan x 12 bulan = RM 2400 setahun
  • Baiklah, katakanlah daripada Overdraft ASB OD berjumlah RM 18,000 tadi, RM 10,000 di ambil untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda yang berjumlah RM 20,000 tadi. RM 2400 juga di ambil daripada OD untuk dimasukkan ke dalam baki ASB anda. Maka, baki OD yang tinggal adalah, RM 5600.

Kiraan tahun pertama

  • Baki ASB = RM 20,000 + RM 10,000 + RM 2400 = RM 32,400
  • Baki OD + RM 5600
  • Faedah ke atas OD = (10,000+2400) x 0.0035 / 12 bulan = RM 36 sebulan@ RM 432 setahun

Kiraan tahun kedua

  • Dividen tahun lepas = RM 32400 x 0.08 = RM 2592
  • Baki ASB = RM 32400 + RM 2400 = RM 34800
  • Baki OD = RM 5600 – RM 2400 + dividen (RM 2592) = RM 5792
  • Faedah ke atas OD = RM18000 (Jumlah OD)-5792(baki OD)] x 0.0355/12 = 36/sebulan@RM 432 setahun

Kiraan tahun ketiga

  • Dividen tahun lepas = RM 34,000 x 0.08 = RM 2784
  • Baki ASB = RM 34,800 + RM 2400 = RM 37,200
  • Baki OD = RM 5792 – RM 2400 + dividen (RM 2784) = RM 6176
  • Faedah ke atas baki OD = (18000-6176) x 0.0355/12 = RM 35/sebulan@ RM 420 setahun

Kiraan tahun keempat

  • Dividen tahun lepas= RM 37,200 x 0.08 = RM 2976
  • Baki ASB = RM 37,200 + RM 2400 = RM 39,600
  • Baki OD = RM 6176-RM 2400+dividen(RM 2976) = 6752
  • Faedah ke atas baki OD = (18000-6752)x 3.55% / 12 = RM 33/sebulan@RM 396 setahun

Dan begitulah seterusnya sehinggalah sudah mencapai sasaran anda. Pada akhirnya nanti, Baki OD anda akan kembali pada kadar prinsipalnya semula iaitu RM 18,000 dan anda tidak perlu lagi membayar faedah ke atas baki berakhir tersebut. Namun jangan lupa, simpanan ASB anda juga bertambah bukan?

Apa yang ingin dinyatakan di sini, kosnya tidak seberapa sebenarnya dan kalau ikut bulan, cumalah RM 36 dan akan menurun dan menurun (kecuali BLR pulak naik). Tetapi yang penting di sini, simpanan naik mencanak dan cepat.

Oleh sebab itu, kalau ada duit lebih, boleh menggunapakai sistem sebegini, kurangkan kadar baki OD itu secepat mungkin.

Di sini kami senaraikan kelebihan fasiliti Overdraft ASB ini :

  • Faedahnya ikut Base Lending Rate atau BLR setahun ke atas baki berakhir
  • Faedahnya lebuh murah dari instrument kewangan lain seperti kredit kad (18 peratus), pinjaman peribadi(12 peratus) dan sebagainya.
  • Boleh mohon menggunakan sijil ASB dan setiap tahun masih tetap dapat juga dividennya
  • Dividen diterima boleh digunakan semula untuk bayar faedah OD
  • Boleh rebut banyak peluang yang ada di depan mata dengan menggunakan modal daripada penggunaan OD untuk tujuan perkembangan bisnes anda contohnya
  • Boleh beli saham-saham blue chip

Dan bermacam-macam lagi kelebihan yang tak dapat kami nyatakan kesemuanya di sini. Kemudahan ini jika digunakan dengan cara yang betul seperti ingin menambah pelaburan ASB misalnya, ataupun merebut peluang membeli rumah lelong di bawah harga pasaran dan kemudian refinance semula, anda boleh dapat duit lagi dan paling penting, rumah lelong yang dibeli tadi kadar sewanya adalah harga installment yang anda bayar di bank.

Maknanya, anda masih lagi buat duit.

Ramai yang menyangka OD ini hanya untuk ahli perniagaan, namun sebenarnya tidak begitu. Banyak benda boleh dibeli dengan Overdraft ASB OD ini seperti keperluan rumah, membawar wang pendahuluan rumah serta boleh juga kalau anda berminat untuk main saham.

P/S : Cuma yang penting di sini, adalah bagaimana anda nak menguruskan kemudahan Overdraft ASB (OD) ini sahaja. Asalkan anda melaburkan kemudahan OD kepada sesuatu yang menguntungkan, anda masih lagi berjalan dilaluan kebebasan kewangan anda suatu hari nanti. Renung-renungkanlah…….



Share.

31 Comments

  1. Alamak.. ni semua bende baru bagi saya thanks kepada penulis kerana memberikan maklumat ni… siap dengan kira2 lagi hehe…

  2. Utk makluman, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memansuhkan kemudahan OD ASB ini pertengahan tahun 2010 (x ingat tarikh sebenar). ini adlh disbbkan penyalahgunaan kemudahan ini oleh individu yg x bertanggungjwb menyebabkan kesukaran pihak PNB utk menguruskan akaun ASB. wbp utk makluman , sistem di atas boleh juga dilaksanakan dgn menggunakan emas di mn emas yg dibeli akan digadaikan (ar-rahnu mn2 bank) bg mendptkan tunai.

  3. up…. OD-ASB telah dibekukan. tahniah buat penulis.. mendedahkan teknik2 rahsia menjana wang. dulu… ilmu ini, saya rela berhabis duit untuk berguru….

  4. OD ASB dibenarkan untuk sayarikat sekarang ini.. kalau individu dah tak dibenarkan…. Ada complaint… Sebenarnya OD-ASB nie untungkan orang melayu.. sebab interest OD .. Dividen ASB yang bayar… Tapi engikut pengiraan atas… betul ke kadar OD Cimb BLR-2… bukan ke BLR-1.. sama dengan RHB…. Dah bertukar ke?

  5. Saya pun x pernah tahu mende nie. Bila tahu terus search sana sini. Alih2 dpt tahu dah dibekukan. Kalaulah tahu awal, dah lamer saya buat mende nie…

  6. option kepada ASB untuk buat OD ialah UT (Public Mutual)..mungkin sapa2 yang otai..bleh bagi feedback n pendapat sikit..knowledge sharing

  7. kepd sesiapa saya ingin tahu adakah sijil asb yang saya loan dgn bank boleh tak d cagar untuk buat od

  8. terima kasih kerna ilmu yg anda bg dapat m,beri pgthuan pd sy dan dpt mberi peluang untuk sy mbaiki ms hdpan

  9. Daud Awang on

    Masih buka lagi, tapi hanya utk OD-ASB Perniagaan atau Company SAHAJA. Individual dah tutup, tapi utk perniagaan masih BUKA hingga ke hari ini.

  10. Daud Awang on

    Utk orang orang S’wak, yang berada di S’wak esp Kuching area. Kepada yang berminat boleh menghubungi saya, daudawang@gmail.com . Sya boleh membantu berkenaan dengan OD-ASB ini. Ngap Sayot !!!

  11. Shamsul Ariffin on

    Saya masih sempat guna asb utk faciliti od. Alhamdulillah kini rumah2 sewa saya lebih terurus apabila saya mempunyai kewangan dr faciliti od..sbab saya hanya mkn gaji je..so kekadang nk dulukan pyt kpd bank2 agak terbatas..

  12. Saya sedang buat odasb ni di maybank…67% sahaja dari nilai sijil…interest 5.2%
    Masalahnya mula proses dari mac 17 sampai hari ni (may 17) belum disburse lagi…hadoih…

Leave A Reply