≡ Menu

Nurul Izzah Anwar Fitnah Raja Nong Chik? Elak Bayar Saman, Nurul Izzah Minta Maaf & Menyesal. Apa Kata Pengundi?

Nurul Izzah Anwar Fitnah Raja Nong Chik? Elak Bayar Saman, Nurul Izzah Minta Maaf & Menyesal. Apa Kata Pengundi?

Sebagaimana, penyokong Pakatan Rakyat memulaukan (akhbar Utusan Malaysia kerana acapkali kali kantoi fitnah) selepas disahkan oleh mahkamah, begitulah juga portal berita seperti Malaysiakini yang didakwa penyokong Barisan lebih banyak memihak Pakatan Rakyat. Masing-masing saling tuduh menuduh. Inilah….

Nurul Izzah

Inilah senario yang berlaku hari ini yang sering menjadi bahan perdebatan rakyat Malaysia sekarang. Terkini, Nurul Izzah telah mengeluarkan permohonan maaf kepada Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh. Oleh sebab itu, Islam meletakkan dosa menfitnah lebih besar dari dosa membunuh kerana membunuh membabitkan dosa terhadap orang yang dibunuh itu sahaja.

Walhal, sedangkan dosa menfitnah boleh membabitkan dosa terhadap ribuan dan jutaan manusia yang disebarkan fitnah itu. Apakah nasib ribuan manusia yang mendengar dan “menelan bulat-bulat” fitnah tersebut?

Nurul Izzah Anwar Fitnah Raja Nong Chik : Kenyataan Maaf Nurul Izzah

KENYATAAN MAAF DEFENDAN PERTAMA

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR IBRAHIM merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.

Setelah menjadi kes mahkamah baru nak minta maaf? Sebelum itu ketika pilihanraya, kelihatan Nurul Izzah berkempen dengan bermodalkan fitnah terhadap Nong Chik ni kepada ribuan manusia, tanpa rasa takut, menyesal atau sedih sikit pun sedangkan Nurul Izzah tidak pasti samada dakwaan yang dilemparkan kepada seteru politiknya benar atau tidak.

Nurul Izzah Anwar Fitnah Raja Nong Chik Vs Pengundi

Nurul Izzah Anwar

Setelah sedar dan Nurul Izzah pasti kalah kes tersebut kerana Nurul Izzah pun tahu apa yang beliau ucapkan memang fitnah pun, jadi disebabkan takut “dipaksa” bayar saman akhirnya Nurul Izzah terpaksa akur dan mengambil jalan mudah dengan memohon maaf. Mudah bukan?

Benar-benar ikhlas? Waallahualam. Tetapi jikalau Nurul Izzah benar-benar ikhlas, tidak perlu sehingga menjadi kes mahkamah untuk memohon maaf. Hanya minta maaf semata-mata kerana tidak mahu bayar saman sahaja?

Apa nasib pengundi Nurul Izzah yang termakan fitnah yang disampaikan olehnya sebelum ini?

Pastinya, kalangan yang mendengar dan memerhatikan dakwaan yang berkobar-kobar yang disampaikan oleh Nurul Izzah merasakan ia betul-betul berlaku, tipah tertipu rupanya.

Bermodalkan fitnah ketika berkempen? Bagaimana agaknya undi yang diperolehi daripada hasil fitnah sehingga berjaya mengangkat Nurul Izzah menjadi ahli parlimen Lembah pantai untuk penggal seterusnya selepas “pertembungan heavyweight” pada Pilihanraya Umum ke 13 sebelum ini?

P/S : Cukup bertuah Raja Nong Chik and keluarga maafkan. Sebab takut, di sana esok di alam kekal.