Nur Amalina Che Bakri Pelajar Terbaik SPM Dilantik Duta Pendidikan


Gambar Nur Amalina Che Bakri Pelajar Terbaik SPM. Terkini, Duta Pendidikan Kelab We Love PM

Kalau sebelum ini nama diberi, Nur Amalina Che Bakri pernah mengegarkan negara sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan keputusan SPM 17A.

nur amalina

Kemudian awal tahun 2012, cerita dan kisah Amalina Bakri semasa menuntut di luar negara sempat menjadi perhatian satu Malaysia. Terkini…..

Terkini Nur Amalina Che Bakri telah dipilih duta pendidikan Kelab We Love PM. Apa faktor yang menyebabkan Nur Amalina Che Bakri dipilih :

 

  1. Perjalanan hidupnya sebagai ikon yang telah memecahkan sempadan melalui penglibatannya dalam akademik.
  2. merupakan ikon pelajar pintar di era pemerintahan kerajaan Malaysia
  3. Tidak mahu perkembangan pengajian Nur Amalina Che Bakri membataskannya, untuk memperkenal Malaysia dan sejarah keamanan dan kemakmuran yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat
  4. Ada nak tambah?

Nur Amalina Che Bakri bersama Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merangkap Penasihat Kelab We Love PM, Datuk Dr Adham Baba

Nur Amalina Che Bakri mengajak anda, anda semua di sini untuk menyertai Kelab We Love PM ini yang dilihat merupakan platform terbaik untuk menyedarkan pelajar diluar negara terutamanya tentang perjuangan enam orang tokoh pemimpin utama Malaysia dalam memimpin dan menjaga negara.

Nak tahu apa tujuan Kelab We Love PM ini ditubuhkan? Keahlian kelab We Love PM ini dibuka kepada pelajar untuk mengenali dan menjiwai semangat dan pemikiran yang dilakukan oleh enam pemimpin Malaysia.

Yang mana ada masa, boleh mengunjungi laman Facebook rasmi kelab ini….

Nur Amalina Bakri : Facebook We Love PM Club

P/S : Bagaimana, berminat untuk menyertai Kelab We Love PM ini bersama-sama ikon baru kelab ini, Nur Amalina Che Bakri? Lagi gambar terkina amalina ada di bawah ini….

Ini pula video temuramah terkini yang cukup eksklusif bersama Nur Amalina Che Bakri yang terbahagi kepada 3 video di bawah mengenai pengajian di luar negara sana.