Program Dialog PM Dengan NGO Bertajuk Nothing To Hide Bincang 1MDB Batal! Pertembungan Ilmu Najib VS Mahathir Gagal!


Program Dialog PM Dengan NGO Bertajuk Nothing To Hide Bincang 1MDB Batal! Pertembungan Ilmu Najib VS Mahathir Gagal!

Sudah dijangka. Majlis ilmu seperti ini tidak akan berlangsung seperti yang dirancang. Apatah lagi apabila dijangkakan pentas ini, akan menemukan Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad bagi membincangkan segala isu semasa melibatkan negara Malaysia yang berbangkit.

nothing to hide

Jikalau laporan berita semalam, Datuk Seri Najib Razak mengatakan beliau boleh tidur dengan nyenyaknya, darah pahlawan katanya dan macam-macam lagi dengan kenyataan mendabik dada, hari ini tidak pula kelihatan kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke pentas ilmu dalam pentas Dialog PM bersama dengan NGO bertajuk Nothing To Hide

Tiba-tiba disebalik kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Ahmad Said, Datuk Ahmad Maslan dan juga Tan Sri Anuar Jusoh, Ketua Polis Negara mengatakan program Dialog PM bersama NGO perlu dibatalkan atas nama keselamatan?

  • Orang marah apabila kapal 1MDB berjumlah Rm1 bilion hasil rompakan dana negara (Sumber : https://mypt3.com/gambar-kapal-1mdb-equanimity)

Punca Program Dialog PM Dengan NGO Nothing To Hide Batal? Najib VS Mahathir?

  • diadakan di tempat tertutup di dewan PWTC
  • kebenaran sudah dapat
  • 5minit baru mahu batalkan program Dialog PM dengan NGO
  • Berita Semasa boleh menjangkakan jikalau ada kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Dialog PM bersama NGO  bertajuk Nothing To Hide tidak akan menjadi realiti. Taktik lama.

Walauapapun alasan yang diberikan. Sudah dijangkakan. Walaubagaimanapun tetap ada sekelumit perasaan, Berita Semasa berharap sangat agar pertembungan yang sihat dan segar dalam program Dialog PM dengan NGO menjadi kenyataan agar rakyat dapat melihat dan memerhati sendiri kecerdikan Datuk seri Najib Razak selaku Perdana menteri Malaysia menjawab segala soalan Tun Mahathir secara berdepan berbanding menjawab melalui blog semata

P/S : Sebelum ini kedengaran kata-kata berterbangan di udara Malaysia “Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya”…….Hari ini, lain pula tindakan. Tindakan yang tidak selari dengan kata-kata semangatnya. Lain kali jangan takbur.

PP/S : Bila demo suruh guna saluran yang betul. Apabila guna saluran yang betul macam ini pula jadinya? Majlis ilmu dengan kehadiran 2000 orang tidak mampu jaga dalam dewan PWTC yang tertutup? Bagaimana mahu jaga keselamatan negara?

PPP/S : Mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, bukan hanya sekadar pandai berucap depan orang ramai, berdegar degar. Itu cuma one-way communication. Nah, ini two-way communication. Tetapi sayangnya tidak menjadi realiti. Hanya tinggal angan-angan di Malaysia.

Lagi Gambar Suasana Program Dialog PM Dengan NGO Nothing To Hide?