Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini : Ringgit Jatuh Bawa Banyak Kebaikan

Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.45. Ringgit Jatuh Bawa Banyak Kebaikan (Pelancongan, Cukai, Gaji, Eksport Bonus Naik)

Sebelum itu, mari kita semak ironi apa yang berlaku hari ini.

nilai ringgit malaysia hari ini

Hari ini, dilihat pelabur dan pedagang matawang mula tidak berminat lalu menjual ringgit Malaysia.

Ya…betul Berita Semasa setuju, dengan keadaan kadar eksport negara yang sudah mulai perlahan, ia adalah keadaan yang baik dengan nilai Ringgit Malaysia hari ini berada pada paras yang rendah

Ia menjadikan pasaran eksport kita kembali kompetitif dan mampu merangsang ekonomi melalui industri pelancongan dengan kehadiran ramai pelancong asing dengan syaratnya tidak terus rendah dan jatuh nilai Ringgit malaysia hari ini.

Hanya bersandarkan kepada nilai ringgit Malaysia hari ini yang rendah untuk meningkatkan nilai eksport tidak baik untuk kemampanan ekonomi malaysia

Yang menjadi masalahnya, apabila harga barang terus melambung tinggi. Ekonomi Jepun sedang meleset ketika ini, yang pastinya memberikan kesan besar kepada banyak negara termasuk Malaysia, dek kerana Jepun merupakan kuasa besar Ekonomi ketiga terbesar dunia.

Betulkah Nilai Ringgit Malaysia Hari ini Jatuh, Baik Untuk Malaysia

Hakikatnya nilai ringgit Malaysia hari ini semakin mengecil. Jikalau anda bandingkan antara nilai Ringgit malaysia dengan Baht.

RM1 = 9.58 baht

Jikalau anda pergi di Golok contohnya, mahu makan nasi goreng Pattaya, mereka akan caj anda dengan 50 baht. Ini bermakna anda perlu bayar tambahan RM5.20, ekstra 2 kupang untuk makan Nasii Goreng Pattaya di sana.

Bagaimana pula dengan nilai ringgit Malaysia hari ini dengan US? Kuwait? Euro?

  • 1994 – $1 singapore dollar = RM1
  • 2004 – $1 singapore dollar = RM2.2
  • 2014 – $1 singapore dollar = RM2.57
  • 2024 – ???

Tindakan baru-baru ini Federal Reserve yang sebenarnya syarikat swasta yang dikawalselia oleh kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan beberapa pelan tindakan termasuklah mengurangkan bekalan wang USD di pasaran bagi membolehkan ia kembali lebih bernilai daripada biasa.

nilai ringgit

Ini bermakna kerajaan Malaysia contohnya yang ada membuat menerbitkan bon luar bersandarkan wang USD, perlu lebih daripada biasa.

nilai ringgit malaysiaDitambah pula, kalangan pelabur yang melabur dalam matawang asing seperti Ringgit Malaysia melalui pinjaman kadar faedah yang dikenakan ke atas mereka turut meningkat, menyebabkan ramai pelabur mengambil keputusan drastik menarik keluar duit Ringgit Malaysia mereka dan akhirnya menukarkannya kepada USD

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Bajet defisit berterusan kepada negara sejak tahun 1998 tetapi mampu diimbangi dengan lebihan akaun semasa yang masih kukuh. Malangnya, lebih akaun semasa disemak mula merosot sejak tahun 2008 dan terus menguncup dalam tempoh beberapa tahun akan datang

Kesan Jatuhnya Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini

  • Apa yang jadi sekarang ini? Berlaku lambakan duit ringgit Malaysia di pasaran sekarang ini yang “tidak diendahkan” kalangan pelabur. Akhirnya nilai ringgit kita kembali turun dan turun menyebabkan kita memerlukan lebih banyak ringgit untuk membeli 1 USD
  • Apabila yang berlaku sekarang ini pasaran global mempunyai keyakinan yang rendah terhadap keupayaan kerajaan Malaysia membayar balik pinjaman menyebabkan mereka akan minta lebih banyak duit ringgit malaysia kita untuk membayar setiap 1 USD mereka semula.
  • Tidak ramai yang perlukan Ringgit Malaysia sekarang ini selain daripada minyak, getah, CPO, komponen elektronik
  • Harga minyak jatuh memberikan tamparan hebat kepada Malaysia, apabila pelabur yang melabur dalam industri oil & gas contohnya di malaysia semakin ramai menarik kembeli duit mereka dari negara kita. Ringgit Malaysia terus jatuh…

Sebenarnya kitaran ekonomi sudah berada di sekitar jam 1-2, kadar faedah naik, harga komoditi turun, USD semakin mengukuh. Saham semakin hilang taring dan biasa sehingga dilihat sukar untuk naik kembali.

Semuanya berkaitan antara satu sama lain. Nantikan akan ada satu lagi kitaran ekonomi apabila ia mula menuju ke jam 6.

  1. Setiap satu ada pasangnya. Harga petroleum turun, maka harga getah asli juga akan turun dek kerana getah sintetik daripada petroleum semakin murah
  2. Wang semakin berlambak di pasaran. Maka ahirnya kelak Bank Negara Malaysia tidak akan ada pilihan lain untuk menarik kembali wang masuk dalam pasaran. Nantikan….
  3. Daripada bawah iaitu 6 pada tahun 2008 dan kembali ke puncak mengambil masa 6 tahun. Oleh itu, sama-sama kita bersdia dan lihat berapa lama masa yang diambil untuk bertahan, daripada puncak jam 12 untuk jatuh kembali ke bawah jam 6.

Apa Pendapat Tun Mahathir Pula

Jikalau Tun Mahathir dan laporan akhbar berita Bernama contohnya seperti di bawah ini mengambil pendekatan mengatakan apabila nilai ringgit Malaysia hari ini semakin tinggi adalah lebih baik dan menjadikan ekonomi malaysia lebih berdaya saing, lain pula pendapat, pemerhatian dan hasil kajian yang dilakukan oleh Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan menasihatkan rakyat Malaysia semua jangan risau dengan trend nilai ringgit Malaysia hari ini jatuh kerana :

  1. Asas ekonomi negara sentiasa kukuh
  2. Nilai eksport negara semakin baik
  3. bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur
  4. Hasil kerajaan daripada sumber petroleum termasuk Petronas juga tidak akan terjejas dengan kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini, kata Ahmad, barangan import akan meningkat harganya, namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Malaysia seterusnya mengembangkan sektor pembuatan dalam negara
  5. Barangan eksport Malaysia ke luar negara pula akan lebih murah, justeru mengembangkan sektor export
  6. Akhirnya, keuntungan syarikat akan menyebabkan akan ada kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kepada kerajaan dan bilangan kilang juga berkembang
  7. Sektor pelancongan pula akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yang nilai wangnya tinggi dibanding ringgit.
  8. Sektor perkhidmatan yang diberi kepada pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dengan peratus penurunan nilai ringgit Malaysia

Setuju? Itu pendapat Ahmad Maslan, apa respon anda dengan situasi nilai Ringgit Malaysia hari ini yang semakin mengecil nilainya yang memberikan kesan kepada anda?