Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.45. Ringgit Jatuh Bawa Banyak Kebaikan (Pelancongan, Cukai, Gaji, Eksport Bonus Naik)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.45. Ringgit Jatuh Bawa Banyak Kebaikan (Pelancongan, Cukai, Gaji, Eksport Bonus Naik)

Sebelum itu, mari kita semak ironi apa yang berlaku hari ini.

Nilai Ringgit

Hari ini, dilihat pelabur dan pedagang matawang mula tidak berminat lalu menjual ringgit Malaysia.

Ya…betul Berita Semasa setuju, dengan keadaan kadar eksport negara yang sudah mulai perlahan, ia adalah kedaan yang baik untuk kadar Ringgit Malaysia berada pada paras yang rendah seketika bagi menjadikan pasaran eksport kita kembali kompetitif dan mampu merangsang ekonomi melalui industri pelancongan dengan kehadiran ramai pelancong asing dengan syaratnya tidak terus rendah dan jatuh nilai Ringgit malaysia kita.

Hanya bersandarkan kepada nilai ringgit Malaysia yang rendah untuk meningkatkan nilai eksport tidak baik untuk kemampanan ekonomi negara

Yang menjadi masalahnya, apabila harga barang terus melambung tinggi. Ekonomi Jepun sedang meleset ketika ini, yang pastinya memberikan kesan besar kepada banyak negara termasuk Malaysia, dek kerana Jepun merupakan kuasa besar Ekonomi ketiga terbesar dunia.

Hakikatnya nilai ringgit Malaysia kita semakin mengecil. Jikalau anda bandingkan antara nilai Ringgit malaysia dengan Baht.

RM1 = 9.58 baht

Jikalau anda pergi di Golok contohnya, mahu makan nasi goreng Pattaya, mereka akan caj anda dengan 50 baht. Ini bermakna anda perlu bayar tambahan RM5.20, ekstra 2 kupang untuk makan Nasii Goreng Pattaya di sana.

Bagaimana pula dengan nilai ringgit Malaysia kita dengan US? Kuwait? Euro?

  • 1994 – $1 sing dollar = RM1
  • 2004 – $1 sing dollar = RM2.2
  • 2014 – $1 sing dollar = RM2.57
  • 2024 – ???

Nilai Ringgit Malaysia Jatuh. Baik Untuk Malaysia?

Tindakan baru-baru ini Federal Reserve yang sebenarnya syarikat swasta yang dikawalselia oleh kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan beberapa pelan tindakan termasuklah mengurangkan bekalan wang USD di pasaran bagi membolehkan ia kembali lebih bernilai daripada biasa.

tukaran ringgit malaysia

Ini bermakna kerajaan Malaysia contohnya yang ada membuat menerbitkan bon luar bersandarkan wang USD, perlu lebih daripada biasa.

kadar tukaran ringgitDitambah pula, kalangan pelabur yang melabur dalam matawang asing seperti Ringgit Malaysia melalui pinjaman kadar faedah yang dikenakan ke atas mereka turut meningkat, menyebabkan ramai pelabur mengambil keputusan drastik menarik keluar duit Ringgit Malaysia mereka dan akhirnya menukarkannya kepada USD

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Bajet defisit berterusan kepada negara sejak tahun 1998 tetapi mampu diimbangi dengan lebihan akaun semasa yang masih kukuh. Malangnya, lebih akaun semasa disemak mula merosot sejak tahun 2008 dan terus menguncup dalam tempoh beberapa tahun akan datang

  • Apa yang jadi sekarang ini? Berlaku lambakan duit ringgit Malaysia di pasaran sekarang ini yang “tidak diendahkan” kalangan pelabur. Akhirnya nilai ringgit kita kembali turun dan turun menyebabkan kita memerlukan lebih banyak ringgit untuk membeli 1 USD
  • Apabila yang berlaku sekarang ini pasaran global mempunyai keyakinan yang rendah terhadap keupayaan kerajaan Malaysia membayar balik pinjaman menyebabkan mereka akan minta lebih banyak duit ringgit malaysia kita untuk membayar setiap 1 USD mereka semula.
  • Tidak ramai yang perlukan Ringgit Malaysia sekarang ini selain daripada minyak, getah, CPO, komponen elektronik
  • Harga minyak jatuh memberikan tamparan hebat kepada Malaysia, apabila pelabur yang melabur dalam industri oil & gas contohnya di malaysia semakin ramai menarik kembeli duit mereka dari negara kita. Ringgit Malaysia terus jatuh…

Sebenarnya kitaran ekonomi sudah berada di sekitar jam 1-2, kadar faedah naik, harga komoditi turun, USD semakin mengukuh. Saham semakin hilang taring dan biasa sehingga dilihat sukar untuk naik kembali.

Semuanya berkaitan antara satu sama lain. Nantikan akan ada satu lagi kitaran ekonomi apabila ia mula menuju ke jam 6.

  1. Setiap satu ada pasangnya. Harga petroleum turun, maka harga getah asli juga akan turun dek kerana getah sintetik daripada petroleum semakin murah
  2. Wang semakin berlambak di pasaran. Maka ahirnya kelak BNM tidak akan ada pilihan lain untuk menarik kembali wang masuk dalam pasaran. Nantikan….
  3. Daripada bawah iaitu 6 pada tahun 2008 dan kembali ke puncak mengambil masa 6 tahun. Oleh itu, sama-sama kita bersdia dan lihat berapa lama masa yang diambil untuk bertahan, daripada puncak jam 12 untuk jatuh kembali ke bawah jam 6.

Jikalau Tun Mahathir & laporan akhbar berita Bernama contohnya seperti di bawah ini mengambil pendekatakan mengatakan apabila nilai ringgit Malaysia semakin tinggi adalah lebih baik dan menjadikan ekonomi malaysia lebih berdaya saing, lain pula pendapat, pemerhatian dan hasil kajian yang dilakukan oleh Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan menasihatkan rakyat Malaysia semua jangan risau dengan trend Ringgit Malaysia jatuh kerana :

  1. Asas ekonomi negara sentiasa kukuh
  2. Nilai eksport negara semakin baik
  3. bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur
  4. Hasil kerajaan daripada sumber petroleum termasuk Petronas juga tidak akan terjejas dengan penyusutan ringgit, kata Ahmad, barangan import akan meningkat harganya, namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Malaysia seterusnya mengembangkan sektor pembuatan dalam negara
  5. Barangan eksport Malaysia ke luar negara pula akan lebih murah, justeru mengembangkan sektor export
  6. Akhirnya, keuntungan syarikat akan menyebabkan akan ada kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kepada kerajaan dan bilangan kilang juga berkembang
  7. Sektor pelancongan pula akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yamg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit.
  8. Sektor perkhidmatan yang diberi kepada pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dengan peratus penurunan nilai ringgit Malaysia

Setuju? Itu pendapat Ahmad Maslan, apa respon anda dengan situasi nilai Ringgit Malaysia yang semkain mengecil nilainya yang memberikan kesan kepada anda?



Share.

102 Comments

  1. orang Singapore on

    Terima kasih kerajaan UMNO. Hanya UMNo yang boleh bantu kitaorang belanja lebih kat Malaysia. Ritu tukar 100 sing dollar dapat RM259.50. Murah seyyyy…

  2. Anwar Ibrahim on

    Ini semua salah no plat kereta yang tak ikut spec.. Ekonomi negara terjejas teruk!

  3. Kita punya eksport kecik je. Ni semua salah BNM sebab gagal kawal kerakusan bank2 jual loan. Owh by the way yg syndicated loan yg sampai 7 billion untuk projek kat UK tu disburse guna duit ape eh? Ringgit Malaysia kan? Abis la duit malaysia kena campak keluar..

  4. Gua masih ingat gua minum teh tarik kat basement Malaysian Hall kat London tu …. ada rakyat Malaysia mana entah yang tersesat kat London masa tu, bising cakap segelas Teh Tarik = RM7
    masa dulu kerja part time sedap kat UK…ringgit malaysia jatuh

  5. AntiKapitalis on

    Ini bukan faktor besar kecil nilai tukaran. Ia lebih kepada faktor ekonomi. Korang ada baca tak kebelakangan ini ada desas-desus beberapa buah negara utama dunia mahukan Yuan menggantikan Dollar AS untuk perdagangan dunia?
    Banyak negara sudah bersetuju dan Russia pun menunjukkan minat mereka tetapi blok Barat berasa terancam sebab kalau ini berlaku, penguasaan geopolitik di dunia akan menjadi lebih kecil.

  6. Orang biase on

    Harga Petroleum mmg berkait rapat dgn getah sebab org wat getah sintetik guna hasil petroleum so import getah akan menurun.. Walaubagaimanapun, penurunan RM berbanding USD akan menyebabkan inflasi sebab nilai duit semakin murah untuk didagangkan.

  7. Anonymous on

    wak maslam ni, aku cepok kang

    Pengeluar kilang yang mengeksport ke luar negara memang suka macam ini sebab harga barangan kita akan kompetitif tetapi tak berguna sangat untuk rakyat biasa secara langsung.

  8. Orang biase on

    Byk title bwk masuk dalam kubur seyy.. (kata org seberang..)

  9. maka akan samalah nilai dengan RP jika nilai RM terus susut…
    dan harga minyak pun akan dinaikan bagi menampung perbelanjaan negara jika nilai ringgit semakin menyusut ,,kita jual org dah tak nak beli kuasa membeli terhad…nak beli produk malaysia berbelanja lebih rakyat akan pikir 2,3 kali sebab dah terbiasa dengan produk luar negara yang lebih berkualiti tinggi…

  10. Negara macam rambut..ambil masa juga nak gugur..kalau dah nampak macam nak gugur dah tu, mesti ambil inisiatif nak elakkan dari gugur lebih banyak..sebab kalau dah gugur dan botak, SUSAH NAK TUMBUH BALIK..AMBIL MASA DAN KUDRAT YANG SANGAT BANYAK..saya tengok Malaysia ke arah kehancuran dah pun..57 tahun UMNO memerintah, hanya kehancuran menanti kita di depan..orang melayu kita jugak yang menjatuhkan melayu sendiri..acaner tu?

  11. AZMAN NURHAN on

    cakap je lebih you ni…cari penyelesaian bukan tembak merata wei

  12. BODOH NEGARA on

    KAH KAH KAH
    PADAN MUKE SEMUA.. SEBAB RAMAI SANGAT PEMIMPIN2 BODOH DALAM KABINET..LEMBAT BEBAL BANGANG

    ORANG2 BODOH PULAK PEGI SOKONG MEREKA
    HADOII YG MERANA ORANG2 CERDIK KAH KAH KAH

  13. Salam,
    Apa yg di utarakan oleh maslas tak semua betul tak semua salah, namun hakikatnya negara dalam keadaan tak normal dari segi ekonomi yg kukuh lebih kepada lembab . Kalau ini berterusan rakyat akan mula risau dan akan mengurangkan perbelanjaan mrk utk mengatasi hari yg sukar, ini boleh menyebabkan keadaan ekonomi malaysia semakin lemah. Kalaulah negara kita tak byk hutang dan kurang rasuah malah kerajaan malaysia punya wang simpanan yg byk maka keadaan ini tidak akan belaku malah keadaan cepat pulih. Malaysia akan hadapi kegawatan ekonomi sekiranya tiada apa yg di nyatakan di atas.

  14. Hahaha….ini sy setuju…..dah lama sgt memerintah tidak byk perubahan dapat di lakukan malah rasuah semakin merebak tanpa hentinya.

  15. Hahaha….
    Yg cerdik tak akan merana sebab mrk bersedia hadapinya dgn cerdikkan yg mrk ada tetapi tidak pada yg kurang bijak mrk akan meranan lagi teruk dari skrg.

  16. Anonymous on

    Masalah pemimpin bodoh terus kekal.
    Lepas ni guna spr utk buat sempadan p raya baru. Kawasan umno kuat pecah 2 seluruh malaya. Kawasan PR kuat adalah satu dua dipecah.
    Kalau PR komplen guna akta hasutan.
    Di dunia ni bolehlah tipu rakyat wahai umngok.

  17. Betul ckp kawan comel drpd 200 ribu jadi 50 ribu. bulan ni comel x potong kwsp.asyik2 matawang kita turun.rugilah comel

  18. Jepun pun sekarang dengan sengaja jatuhkan duit dia. Australia dah kena dah penangan matawang naik. Ramai pelabur yang lari sebab kos tinggi. Cuma bila matawang kita jatuh, barang yang import jadi mahal la.

  19. Company yang banyak hutang dengan luar, termasuk kerajaan juga jenuh lah nak bayar hutang yang dalam nilai Dollar tu. Ahmad Maslan, apa citer saham FGV hari ni dah tinggal RM2.98? Bukan dulu naik 2 hari je RM5.40?

  20. Anonymous on

    Saya pun setuju,sprm sepatutnya tangkap ikan jerung,asyik ikan bilis je,jika tangkap ikan jerung pun,bila masuk mahkamah lepas pula,sebab ikan jerung byk duit beli peguam,ikan bilis hanya rasuah rm50.00 tidak mampu nak bayar lawyer,akhirnya ikan bilis juga kena tangkap,ikan jerung terlepas.

  21. Orang biase on

    Sape ckp rambut gugur amik masa nak tumbuh.. Skrg dah byk produk selain minyak bon bleh guna utk tambah rambut..

  22. Orang biase on

    As Salam,
    Kejatuhan ekonomi adalah fenomena yang tak dapat dibendung. Ekonomi ada cycle turun naik setiap 10 tahun. Kita kira dah bernasib baik sebab dah lebih 10 tahun (semenjak tahun 1999) masih lagi stabil.

  23. takpe iman biar FGV mendap smpai 20 sen/10 sen. bila spai harga tu aku nak tibai 1000 lot kat papan. biar lambat naik..lastly akan naik perlahan2 tu pun lau bn menang pru nanti. lau x..lingkup aku…hahaha..

  24. Hajah Rogayah on

    Akak berpendapat pandangan Dato Ahmad Maslan amat logik, kemungkinan harga barang turun amat melegakan kami semua. Akak harap kita selaku rakyat hamba sahaya taat dan teruskan menyokong pemimpin seperti biasa

  25. Hajah Rogayah on

    Projek kerajaan BN dibuat hanya demi rakyat. Rakyat amat bertuah pemimpin kita sanggup melabur di luar negara semata mata mahu menjana ekonomi rakyat. Natijahnya negara akan dihormati kerana ada aset di luar negara

  26. Tgk la semua. Teh tarik rm7 d luar negeri. Syukur la masih dbwh rm2 d mlsia. nasib bek BN kawal hrga agar rakyat senang.
    Hidup BN

  27. mat rempit on

    Elok la ringgit murah bile lg nk pki kete import bile dh murah nnt. Kita rileks jgn termakan hasutan pembangkang yg dengki kejayaan PM Najib dan isteri memerintah watan

  28. Aku dah naik hairan balik Malaysia. 3 tahun aku belajar di UK. kat sana 10$ tu boleh beli macam2 makanan. Jangan kata matawang sana besar ke apa. Cth macam ni la. Aku ada 1$ di UK boleh beli air tin satu. Tapi kat sini 1 tin 1$ lebih. Kalau sana 10$ boleh beli 10 makanan sini boleh beli barang saja dgn RM10. Jadi aku ada 10$ di sana lebih mewah dari q0$ kat sini?

  29. Anonymous on

    Elok juga…kalau duit kita dak kecik..warga2 asing..pati..semua nya akan lari..sebab tak dapat menjamin masa depan mereka…lari pulak ke Singapore..biar org sana rasa mcm kita rasa skg.

  30. salam,
    ya negara belum lagi dalam keadaan krisis seperti 1997-98 tetapi tahu ke saudara berapa lembabnya rentak ekonomi malaysia dalam lebih 10 tahun ini!!! memang menaik tetapi negara lain lagi cepat naiknya malah ada yg melepasi ekonomi malaysia sedangkan dulu malaysia dihadapan. malah bagaimana keadaan rakyat malaysia selama 5 tahun ini!!! baik ke??? maka lihat keseluruhan bukan sebahagian ini tidak melambangkan baiknya ekonomi malaysia selama lebih 10 tahun ini. malah sebelum ini negara amerika hadap krisis 2007/08 jatuhnya mata wang dollar sedikit sebyk membantu negara atas nilai RM ini membantu harga barangan namun lepas 2 tahun keadaan mula menampakkan kenaikkan harga barangan dll, malah dalam 2 tahun ini kenaikkan harga barangan melebihi 40% dan skrg ekonomi lembab, naik lg nilai mata wang dollar melemahkan nilai RM dgn sdrnya harga akan naik lagi dalam 10% mungkin lebih . maka berapa kenaikkan purata gaji saudara??? ada melebihi 50%??? kalau ya tahniah selamat pada saudara. bila GST dilaksanakan tahun depan berapa lagi nak naik??? maka berfikir secara wajar dan waras bukan duduk kedai kopi dapat gula tak ada kopinya………!

  31. Bohong ini statement..ini baru betul..RINGGIT MALAYSIA LEBIH KUKUH BERBANDING TAKA BANGLADESH..sebab itu sy mari malaysia..

  32. SambalBelacan on

    Turun???…masih lagi ada jugak yang bermimpi harga barang2 akan turun yer?…kalau ada, sila beritahu apakah barang2 yang dimaksudkan ‘turun’ itu…

  33. Apabla bertuankan biawak…inilah jadinya. Sifat positif itu menjadi negatif jika salah tempat !! Ketam sekali2 tidak akan mengatakan cara berjalannya salah. Katak dibawah tempurung sekali2 tidak akan kata cara dia teropong itu salah.

    Bagaimana mahu membiarkan Luncai tenggelam dengan labunya jika ramai rakyat turut kelemasan dek kerananya. Pikir2kanlah wahai insan merdeka dibumi terjajah !!

  34. dalam asean ni, malaysia paling bagus. tahniah sangat-sangat..
    untungnya jadi warganegara malaysia.

  35. hj rugiyah on

    kemungkinan harga brg akan turun???akk duk mne kak?malaysia kn??penah ke harga brg trn??nk taat ngn pemimpin camni??siann akk ni..da biol agknyeee

  36. hj rugiyah on

    haha..kerajaan bn..mne ada kerajaan bn..kerajaan malaysia..parti bn..kerajaan ngn parti pun xle beza..adoiiiyaiii…

  37. Anonymous on

    derr…rm7 kt london brape pound der kt sne..mmglaa mahal ble convert duit malaysia..adoiii..

  38. sedihlaa baca statement ahmad maslan ni…tu la slalu sgt dicakap bodo…kata2 tu satu doa…

  39. hajah rogayah umno karat biru tu…bahkan klu luka darah pun biru.ha.ha

  40. borhan ni tak abis2 pasal minum teh tarik rm7 dia tu. minum le jenis lain pula. tak meriah langsung hidup dia ni. tak abis2 dgn kenangan basi …

  41. Anonymous on

    Maslan,bilang ekonomi kukuh? Kenapa hutang negara menggunung dan kocek rakyat kering kontang saja?? Para peniaga merungut sunyi sangat setiap hari..?? Keadaan perpanjangan begini akan menyebabkan rakyat kemurungan,kekecewaan,kerisauan tanpa ada penyelesaian kerajaan dan sepatutnya kerajaan akan membayar hutang hutang tempatan,kontraktor,Pemborong atau pengusaha dan sebagai
    Demi pengaliran wang negara yang lancar. Dan kerajaan atau PA jangan rokek/kedekut
    Membayar hutang kerajaan kepada para pengusaha!!! Tabiat sebegini membawa banyak keburukan kepada rakyat dan negara!!! TQ

  42. Anonymous on

    Kegawatan ekonomi menyebabkan kebanyakan rakyat kerisauan,kemurungan,
    Tekanan hidup..?? Oleh
    Itu kerajaan mengubah dasar dasar dengan pantas dan mengambil langkah langkah yang membina??? Apa caranya??? Inilah pendapat saya”. Sepatutnya badan kerajaan dan pegawai PA tidak harus menahan hutang tunggakan kontraktor,pemborong,pengusaha atau mana mana berkanun dengan kerajaan,supaya kerajaan membayar secara tepat tempoh. Jangan suka bertunggak tunggak.!! Sekiranya kerajaan mengambil langkah membayar hutang tepat masa..” Ia membawa banyak kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat. Sebab apa?? Sebab rakyat dapat nampak pengaliran wang secara teratur dan lancar. Perkara ini dapat memulihkan ekonomi kursus untuk rakyat Malaysia.TQ

  43. Anonymous on

    Inl lah maslan terlalu bijak yang memtadbir negara..!!
    Ringgit Malaysia jatuh membawa banyak kebaikan konon??? AS dollah 1.00(rm3.45) ini bererti harga getah
    Skrap RM 1.00 sekilo US dollah baru 0.28 sekilo??? Inilah
    Kebijaksanaan kerajaan UMNO ??? Lebih lebih lagi Si maslan terlalu bijak!!! Kali ini lah penoreh maeheal??? Patah tulang..!!

  44. Anonymous on

    Dah diberi kuasa 56 tahun, ni lah tahapnya ekonomi negara capai dgn hutang negara mengalahkan negara Bangladesh , skrg nilai RM paling meleset, getah dan sawit jatuh, harga rumah mampu milik tak masuk akal rm300,000, dan macam2 isu berat lagi dipaparkan, dah pasti negara dah masuk dlm dahrurat ekonomi dlm tangan pemerintah bn

  45. Anonymous on

    Umngok Barang Naik terus menyebabkan negara ini punah. Kejatuhan mata wang juga menyebabkan hutang negara melonjak ke 600 billions. Generasi cucu-cicit pun belum pasti dapat habis bayar.

  46. Code Tango on

    Bro jacki…you took the words right out of my mouth.
    Aku setuju dgn kau…totally

  47. Code Tango on

    Bro sanusi pon 2×5…..
    Jenis ahmad maslan suka….mudah nak kelentong..
    Ini pasal buying power kita makin merudum…1st bole rasa kalau pi oversea bawak duit Msia….lepas tu dok kat Msia pon akan rasa juga…inflasi makin naik…

  48. Code Tango on

    Kejatuhan nilai ringgit….jalan pintas untuk
    jadikan hutang negara dari rm600billion ke
    rm1trillion…
    Aku jangka…berdasarkan sejarah polisi Msia mengawal
    nilai ringgit sebelum ni…akan menyebabkan ringgit
    akan dilambakkan dipasaran kerana kekhuatiran
    in case kerajaan akan ambil langkah yg sama kali
    Ini, yg bakal menyebabkan ringgit akan makin jatuh dlm masa terdekat

  49. Anonymous on

    menteri mana nak buat kenyataan negatif.. mahu kena pecat.. mesti kena kenyataan positif walaupun dengan menipu…

  50. kenapa kerajaan BN sekarang sudah tidak di hormati lagi?pemikiran yang sebaginilah yang membawa kepada kejatuhan BN selain tidak menepati janji.bonus penjawat awam dibayar pada 22 januari 2015 untuk apa?duit tambahan diperlukan untuk perbelanjaan anak sekolah kenapa sekarang bonus perlu di bayar hujung bulan pada tahun berikutnya?

  51. aduhai menteri macam ini pun ada.kalau nilai ringgit malaysia jatuh,interest rate pun jatuh.kalau aku pelabur,mana ada selera nak melabur kat Malaysia.siap cakap boleh menaikkan gaji lagi.mak ai..klau beso pun gaji nya tapi kuasa membeli kurang.sama saja.

  52. Orang biase on

    Sokong Bro Sanusi.. Borhan beli kopi RM7 kat London, sebab Borhan sendiri tak skola tinggi mcm ckp ‘Gua’. Beli kopi kat UK pun guna RM tak guna pound.. Code Tango nih mmg kaki probok, mne2 site suma nak kondem jer..

  53. Orang biase on

    Korng biseng2 nih knp, dr taun 1999 smpi skrg dok tanam anggur ker.. Klu tgk tempat lain, byk negara yg org takde keja.. Kat sini brp percent jer yg tido tepi jln.. Gue tgk Johny kaki ampu Jacki.. Code Tango kaki probok..

  54. Orang biase on

    Tuu pasal tak bernai bagi nama Bro.. Klu statement tepat, tak salah share info..

  55. Amran Pekida on

    pandangan 99% pakar ekonomi semuanya setuju dgn cara Najib mentad bir negara. semakin maju. highway banyak. kalo ko tgk cite tamil teruknya negara india miskin semuanya sebab salah pilih pemimpin. Kita dirahmati dengan adanya cerdik pndai memimpin BN

  56. Saya rasa ada benarnya apa yang ahmad maslan katakan. Kamu tak sepatutnya mengkritik beliau seperti itu. Sebaiknya kamu perlu ada ilmu ekonomi yang mendalam barulah boleh bercakap atau mempersoalkan isu ini. :))

  57. Dr Mahadhir bab ekonomi dia mmg pndai..bab politik yg xkna byk…ds najib dok rsa dia lg hebat bab ekonomi sbb dia bljr ttg ekonomi..tp dia xtau yg semua yg dia blajr tu dr buku..bncana ekonomi xkn sama tiap kitaranya turun naiknya sbb tiap bncana ekonomi…njib igt dia dpt mnjangka dgn baik pengembangan ekonomi negara tp dia xjgka situasi skrg…lps ni tgu tgkla…tiap dekad pd thun yg hjgnya 8 cth 1998,2008 adalah tahun pling truk bncna ekonomi wlupn org cina kta tuah thun no 8..piiirah…selagi mna kita manusia ni bernafsu dgn wangringit,selagi itulah kitaran bncana ekonomi kapitalis ini akan meranakan kita.. tahun 2015 adalah prmulaan bg thun2 yg bakal meranakn kita..mka bersiap sedialah kita..islam tidak menglakkn kita memburu kekayaan dunia,tp ada yg kta guna kekayaan dunia sbgai jmbatan ke syurga..terpulanglah pd dri masing2..selagi mna kekayaan yg kita dambakan selagi itulah kekayaan dunia yg perlu kita cari..renungkanlah..tq kpd publisher yg mengupas isu ini

  58. apela bising2..xsuka duk lua negara..negara ni xperlukan pencacai kaki bangkang kat sini..

  59. Situasi hanya baik untuk mereka yang bnyak duit sahaja….
    Jurang kuasa beli yang berjaya dilebarkan….jurang pendpatan yang semakin besar….kasta yang diwujudkan secara tak yg disedari
    Golongan elit boleh tersenyum dari siang sampai malam tengok rakyat biasa berhempas pulas demi mencari sesuap nasi….. hanya untuk mencari sesuap nasi………….

  60. Young Malaysia Man on

    Jangan happy sgt org2 singapore one day young generation like me will make sure Malaysia becomes one of the richest country dlm dunia.I promise to myself Iwill beat Bill Gates and become the richest muslim and educated man in the world.A lot of plans I have made.I will make sure this particular Asian country raises lot of benefits and I’ll bring up Melayu to international Nations.I promise to myself I will rule Malaysia and I ll be acompanied by Tun Mahathir.Just wait.2024 is when My plans finished . and for your information I’m 13 years old and keep these notes.And for your information dont treat me like I ‘m just a boy that knows nothing.And jgn anggap I m talking no sense ok keep it

  61. system baru on

    Macam mana china oleh bertahan dan china penah turunkan kadar mata nya sebab china menbanyakan export ke luar negara dan di sokong penguna domasti, rakyat kita tengok tukaran wang asing seperti euro dan pound tukaran mata wang dengan mata wang kita tak pun jatuh dengan teruk pun.seperti mata wang euro dan pound tak jatuh pun dengan teruk , persoalan ini kena fikirkan adakah kita masih bergantung pada dollar,ini menbukti kadar export ke euro tak jatuh pun. Aku ingat lagi mata wang china jatuh teruk tapi mereka dapat bertahan sebab export tinggi dan menyebab amerika memaksa china naik harga mata wang itu dengan kadar menasabah, amerika marah pada china disebab itu mata china jatuh tapi export dia meninkat, krisis 1998 itu di sebab export kita bergantung pada dollar sebab kita bergantung seratus peratus dengan tukaran wang ringgit pada dollar.
    Sekarang malaysia tak bergantung sangat pada dollar itu dan malaysia telah menperbagaikan pengunaan mata wang nya, contoh russia itu russia memperbagai dangang mata nya dengan bekas komunis dan negara sekutu nya seperti india dan china

  62. sapa2 laaa on

    start blek kempen zmn Tun M, gunalah barangan buatan Malaysia…. kurngkn gune yg import…

  63. sedih ca, Dari rm1=$1 jadi rm3.45=$1 .. Tlg la kerajaan, usaha naik kan Mata Wang Negara setara dgn US atau lebih..

  64. Umno sejati..berpihak pada yg jujur on

    Setan hjh rokiah..hantu najib.. Letak tepi dulu bodoh politik.pilih yg dapat jaga rakyat..ekonomi naik..baru la boleh sokong najib . BN ok tp najib dan maslan hancurkn negara.. Aku pun BN ..Tapi aku tak sokong BN yg menghancurkn negara.. Pilihan raya ni kami akn undi pembangkang.. Kecuali majib letak jawatan

  65. Mat Kelate on

    Otak kura2, kalau baik kenapa tak turunkan seperti rupiah Indonesia.

  66. jgnlah mcm tu.Wang malaysia x takut ke? jikalau jadi wang rupiah indonisia mcm mna?

  67. macam mana pulak bawak kebaikan..harga minyak jatuh wang ringgit jatuh nanti apa pula yg akan bakal jatuh nanti tak pasal pasal tak boleh pergi luar negara..negara mana lah terima duit kita yg murah ni.. sekarang orang kite boleh gi indonesia je sebab matawang kita sama taraf..

  68. jangan salahkan parti…salahkan pemimpin yang memimpin..
    setakat menteri yang bijak pandai bercakap, cakap kosong saja…

  69. i kill the bank on

    jawapan paling selamat elakan berhutang dan perhatikan dlu permainan ekonomi dan bergerak selangkah untok ubah pemikiran sebb rakya adelah king..kerajaan adelah queen sbb tu nampak kerajaan banyak bergerak..tpi kadang2 queen nie terlupa matlamat utama untok menjaga king.

  70. Memang tidak dnafikan ekonomi negara dambang kehancuran jika plan tindakan segera dambil …harus juga ambil keadaan semasa sebelum kita terlambat membua financial sendiri..

Leave A Reply