Nilai Ringgit Malaysia Paling Teruk di Asia? Punca Kejatuhan Harga Minyak Dunia dan Skandal Politik?
Nilai ringgit malaysia hari ini terus berada di paras yang rendah sejak 3 bulan yang lalu selepas harga minyak dunia masih lagi berlegar antara hanya US$40 hingga US$48 sahaja setakat ini.
Walaubagaimanapun, pasaran sedikit bernafas kembali apabila kerisauan pelabur tentang kemungkinan Donald Trump bakal jadi Presiden Amerika dilihat sukar apabila Hillary Clinton dilihat menjadi pilihan utama untuk memang debat Presiden USA sekaligus mengurangkan kesan pasaran kewangan dunia menjadi lebih keruh.
Punca Utama Kejatuhan Nilai Ringgit Malaysia?
Butiran boleh anda semak seperti pada jadual di bawah :
[table sort=”desc,asc”]
Nama,Jawatan,Hasil Kajian
Khoon Goh, ketua penyelidikan serantau di Australia dan New Zealand Banking Group Ltd, Nilai Ringgit Malaysia lebih lemah berikutan harga minyak terkini dunia yang lebih rendah
[/table]
Hakikatnya, prestasi nilai ringgit Malaysia adalah matawang paling teruk di Asia pada ketika ini. Tidak cukup dengan bahang kejatuhan harga minyak, skandal politik Malaysia sedikit sebanyak telah menambah rencah kepada ketidaktentuan nilai ringgit Malaysia hari ini.
Malah…..Rabobank Kumpulan dan Kumpulan UBS telah emnyertai senarai kumpulan penganalisis ekonomi yang meramalkan akan menurunkan kadar OPR (kadar faedah semalaman) dalam tempoh bulan akan datang. Sama-sama kita nantikan.
Ini belum ditambah lagi impak GST malaysia, keselamatan Malaysia terutamanya di perairan Sabah, dasar gaji minimum, perbelanjaan boleh guna di Malaysia semakin menyusut dek kerana pelbagai kenaiakn yang ada.
Bagaimana pula dengan kadar pengangguran dan trend pembuangan kerja hari ini?