Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah (Menteri) VS Malaysia Antara Paling Korup di Dunia

Berangan tiada salahnya. Tetapi biarlah berpada. Berpijaklah di Bumi yang nyata setiapkali mengeluarkan kenyataan di mana rakyat Malaysia sudah keluar lama daripada “gua” mencari maklumat dan kebenaran.

Termasuklah kenyataan terbaru daripada seorang yang bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Berita Semasa tidak pasti bila, dan di mana kajian yang telah beliau lakukan sehingga keluarnya kenyataan seperti di bawah ini…..

Rasuah di Malaysia : Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah?

Sedangkan firma audit antarabangsa Ernst & Young telah senaraikan Malaysia sebagai antara negara yang kerap mengamalkan rasuah dan acapkali mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dialami Malaysia sekarang ini.

  1. Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.
  2. Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013.
  3. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.
  4. Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.
  5. Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli
  6. Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.
  7. Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.
  8. Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.
  9. Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.

Firma audit antarabangsa Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang korup, manakala seorang pemimpin Melayu Islam tampil dengan yakinnya mengatakan Malaysia adalah bersih rasuah? Anda mahu percaya yang mana satu?

Menteri sudah semak belum Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang sedang galak diselongkar oleh rakyat Malaysia sekarang ini?

Firma audit antarabangsa Ernst & Young buat kajian berdasarkan tinjauan terhadap eksekutif-eksekutif di Malaysia, dan itulah pandangan mereka. Manakala Pak Menteri pula ikut suka hati sahaja melabelkan pencapaian tertinggi Malaysia tanpa sebarang kajian. Di mana asasnya? Apa respon balas anda pula?