Negara Malaysia Muflis dan Malaysia Bankrap Pada Tahun 2019?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Negara Malaysia Muflis dan Malaysia Bankrap Pada Tahun 2019?

Itulah pandangan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri

malaysia bankrap

Datuk Seri Idris Jala mengatakan negara Malaysia bakal menanggung hutang sejumlah RM1 trillion untuk 9 tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019.

Bertambah teruk lagi. Pada masa itu, boleh diistiharkan negara Malaysia muflis dan Malaysia bankrap.

Jadinya, kata Datuk Seri Idris Jala rakyat Malaysia perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.

Malaysia Muflis dan Malaysia Bankrap 2019?

Ulasan Pakar Ekonomi dan Ketua Audit Negara mengenai isu negara Malaysia muflis dan Malaysia bankrap :

Perkara
Pagi tadi; Dato' Salleh Majid (Bekas Pengerusi Bursa Malaysia) sempat mengulas isu penarikan subsidi kerajaan ini yang mana beliau mengatakan implikasinya; ia mampu mengakibatkan kenaikan kos hidup dan kadar inflasi akan terus meningkat tinggi
Manakala Ketua Audit Negara (Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang) mengatakan belanjawan defisit yang ada pada hari ini adalah disebabkan ketirisan dan kebocoran wang berbillion ringgit setiap tahun. Sedangkan kita tidak pernah dengar sehingga kini sebarang tindakan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang "BERTANGGUNGJAWAB"

Alasan Kerajaan Malaysia memotong subsidi :

Perkara
Malaysia perlu melakukan pengurangan subsidi termasuk petrol; makanan; elektrik dan beberapa barang keperluan untuk mengelakkan risiko menjadi negara seperti Greece.
Hutang Malaysia akan meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan
Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun
Rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia
Budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana kerap dinikmati mereka yang tidak berhak
Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport minyak seawal tahun depan sekiranya ia meneruskan kadar penggunaan petroleum seperti sekarang
Malaysia merupakan antara negara yang paling bersubsidi di dunia
Malaysia jimat RM103 bilion jika subsidi dikurangkan"

Setahu Berita Semasa apabila kita perlu mengimport minyak ada 2 sebab.

Antaranya :

a) rizab minyak dah habis
b) tahap pengeluaran minyak jauh lebih rendah daripada tahap pengunaan minyak.

Di Malaysia ini kita mengamalkan polisi pengeluaran bercatu (National Depletion Policy) yang menghadkan pengeluaran pada tahap 600-700k barrel9tong) sehari.

Tujuannya ialah supaya takat pengeluaran dapat dikekalkan pada jangkamasa selama 15-20 tahun. Amerika Syarikat juga adalah pengeluar minyak yang besar dan pengimport yang besar juga.

Pada tahun 2009, secara purata US mengeluarkan 5.268 M barrels/day dan net import tidak kurang pada 10.5 M barrels/day. (source: U.S. Crude Oil Production Poised for Biggest Jump Since 1970, Platts ,Friday, November 27, 2009).

Maknanya sekarang ini, daripada alasan yang diberikan Malaysia telah menggunakan lebih banyak minyak daripada jumlah minyak yang kita keluarkan. Sama  seperti “bajet defisit” kita sekarang. Iaitu berbelanja /menggunakan dengan lebih daripada kemampuan.

Tetapi………rizab minyak dah nak habis ker? Daripada segi sejarah, penerokaan Petronas tidak pernah putus. Sentiasa terus melakukan kerja-kerja penerokaan di seantero dunia melalui syarikat multinasional, Petronas:

  • Di Kelantan contohnya, 1 blok  minyak telah berjaya diteroka bersama-sama dengan Thailand. Blok ini adalah(Carigali-PTTPI Operating Company).
  • Di Kerteh, penerokaan oleh Petronas di Blok Tangga Barat Platform baru sahaja sail out dari Pasir Gudang & Lumut.
  • Platform pertama di Kerteh Tapis A masih lagi mengeluarkan produk yang paling mahal & berharga di dunia dari tahun 70 an sampaila sekarang ini.
  • Manakala Paltform pertama PETRONAS West Lutong di Miri still lagi mempunyai pengeluaran sejak dari PETRONAS ditubuhkan.
  • Ini baru di perairan Malaysia belum lagi penerokaan Petronas di luar seperti Sudan, Vietnam, Qatar, UAE, Myanmar yang terkenal dengan perolehan petroleum yang tinggi.
  • Kalau betul telaga minyak di Malaysia dah nak habis PETRONAS tidak akan baharui kontrak dengan EXXONMOBIL untuk tujuan penerokaan selama tempoh 50 tahun. PETRONAS juga tidak akan berani ambil alih TCOT (TERENGGANU CRUED OIL TERMINAL) dari EXXONMOBIL, LCOT (LABUAN) dari SHELL, BAYAN, D-18, D-35, Blok PM-9 (PULAI & TINGGI).
  • Di Sarawak MURPHY Oil sudah pun meneroka lebih dari 10 blok untuk dibangunkan.

Adakah ini menggambarkan yang telaga minyak kat Malaysia semakin berkurangan?? Kita bersyukur sebab sumber minyak kita ni masih banyak. Persoalan di sini adakah kita berjaya menguruskan khazanah  “emas hitam” yang telah miliki selama ini dengan sebaiknya?

Okey…melihatkan cadangan menghapuskan subsidi dengan alasan kerajaan terpaksa “berhutang”, membuatkan Beirta Semasa tiba-tiba teringat semula kes-kes seperti di bawah seperti juga yang ditekankan oleh Ketua audit Negara berdasarkan penyelewengan yang pernah menggemparkan negara, antaranya:

  1. Perwaja – RM 10 bilion+++
  2. Pos Malaysia – RM 227 Juta.
  3. Sime Darby – RM 1.5 bilion.
  4. MAS – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan)
  5. Proton – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan).
  6. Landasan keretapi berkembar – RM 4 bilion (kos yang meningkat).
  7. Jambatan Bengkok – RM 500 juta (pampasan pembatalan pembinaan).
  8. Kehilangan Blok minyak kepada Brunei – RM 360 bilion
  9. Tenaga Nasional Berhad – RM 1 bilion (sebelum dipulihkan)
  10. Tanggungan yang membebankan ke atas Penjana Tenaga Bebas (IPP). Pada masa ini, terdapat sembilan IPP bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen. TNB sekarang terpaksa membayar lebih RM4 bilion setahun kepada IPP tanpa mengira sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya atau tidak.
  11. Kehilangan pendapatan dari perjanjian air dengan Singapura – RM 500 juta
  12. Dan lain-lain

Kesilapan di atas, adakah disebabkan oleh rakyat Malaysia yang memerah keringat membanting padi, menyapu sampah, guru-guru, penoreh getah dan lain-lain ker? Penyelewengan dan kesilapan seperti di atas ini adalah dalam tempoh 20 tahun (1995 – 2015).

Sekiranya kerajaan Malaysia yang ada sekarang dapat mengelak dari berlaku pembaziran di atas maka negara Malaysia bukan sahaja mampu menjelaskan hutang tetapi mempunyai lebihan berjumlah hampir RM 500 bilion dalam tempoh 20 tahun. Jauh sekali untuk Malaysia bankrap. Fikirkanlah………..



Share.

53 Comments

  1. ni tektik baru pak menteri nk tkut kn kte ke….huhuhu…mintak2 le ade org yg lbey arif tlg trangkn….x mau kne tpu cm kes mnyak dlu…..hrga mnyak dunia trun snyap…..mnyak naik.. kuat je berkokok…

  2. Sesetengah pengguna di luar sana main dengar cakap main ikut sahaja dan tidak mahu berfikir bagaimana jadinya negara kita akan datang? Sebabnya mudah, mereka lahir atau celik mata lampu elektrik terang benderang, nak bersalin ambulan ambik berbanding era 50-an lahir bertarung dengan nyawa hidup atau mati…Teladan daripada kisah itu patut direnung oleh generasi muda di Malaysia kesusahan waktu itu menjadi iktibar dan jangan sesuka hati menyalahkan kerajaan…

  3. muslim sedar on

    setuju dengan selangkah…
    kerajaan x boleh disalahkan dalam hal ini..

    yang salah adalah rakyat Malaysia,
    sebab pilih pemimpin yang corrupt :senyum

  4. dh mmg tggjwb krjaan 1-1 negara lo bg smua tu….smua tu pn ade duit dr rakyat gk kn…bknnyer diorg kuar duit pket sndrik…kalo diorg pkai duit pket sndrik….mmg la x ptut kita prsoalkn…ye ke x ye yek :curiga

  5. stuju sgtlah dgn selangkah…. kita kna la mkn budi…sbb pak2 mntri 2 la kita ada ambulans…elektrik(tarif da naik snyp2)…x pyh la nk bertarung hidup mati nk lahirkan ank….tp….kne brtarung dlm hdup plak nk bg mkn ank bini…brg dh naik kalo gaji naik cntik la jugak…selangkah…kpala otak kau mmg brilliant…bleh wt btu parmata…. :gelak

  6. judi itu haram on

    MEMANG BETOL, DAH LEBIH 50 TAHUN KERAJAAN YG ADA UMNO BE END MEMERINTAH…DGN BERTUNGKUS LUMUS DAN BERSIH CEKAP AMANAH, SEMUA MENTERI2 KITA IKHLAS BERKHIDMAT KPD RAKYAT DULU KINI DAN SELAMANYA…
    TAPI NAK BUAT MCMANA MALAYSIA TETAP GAK NAK BANGKRAP/MUFLIS PD 2019, SETAHUN JE SEBELOM JADI NEGARA MAJU 2020.

    NANTI ORG2 UMNO CAKAP, KALAU SEMUA ORG2 TERCERDIK DI DUNIA DTG MENTADBIR MALAYSIA PON SAMA JUGAK, MALAYSIA AKAN BANGKRAP GAK…

    TAHNIAHLAH KPD UMNO BE END KERANA CEKAP MENTADBIR…SELAMA 50 TAHUN…KITA BANGKRAP 2019 DAN TERUS JADI NEGARA MAJU 2020 NANTI. SYABAS UMNO, SYABAS BE END!

  7. Kerajaan kurang duit ek.. bila aku dgr semalam pasal harga barang akan naik 10sen setiap 6 bulan, aku mula fikir mana pergi duit cukai yg tokey2 besar bayar.. kenapa x hapuskan saja team F1 malaysia n duit tu p bg kat rakyat..pihak JPJ n POLIS (trafik khususnya) cuma perlukan modal sekecil pen n sehelai or maybe 2 3 helai kertas untuk dapat bayaran minimun rm30 sehingga rm600.. kenama perginya semua duit orang yang membayar saman?? adakah duit2 itu tidak cukup untuk menutup hutang malaysia..

  8. tok KADI TEROMPAH on

    duit tu semua masuk dalam saku pak2 menteri n buat belanja pilihraya kecil

  9. Menteri yg tak berpelajaran ajer kata macam tuh! Di USA..kerajaan memberi subsidi yg besar pada petani2..tak miskin pun USA..diorang Miskin sebab habis duit di Iraq dan Afghanistan. :ketawamanja

  10. Satu lagi aku tanya kerajaan Nazak sekarang ini bagi subsidi kepada syarikat korporat takpe, taukey IPP takpe??? Kalau bagi subsidi kepada rakyat, canang sana sini. Berkira bagai

    PRU akan datang kasi tumbang ini kerajaan Nazak !!!! :tembak :tembak

  11. Org Kampong on

    Sebenarnye kerajaan hanye sibuk nak cuba memadamkan kebakaran yang sedang berlaku TANPA mengambil tau punce2 yang menyebabkan kebakaran itu!! Setiap tahun kita telah/akan membace laporan Juru Audit Negera yang melibatkan kebocoran/penyelewengan sehingga berbilion ringgit! Adakah pernah kita dengar apa tindakan kerajaan untuk mengatasi fenomena tersebut? Jawabnye adalah TIADA, NADA, NICHT dan NO! Setelah kerajaan panic yang negera akan muflis, Rakyat juga yang di tekan….Memang kerajaan TIDAK bolih d harap lagi.

  12. sesungguhnya dunia ini hanya pentas lakonan samata2.. hamik lah Grammy Award masing2 kat padang mahsyar nnt..itupun kalo berjaya lalui “red carpet” yang titian sirat dengan jayanya..

    kalo bukan sekarang dibalas..cucu cicit kite akan diberi pembalasan yang sewajarnya..sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Mengetahui setiap yang tersirat..

    walau ape pun.. haku rasa nak :tembak jer manusia2 yang x reti puas menghisap darah rakyat nie.!!! :duit

  13. salam kenal,

    rasa mcm sesak napas sket baca artikel penulis. sbb tak berada di tempat yg pakar, maka tak tau mana benar mana salah. oh..anak-anakku masih kecil..kasihani mereka ya Allah..peliharalah Malaysia..

  14. slogan ape ek? rakyat didahulukan pencapaian diutamekan?
    klu dh smpai nk takotkan rakyat dgn kate negare bakal muflis 2019 silap r. kandang BABI kat negare kite ni kn dah banyak, permohonan JUDI kat negara kita ni pun dah dilesenkan. banyaknye untung negare kite nie… Ya Allah, selamatkanlah orang2 Islam dari memakan duit yg haram.

  15. statement ni boleh p’caye ke??? menteri tu btol ke x kuarkan statement cam ni.. ke.. bkal2 msuk tg.rambutan.. ckap ekot sedap mulot. tolong kroni sn sini b’bilion2 abes xpe.. nk tnye syarikat2 tu byar balik kt krajaan ke x?? klo bayar mn peginye dwet tu.. mmg ckup pelik btoi.. klau tlg kroni xpe.. boleh jer.. bg subsidi kt rakyat xboleh. kate boleh bankrup kerajaan.. ape kes?? haprak btoi la.. smua korg (x smua) dh kebas skrg nk kebas plak hak kami(rakyat) ni.. ape kes???
    p/s x paham keadaan permnthn skrg.. susah nk paham.. mungkin juga xkan paham. :serabut

  16. Give idris jala a break guys… Cuba pike waktu skarang ni mengumumkan penghapusan subsisdi adalah sangat tidak popular, diwaktu kerajaan BN sgt inginkan sokongan utk PRU13. Tahun 90-97 GDP kita 9%, 2000-2008 GDP average 5.5% dn assumed 2011-2019 GDP average 3%.
    tahun 97 hutang negara 90 billion, skrg 362 billion 2010
    average hutang negara 12% so jadik tahun 2109 jumlah 1.16 trillion…..jumlah subsidi ialah 103 billion setahun…..minyak shj berjumlah 60 billion….ketirisan berlaku dlm susidi minyak..org berkereta besar cc , kebanyakan adalh mereka yg high income bracket. mereka dpt lebih subsidi beranding pekerja kilang yang menaiki kancil..dlm sektor kesihatan pula cuba bygkan …dgn bayaran rm 1 kita dpt hampir semua kemudahan…pernah saya berada di batu pahat, nyonya yg menaiki bmw x5 dtg ke klinik kesihatan demand meminta ubat mahal…yg distart medicationnya diswasta disbkan harga yang mahal ( rm200 sebulan) , ingin mendapatkan di klinik kerajaan. Di hospital & klinik, budget terhadap adalah terhad, ubat mahal lagilah terhad, bagi saya subsidi harus diberi tapi biarlah pada yang kurang mampu…BTW saya bukanlah penyokong BN, tapi mende2 camni kene kita amik perhatian, jika kerajaan bankrap, duit ynag kita simpan hanyalah kertas, dek kerana inflasi, bayangkan kadar jenayah dn masalh sosial lain…jika kerajaan yang memerintah bertukar pun ia hanya akan mewarisi hutang…boleh tgk di argentina dn greece skrg…so pikirkan2 lah..menukar kerajaan or antiestablishment tidak menyelesaikan masalah,apakah kerajaan yang lain akan mentadir lebih baik…adakah kita betul pasti…bagi saya evil that we know is better than evil that we dont know…..

  17. kalau duit itu habis ke rakyat,bukan ketirisan namanya,tak kisahlah rakyat itu kaya tahap mana,nak beli kereta mewah RM400k kurang2 RM200k masuk ke kerajaan,kecuali pemimpin kita la,semuanya free..

    ketirisan yang benar ialah bagaimana kos pembinaan Istana Negara dari RM400 juta naik ke RM 800juta dalam masa 4 taun..kos jambatan RM20juta naik ke RM100juta setaun..cantas pokok dari RM2k naik ke RM 20k sebatang..melalui rundingan terus la semua tu..

    P/S:dapatlah saya simpulkan ketirisan “PANJOKE” sebagai ketirisan mengikut pala otak biol nye.. :ketawa :ketawa

  18. :kejut tidak negara kitew akn mengalami bankrup pd 2019.. akn kucar-kacir negara ini..tukar pentadbiran baru..Kerajaan BN dh tenat..

    HIDUP PAKATAN RAKYAT!!! :joget

  19. bankrup?…baguih. paklang duduk kt pondok tengah bendang, mandi ayaq telaga, dok kayuh baska, ikan…mengai laaa… padi?…tu dalam kepuk tu hak musim lepaih tk habih lagi… Kalau nk bankrup baguih laaa. paklang kisah apa. hangpa yang dok urus negara pi habak negara nk bankrup buat apa…jangan bukak kain basah depan orang…malu!!!!!yang susah hangpa…paklang esok lusa masuk kubuq. hangpa lambat mati lagi nooo…? sempat kut bukak fail kes hangpa yang bertimbun….nk laghi manaa…

  20. salam,, setuju dgn pendapat yg tuding salah pengurusan kpd pimpinan politik. seringkali projek dibuat demi kantung sendiri & kroni tp topengkn pembangunan utk manafaat rakyat. bila bongkar, byk yg rugi akibat seleweng & salah tadbir-urus! dlm 20thn, zaman Tun M dah 100 billion! belanjawan zaman Anwar dkenali berhemah tp mulai dr itu tiris shj. rakyat mangsa krakusan! ada negara boleh bagi elaun pd yg nganggur! bila ada kes… knyataan & laporan bercanggah.. mana satu betul? minta pimpinan insaf & rakyat sedar lalu btindak betulkan keadaan segera.

  21. FrankRose on

    kalau dulu-dulu la, masa zaman orang amik air dari perigi dan sungai, orang guna baldi untk bawa air, kalau baldi tiris, air yang dibawa asalnya penuh bila sampai kat rumah, air masih ada tapi kurang dari asal, tuang ke dlam tempayan, at least bini kat rumah boleh pakai untuk masak, tapi dalam konteks kerajaan kita sekarang, bila sampai rumah, baldi jadi kering kontang, nak diisi kedalam tempayan pun tak ada, pergi ambik lagi, bawa balik kontang juga, so kat sini, kalau tiris sikit2 tu boleh le nak tampung ke, tampal ke, tapi kalau dah sampai air yang dikendung kontang, tu dah tahap ke tukar baldi baru…. apa kata semua, kita tukar baldi baru nak…. (kerajaan tu baldi je, kita pilih untuk kegunaan dan kemudahan urusan kita, kalau tiris kita tampal, kalau tiris sampai berlubang besar, kita tukar baldi baru… itu sebenarnya definisi kerajaan, harap rakyat faham benda ni… kuasa kat tangan kita)

  22. ptanda2 negara kt masalh bila mana sistem pencen dganggu….skrg kwsp btindak sbg pnampung…satu2 nya glc yg msh kuat…

  23. ni lah perbutan segelintir setan yang rakus, yang mempunyai kuasa,dalam kerajaan, setan bertopengkan manusia, dajal. !!!!!beberapa nama besar1 terkenal! hebat! kaya-raya!TAPI MEREKA LAH PUNCANYA RAKYAT JELATA MENDERITA…………………ingatlah dato2,tan sri2, dato sri2. puan sri2……….bila di jemput ALLAH..kalian akan kesana dgn berkainkan kain PUTIH ….berseorangan.

  24. rakyatprihatin on

    amboii…sdpnyee k0men kat pemimpin..ce korang seme try jdi pmimpin laa plak…mlut j ckp..klaw korang jdi pmimpin bleh k tdbir ngara ny..korank igt korg ckap sgt k…sdp ckp pmimpin mkn duit laa..klaw korg jdi pmimpn adil sgt k korang..korang bijak sgt k nk kawal ngara y besar..korang igt pmimpin ny peduli psal rakyat j kew.. byal lg yang dyorang kawal..korank igt korang dpt k kwal duit y byk2 2..pkir r sket…mulut 2 jge..otak ada..haigai siket..sesungguhnya sesiapa yang mengutuk pemimpin akan dibenci tuhan .kire ok la pmimpn ngra kita ,,
    mjur xjdi mcm thai k ?? myammar k??..
    nk k jdi mcm dy0rag k??…pkir22…jgn sesekali fitnah pmimpin sekiranya tiada bukti..jgn dgr ape y org ckap aje..klaw mmg pmimpin 2 buat mnd y xel0k..itu slh stu kkrangan dye..semua org ad kekurngn..bknnnye seme org prfct…..lg satu klaw hal y pmimpin 2 wt slh 2 xde kitn ngn korang seme ..wt npe kutuk..hah??..2 hal pmimpin r..klaw hal 2 ad kitn ngn tuhan 2 hal dye..jgn nk sib0k..

  25. Rakyat Prihatin kena tukar nama tu,silap nama kot.
    xsokong mana2 parti tp nk tegur org yg mengaku ‘prihatin’ tu.
    1. pemimpin buat slh mmg hal rkyat jika berkaitan negara.
    2. haram mengikut pemimpin yg lari dari hukum Allah.
    3. kalau sesama manusia xtegur kesilapan,nk suh anjing jiran ‘rakyat prihatin’ke tolong tegur?
    4. saya rasa ‘rakyat prihatin’ ni xberkawan ngn semua org,silap2 jiran pn xkenal ni.
    5. kalau org lain xsibuk,’rakyat prihatin’ nk usung jenazah sendiri ke liang lahad ke? xperlu org tlg usung?
    6. saudara xlayak nk komen sbb saudara xterima org komen wlaupn untuk kebaikan. lebih baik saudara tggl kt bulan,kwn ngn kuman dlm bilik tidur saudara tu.
    7. kalau saudara sedang melanjutkan pelajaran, elok berhenti kerana ilmu itu tidak berguna utk saudara, malah menyesatkan lg.

  26. NAK SELAMATKAN NEGARA SUPAYA TAK MUFLIS PADA 2019 SENANG JE… PRU 13 UNDI LA PAKATAN RAKYAT… KITA ADA 7 TAHUN LAGI NK SELAMATKAN…SENANG JE…. SEBAB PEMIMPIN SEKARANG DA BAGI HINT2…SO?? TAK KAN NK BAGI UNDI LAGI?? UDAH2 LE TU…KITA BERSATU TOLAK BN DAN SATU MALAYSIA BAGI UNDI PAKATAN PULAK… SEBAB NAK SELAMATKAN NEGARA DARIPADA MUFLIS….MUFLIS SEBAB ASSET NEGARA DA DIORANG SONGLAP…BUAT PROJEK MEGA PASTU RUGI…DA RUGI BLE MAKAP LAGI…NEGO HARGA BAGI UP LAGI…DR I BILLION KE 3 BILLION…PASTU SEBAGAI RAKYAT SOKONG BUTA KAYU JE?? NK KE MACAM TU?? PASTU NAK COVER…NAIKKN LE BARANG KEPERLUAN N TAX SERVIS….
    PASNI MUSTI ADA YG KOMEN…”TUKAR MEMANG BLE TUKAR…TAPI…ADA GERENTI KE YG BAKAL MENGGANTI TU LEBIH BAIK DRPD YG ADA SEKARANG NI…”…KALAU TAK TUKAR…MANA NAK TAU YG BAKAL MENGGANTI NI AKAN LEBIH BAIK DRPD YG SEDIA ADA…TGK KELANTAN…XDE PUN HURU HARA…SELANGOR?? SIAPA YG BUAT ONAR?? PERAK…SIAPA PUNYA ANGKARA??? PENANG…PUN SAMA…LEBIH UNTUNG DRPD SEBELUMNYA…SO….KITA JADIKAN KHIR TOYO, NOH OMAR N NAJIB PLAK DEMO DIJALANAN….APA PLAK YG DIA NAK DEMO KAN…NI TIDAK…LEMBUKAN PLAK NGO….(ATAS NAMA JE..PADAHAL PUAK2 TU JUGAK..THAT Y POLIS PUN MCM X PANDANG JE…MCM CITER SRI MERSING PLAK AKU TENGOK…DAMAK NGAN MAMUD JUN…

  27. NI BODO PUNYA ORANG..DAH LAH BODOH, BANGANG LAGI…DAH LAH BANGANG,.. JAHIL PULAK TU…BODOH + BANGANG + JAHIL… PEMIMPIN TU KO LAH YG PILIH…DAN KO PUN JAHIL ALIAS BODOH MCM PEMIMPIN YG KO PILIH JUGAK….

  28. aziz ghani on

    anda bercakap sbb anda bukan berada ditempat dimana mereka berada jadi x pelru kita bertikam lidah dengan hujah masing-masing yg baiknya beri pandangan yg membina demi kebaikan rakyat dan negara.

  29. Memang seronok kalau Be End ni pupus,tapi bila pilihanraya asyik dengar keputusan menang je!,apakah jadahnya? Dari 33 komen,1 je yg sokong Be End.Maksudnya , kita hanya menang disini sajalah,diluar tu macam mana??????Kalau boleh jangan menang sorak je, bukti dan usahakan.Setakat yg aku tau BN ni menang kerana penyokong tegar terdiri dari org kpg,yg tak baca internet,hari2 disogok berita BN yg berkhidmat utk 1 Msia,mereka tak sedar kalau pasal duit 1 saku, kalau bangkrap 1 Msia tanggung.

  30. hehehehe sudah lama benda ni… biasalah… perangai kita semua… lihat cermin dlu… tya diri

  31. jgn salah kan sesiapa on

    ~~lou mcm nie le..balik lah kampung tanam padi tanam sayur ….takyah kerja standby smpi 2019~~da na akhir zaman mula le nak slh kan semua org….
    org2 islam kite nie dlm abad nie masing2 menuding jari….tu tanda nya nak berlaku pembelahan antara muslim….tupon entah sempat tak kite semua tunggu 2019…..jgn mrh……sy insan yg susah…tapi tak de tau…org kaya yg kai bmw,rumah banglo…di ambil tau.org yg merayu minta bantuan di tolak lah pemohonan die konon tak cukup syarat…..pe2 pon moga maju jaya…malaysia nie aman sebenar nya tapi oleh kerana manusia semua hipokrit jadi lah utang nya banyak….ade duit buat banguan baru tinggi2….sy pon taktau…setiap RM1 yg kami hulur ke perut sepa?…sekian..wassalam

  32. jgn salah kan sesiapa on

    Abg nazmi……relax abg..jgn mrh..die sokong ade sebab die kot….jgn mrh ek..sabr byk….jgn mengharap yg baik dari manusia..sesungguh nya harap lah balsan akhir yg baik2 dari ALLAH SWT

  33. jgn salah kan sesiapa on

    aBG…APE KATA KITE TULIS 1 SURAT MANA YG BERGELAR ATAS NAMA DATO…TARIK BALIK NAMA DATO DIE..KURANG LAH GAJI DIE..OK TAK.

  34. jgn salah kan sesiapa on

    TERJADI NYA ALAM SEMESTA DGN KUASA DAN KEAGUANAN NYA,TERJADI NYA MANUSIA DGN KUASANYA ADAM DAN HAWA..TERJADINYA PEMIMPIN DGN KUASA DI TANGAN RAKYAT TOK MEMILIH PEMIMPINNYA….

  35. Baju Melayu on

    apa punya bahasa yang ko pakai ni.. ni macam bahasa budak2 remaja je.. bahasa sms lagaknya..patut la komen macam budak.. jahanamkan bahasa je.. bahasa jiwa bangsa.. buat pening aku baca je.

  36. arghhh…. nah suh al-juburi jadi PM ke? smua dok tala drpd blakang !

  37. Satu data yang menarik…mengenai kes penyelewenan yang dibuat olih gulongan koperat….tetapi tak pernah pon mereka ini didakwa….malah ketawa adalah…..namun begitu aku sangat gembira kalo Malaysia ini bengkrap…kenapa tak sekarang bengkrap….sapa yang salah mak bapak korang lah…..sebab bagi muka………

  38. lu ni hazif rasional la skit…wa ingat lu ni beranak kluar ikut jubur mak lu la…patut la mak lu mati awal.

  39. Menteri Gila Harta on

    tak perlu layan hazif ni, dia hanya tahu bagi komen yang menyakitkan hati orang. bukan nak bagi komen yang boleh merangsang orang berfikir ke apa. semua nak hentam orang je. jangan terpengaruh dengan orang-orang macam ni ditakuti tahap pemikiran kita pun merosot ke taraf pemikiran macam golongan ini.

  40. Indra Putra on

    TAJUK : PRU13, ADA YANG NAK TUKAR KERAJAAN? DILEMA.

    KERAJAAN SEKARANG? memang banyak ketidaksempurnaan tetapi tiada yang sempurna di dunia ini. Korupsi, setakat 50++ merdeka ni, kita tidak pula jadi seperti negara-negara jiran kita.Pada hal, tahap ekonomi kita pernah lebih teruk dari mereka. Jadi, pada saya, ketidaksempurnaan yang ada masih boleh di baikpulih jadi lebih sempurna. Dan apabila sesuatu kerajaan itu telah lama memerintah, memang banyak ceritanya. Sama seperti rumah tangga, pasti rumah tangga yang dibina 50 tahun lebih banyak ceritanya berbanding yang baru sebulan berumahtangga.

    KREDIBILITI KERAJAAN BARU? pernah terfikir, apa salahnya kita bertukar kerajaan supaya dapat rasa angin pemerintahan baru. Tetapi, bila melihatkan barisan pati yang difikirkan / menjadi alternatif untuk kerajaan baru nanti….mulalah berbelah bahagi. Bila PAS membuat dosa besar bersekutu dengan DAP, memang tak boleh di maafkan. Dan dengan persoalan moral parti yang satu lagi, aduh…nak ke kerajaan baru oleh orang-orang ini?

    Kene solat isytikharah sebelum membuat undian. Mohon Tuhan beri petunjuk kerana hanya Dialah yang maha mengetahui.

    IKHLAS.

  41. Aku cuba xmau maki ko Selangkah.tp pandangan ko nie bodoh sangat.Org x marah kalu kerajaan uruskan negara dgn telus,tp banyak sangat corrupt.Mmgla Umno yg bg Malaysia nie merdeka tp xkanla dwang bleh joli harta negara mcm mak bapak dwang punya.Cuba perintah negara nie betul2,xda sapa nak salahkan kerajaan..

  42. xda sape pn suh dwang jd pemimpin,dah dwang sndiri yang gatai telor nak jd.Dapat la habuan maki bila xreti urus negara.Faham ke x budak RAKYATPRIHATIN bongok??

  43. bukan nak menyalahkan kerajaan, tapi pendididakn ekonomi dan kewangan kerajaan x titik beratkan. tahu x angka2 ekonomi tu just forecasting berdasarkan situasi masa kajian tu dibuat? jadi andaian masa tu bila malaysia terus amalkan belanjawan defisit. main tangguh nak laksanakan hutang. subsidi masih rasional sebab golongan bawahan memang akan terasa.

  44. yeke anwar berhemah??same je la..die pon xterkecuali ok..tipu la die tu suci..

  45. Nie sorang lagi mangsa agenda politik BN bnyak sgt tgk TV3 ngan baca utusan dah kena bodoh… Pas xbersekongkol dgn DAP mereka cuma berpakat untuk membentuk kerajaan.. UMNO pon bergabung dengan MCA(Cina) dan MIC(India) membentuk barisan Nasional.. DAP menolak hudud sebab mereka xfhm..tp sbg umat islam kita yg perlu fahamkan mreka bukanny kte same2 bjuang menolak hukum hudud spt yg dilakukan pemimpin UMNO.. Sedap2 pulak ko nak meletakkan hukum DOSA BESAR sesuka hati kau ek.. walhal ko dah pun buat dosa besar dengan percaya berita xbetul dan menyebarkan pulak..Sekian..

  46. Mat Debab on

    Klu xdak minyak petrol gunela minyak gamat jimat lgi murah dungu

  47. sekarang sudah 2015 , tulat 2016 … lg 3tahun 2019.. betul ke ni??? ke da stabil???

Leave A Reply