Negara Berpendapatan Tinggi di Malaysia Hanya Akan Tinggal Angan-angan Jika….

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Negara Berpendapatan Tinggi di Malaysia Hanya Akan Tinggal Angan-angan Jika….

negara berpendapatan tinggi

Baru-baru ini salah seorang pakar ekonomi daripada Numora International telah melontarkan pandangan terhadap ekonomi Malaysia yang disifatkan beliau masih lagi ditahap yang lemah & kurang positif sehingga perlu ada beberapa pembaharuan jika mahu benar-benar keluar daripada negara berpendapatan serdahana kepada negara berpendapatan tinggi :

  • Malaysia perlu mengurangkan subsidi kepada rakyat Malaysia
  • Setiap pelaksanaan tidak terlalu banyak campur tangan pihak atasan dan ahli politik
  • Laporan Bank Dunia pada bulan November 2011 lepas ada menyebut, Malaysia mempunyai kelebihan besar daripada asas yang agak rendah apabila melibatkan kos tetapi kelemahan masih lagi ketara daripada segi kemahiran sumber manusia

Negara Berpendapatan Tinggi di Malaysia : Realiti Atau Fantasi?

Bagi kami, kalau nak jadi negara berpendapatan tinggi tidak hanya memandang kepada subsidi yang diperolehi oleh rakyat semata, tetapi apa yang kami lihat ada 3 faktor besar yang boleh membantutkan angan-angan negara kita Malaysia nak jadi negara berpendapatan tinggi iaitu apa yang dipanggil sebagai fenomena SEG.

  1. S = Subsidi yang diberikan kepada golongan yang tidak sepatutnya. Memang kami akui kita terlalu banyak subsidi sehinggakan tidak hanya diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia semata, tetapi juga turut diberikan kepada taikun-taikun besar di Malaysia. Contoh paling mudahnya, isu IPP.
  2. E = External factor : Ekonomi Malaysia terlalu bergantung kepada “export market” sehingga menjadikan domestic consumption (penggunaan domestik) masih lagi rendah
  3. Perbelanjaan pengurusan kerajaan : Cuma sekitar 30% sahaja yang didorong melalui sektor swasta, yang lain-lain banyak melibatkan projek-projek daripada kerajaan.

Dan….tidak cukup setakat itu sahaja, jika pelaksanaan banyak melibatkan rasuah Malaysia & penyelewengan, harapan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya tinggal harapan. Ibarat :

Kita beri tangan kanan, kita ambil semula dengan tangan kiri

Akhirnya akan menjadi kerja yang sia-sia. Belajar-belajar dan contohi kebaikan pelaksanaan di negara lain yang telah berjaya seperti Jepun dan Korea Selatan. Hakikatnya, yang berlaku di Malaysia sekarang ini :

  • Kita banyak mengimport “imigran murah” yang menekan & menindas golongan yang berpendapatan rendah.
  • Tetapi rakyat Malaysia yang berkualiti ramai yang keluar ke luar negara untuk menyumbang kepakaran mereka di negara lain yang akhirnya menimbulkan masalah besar bagi Malaysia iaitu “brain drain”.

Apa yang patut dicontohi negara Malaysia merujuk kepada apa yang dilakukan oleh Jepun & Korea Selatan bagi merancakkan lonjakan ekonomi mereka sejak daripada awal lagi seperti :

Melabur dalam manusia, bakat, dan teknologi dengan meningkatan kecekapan melibatkan aspek pendapatan, penyelidikan & inovasi.

Negara Berpendapatan Tinggi : Contohi Pelaksanaan Yang baik Dari Negara Maju Yang Lain

Bukan setakat mengharapkan sumber asli semata. Negara lain sudah membuktikannya. Kemudian satu lagi contoh negara jiran kita di bahagian selatan iaitu Singapura, adakah rakyat Singapura hebat-hebat belaka? Tidak juga. Kerana masih lagi ramai rakyat Malaysia yang berkualiti kerja di sana. Tetapi ada perbezaan antara Malaysia dengan negara-negara seperti di atas :

  • Benar, universiti tempatan tidaklah seburuk yang disangkakan tetapi berhenti sekadar di peringkat penyelidikan sahaja
  • Tetapi masih lagi di “tahap yang rendah” apabila melibatkan nilai-nilai penyelidikan & kurang dikomersialkan
  • Negara seperti Korea Selatan, Jepun & Singapura meletakkan pendidikan di  satu sudut yang sangat-sangat diberikan keutamaan. Mereka tiada kompromi daripada soal itu walaupun melibatkan bajet & perbelanjaan yang besar
  • Sebab, ia memang “satu pelaburan yang menguntungkan kepada sesebuah negara” untuk jangka masa panjang

Hasrat dan dasar kerajaan kerajaan untuk menjadikan negara kita Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Kami pasti semua rakyat Malaysia akan menyokong dasar seperti ini. Tetapi yang menjadi persoalan dan pertikaian ramai adalah PELAKSANAANNYA.



Share.

38 Comments

  1. ini cadangan saya, harap ramai yang menyokong

    langkah pertama- hapuskan BN, tumbangkan kroni2 BN
    ke-2 : rampas balik kuasa kpd rakyat, agihkan kekayaan kpd semua rakyat terutamanya kpd golongan miskin tanpa kira kaum
    ke-3: pendidikan dan belajar berdikari utk bersaing dgn dunia luar, bukan antara rakyat sendiri

    sekian

  2. cakap memang senang, buat tengok
    senang cerita, ko jadik PM
    bunyi mcm senang, tapi tak mudahlah
    kerajaan sekarang dah buat sehabis baik untuk kita semua
    dari gaya kau cakap,
    macam semua benda dengan selok belok pentadbiran kau pandai

    asyik2 nak politik je,
    muak betul aku dengan mentaliti rakyat malaysia sekarang

  3. kembalikan hak rakyat. kalau berbilion dana negara yg hanya berputar dikalangan org politik & kaum keluarga mereka itu tak dikembalikan kepada rakyat sampai bila2 rakyat tak merasa nikmatnya.

  4. Anda jangan beranggapan sedemikian, sebab anda belum menjadi PM lagi, malahan belum tentu anda mendapat sokongan mejoriti untuk menjadi PM, mejoriti BN telah memilih menentukan PM, untuk menjadi pemimpin kampung pun belum tentu anda potensi… .

  5. memang berkaitan politik pun
    rakyat bagi amanah kat politician (masa PRU)
    politician ni tolong gubal dasar negara…
    habih tu… siapa yang buat keputusan beri atau tarik subsidi gula, petrol… pakcik kat kedai kopi ker?
    siapa yang lantik menteri jaga hal ehwal agama islam… PM (politician)…
    sapa yang buat dasar2 mengarut kat negara ni?
    siapa yang habiskan duit rakyat pada benda yang tak sepatutnya
    siapa yang rompak duit rakyat?

  6. Anti Kapitalis on

    apa guna naikkan pendapatan negara kalau rakyat terus ditekan hidup… zaman dulu, gaji 400, belanja sebulan 300, sebab harga barang masih murah…
    sekarang gaji 700, kos sara hidup minima 1800..akibat dari cengkaman kenaikan harga barang dan bermacam cukai…

    aku masih ingat, pendapatan rakyat malaysia paling mewah pada tahun sekitar 1980-an, masa tuh rakyat suka berbelanja, barang2 harga murah, gaji semakin meningkat naik..tapi dek kerakusan pemimpin kotor, wang negara dirompak hingga negara semakin kekurangan duit, seterusnya memaksa rakyat menanggung segala kos untuk menambah duit negara dengan hutang negara dah makin tinggi

    pikirkan..

  7. dengar khabarnye DRB hicom(syed mokhtar albukhari) nak takeover Proton.minta beritasemasa.com.my investigate sikit.

  8. sampai la ni pn dia org nk songlap terus. jgn je nanti PRU jd bahan ketawa, saje2 je buat pdhal dah tau sapa akan menang… yg kaya terus kaya, yg miskin, bela pn mcm tak ndak je…cukup2 je.. akhirnya, rakyat jd mangsa.

  9. Dari segi dasarnya, Malaysia tak perlulah menjadi negara berpendapatan tinggi kerana
    1. Kita terdiri dari pelbagai kaum maka hakikatnya golongan berpendapatan sederhana atau rendah adalalah terdiri dari kaum bumiputra dan mentality masih rendah dan sifat phd pada bangsa sendiri masih tebal. Sukar untuk maju sedangkan bangsa inilah yg menentukan kerajaan hanya masa yg menentukan dimana sampai masanyai ia ketingalan dalam kuasa ekonomi dan pupus dan wujud satu bangsa Sukar untuk dinyatakan..
    2. Dimasa sekarang Kalau negara inimenjadi negara maju maka jurang antara kaum Akan menjadi lebih besar maka wujud banyak masaalah.
    3. Negara ini mempunyai sumber asli yang banyak belum dipelopori dimana sejak zaman dahulu lagi kita sentiasa ingin dijajah oleh bangsa asing yang ingin mendapat rempah tapi sekarang.

  10. Prof anti kroni on

    ko pon sama xkp x serupa bikin… macam mana nk capai negara maju kalo pemimpin asyik amalkan rasuah x habis2… ko tu yg masih lagi ddk bawah tempurung.. singapore yg kecik tu blh jadi negara kelima yg bebas rasuah.. malaysia tgga ke 60.. ini ker kata negara maju.. tlg la… ini bukan perasaan politik apa semua… nkie semua ats apa yang depa semua buat selama ni.. tgk negari kedah sudah la.. sejak pas pegang ketua audit negara pon terkejut macam mana kedah punya laporan boleh caapai begitu banyak hasil neger.. kakayaan yang x sangka2.. masa zaman BN pegang lagsung xada haasil… laporan utk pembalakan hutan negeri asyik kata sikit… tp bila pas pegang knp blh berubah.. pikir2 kan lah…

  11. Prof anti kroni on

    kesian ko zaihasra oii… orang ajak utk buat debat terbuka x mau.. hang p seaerch sat sapa menteri kewangan yang pandai didunia ni.. salah satu die anwar ibrahim tau….
    ni akhbar luar negara tulis.. npk sgt hang ni x bljaq tinggi…

  12. Prof anti kroni on

    ni aku nk bag tau sar dekat hang nie.. khazah negara malaysia ni bru ada brp puluh billion saja…
    yang singapore yang xada hasil bahan mentah pon boleh ada beribu billion.. kalo la kata negara muflis x tau la aku nk ckp … cukup ke setakat berpuluh billion tu…. satu lagi pemimpin2 kita ni suka duk banding dgn negara yg macam afrika apa semua … cuba hang amik sat negara yang terdekat macam singapore… walaupon kecik tp pandai tadbir negara.. kita ni buat macam harta negara macam mak bapak depa punya…. itu tandanya pemimpin kita ni cuma nk bela perot depa saja… nk p mana semua nk yang AAAA saja…. jadi macam PM britain tgk.. P mana2 cuti ka apa ka.. guna naik flight economy class lagi.. aku npk sendiri dgn mata kepala aku.. tu baru kata pemimpin berjiwa rakyat.. malaysia ni sikit2.. TER…Terkaya.. TERbaik… Terbilang.. TERcantik.. hat yang TERCOROT x mau umum….

  13. Prof anti kroni on

    cakap dgn orang bodoh macam dengan hang ni.. (suara merdeka) buat sakit ahti jer.. lebih baik hang x payah cakap… x pnh pikiaq….. orang kalo nk jadi negara membangun semua tangga gaji kena selaras…. mana boleh main pilih bulu… gomen jer.. abis swasta xdak sumbang ka…. cuba hang pikiaq balik.. hang penah dgr ka PETRONAS umum keuntungan dia.. x dak kan.. sapa yang bg arahan kalo bkn org paling berkuasa.. PERTONAS adalah salah satu syarikat gergasi di dunia yang sekarang ni ddk d tangga ke 94….tp x pnh umum pon keuntungan…. lg satu kalo sapa yang ada KWSP… kerajaan x pnh teerpikiaq ka nk bg naik % mcm mna depa duk naik harga barang….. paling tinggi pon depa bg naik x salah akau 5 kot…..

    sebgai negara yang ada hasil bumi yang terkaya di asia ni kita patut ddk di negara yang teratas.. tapi sbb korapsion punya pasai… negara ni jadi yang tercorot….

    org beli kapai selam depa pon sibuk.. kalo nk jadi negara terkaya x perlu la kapai semua..

    lg satu pemimpin kita ni.. terlalu murah sgt… p sana sini umum bg dana tu dana ni… hutung negara duk bertimbun dekat bank dunia….

  14. orang awam on

    tlg bagi link dan rujukan akhbar mana yg kata anwar terbaik tu.. kalau akhbar australia pun salah lapor.. kalau akhbar luar mungkin kawan2 anwar kot.. msia mungkin lingkup pd thn 1998 kalau mahathir tak lucutkan anwar jd menteri kewangan.. itu fakta.. tlg bagi tgok akhbar tu…? sapa yg tulis..ada fakta..?

  15. Pembazir negara. on

    Sepatutnya Malaysia dan pemimpinnya malu dengan negara bukan Islam kerana negara ini mengaku adalah negara Islam tetapi pengamal rasuah turun-tumurun tu sebab tak akan maju-maju.apabila manusia mengaku Islam itu bermaksud mengenai Akan kebaikan dalam kehidupan Islam ini.tapi pemimpin Malaysia mengaku itu semua tapi buat kerja-kerja dosa terlarang.mana mau taruh muka …Kat buntut lembu kah ?

  16. aku sokong hapuskan subsidi
    macam apa yang kerajaan cuba buat sekarang
    subsidi adalah barah buat negara
    hanya puak2 pembang je tak menyokong, sebab nak undi
    tetapi akbinatnya negara akan jadi lebih buruk lepas itu

  17. Keranamu UMNO rakyat jadi hina
    Keranamu UMNO rakayt jadi dungu
    Keranamu UMNO memang niat begitu
    Tranformasimu omongan kosong
    Tranformasimu mengubah dari cerdik ke jahil
    Keranaku percaya….
    Jika rakyat cerdik dan bijaksana
    Pasti kamu takkan hidup bermegah megah

  18. Dalam Perlembagaan Malaysia telah menyatakan dengan jelas bahawa negara ini, and ugama rasminya adalalah Islam dan bahasanya adalalah bahasa malaysia dengan jelas tertulis. Kenapa kita mempertikai kan nya. Masaalah nya orang bukan islamtidak mahu memeluk Islam tapi ingin taraf bumiputra. Kalau semuanya faham maka dan semuanya Islam maka apa perlu masyarakat subsidi lagi Kerana kita bersaudara. Ini tidak dapat dilaksanakan sehingga sekarang. Masaalah sekolah cina pun kita terpaksa akur. Cuba fikirkan

  19. Anti Kapitalis on

    kembalikan hak rakyat. kalau berbilion dana negara yang hanya berkisar dikalangan org politik & kaum keluarga mereka itu tak dikembalikan kpd rakyat sampai bila2 rakyat tak merasa nikmatnya.

  20. Siapa yang anda maksudkan?bumiputra bukan Islam memang ada dalam perlembagaan iaitu orang asli semananjung dan pribumi Sabah Sarawak.jadi bumiputra itu bukanlah Hak satu kaum ugama saja.perbanyakkan baca berkenaan perlembagaan terutamanya sabah sarawak sebab agak berbeza dengan perlembagaan semananjung.

  21. ye ke… takkan la apa yg diorg buat semua x btul… aku rasa aku masih bebas kemana2, pilihanraya kan ada… sabar la…. pernah gi KLCC, ICT, Putrajaya, dan mcm2 tempat menarik di Malaysia? Bersyukur la….

  22. Gurkha Pencen on

    Apabila duit KWSP( duit simpanan hari tua rakyat Malaya ) pun mereka guna, itu memberi isyarat jelas bahawa parti yang memerintah ini langsung tidak berkebolehan untuk mengurus tadbir wang rakyat. Banyak lagi sumber lain yang boleh mereka gunakan untuk mengurus tadbir negara. Kenapa wang KWSP sahaja yang mereka nampak? Mengapa negeri Kedah yang baru saja diperintah oleh PAS boleh mengumpul hasil negeri yang banyak, walhal baru saja sepenggal. Dah 54 tahun memerintah masih lagi takuk negara berpendapatan rendah,kalau tambah 3o tahun pun dok takutk tu jugak lah…

  23. sekadar pandangan..sy rasa setakat ni negara kita masih lg aman n x huru hara..mmg terdapat tekanan ekonomi serba sedikit tp msh terkawal..bkn senang nk jd pemimpin dan puaskan hati semua org..

  24. satu je yg aku bimbangkan..orang melayu ni mudah lupa..kena umpan rm500 trus hillang kewarasan..paham2 la apa yg aku katakan ni..pru13 dah dekat ni

  25. Tanapa nama on

    Mejadi Negara bependapatan Tinggi adalah satu process. Korea telah mengambil masa dari tahun tujuhpuluhan hingga sekarang untuk mencaapi gelaran itu. Dan Singapura telah megambil masa dari enampuluhan untuk mencapai matalant itu. Rancangan kita untuk kerja ini akan mengambil masa sembila tahu sahaja. Orang yang mejadi kaya sekarang dengan cepat akan membuat sejarah dan anak orang miskin akan mendapat peluang untuk menulis sejarah itu.

  26. kalau betul la pas tu bgs mentadbir..nape kelantan tu mcmtu jedr dlu..rakyat die sume kuar g negeri Bn..pe cite..ckp bleh la..cari salah org je..sendiri xpndi buat

  27. Melayu maju on

    Langkah pertama yang kerajaan perlu buat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi adalah dengan mula mengurangkan kepala paip di tanda-tandas awam, lapangan terbang, pusat membeli-belah malah tandas pejabat kerajaan dan hospital.

    Rakyat pula mula belajar basuh berak menggunakan tisu tandas. Inilah yang telah dilakukan di Singapore, Korea, Jepun dan negara-negara maju di seluruh dunia.

    Oleh itu marilah kita belajar basuh berak guna tisu dulu pastu barulah kita bersedia menjadi rakyat berpendapatan tinggi. Baru la setaraf dengan negara maju lain yang keretanya murah.

  28. MelayuJati on

    “menteri kewangan yang pandai didunia ni.. salah satu die anwar ibrahim tau….{Prof anti kroni}”

    Kentot hang la Prof anti kroni…hang baru hidup… mana hang tau…
    zaman dia jadi menteri kewangan hang dok telanjang bogel lagi….
    Melayu Maju: memang betoi hang…satu lagi klu depa nak tahu cam mana negara mereka boleh maju, mereka mengamalkan ” back-door”

  29. Sebab melayu menjadi tersepit
    1. Tak ada visi atau matlamat hidup, .
    2. Tak tahu musuhnya siapa. Pada nya Kalau tak dapat cepat melatah. Iaitu terlalu manja.
    3. Perasaan hasat dengki terlalu kuat pada bangsa nya kerana malu disebabkan malas.
    Kalau bukan bangsanya maju maka ada alasan bahawa dia tu ah Chong.

  30. Gurkha Pencen on

    Nak tau busuknya hati melayu apabila wang royalti yang sepatutnya diberi Tok Guru untuk diagihkan kepada semua melayu Kelantan ditarik balik. Begitulah busuknya hati pemimpin parti kapal layor yang bergelar melayu tu…walhal yang menangkan parti kapal layor dulu adalah orang yang sama juga yang mengundi Pas iaitu rakyat Kelantan.

  31. putraputri on

    sepanjang bn memerintah,, malaysia hidup aman dan byk kejayaan yg diperolehi..tp cuma ekonomi jela xbpe baik sangat..

Leave A Reply