≡ Menu

Gambar dan Video Datuk Seri Najib Razak Angkat Sumpah Perdana Menteri 2013 – 2018! Harapan Rakyat Malaysia?

Gambar dan Video Datuk Seri Najib Razak Angkat Sumpah Perdana Menteri (2013 – 2018)! Harapan Rakyat Malaysia?

“Kita menang malam ini (5 Mei 2013), esok angkat sumpah (6 Mei 2013), lusa (7 Mei 2013) minyak turun…….Itu antara bait-bait ayat yang dilafazakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bermakna hari inilah bukan? Tetapi…..

najib razak

Tetapi…..Barisan Nasional telah pun menang dengan majoriti mudah berbanding Pakatan Rakyat, dan realitinya Datuk Seri Najib Razak sudah pun angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya iaitu 5 tahun daripada sekarang.

“Gambar di atas adalah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang semalam.”

Kalau diingat semula sejarah sekitar 43 tahun dahulu, sebenarnya ketika Tun Razak (bapa Najib Razak) menggangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-2, juga di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

biodata najib razak

  • Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya
  • Keputusan Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Najib Razak Perdana Menteri Ke 6 : Harapan Rakyat Malaysia?

Harapan kami dan mungkin juga harapan seluruh rakyat Malaysia, Datuk Seri Najib dapat membuka “lembaran baru” yang lebih segar untuk terus membangunkan negara dalam tempoh 5 tahun daripada sekarang yang tidak hanya berlandaskan kata-kata semata.

Yang sudah itu, sudahlah…..Insyaallah Datuk Seri Najib Razak, jikalau korupsi benar-benar dapat dibanteras, setiap permasalahan dan tuntutan rakyat didengar, keadilan benar-benar berkibar di bumi Malaysia ini bukan bersandarkan hanya slogan semata, kami pasti baik pembangkang, penyokong setia Datuk Seri mahupun seluruh rakyat Malaysia sendiri akan menyokong penuh kepimpinan anda sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Gunakanlah mandat yang diterima ketika ini dengan sebaiknya”

Harapan rakyat Malaysia cuma satu sahaja, “Mahukan Malaysia Yang Lebih Baik” daripada sekarang….Insyaallah. Walauapapun, tahniah kepada Barisan Nasional & tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak. Apa kata anda pula?