≡ Menu

Borang Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama


Borang Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama. Daftar SINI!

Kini, skim MyDeposit telah pun. dilancarkan kepada umum.

mydeposit

Ia dilaksanakan sebagai satu inisiatif atau usaha kerajaan supaya rakyat Malaysia boleh memiliki rumah mampu milik seperti yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan ketika pembentangan Bajet yang lalu.

Skim My deposit beli Rumah Pertama menawarkan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai gaji dan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah yang mahu beli rumah pertama untuk mereka. (Sumber : mypt3)

[table sort=”desc,asc”]
Kelebihan dan Faedah Permohonan MyDeposit
Golongan yang mempunyai isi pendapatan sederhana dan rendah iaitu RM10 000 dan ke bawah dapat dibantu.
Dapat membantu pembeli rumah pertama agar mereka dapat beli rumah dan kediaman yang mana harga sehingga RM500 000 dan ke bawah dengan memberi sumbangan 10 peratus pembiayaan daripada harga jualan rumah atau RM30 000 maksimum (yang mana lebih rendah) yang akan diberikan oleh pihak kerajaan sebagai membantu anda dapat bayar deposit rumah pertama
[/table]

Pada asalnya Penjualan rumah yang berharga RM300,000 hanya kepada pembeli rumah pertama telah diputuskan oleh Kerajaan sepertimana yang telah diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet yang lepas. Ini akan dilaksanakan bermula pada April.

Pemaju swasta juga digalakkan untuk membina lebih banyak rumah berharga RM300,000 dengan beberapa insentif dan galakan telah ditetapkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Antaranya adalah nilai deposit akan kekal RM200,000 bagi rumah yang berharga RM300,000 ke bawah dan 3 peratus (3 peratus) daripada anggaran kos pembinaan akan dikenakan bagi kadar semasa nilai deposit.

Pembabitan usaha adalah dari pelbagai pihak khususnya dari peringkat Kerajaan Negeri, Persekutuan dan sektor swasta dalam setiap persiapan dan pelaksanaan inisiatif skim pembiayaan beli rumah pertama MyDeposit kepada golongan yang disasarkan.

RM200 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan dalam pembentangan Bajet yang terdahulu sebagai bantuan dan dana deposit bagi pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.

Borang Permohonan Skim MyDeposit Online

Berikut disertakan pautan borang permohonan Skim MyDeposit Online :

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Borang Permohonan MyDeposit Online Skim Beli Rumah Pertama,1. Sila klik pada sprn.kpkt.gov.my/sprn/user/register/ untuk membuat pendaftaran akaun
,2. Setelah pendaftaran selesai dan berjaya; sila klik pada sprn.kpkt.gov.my/sprn/user dengan memasukkan NO IC dan kata laluan anda
,3. Akhir sekali; klik pada butang Log Masuk
,Tarikh : Bermula 7 April hingga 30 Jun
[/table]
[table sort=”desc,asc”]
Syarat Kelayakan Permohonan Skim MyDeposit
1. Pemohon mesti berwarganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
2. Permohonan ini adalah bertujuan untuk pembelian rumah pertama bagi setiap satu isi rumah.
3. Pendapatan kasar pemohon adalah RM10 000 dan ke bawah sebulan. Ini termasuklah semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan seperti upah; gaji; bonus bulanan; elaun dan lain-lain lagi.
4. Cukup kelayakam haruslah dimiliki oleh pemohon untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan yang ada.
5. Kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari akan diberikan kepada pemohon untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah yang hendak dibeli.
[/table]

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai permohonan Mydeposit, anda boleh ajukan dan hubungi kepada pihak yang berkenaan :

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Cara Hubungi,No Tel Cawangan Pengurusan Perumahan : 03-8891 4025
,No Tel Bahagian Teknologi Maklumat : 03-8891 4478
,No Tel : 03-8000 8000
,Jabatan Perumahan Negara; Aras 30-38; No 51; Persiaran Perdana; Presint 4; Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan; 62100 Putrajaya.
,Laman Web Utama : www.kpkt.gov.my
,Facebook Rasmi Kementerian Perumahan Negara KPKT
[/table]

Diharapkan dengan info yang diberikan dapat membantu anda untuk mengetahui mengenai Skim MyDeposit seterusnya dapat membuat pembelian rumah pertama kelak. Mudah-mudahan. Semoga berjaya kepada anda yang hantar permohonan Mydeposit. Segera bertindak sekarang!