,
MyBRIM atau mybshr : Perlu Tahun 9 Perkara Sebelum Hantar Permohonan atau kemaskini MYBR1M
Nampaknya bermula pada tahun ini, pihak Lembaga Hasil Dalam negeri telah memperkemaskan lagi sistem semakan dan perkongsian info dan maklumat berkaitan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini.
Portal Mybr1m atau mybshr terus diberikan nafas baru dengan paparan yang lebih kemas dan jelas kepada kalangan hantar permohonan brim dan kemas serta juga mahu untuk urusan semakan brim secara online.
Berdasarkan semakan Berita Semasa di portal Mybrim atau mybshr ini sendiri ada beberapa maklumat penting yang perlu anda ketahui dan tidak terlepas pandang. Semuanya telah Berita Semasa rangkumkan seperti di bawah ini. Ada 9 point penting kesemuanya untuk MyBrim atau mybshr
Antara Senarai Bank Yang Terlibat Dalam Pembayaran Br1m
- STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
- CITIBANK BERHAD
- AGRO BANK
- UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD
- PUBLIC BANK BERHAD
- OCBC BANK
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- AM BANK BERHAD
- BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
- RHB BANK BERHAD
- MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
- CIMB BANK BERHAD
- ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
- HONG LEONG BANK
- HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
- AFFIN BANK
- MAYBANK
- AL RAJHI BANK
- BANK RAKYAT
9 Perkara Penting Untuk MYBRIM 2018 atau mybshr
,
Boleh saya tahu tarikh buka permohonan atau kemaskini atau update BRIM 2018?
Untuk makluman anda, bermula 27 November 2017 sehingga akhir Januari 2018 anda sudah boleh hantar permohonan atau kemaskinikan maklumat mengenai anda
Adakah saya layak untuk mohon dan terima duit BR1M 2018?
Jikalau anda :
- Anda merupakan warganegara Malaysia
- Anda merupakan ketua bagi isi rumah anda dan gaji pendapatan anda kasar anda setiap bulan tidak lebih RM4 ribu; ATAU
- Anda merupakan warga emas yang pendapatan bulanan setiap bulan RM4 ribu dan ke bawah; ATAU
- Anda merupakan seorang berstatus bujang yang gaji bulanan anda tidak lebih RM2 ribu sebulan; ATAU
- Anda bukan penerima kad debit pelajar KADS1M
Apa pilihan yang ditawarkan untuk permohonan br1m jialau saya layak?
Anda boleh memilih samasa melakukan permohonan secara online iaitu Mybrim ataupun anda boleh pergi terus cawangan LHDN yang berhapiran dan isikan borang di kaunter LHDN
Semasa proses permohonan, apa dokumen yang perlu disertakan?
Bergantung sebenarnya status permohonan samada bujang ataupun isi rumah. Yang paling penting sekali dokumen tersebut adalah berkaitan dengan maklumat mengenai diri anda, pasangan anda atau tanggungan anda. Contohnya :
- Jikalau bermula 1 Oktober 2017 anda sudah tidak menjalankan perniagaan offline ataupun online dan anda telah menamatkan pendaftaran SSM, anda perlu hantarkan pengesahan penamatan perniagaan dari SSM
- Jikalau pasangan ataupun tanggungan anda bukan terdiri dariada warganegara Malaysia, anda perlu sertakan salinan MyPR atau MYKAS atau Sijil Lahir yang dikeluar dan disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara JPN. Anda juga boleh berikan juga salinan passport dan visa mereka.
- Jikalau anda telah bercerai dengan pasangan atau kematian pasangan, anda perlukan buktikan tstaus tersebut. Contohnya untuk sijil perceraian yang diperolehi dari Jabatan Agama Islam Negeri
Salinan dokumen ini dihantar ke LHDN yang berhampiran dengan anda berserta dengan Borang Serahan Dokumen Sokongan
Adakah saya diwajibkan hantar dokumen tambahan jikalau permohonan secara online telah pun dilakukan
Jawapannya YA. Senarai Dokumen tambahan yang perlu anda berikan kepada pihak LHDN akan terpapar pada akhir permohonan online yang anda buat.
Perlukah saya hantar permohonan BRIM 2018 semula jikalau saya adalah penerima BR1M?
Jawapannya TIDAK. Tetapi anda perlulah memastikan kemaskini maklumat diri anda dengan info yang tepat yang terkini sekurang-kurangnya sekali untuk 3 tahun terakhir. Maksudnya di sini :
- Anda tidak perlu kemaskini BRIM pada tahun 2018 ini jikalau anda merupakan penerima duit br1m pada tahun 2015.
- Tetapi untuk tahun 2019, anda perlu melakukan update dan kemaskini.
Jelas dengan info mengenai Mybrim ini?