Semakan MYBPR 2021: Cara Kemaskini & Tarikh Bayaran

Rakyat Malaysia kini boleh mula membuat permohonan baharu BPR, mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat atau membuat semakan BPR 2021 bermula 15 Januari menerusi laman web rasmi mybpr 2021
Siapakah perlu membuat permohonan baharu MYBPR?
Permohonan Baharu perlu dilakukan oleh pemohon yang berkelayakan: Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 tidak diterima oleh pemohon serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Siapakah yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?
Pemohon BPN 2.0 yang lulus atau Pemohon BSH 2020: adalah pemohon yang perlu membuat Kemaskini
Semakan BPR 2021 (Kategori Kelayakan)
Berikut di bawah adalah kategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021:
i.KATEGORI ISI RUMAH
- Bujang berumur 60 tahun dan ke atas (termasuklah Orang Kelainan Upaya (OKU)] atau
- Ibu Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang mempunyai anak atau
- Kahwin
Kriteria Kelayakan
- Pemohon
- Seorang warganegara Malaysia (Status MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Perempuan atau lelaki yang menjadi ketua keluarga yang berkerja di Malaysia dengan berpendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah dan tinggal serumah
- Pasangan
- Seorang warganegara Malaysia (Status MyKad) ataupun memiliki pengenalan Malaysia (MyKAS/MyPR) atau
- Bukan seorang warganegara Malaysia (selain daripada pengenalan MyKAS/MyPR)
- Anak (jika mempunyai anak)
- Seorang warganegara Malaysia dan pengenalan Malaysia dimiliki (MyKad/MyKid) sahaja dan
- Berstatus anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
- Tiada punca pendapatan atau tidak bekerja, dan had umurnya:
- 17 tahun dan ke bawah atau
- Bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
ii)KATEGORI BUJANG
- Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang tidak mempunyai anak dan
- Had umur adalah:
- 21 tahun sehingga 59 tahun atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
Kriteria Kelayakan
Pemohon
- Warganegara Malaysia (Status MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang umurnya:
- 21 tahun sehingga 59 tahun atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU
- Jumlah pendapatan kasar bulanan pemohon RM2,500 dan ke bawah
Cara Permohonan & Kemaskini Maklumat
Terdapat 3 cara membuat permohonan BPR atau kemaskini maklumat:
1.Secara dalam talian (online) menerusi pautan ini https://bpr.hasil.gov.my/
2.Borang Permohonan BPR dicetak melalui Portal Rasmi BPR
3.Anda perlu hadir untuk mengisi dan memngemukakan Borang Permohonan BPR dengan menghadiri Cawangan LHDNM; Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN ; Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:
1.Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri atau
- Sijil Penceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau
- Salinan Dekri Nisi Mutlak / Sijil Dekri Nisi yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2.Pasangan
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyKAS / MyPR) ataupun
- Salinan Visa / Pasport / Pas Sempadan / UNCHR
3.Anak
- Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat
- Salinan MyKad/MyKid dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Tarikh Kemaskini Maklumat & Permohonan BPR 2021
Bermula dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021, pendaftaran BPR 2021 boleh anda lakukan (tertakhluk kepada perubahan)
Semakan Status Permohonan BPR 2021
Di bawah ini adalah cara Semakan Status Permohonan BPR 2021 yang boleh diikuti:
- Klik pada https://bpr.hasil.gov.my iaitu portal rasmi BPR LHDNM
- Akan datang menyusul semakan secara Aplikasi Mobile BPR
Bagi platform Android, anda boleh memuat turun di Play Store, manakala Apps Store untuk platform iOS
- LHDNM boleh dihubungi yang beroperasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang di talian 1-800-88-2747
- Ataupun boleh hubungi MOF yang beroperasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang di talian 03-8882 4565 / 4566
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / UTC LHDNM / PKH LHDNM
**Nota: Berdasarkan data agensi, setiap permohonan akan diverifikasi seperti dalam rajah di bawah:
Tarikh Bayaran BPR & Kadar Bantuan
Dijangka bayaran akan dibuat dalam 2 fasa bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat:
- Fasa 1 – April / Mei 2021
- Fasa 2 – September / Oktober 2021
Bergantung kepada kategori kelayakan pemohon akan memperolehi nilai bantuan berikut:
Isi rumah berpendapatan < RM2,500
- 1 orang anak RM1,200
- 2 orang anak ataupun lebih RM1,800
Isi rumah berpendapatan RM2,001 -RM4,000
- 1 orang anak RM800
- 2 orang anak ataupun lebih RM1,200
Bujang berpendapatan < RM2,500
- 21 tahun ke atas RM350
Pertanyaan & Info Lanjut Tentang Semakan BPR
Anda digalakkan untuk menghubungi saluran berikut untuk membuat pertanyaan atau aduan dan mendapatkan maklumat terkini BPR 2021:
- Sila layari Portal Rasmi BPR LHDNM di https://bpr.hasil.gov.my atau
- Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
- Hubungi LHDNM yang beroperasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang di talian 1-800-88-2747 atau
- Hubungi MoF yang beroperasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang di talian 03-8882 4565 atau
- Anda menghadirkan diri ke Cawangan LHDNM, UTC LHDNM / PKH LHDNM