Muhyiddin Keluar UMNO. Patutkah? Impak kepada Pimpanan Najib Razak dan UMNO Menjelang Pilihanraya?

Muhyiddin Keluar UMNO. Patutkah? Impak kepada Pimpanan Najib Razak dan UMNO Menjelang Pilihanraya?

Ya… benar beberapa bulan lalu, ketika Muhyiddin mula lantang mempersoalkan mengenai isu skandal 1MDB yang terus membelenggu negara termasuk memberikan ucapan dan penjelasan disebalik teriakannya di Janda Baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengatakan yang beliau adalah “Totok UMNO”.

muhyiddin keluar UMNO

Tetapi sejak malam tadi sehinggalah ke awal pagi ini, sudah ada cakap-cakap orang politik yang mengatakan yang ada kemungkinan besar Muhyiddin keluar UMNO sekaligus bersama-sama dengan mentor dan bekas bosnya Tun Mahathir Mohamad.

Mungkin akan bersama-sama dalam “jentera baru” yang sedang disusun Tun Mahathir selepas ini. Politik cukup unik. Kawan boleh menjadi lawan atas nama satu misi dan matlamat.

Sebentar lagi akan berlangsung sidang media khas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan akan teruangkap persoalan samada Muhyiddin keluar UMNO atau terus menjadi “totok UMNO” sepertimana yang diperingatkan semula oleh Zahid Hamidi semalam.

Walaubagaimanapun, jikalau Muhyiddin keluar UMNO Berita Semasa jangkakan krisis dalaman UMNo akan menjadi lebih parah. Ini kerana sosok seperti Muhyiddin apabila bertindak menyatakan mahu berhenti menjadi ahli UMNO akan mengakibatkan strukturdan elemen dalam parti menjadi kukuh semula akan, negatif.

Sepatutnya daripada awal lagi, kepimpinan tertinggi UMNO berfikir dengan lebih tenang tidak terburu dan waras bagaimana nilai sumbangan pemikiran seseorang itu dapat kita letakkan di paras untuk menyumbang masa depan.

Muhyiddin Keluar UMNO VS Tindakan Kepimpinan Tertinggi UMNO?

  1. Sekiranya ada yang bercakap kritis, anda buang
  2. Maka lama kelamaan sesebuah parti itu hanya akan mendapat dan tinggal kalangan balaci, pak turut, pemakan dedak dan sebagainya
  3. Sindrom acapkali mengiyakan dan mengangguk semuanyam ibarat robot yang telah dikawal pemikiran masing-masing dalam sesebuah organisasi adalah sangat bahaya dan akhirnya akan merugikan parti tersebut
  4. Parti politik memang tempatnya untuk menzahirkan pandangan secara ikhlas
  5. Jadi, ego tidak boleh ditegur sangat tidak elok bagi sesebuh parti dan apabila kena tegur sikit terus dibuang, terdapat sistem pencatasan dan sebagainya

Sekarang ini bola dikaki Tan Sri Muhyiddin samada Muhyiddin keluar UMNo atau tidak.

Apa pendirian anda pula disebalik isu dan kemelut ini?