MPV Terbaik di Malaysia : Pilihan Terbaik Harga Bawah RM100 Ribu
MPV Pilihan Terbaik Bawah Harga RM100K. Kenderaan Serba Guna ataupun dikenali sebagai Multi Purpose Vehicle (MPV) semakin menjadi pilihan bagi penduduk Malaysia.

Kini kategori kenderaan ini sudah tidak asing lagi di Malaysia yang sebelum ini amat popular di Indonesia.
Untuk keluarga di Malaysia mahupun syarikat, ianya memenuhi keperluan pengguna masa kini yang memerlukan lebih muatan tempat duduk dan juga flexible untuk meletakkan barangan.
Kini, van penumpang sudah jarang digunakan di atas jalan raya kerana ramai sudah beralih ke MPV lebih-lebih lagi sejak kehadiran MPV Unser dan Avanza oleh Toyota.
Maka, pelbagai jenama lain turut mula bersaing untuk turut mencuba mencuri perhatian pengguna dan seterusnya menawan pasaran MPV di negara ini.
Pelbagai cara dan persaingan dilakukan menerusi reka bentuk, spefikasi,asaiz, kapasiti, teknologi, harga, penjimatan tenaga dan sebagainya. Berikut adalah senarai MPV terbaik untuk keluarga di malaysia di bawah harga RM100 ribu:
Senarai MPV Terbaik Bawah RM100,000 :
Berikut di bawah adalah antara MPV terbaik di bawah RM100K yang dijual di pasaran Malaysia
MPV Terbaik : Perodua Alza 1.5L
Harga Perodua Alza (OTR termasuk insuran)
- Perodua Alza 1.5 Advanced – Automatic Solid (RM64,931.99) Metallic (RM65,432.00)
- Perodua Alza 1.5 S – Manual Solid (RM52,332.00) Metallic (RM52,832.00)
- Perodua Alza 1.5 S – Automatic Solid (RM55,332.00) Metallic (RM55,832.00)
- Perodua Alza 1.5 SE – Manual Solid (RM56,332.00) Metallic (RM56,832.00)
- Perodua Alza 1.5 SE – Automatic Solid (RM59,332.00) Metallic (RM59,832.00)
MPV pertama keluaran Perodua adalah Perodua Alza yang merupakan MPV paling laris jualannya di Malaysia.
Dari aspek rekabentuk, ianya moden dan menarik. Alza masih kelihatan tidak ketinggalan zaman walaupun sudah lebih 5 tahun di pasaran. Namun dari aspek keselesaan pula, kekurangan pada kerusi barisan ke 3 yang agak rendah dan sempit untuk orang dewasa.
Maka MPV model Perodua ini lebih kepada alternatif selain sedan kerana kerusi pada baris ketiga tidak sesuai untuk diduduki penumpang kerana tiada corong penghawa dingin yang pasti akan membuatkan penumpang berasa kurang selesa.
Jadi, ia lebih sesuai dijadikan tempat barangan dengan ruang yang amat luas.
MPV Terbaik : Proton Ertiga 1.4L
Harga Proton Ertiga 1.4L (OTR termasuk insuran)
- Proton Ertiga 1.4L EXECUTIVE PLUS A/T – RM 64,800.00/ Solid & Metallic
- Proton Ertiga 1.4L EXECUTIVE M/T – RM58,800.00/ Solid & Metallic
- Proton Ertiga 1.4L EXECUTIVE A/T – RM 61,800.00/ Solid & Metallic
Proton Ertiga ini adalah MPV kompak terbaru dari Proton yang diiktiraf sebagai kenderaan EEV kerana faktor dan ciri keselesaan bersama dengan penjimatannya.
Proton Ertiga ini tidak memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang begitu mengujakan namun masih kelihatan moden dan menarik.
Ianya hanya diiktiraf sebagai MPV 6 tempat duduk walaupun mampu memuatkan 7 orang dewasa dengan selesa disemua posisi tempat duduk kerana tiada seat belt ketiga di kerusi baris kedua.
Fabrik dan tona warna cerah dipilih oleh Proton untuk kemasan dalaman Ertiga dan ianya jelas agak mengecewakan. Ini kerana ia mungkin kurang sesuai untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak kecil yang lasak walaupun mungkin kelihatan agak cantik dan mewah. Sedikit kekotoran pasti mencacatkan fabriknya.
MPV Terbaik : Toyota Avanza 1.3L & 1.5L
Untuk rujuk harga Toyota Avanza 1.3L & 1.5L (OTR termasuk insuran) – Sila KLIK SINI
- Toyota Avanza 1.3E (MT) – Dari RM 71,538.0
- Toyota Avanza 1.5S (AT) – Dari RM 83,210.44
- Toyota Avanza 1.5G (AT) – Dari RM 80,900.44
- Toyota Avanza 1.5E (AT) – Dari RM 78,200.44
Model kereta ini terus membawa fenomena baru dalam dunia automotif tempatan pada pertama kali ia diperkenalkan di Malaysia pada Oktober 2014. MPV Toyota Avanza ini menarik perhatian ramai yang ingin memiliki kenderaan yang mampu membawa lebih penumpang dengan selesa pada harga yang kompetitif.
Kini generasi kedua Avanza yang berada di pasaran sudah tenggelam dek kerana populariti model-model MPV lain yang lebih menarik dan mengujakan. Kekurangannya adalah rekabentuk luarannya dan dashboard yang kurang mengujakan serta tampak ketinggalan walaupun ciri-ciri dalamannya yang cukup selesa dan praktikal untuk semua penumpang.
Ia diyakini akan ketahanan dan kelasakannya dan menjadikan Toyota Avanza ini mempunyai nilai untuk pemilikan jangka panjang.
MPV Terbaik : Toyota Sienta 1.5L
Harga Toyota Sienta 1.5L (OTR termasuk insuran)
- Toyota Sienta 1.5G A/T – RM 92,900.00
- Toyota Sienta 1.5V A/T – RM 99,900.00
Untuk sebuah MPV di bawah harga RM100K, model MPV kompak dari Toyota ini menawarkan sesuatu yang hebat bagi kategori ini.
Toyota Sienta ini menawarkan spefikasi seperti MPV mewah kerana dilengkapi pintu gelongsor automatik, Touch Screen, lampu Bi-Led, Reverse Camera, TRC, ABS, BA, VSC, HAC, EBD dan banyak lagi. MPV ini memberikan persepsi segar dan berbeza mengikut citarasa pengguna kerana reka bentuk luarannya yang sangat unik dan moden.
Bagi mereka yang inginkan sesuatu yangg berbeza dan ingin menikmati ciri-ciri hebat sebuah MPV kompak, pasti Toyota Sienta adalah jawapan dan pilihan yang tepat.
MPV Terbaik : Proton Exora 1.6L
Untuk rujuk harga Proton Exora 1.6L (OTR termasuk insuran)
- Proton Exora 1.6L Super Premium CVT – RM83,010.00 (Metallic) RM82,560.00 (Solid)
- Proton Exora 1.6L Executive CVT – RM67,670.00 (Metallic) RM67,220.00 (Solid)
- Proton Exora 1.6L Premium CVT – RM76,890.00 (Metallic) RM76,440.00 (Solid)
Satu-satunya MPV dalam kategori bersaiz sederhana besar yang harganya di bawah RM100K adalah Proton Exora. Ruang dan keselesaan yang paling ideal bagi sebuah keluarga besar ditawarkan oleh MPV pertama dari Proton ini. Rekaan dashboard Exora ini adalah paling tidak menonjol manakala rekabentuknya agak biasa bagi sebuah MPV.
Namun, Proton Exora adalah sebuah MPV yang selesa untuk semua tempat duduk dan seronok untuk dipandu pada harga yang berbaloi dan munasabah.
MPV Terbaik : Nissan Grand Livina 1.6L
Harga Nissan Grand Livina 1.6L (OTR termasuk insuran) –
- Nissan Grand Livina 1.6L A/T – RM 91,100.00
- Nissan Grand Livina 1.6L M/T – RM 87,100.00
Nissan Grand Livina adalah pilihan yang bagus jika anda mahukan sebuah MPV tetapi memandu bak sebuah kereta. Ianya seperti kereta station wagon yang ditambahkan tempat duduk padanya. Berikutan hal itu, tempat duduk di baris ketiga agak rendah serta sempit dan lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Kekurangan yang perlu dipertimbangkan mengenai Nissan Grand Livina adalah tiada corong udara untuk tempat duduk belakang sama seperti Perodua Alza. Ia perlu dipertimbangkan jika baris ketiga tempat duduk sentiasa diisi dengan penumpang.
MPV Terbaik : Honda BR-V 1.5L
Harga Honda BR-V 1.5L (OTR termasuk insuran) –
- Harga BR-V Gred V – Harga RM 92,800
- Harga BR-V Gred E – Harga RM 85,800
Mesti anda tertanya-tanya mengapa SUV berada dalam senarai ini? Walaupun Honda BR-V berada dalam kategori SUV, namun ia lebih kepada ciri-ciri sebuah MPV kompak yang berbentuk SUV. Honda BR-V wajar dimasukkan dalam pertimbangan untuk dijadikan pilihan kerana ia menawarkan 7 tempat duduk pada kadar harga di bawah RM100K.
Honda BR-V juga memberikan segala yang anda inginkan bagi yang mahukan gaya trendy masa kini tetapi masih menawarkan keluasan dan keselesaan yang amat mengagumkan.
Ianya pasti mengujakan kerana reka bentuknya yang moden luar dan dalam. Namun terpulang kepada citarasa masing-masing kerana pandangan tersebut masih subjektif.
Panduan Tambahan Memilih MPV Terbaik
Jurang perbezaan harga masih terlalu jauh antara satu sama lain walaupun MPV yang disenaraikan di atas berharga di bawah RM100K.
Oleh yang demikian, faktor mutlak yang perlu diambil kira bukanlah semata-mata harga sahaja kerana harga yang murah tidak semestinya tidak bagus, kurang spefikasi, tidak berkualiti atau tidak selesa. Mungkin juga harga mahal tidak berbaloi dengan harganya.
Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih sebuah MPV untuk kegunaan sebuah keluarga :
- MPV yang berkuasa tinggi dan seronok untuk dipandu
- MPV yang bergaya dan menarik perhatian
- MPV yang digunakan hanya untuk sekali sekala apabila berjalan jauh
- MPV yang murah tapi besar
- MPV yang rendah kos ‘maintenance’
- MPV yang menawarkan lebih jumlah penumpang dan keselesaan ruang
- MPV yang jimat serta ekonomi
- MPV yang digunakan hanya untuk 5 penumpang tetapi mahukan ruang bagasi besar (kerusi baris ketiga tidak digunakan)
- MPV yang digunakan harian (jauh dan dekat) kerana ianya satu-satunya yang anda ada
- MPV yang selamat dan spefikasi tinggi
- MPV yang mempunyai ‘resale value’ yang tinggi
Maka, dalam memilih MPV terbaik dan sesuai perlulah anda mengikut keperluan dan kemampuan anda.
Disyorkan sebelum membuat sebarang keputusan untuk memilih MPV adalah lebih baik untuk lihat dan pandu uji sendiri pelbagai jenis MPV untuk kepuasan hati agar tidak menyesal di kemudian hari. Sekian, terima kasih