≡ Menu

Sabah, Kelantan, Sarawak Paling Ramai Miskin Tegar. Johor Tiada Miskin Tegar. Realiti atau Fantasi?

Sabah, Kelantan, Sarawak Paling Ramai Miskin Tegar. Johor Tiada Miskin Tegar. Realiti atau Fantasi?

Masih ingat lagi. Huraian dan kegelisahan Datuk Syed Ali Al Attas

miskin tegar

Mengisahkan rintihan kalangan tokoh Melayu  yang mula sedar jika mereka tidak berbuat sesuatu daripada sekarang, orang Melayu di Johor terutamanya akan terus hanyut dengan gelombang dan ledakan yang mereka tidak mampu tanggung di masa akan datang.

Johor Tiada Miskin Tegar Lagi! Luaskan Kuasamu?

Nah…itu cerita dahulu sekarang ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia di mana Berita Semasa perolehinya daripada Unit Perancang Ekonomi EPU baru-baru ia telah menunjukkan sedikit sebanyak peningkatan yang mana dibandingkan negeri-negeri lain di malaysia, Johor satu-satunya negeri yang tiada miskin tegar. Ya….tiada miskin tegar. Hebat……

Statistiknya boleh anda semak gambar-gambar yang dikongsikan seperti di bawah sekali :

Cuma sedikit tertanya-tanya berkenaan dengan statistik yang dikeluarkan ini, adalah ia benar-benar realiti atau fantasi?

Adakah ada kebenaran? Bagaimana realiti di negeri dan ditempat anda? Adakah berpadanan dengan hasil kajian yang dikeluarkan sendiri oleh Unit Perancang Ekonomi EPU ini?