5 Tips Cari dan Pilih Minyak Hitam Terbaik Untuk Kereta
Kita semua mengetahui untuk memastikan kereta beroperasi dengan lancar, minyak enjin sangatlah diperlukan.
Fungsi utama minyak enjin adalah melindungi daripada kakisan karat, melncirkan komponen bergerak dalam enjin dan menjaga kereta daripada enapan dan masalah asas enjin. (dengan tambahan detergen minyak moden).
Namun harus kita ketahui bahawa fakta berkenaan minyak enjin tidak semuanya benar atau tepat atau boleh dikatakan mitos.
Contohnya seperti warna minyak enjin gelap bukan bermaksud ia sudah kotor atau kita tidak semestinya menukar minyak enjin setiap 5,000km.
Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi antara 5 mitos berkenaan fakta memilih minyak enjin terbaik yang sering disalah faham oleh pemilik kereta.
Mana tahu sedikit perkongsian di bawah ini bakal menyelamatkan wang poket anda sekaligus emmilih minyak hitam terbaik sesuai dengan enjin kereta anda.
Bagaimana Memilih Minyak Hitam Terbaik Untuk Jenis Kereta Anda
1. Minyak Hitam Terbaik : Tanda ‘W’ Pada Label 10W-30 Bermaksud ‘Weight’ (Berat)
Kelikatan minyak (viscosity) yang boleh disamakan dengan ketebalan mestilah diketahui apabila membeli minyak enjin. Lebih lancar pergerakan dalam enjin dan mudah melincirkan komponen yang bergerak jika semakin kurang kelikatan minyak itu.
Kelikatan minyak yang tidak terlalu tinggi (tebal) atau tidak terlalu rendah (nipis) adalah ciri minyak enjin terbaik kerana akan lebih melancarkan enjin. Terdapat 2 cara mengukur kelikatan minyak :
- Gred-multi
- Gred-tunggal
SAE 30 adalah tipikal rating gred-tunggal, iaitu ujian yang akan dilakukan oleh Persatuan Jurutera Automatik (SAE) ke atas minyak enjin menerusi peranti seperti tiub, termasuklah masa yang direkodkan dalam saat apabila diambil minyak itu mengalir dari pangkal ke hujung tiub.
Nombor saat yang digenapkan kepada perpuluhan terhampir adalah rating kelikatan.
Jadi, 30 saat masa diambil oleh minyak SAE30 untuk mengalir melalui tiub tersebut. Rating keilkatan tunggal juga kadangkala dipanggil sebagai ‘berat’ (W) minyak. Namun, kelikatan minyak bergantung pada suhu, sedangkan aliran minyak ketika cuaca panas hanya diwakili oleh rating kelikatan tunggal.
Apakah akan berlaku pada pagi musim sejuk yang bersalji jika anda menghidupkan kereta anda?
Jawapannya adalah minyak akan mengalir perlahan. Oleh itu, rating kelikatan sejuk juga penting, dan rating gred-multi akan membolehkan anda mengetahui tahap kelikatan sama ada pada suhu panas ataupun sejuk.
Angka 30 bersamaan rating kelikatan SAE30 bagi minyak panas untuk minyak 10W-30, manakala bagi penggunaan minyak ketika musim sejuk, 10W mewakili rating kelikatan berdasarkan sistem rating standard yang dibangunkan SAE.
Apapun sebagai pengguna Malaysia anda tidak perlu risau dan khuatir kerana musim hujan tidak dikategorikan sebagai musim sejuk.
2. Minyak Hitam Terbaik : Minyak Bertukar Hitam Sudah Kotor Dan Perlu Ditukar
Jika anda seorang yang sangat teliti akan penjagaan kereta, pasti anda sedikit khuatir akan minyak enjin kotor yang menyebabkan enapan dalam enjin. Tolok pengukur ditarik dan warna minyak pada indikator diperiksa oleh anda. Apa yang dilihat oleh anda adalah minyak enjin sudah tiada lagi berwarna cerah seperti minyak yang baru ditukar, malah sudah menjadi hitam. Menurut kefahaman anda ianya perlu ditukar segera. Adakah betul fahaman sedemikian?
Jawapannya salah kerana faktanya terbalik. Minyak enjin sebenarnya mampu bekerja seperti sepatutnya dengan menyebarkan partikel halus (yang mampu menyebabkan enapan enjin), dan mengapungkannya dalam minyak itu sendiri supaya enapan tidak terbina jika anda menggunakan minyak enjin detergen (dan minyak enjin moden lain yang memiliki aditif detergen).
Disebabkan itulah minyak kelihatan gelap dan halangan minyak daripada melakukan tugas melincir dan melindungi permukaan logam dalam enjin sama sekali tidak akan berlaku. Sudah tentu ada hadnya bagi keupayaan minyak dalam mengapungkan partikel di dalamnya dan apabila sudah tepu hendaklah ditukar.
Selang masa yang disyorkan pengeluar untuk menukar minyak enjin mestilah dipatuhi dan bukan kerana kelihatan warna minyak berubah menjadi hitam.
3. Minyak Hitam Terbaik : Mesti Tukar Minyak Enjin Setiap 5,000KM
Dahulu, saranan minyak enjin ditukar bagi setiap 5,000km banyak diberikan oleh hampir semua pengeluar automobil. Enapan akan berlaku yang akan menyebabkan prestasi kereta terjejas apabila penggunaan minyak enjin melebihi had tempohnya. Malahan turut berisiko untuk merosakkan komponen bergerak dalam enjin.
Fakta seperti ini tidak seratus peratus tepat. Sesebuah kereta dibolehkan menukar enjin dengan jarak perjalanan mencecah 12,000km apabila menggunakan minyak enjin detergen moden yang melalui proses penambahbaikan kelikatan minyak dan penemuan kejuteraan auto terbaik.
Ya, angka 5,000km akan masih tetap didengari, tetapi kebanyakannya kenyataan ini datang daripada pihak penjual minyak sendiri, termasuklah pihak berautoriti dalam industri automobil. Namun, mitos berkenaan tetap ditepis dan diketepikan seperti laporan pengguna yang disiarkan dalam majalah Consumer Reports (CR) di Amerika Syarikat.
Menurut CR, amalan menukar minyak enjin dengan jarak perjalanan 12,000km sepatutnya tidak akan menjejaskan enjin kereta anda kecuali jika anda kerap memandu dalam situasi trafik henti-gerak atau keadaan sukar yang luar biasa.
4. Minyak Hitam Terbaik : Campurkan Aditif Minyak Enjin Untuk Tambah ‘Power’
Memang benar prestasi enjin boleh bertambah dengan aditif. Namun dengan bersyarat iaitu aditif memang sudah siap ditambah ke dalam minyak.
Apa sahaja jenama minyak enjin yang digunakan bereputasi menawarkan aditif yang membantu untuk meningkatkan indeks kelikatan dengan julat suhu yang mampu mengalir baik dalam enjin. Selain itu, sifat detergen yang melindungi enjin daripada enapan dapat juga diberikan. Terdapat banyak minyak enjin yang boleh didapati memiliki bahan kimia untuk melindunggi permukaan metalik dan perencat karat untuk melindungi kakisan.
Dengan tindakan mencampurkan aditif tambahan kepada semua aditif yang sememangnya sudah dihadirkan bersama minyak enjin mampu mencairkan minyak yang sudah sedia cair, seterusnya mengurangkan keberkesanan pelincir tersebut. Kereta anda hendaklah diperiksa secara manual untuk melihat jika ada sebarang aditif khas yang diperlukan. Namun, setakat ini sebarang aditif tambahan tidak diperlukan oleh kebanyakan kereta kecuali beberapa enjin prestasi tinggi jenis eksotik.
5. Minyak Hitam Terbaik : Minyak Enjin Sintetik Punca Kebocoran
Minyak enjin sintetik menjadi popular pada tahun 1970-an (yang bukan hanya berasaskan petroleum, tetapi bahan kimia yang berasaskan stok seperti polyalphaolefin) gagal berfungsi dengan penyendat dan gasket dalam enjin kereta.
Penyendat jadi mengecut disebabkan oleh minyak berkenaan, tidak seperti minyak enijn yang berasaskan petroleum, sekali gus menyebabkan kelihatan kebocoran minyak misteri di kawasan garaf atau parkir. Disebabkan khuatir berlaku sebarang kebocoran, pengguna masih takut menggunakan minyak sintetik dan memutuskan untuk kekal dengan minyak berasaskan petroleum.
Ketakutan yang dialami itu sebenarnya tidak berasas sama sekali.
Formulasi semula minyak enjin telah dilakukan oleh pengeluar minyak beberapa tahun lalu supaya tidak berlaku lagi masalah pengecutan. Terdapat beberapa punca atau penyebab kepada minyak sintetik bocor, sekurang-kurangnya apabila minyak berasaskan petroleum digunakan pada kereta lama yang sudah dipandu puluhan tahun.
Enapan minyak di penyendat yang mungkin menyekat retakan halus pada penyendat dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kebocoran boleh dibersihkan oleh minyak sintetik ini. Masalah seperti ini tidak akan berlaku pada kereta baru, tetapi jika kereta yang sudah berusia lebih 15 tahun masih dipandu, pasti keputusan terdesak tidak mahu diambil oleh anda untuk beralih kepada minyak sintetik.
Sekian itu sahaja coretan kami berkenaan 5 mitos minyak enjin yang perlu anda ketahui. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kepada pengguna kereta di luar sana. Dan dalam pada masa yang sama menambah kefahaman mengenai enjin kereta anda bagi emmilih minyak hitam terbaik. Sekian, terima kasih.