LIVE : Kenyataan Rasmi CEO dan Pengerusi Malaysia Airlines Mengenai Tragedi MH370 Hilang dan Terhempas

LIVE : Kenyataan Rasmi CEO dan Pengerusi Malaysia Airlines Mengenai Tragedi MH370 Hilang dan Terhempas

Kenyataan Rasmi CEO & Pengerusi Malaysia Airlines Mengenai Tragedi MH370. Buat pertama kali Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof bersama-sama CEO MAS, Ahmad Jauhari tampil & berlangsung panas dengan soalan-soalan yang bertalu-talu daripada kalangan wartawan daripada seluruh dunia yang menyatakan persoalan ketidakpuashatian kalangan keluarga mangsa penumpang MH370 MAS Malaysia Airlines

mh370 hilang

MH370 Hilang : Antara Kenyataan CEO & Pengerusi Malaysia Airlines

  1. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) : Ahli-ahli keluarga telah ditawarkan $5,000 untuk setiap penumpang kapal terbang MH370 MAS dan bersedia untuk membuat pembayaran tambahan
  2. Malaysia Airlines tidak mahu membuat spekulasi mengenai apa yang berlkau kepada kapal terbang MH370 MAS Malaysia Airlines. Siasatan operasi mencari pesawat MH370 hilang akan diteruskan, fokus mereka adalah melibatkan kepentingan keluarga mangsa penumpang MH370.
  3. CEO Malaysia Airlines ditanya adakah beliau (Ahmad Jauhari) akan letak jawatan & bertanggungjawab di atas tragedi MH370 hilang? Jawapannya ia bergantung kepada setiap keputusan individu sebenarnya..
  4. Malaysia Airlines turut berkongsi emosi kesedihan disebalik tragedi MH370 ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa
  5. Pengerusi Malaysia Airlines, mengakui tragedi paling panjang dan kompleks dan Malaysia Airlines akan meneruskan siasatan
  6. Seluruh dunia mesti menerima kenyataan yang menyakitkan bahawa pesawat MH370 kini hilang dan tidak ada penumpang atau anak kapal terselamat selepas carian berstatus “super mega” & intensif di seluruh kawasan seluas 2.24 juta batu persegi telah dilakukan
  7. Malaysia Airlines telah melaporan perkembangan berita terkini kapal terbang Mh370 yang lebih sahih dan awal kepada keluarga mangsa terlebih dahulu secara SMS bagi memastikan hampir 1,000 ahli keluarga mendengar berita itu daripada kami dan bukan dari media
  8. Penginapan hotel sehingga lima ahli keluarga bagi setiap penumpang MH370, pengangkutan, makanan dan perbelanjaan yang lain telah disediakan oleh Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas dan akan diteruskan