≡ Menu

Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia. Bila Nak Pulih?



(Kemaskini terkini pada: Aug 15, 2017)

Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia. Bila Nak Pulih?

Tempoh hari Datuk Sri Nazri  Aziz telah “meletup” dengan mengatakan Teksi Malaysia “lebih busuk” daripada jamban.

masalah pengangkutan awam

Ini adalah kerana perkhidmatan teksi tidak memberi khidmat yang baik kepada pelancong-pelancong asing.

Malah bertambah buruk lagi ada yang menunjukkan persepsi yang tidak baik dengan kepada pelancong di mana ada kalangan yang bersiakp kasar masalah ada juga yang menipu.

Bila Nak Pulih Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia?

Kalau lihat sekarang ini, terlalu banyak kenderaan teksi yang enggan memakai meter. Kalau pakai pun di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kalau negeri-negeri lain, sebahagian besarnya tidak memakai meter supaya mereka dapat mengenakan caj yang melampau-lampau.

Kalau pakai meter contohnya kena RM5 tetapi jikalau tidak memakai meter mereka boleh mark-up sehingga RM15-M20. Bila dah ramai mula kantoi, mulalah salahkan minyak dah mahal. Tidak munasabah langsung. Sekarang ini 90 peratus bilangan teksi yang ada sudah mula memakai NGV.

Dengan kerenah pemandu teksi yang suka ambil kesempatan terhadap pelancong dengan mengenakan bayaran terlampau, ditambah lagi dengan toilet kotor dan lambakan pengemis yang ada sekarang ini, ditakuti Malaysia akan kehilangan ramai pelancong jia tiada sebarang tindakan drastik dan tegas daripada pihak berkuasa bermula daripada sekarang. Silap-silap nanti Indonesia dan Thailand akan jadi pilihan pelancong dan kita pula “nganga” sehingga rugi berjuta-juta RM…Perbetulkan daripada sekarang sebelum terlambat. Masalah teksi ini sudah berlarutan lama sangat. Tidak nampak usaha yang betul dan bersungguh sungguh untuk selesaikan masalah penumpang teksi.

Apabila bercerita mengenai perkhidmatan saya suka untuk bercerita tentang janji  kerajaan terhadap masalah pengangkutan awam di Malaysia secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh sistem pengangkutan awam di Malaysia. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama.

Harapan Rakyat Malaysia : Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia?

Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu dan memperbaiki masalah pengangkutan awam di Malaysiay. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi.

Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta.

Manakala tahun lepas, ketika harga minyak dinaikkan sehingga 70 sen, kerajaan sekali lagi dapat menjimatkan perbelanjaan negara sehingga RM13 bilion. Duit itu di mana dan apakah langkah kerajaan untuk “overhaul” semula masalah pengangkutan awam di Malaysia?

Perlu lagikah tempoh dalam 5 tahun lagi  atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah?

P/S : Antara kelakukan dan sikap pemandu teksi apabila ditegur pihak berkuasa boleh anda saksi melalui video di bawah ini

11 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 gapo 8:31 am

    tuduhan keatas teksi seringkali didengar, juga artikel diatas juga mengatakan kl dan pp yang guna meter, mungkin penulis tidak jelas antara teksi dan kereta sewa hanya teksi guna meter di kl,pp,jb,sban,mlk.ktn yg pendaftaran bermula ‘H’. kereta sewa tidak ada meter juga beroperasi di tempat yang sama. kalau kereta sewa buat , teksi jadi mangsa, tak lupa juga pemilik kereta sapu, pelancung mana tahu teksi atau kereta sewa atau kereta sapu, semua disebut teksi.
    Tidak di nafi terdapat segelintir pemandu suka mengambil tambang lebih. tapi kenyataan menteri mengatakan teksi malaysia lebih busuk dari jxxxxx.amat mengejutkan seperti juga kenyaatan mantan menteri pelancungan dulu. kenapa disasarkan pada semua teksi?.
    kerajaan dengan agensinya selalu menyebut teksi dan pelancungan kalau nak dibandingkan wang pelancung kena bayar lebih bukan setakat teksi meter saja, kita tengok saja caj hotel , chalet boleh dikatakan juga ambil kesempatan keatas org2 ini dengan jelas contoh hari biasa kadar rmxx.xx hujung minggu cuti sekolah cuti umum semua naik jadi rmXX.XX adakah sesiapa mempersoalkan? dibayar juga pelancung domestik dan asing.
    terdapat macam2 saranan mempertingkatkan sistem pengangkutan dimalaysia untuk jadi efisyen, berbagai janji berbagai punca yang dicari kenapa tak berjaya. bajet ada sistem macam tu juga dah berpuluh tahun, salah satu sebabnya ialah lpkp ini diterajui oleh orang2 politik sepatutnya ia diterajui oleh golongan profesional yang tidak ada kepentingan semasa PRU

  • 2 Fatin Pauzi 1:00 am

    Owh, baru saya tahu. Tak beza sangat kereta sewa dengan teksi. Saya pernah naik teksi yang pakai meter, then rupanya yang tak pakai meter tu kereta sewa. And most of public transport dekat Seksyen 2 Shah Alam adalah kereta sewa. Bukan teksi. I just knew about it, gapo.

  • 3 mesticun 12:41 am

    kenalah bertindak segera.

  • 4 amirul 8:36 am

    good…….very good.
    nak berkenalan

  • 5 keteSorong 1:07 pm

    ceh. kerajaan dok songlap duit ja. camana nk maju. sampai ke tua la ktm tu bodo lembab nk mampuih

  • 6 sam 2:59 pm

    kemajuan sistem pengangkutan awam malaysia perlu ada win win situation – apaajanews

  • 7 hot 11:33 am

    bla.bla.bla

  • 8 kainbirumelecun 11:17 am

    saya suka kwn dgn kain biru

  • 9 pa nama kitak 6:15 pm

    …….

  • 10 mirul hisaap batu 11:35 am

    blaaaablaaaa blaaaaa

  • 11 Anonymous 5:04 pm

    macam mna nk buat tentang geo ini tntang pengangkutan trlalu ramai

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini