MAS Airline Rugi Lagi RM1.174 Bilion. Malaysia Airlines Terus Ditelanjangkan Dunia! Pakar Bongkar Puncanya!

MAS Airline Rugi Lagi RM1.174 Bilion. Malaysia Airlines Terus Ditelanjangkan Dunia! Pakar Bongkar Puncanya!

Kerugian cukup dekat dengan pencapaian harga tiket Malaysia Airlines, lambat mengambil langkah drastik untuk melakukan perubahan selepas MAS Airline rugi besar, menunjukkan Malaysia Airlines sukar untuk berubah….

mas airline

Belum surut lagi dengan isu nasi lemak telanjang, kali ini Malaysia Airlines (MAS) terus ditelanjangkan kredibiliti menguruskan industri strategik negara melalui penerbangan Malaysia Airlines di mana MAS rugi lagi┬áRM1.174 bilion bagi tahun 2013…

  • Bagi tahun kewangan 2013, MAS Airline berjaya mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.
  • Malangnya perbelanjaan MAS Airline turut meningkat 10% kepada Rm14.9 bilion

Malaysia Airlines MAS sudah letak macam-macam best talent CEO, tetap rugi juga. Jadi, mesti ada yang tidak kena dengan MAS. Setuju?

Kerugian MAS Airline Rugi Lagi RM1.174 Bilion : Punca?

Berita Semasa sempat membuat semakan pada laporan berita AFP di mana penganalisis menemplak cara pengurusan dalam Malaysia Airlines di mana punca kerugian Malaysia Airlines (MAS) adalah disebabkan :

  1. Malaysia Airlines dilihat lemah dan tidak mampu bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain
  2. Pengurusan yang lemah
  3. Perubahan kesatuan
  4. Berlaku campur tangan kerajaan
  5. Ada yang mahu tambah? Kakitangan MAS sendiri?

mas airlines

Berita Semasa difahamkan, Malaysia Airlines (MAS) telah bayar pada nilai yang mahal pada perkara-perkara yang diikat kontrak untuk jangka masa panjang yang mana digunakan setiap hari. Contohnya :

  • Kontrak pembelian minyak pada masa harga minyak tinggi
  • Jual hangar dan alat-alat penyelenggaraan kemudian sewa semula
  • Kontrak pembekalan makanan dan arak
  • Barang-barang yang tidak digunakan semula seperti selimut, bantal, etc
  • Bayar riba pinjaman bank yang tinggi untuk pembelian kapal terbang
  • Dan juga tidak lupa juga gaji melampau-lampau pihak pengurusan yang terdiri dari konco-konco yang terpilih. Walau tidak MAS Airline tidak menunjukkan prestasi yang terbaik, tetapi masih dibayar gaji tinggi dan tanpa mempedulikan masalah yang dihadapi MAS sekarang ini

Aset MAS sudah berkurang sejak zaman Tan Sri Tajudin Ramli lagi, di mana Tajudin Ramli jual alatan penyelenggaaan, hangar dan lain-lain lagi dan semasa Datuk Seri Idris Jala lebih teruk, apabila banyak bangunan dan aset MAS dijualnya.

P/S : Dengan perolehan pendapatan, sejumlah RM15,000,000,000 (RM15 bilion) pun masih boleh rugi? Nampknya semakin meningkat pendapatan MAS, semakin rugi MAS Airline. Benarkah begitu?