Portal Berita The Malaysian Insider Digegar SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tulis Berita Fitnah Majlis Raja-Raja?
Jangan sesekali menyentuh Raja-raja Melayu tanpa asas yang kuat apatah lagi mengeluarkan laporan berita terkini yang tidak berasas mengenai Majlis Raja-Raja.
Inilah harga mahal yang perlu dibayar kakitangan dan wartawan The Malaysian Insider (TMI) telah ditahan oleh sekumpulan anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimiedia Malaysia (SKMM Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Wartawan dan kakitangan portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan ditahan di bawah akta hasutan. Semuanya gara-gara wartawan The Malaysian Insider telah mengeluarkan laporan berita yang menyentuh kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak pindaan pelaksaan Hudud.
Walaubagaimanapun, setelah menyedari laporan berita yang dikeluarkan The Malaysian Insider Malaysia pada 25 Mac 2015 tidak benar, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah buat laporan polis dengan harapan dapat memperbetulkan fakta dan keadaan yang sebenarnya serta tidak dimanipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Senarai Kakitangan The Malaysian Insider Yang Ditahan?
Antara kakitangan portal berita The Malaysian Insider yang ditahan adalah :
- Pengarang urusan Lionel Morais
- Pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong
- Pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar
Dalam laporan Berita The Malaysia Insider, mendakwa telah diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang telah sebulat suara menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah 165 atau Akta 355 bagi membolehkan kerajaan PAS Kelantan menjalankan pelaksanaan dan undang-undang Hudud di Kelantan.
Dakwaan portal berita ini adalah melibatkan penolakan pindaan undang-undang persekutuan telah disanggah terus oleh wakil Majlis Raja-raja dek kerana fakta dan kesahihannya tidak benar sama sekali.
“Menunggu masa dan ketikanya untuk didakwa di bawah akta hasutan”
P/S : Dalam keadaan bahang dan genting sebegini, apa sahaja boleh perlu berlaku. Ketika anda sering diperhatikan dan diawasi, menunggu masa dan ketikanya kesilapan dilakukan.