Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30 peratus), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30 peratus), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

berita malaysia airlines

Mereka semua ini kena buang kerja dek kerana masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak….

Masakan tidak, MAS dihimpit dengan sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan.

Tetapi sayangnya, penerbangan domestik ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS).

Diharapkan pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus dipinggirkan…

Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017

  • Organisasi baru atau Newco akan ditubuhkan menggantikan yang lama
  • Sejumlah 30% daripada jumlah saiz kakitangan MAS bersamaan 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja yang akhirnya syarikat MAS yang memiliki 20,000 pekerja sebelum ini akan berkurang menjadi 14,000 pekerja.
  • ibu pejabat dan operasi utama berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • Suntik RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.

Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin.

Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang. Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah untuk urusan “resign dahulu”, kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil borang di sana, pulangkan uniform di sini. Alhamdulillah walaupun agak lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak masalah ini walau

Baca Sini : MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion. Pakar Bongkar Puncanya!

Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan “less paper”. Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling ramai akan dikenakan VSS. Mungkin?

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Cadangan Berita Semasa?

Bagi Berita Semasa sendiri, Malaysia Airlines mesti buat sepertimana macam syarikat penerbangan yang baru buka.

  1. Lebih banyak menggunakan agen berbanding melantik pengurus ke sana dan kesini, mesti “support the whole family duduk di oversea” contohnya
  2. Lakukan seperti mana yang dilakukan oleh AAX sekarang ini, operasi masih lagi dilihat bergerak dengan lancar walaupun tiada pengurus stesen ke sana kesini. Sebenarnya agen dilihat hasil kerja mereka lebih baik dek kerana mereka hanyalah kontrak, andaikata tidak mencapai KPI syarikat boleh terminate tukar dengan yang lain
  3. Satu lagi, pengangkutan untuk krew Malaysia Airlines MAS pun banyak menggunakan perbelanjaan. Jikalau kree Malaysia Airlines (MAS) boleh menggunakan pengangkutan sendiri, sudah boleh menjimatkan ratusan ribu sebulan. Tidak perlu van, gajikan pemandu, penyelenggaraan, minyak, servis semua itu
  4. Check in sekarang sudah menggunakan kiosk. Mungkin selepas ini luggange akan diberikan kepada pelanggan mereka sendiri untuk tag dan letak di conveyer. Ini bermakna “groundstaff” untuk bahagian tersebut juga boleh dikurangkan? Mungkin?
  5. Berita Semasa cadangkan Malaysia Airlines tawarkan latihan intensif yang boleh dijadikan aser kepada kabin krew kepada krew syarikat penerbangan komersil lain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Malaysia Airlines MAS. Ini kerana berdasarkan rekod, kabin krew Malaysia Airlines yang berpengalaman senang dapat kerja di syarikat penerbangan lain.
  6. Ditambah pula, dahulu semasa Malaysia Airlines terlebih krew, mereka sampai buat secondment dengan Qatar Airways. Kontrak selama 2 tahun untuk setiapnya. Habis sahaja kontrak, mereka balik KL. Akhirnya berbulan-berbulan menganggur dek kerana MAS tidak panggil untuk terbang. Akhirnya, kalangan mereka terpaksa letak jawatan dan terus menyertai Qatar Airways terus. Yang menariknya Qatar Airways tetap berlapang dada untuk menerima krew Malaysia Airlines.

Tindakan yang sangat drastik namun jikalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat tersebut. Ya….memang ramai yang akan hilang pendapatan tetapi dalam keadaan yang menghimpit sebegini, terpaksalah menerima seadanya. Sebab itu, kita selalu diingatkan dengan kata-kata :

“Beringat-ingatlah apabila kita dalam senang”

Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan putus asa. Berita Semasa percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini.

Kabin Krew MAS

Ini kerana teknikal krew Malaysia Airlines MAS contohnya adalah berada pada prestasi terbaik berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka selama ini. Rezeki terbuka di airline lain.. Insyaallah.

Banyak syarikat airlines di negara lain yang sedia menawarkan pekerjaan untuk kepakaran anda! Sebelum bulan puasa baru-baru ini, Berita Semasa difahamkan yang mana ramai juga kakitangan teknikal Malaysia Airlines yang menyertai Qatar Airways dan Emirates dengan gaji yang lebih lumayan.

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Berapa banyak agaknya, laluan penerbangan MAS akan dibuang agaknya. Setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan yang mana :

  1. KUL-LAX-KUL sudah tiada : Penerbangan yang terakhir ke Los Angeles adalah pada 30 April 2014 yang lalu. Siapa yang biasa pergi US pasti menggunakan pesawat MH92/MH93. Sekarang hanya tinggal kenangan.
  2. KUALA LUMPUR – ISTANBUL : Selalunya 4 bulan sahaja penuh, waktu musim orang melancong, lagi 8 bulan ada masalah untuk mendapat penumpang yang konsisten MAS terbang seminggu sekali. Susah utnuk mendapatkan penumpang jikalau hanya terbang seminggu sekali dan dilihat tidak mampu bersaing dengan Emirates yang terbang ke Malaysia 4 kali sehari.
  3. KUALA LUMPUR – FRANKFURT : Dijangka turut bakal dibuang. MAS cuma terbang ke Paris, London dan dan Amsterdam sahajalah di Europe. Mungkin?

P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak “bail out” duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company.

PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan kos untuk mendapat untung.