Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30 peratus), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30 peratus), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

berita malaysia airlines

Mereka semua ini kena buang kerja dek kerana masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak….

Masakan tidak, MAS dihimpit dengan sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan.

Tetapi sayangnya, penerbangan domestik ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS).

Diharapkan pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus dipinggirkan…

Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017

  • Organisasi baru atau Newco akan ditubuhkan menggantikan yang lama
  • Sejumlah 30% daripada jumlah saiz kakitangan MAS bersamaan 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja yang akhirnya syarikat MAS yang memiliki 20,000 pekerja sebelum ini akan berkurang menjadi 14,000 pekerja.
  • ibu pejabat dan operasi utama berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • Suntik RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.

Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin.

Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang. Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah untuk urusan “resign dahulu”, kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil borang di sana, pulangkan uniform di sini. Alhamdulillah walaupun agak lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak masalah ini walau

Baca Sini : MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion. Pakar Bongkar Puncanya!

Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan “less paper”. Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling ramai akan dikenakan VSS. Mungkin?

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Cadangan Berita Semasa?

Bagi Berita Semasa sendiri, Malaysia Airlines mesti buat sepertimana macam syarikat penerbangan yang baru buka.

  1. Lebih banyak menggunakan agen berbanding melantik pengurus ke sana dan kesini, mesti “support the whole family duduk di oversea” contohnya
  2. Lakukan seperti mana yang dilakukan oleh AAX sekarang ini, operasi masih lagi dilihat bergerak dengan lancar walaupun tiada pengurus stesen ke sana kesini. Sebenarnya agen dilihat hasil kerja mereka lebih baik dek kerana mereka hanyalah kontrak, andaikata tidak mencapai KPI syarikat boleh terminate tukar dengan yang lain
  3. Satu lagi, pengangkutan untuk krew Malaysia Airlines MAS pun banyak menggunakan perbelanjaan. Jikalau kree Malaysia Airlines (MAS) boleh menggunakan pengangkutan sendiri, sudah boleh menjimatkan ratusan ribu sebulan. Tidak perlu van, gajikan pemandu, penyelenggaraan, minyak, servis semua itu
  4. Check in sekarang sudah menggunakan kiosk. Mungkin selepas ini luggange akan diberikan kepada pelanggan mereka sendiri untuk tag dan letak di conveyer. Ini bermakna “groundstaff” untuk bahagian tersebut juga boleh dikurangkan? Mungkin?
  5. Berita Semasa cadangkan Malaysia Airlines tawarkan latihan intensif yang boleh dijadikan aser kepada kabin krew kepada krew syarikat penerbangan komersil lain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Malaysia Airlines MAS. Ini kerana berdasarkan rekod, kabin krew Malaysia Airlines yang berpengalaman senang dapat kerja di syarikat penerbangan lain.
  6. Ditambah pula, dahulu semasa Malaysia Airlines terlebih krew, mereka sampai buat secondment dengan Qatar Airways. Kontrak selama 2 tahun untuk setiapnya. Habis sahaja kontrak, mereka balik KL. Akhirnya berbulan-berbulan menganggur dek kerana MAS tidak panggil untuk terbang. Akhirnya, kalangan mereka terpaksa letak jawatan dan terus menyertai Qatar Airways terus. Yang menariknya Qatar Airways tetap berlapang dada untuk menerima krew Malaysia Airlines.

Tindakan yang sangat drastik namun jikalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat tersebut. Ya….memang ramai yang akan hilang pendapatan tetapi dalam keadaan yang menghimpit sebegini, terpaksalah menerima seadanya. Sebab itu, kita selalu diingatkan dengan kata-kata :

“Beringat-ingatlah apabila kita dalam senang”

Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan putus asa. Berita Semasa percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini.

Kabin Krew MAS

Ini kerana teknikal krew Malaysia Airlines MAS contohnya adalah berada pada prestasi terbaik berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka selama ini. Rezeki terbuka di airline lain.. Insyaallah.

Banyak syarikat airlines di negara lain yang sedia menawarkan pekerjaan untuk kepakaran anda! Sebelum bulan puasa baru-baru ini, Berita Semasa difahamkan yang mana ramai juga kakitangan teknikal Malaysia Airlines yang menyertai Qatar Airways dan Emirates dengan gaji yang lebih lumayan.

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Berapa banyak agaknya, laluan penerbangan MAS akan dibuang agaknya. Setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan yang mana :

  1. KUL-LAX-KUL sudah tiada : Penerbangan yang terakhir ke Los Angeles adalah pada 30 April 2014 yang lalu. Siapa yang biasa pergi US pasti menggunakan pesawat MH92/MH93. Sekarang hanya tinggal kenangan.
  2. KUALA LUMPUR – ISTANBUL : Selalunya 4 bulan sahaja penuh, waktu musim orang melancong, lagi 8 bulan ada masalah untuk mendapat penumpang yang konsisten MAS terbang seminggu sekali. Susah utnuk mendapatkan penumpang jikalau hanya terbang seminggu sekali dan dilihat tidak mampu bersaing dengan Emirates yang terbang ke Malaysia 4 kali sehari.
  3. KUALA LUMPUR – FRANKFURT : Dijangka turut bakal dibuang. MAS cuma terbang ke Paris, London dan dan Amsterdam sahajalah di Europe. Mungkin?

P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak “bail out” duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company.

PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan kos untuk mendapat untung.



Share.

29 Comments

  1. Revamping, Transforming, Restructuring, Recuse, Reforming dan macam -macam perkataan sudah digunakan menyemalatkan Mas yg sudah lama sakit teruk,sejak 2002 lagi. Sehingga hari ini masih sama sedangkan 10 bilion,RM 1000 000 000 000 @ 10000 million telah disuntikan.
    Biar ptutih tulang,jangan putih mata,maruah tetap dipertahankan.
    6 bilion is investment NOT bailout says Najib.Smart or Stupid to invest in an ailing loss-making company.

  2. Jet eksekutif bawa pm ngan isteri pun patut d hapuskan. Kalau perlu sangat sewa kapal mas boeing 737 saja. Tak perlu bermewah mewah. Tugas jaga rakyat dan negara lebih penting.

  3. Mca kroni umno kata dlm masa sekarang jgn bincang isu arak dan pakaian. Rujuk star hari ini.
    Itulah perangai kroni umno.

  4. Elakkan dari membuang staff bawahan yg hanya mampu kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
    Executive staff yg bergaji puluh ribu sebulan sepatutnya dikurangkan,tak perlu terlalu ramai pemanas kerusi dan tukang sign.Komen anda ??

  5. Perkara asas seperti arak dn pakaian dedah adalah perkara asas dlm islam.. mcmanalah nk dpt pertolongan Allah SWT smpai tahap mcm ni jahilnya.

  6. Arak dn aurat adalah perkara asas dlm Islam. Mcmanalah nk dpt pertolongan Allah SWT jika mcm ni punya jahil.

  7. AirAsia untung.. MAS rugi. Kalau management tak ditukar.. buanglah pekerja byk mana pun.. MAS tetap rugi.

  8. Tepat sekali. Bos negara malaysia pun patut pecat sekali sbb suka bawa isteri joli sakan naik kapal terbang satu dunia.

  9. Sudah berapa ramai management sudah ditukar dah,tapi tak satupun yang berani buat revormasi.Nak singkirkan BUAYA takut BUAYA baham balik

  10. Sudah berkali-kali dinyanyi-nyanyikan Mas akan kembalikan ke Black nanum masih lagi Merah.Adakah anda percaya Total Reform Mas dgn suntikan 6,000,000,000 itu ?.

  11. Byk sgt yg makan gaji besor2, wat meeting sibuk ngn department budget cthnya: pembelian airplane baru…. Tp improvement managing masih mencilok idea yg dh berkelupok dan merugikan…

  12. Selamat Hari Kemerdekaan ke 57, apakah Rakyat lebih bersedia penggil diri sebagai Bangsa Malaysian First @ Bangsa diri First seperti yg dinyatakan oleh segelintir pemimpin kita.
    Apakah maksud merdeka kalau itu pun payah dilakukan ??????

  13. Nak bailout rm 6 billion. Yang dah keluar 7 billion. Jumlah 13 billion. Belum masuk kos pm ngan keluarga menteri punya kos bercuti ke luar negara.

  14. Hjh Rogayah on

    akak terpanggil untuk membalas fitnah kamu keatas pentadbiran Dato Sri Najib. MAS adalah penerbangan terbaik. sebab itu kerajaan tambah 6 boilion supaya MAS menjadi kebanggaan rakyat. Rakyat menyokong 100% peratus langkah Khazanah memajukan MAS dan negara secara amnya. Jika pertikai, ingatlah betapa Iraq, Sudan dan Gaza masih susah dibanding Malaysia dibawah BN

  15. Kasihan dengan nasib pekerja MAS. Dalam keadaan ekonomi kabut macam ini sedangkan orang yang ada kerja pun payah nak menyara hidup keluarga kerana kenaikan kos sara hidup inikan lagi kalau takde kerja dan gaji macam mana nak hidup.

  16. Anonymous on

    Buat Kakitangan MAS yg dlm golongan 6000 org tu…..sila la cari kerja lain….rezeki anda dlm MAS sudah berakhir…..

  17. senarai didakwa hasutan bakal dipanjangkan.
    Khalid Samad, Rafizi, Nizar, Tian Chua, Teresa kok, Surendan, Rayer dan terkini Azmi Sharom terpaksa membela dakwaan hasutan yg telah lontarkan kepdada mereka. Who next ??

  18. Anonymous on

    Malaysia kan negara mundur politik. Sape menentang mesti dihalang. Maka yang berkuasa adalah pemimpin palsu. Maka kemajuan negara dan moral rakyat akan jatuh. Sebab pemimpin yang menguasai negara pun sibuk nak bela lembu dan beli cincin untuk bakal besan.

  19. apa kes!! on

    bodoh punya statement!
    hati ko ni ada byk penyakit….ntah bila la ko nak mampos!
    naik meluat bila tgk komen camni..

  20. Aduhai duit lembu 250 juta yang mami lembu kebas bila nak bayar balik. Dan Khir toyol buat-buat sakit pala nak lari dari hukuman penjara. Adakah kata-kata kak ton ini termasuk dalam kesalahan hasutan. IGP sembab sila jawab.

  21. Pak Mat Tempe on

    macai-macai tak berani jawab sebab fakta kukuh. Terbaek Kak Ton. Banyak macai kat sini tahap IQ rendah bawah dari level IQ kambing tu yg tak berani jawab.

  22. Adakah kenyataan berfaedah dan bermakna kepada negara kita berikut sebaik saja Semua Rakyat menyambut dan meraihkan Mederka57 ?
    Ismail Sabri Yaakob, Kalau semua Malays bersatu padu tiada orang boleh mencabar kita.
    Malays are now paying the price of being to kind to non-muslims even without asking them to pay back .

  23. Penerbangan terbaik………Puan hjh, tahu tak semasa Pentadbiran Dati Sri Najib macam macam berlaku, kapal terbang hilang lah kena tembaklah, Jgn samakan dengan negara lain, Ratu England sendiri pernah bagi tahu Malaysia ni ibarat syurga duit semua cukai ada, tapi tengok sekarang ni, MAS sendiri pun nak buang pekerja….Betapa sebenarnya pentadbiran sekarang ni sgt lah teruk jika dibandingkan era pentadbiran sebelum ini…Saya tidak setuju klu nak bandingkan Malaysia dgn Negara lain sebab Malaysia terlalu banyak penyelewengan dan penindasan..Tiada penyelesaian terbaik sehingga ke hari ini…

  24. Anonymous on

    Salam. Kita semua harus beri sokongan agar MAS kembali menjadi airline ‘fleet’ yang masyhur, spt mana suatu masa dulu.

    Cuma kita rasa kesal apa yg berlaku mpd MH370 dan MH17. Sya ragu2…mukin ad PUNCA nya

  25. Anonymous on

    Memang tepat kenalah ada ciri 2 islam dalam MAS barulah berkat sprti memakai tudung Dan pakaian ciri2 Islam Dan bacaan DOA sebelum pesawat berlepas. INI tidak pasawat belum berlepas dah tuang arak…..NEGARA Islam konon……

Leave A Reply