Tun Mahathir Kritik Sistem BR1M Najib. Lebih Banyak Negatif Daripada Positif. Ibarat Rasuah Besar Beli Undi Rakyat!

Tun Mahathir Kritik Sistem BR1M Najib. Lebih Banyak Negatif Daripada Positif. Ibarat Rasuah Besar Beli Undi Rakyat!

Jikalau Ahmad Maslan memilih untuk mengatakan pemberian BR1M atau bantuan sara hidup kali ini dapat membantu menampung perbelanjaan anda untuk tempoh selama 3 bulan lamanya dalam setahun, Tun Mahathir pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekali.

Mahathir BR1M

Berdasarkan laporan mypt3 Tun Mahathir dilihat antara pemimpin yang paling radidal dan lantang menolak sistem BR1M atau bantuan sara hidup seperti ini diagihkan kepada rakyat.

Ini kerana Tun Mahathir lebih gemar memberikan menyediakan kemudahan seberapa banyak “pancing” kepada rakyat dengan harapan rakyat dapat hasil ikan secara berterusan daripada masa ke semasa berbanding dengan hanya mengagihkan terus bekalan ikan semata kepada rakyat seperti yang dilakukan dalam sistem BRIM dan bantuan sara hidup rakyat sekarang ini.

Akhirnya jikalau ikan yang ditunggu-tunggu tiada, apa akan terjadi selepas itu kepada rakyat?

Tun Mahathir mahukan kerajaan Malaysia meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan bantuan perniagaan yang diperlukan rakyat Malaysia ketika ini sekaligus mampu meningkatkan produktiviti rakyat dan negara berbanding pemberian tunai daripada kerajaan yang sebenarnya berasal daripada kalangan duit pembayar cukai di Malaysia.

Antara Punca Tun Mahathir Mengkritik Sistem BR1M

  1. Sepatutnya bantuan tunai diberikan kepada kalangan yang benar-benar susah, yang tidak mampu bekerja tetapi BR1M diberikan kepada banyak kelompok pada skala yang besar
  2. BR1M mula diberikan menjelang pilihanraya umum dan dimasukkan dalam manifesto pilihanraya. Pembayaran BR1M seperti rasuah yang cuba disogok oleh kerajaan kepada rakyat
  3. Menyebabkan rakyat terlalu bergantung harap kepada kerajaan
  4. Melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing rakyat Malaysia dalam pasaran
  5. Pastinya golongan pembayar cukai pendapatan tidak suka dan tidak gemar melihat duit cukai mereka digunakan untuk tujuan mengagihkan duit bagi “tujuan meraih undi”

Pada pendapat Berita Semasa kerajaan perlu mencari penyelesaian yang  lebih mampan dan boleh bantu semua kelompok rakyat di Malaysia, bukan sahaja golongan berpendapatan rendah sahaja. Malah, golongan pertengahan yang terhimpit di tengah-tengah bandar besar ketika ini. Ini kerana dana RM6 bilion adalah suatu dana yang cukup besar sebenarnya.

Golongan berpendapatan sederhana dan yang berpendapatan tinggi pun ada hak dalam negara yang bernama Malaysia ini. Yang membezakan cuma kuantiti sahaja. Bantuan tidak semestinya dalam bentuk duit sahaja.

Bukankah kita mahu menuju ke arah negara maju, dasar dan pelaksanaan haruslah bercorak kepada pemikiran kerajaan di negara maju juga. Apa kata anda pula?