JPJ Lupus Kereta 12 Tahun Ke Atas : Semak Gambar dan Bukti Hasil Ujian, Bahaya Kereta Lama Anda!


JPJ Lupus Kereta 12 Tahun Ke Atas : Semak Gambar dan Bukti Hasil Ujian, Bahaya Kereta Lama Anda!

Nampaknya tindakan kerajaan melalui JPJ lupus kereta lama lebih 12 tahun ke atas mendapat reaksi yang meluap-luap dikalangan rakyat Malaysia

lupus kereta

Ada yang bersetuju dan ada juga yang membantas sekeras-keras hasrat kerajaan yang dilihat mahu melaksanakan dasar itu secepat mungkin. Bagaimana pula dengan anda? Dan….

Semakan Berita Semasa terhadap ujian perlanggaran yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) baru-baru ini terhadap kereta lama berusia lebih 12 tahun, menunjukkan JPJ & MIROS dilihat bersungguh-sungguh untuk “menghalalkan” tindakan JPJ lupus kereta 12 tahun ke atas tidak lama lagi bagi membuktikan kebenaran betapa bahaya kereta lama anda selama ini!

Isu JPJ Lupus Kereta 12 Tahun Ke Atas : Antara Hasil Ujian Yang Dijalankan

  1. Mendatangkan bahaya kepada pemandu
  2. Terdedah kepada kerosakan yang disedari pemandu dan pemilik kereta 12 tahun ke atas
  3. Menyebabkan daya serapan tenaga pelanggaran semakin berkurangan ketika berlakunya pelanggan terutamanya melibatkan kereta-kereta lama

Anda boleh lihat sendiri, JPJ telah menjalankan ujian & penelitian terhadap Kereta Proton Saga. Kenapa apa?

Proton Saga keluaran tahun 1990 yang diuji pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu. Hasilnya seperti di bawah ini?

JPJ Lupus Kereta 12 Tahun Ke Atas : Gambar Hasil Ujian Pelanggaran

Contoh ada pada gambar-gambar di bawah ini

Ujian terhadap kereta Nasional yang menjadi kebanggaan negara selama ini, iaitu Proton Saga berakhir dengan keadaan yang agak sadis, selepas ujian pelanggaran dilakukan. Mungkin selepas ini, JPJ & MIROS boleh melakukan pelbagai ujian yang lebih menyeluruh iaitu terhadap berdasarkan jenis kereta yang lain, dan penilaian terhadap jenis kereta yang dijaga oleh pelbagai golongan pemilik kereta (yang cermat VS kurang cermat daripada aspek penyelenggaraan & pemanduan kenderaan) dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan kereta Volvo 240,740? Toyota Corona, Toyota Corolla KE70, Daihaitsu G10, G11, Mira L2, L5, L6, L9, Mini Cooper lama.

Bandingkan dengan perodua Kancil, Kelisa, Kenari. Apa hasil selepas ujian pelanggaran tersebut? Apa respon balas dan pendapat anda pula? Cadangan?