Live Keputusan PRU 13 Pada 5 Mei 2013 : Ayuh Rakyat Malaysia Turun Mengundi!!

Live Keputusan PRU 13 Pada 5 Mei 2013 : Ayuh Rakyat Malaysia Turun Mengundi!!

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba, tengah malam tadi sudah pun melabuhkan tempoh kempen Pilihanraya Umum 2013 PRU13 paling panas dan sengit dalam sejarah politik di Malaysia.

Live Keputusan PRU

Macam-macam yang terjadi sepanjang 15 hari tempoh berkempen daripada kedua-dua kumpulan parti politik terbesar di Malaysia, baik di sebelah Pakatan Rakyat (PR) ataupun Barisan Nasional (BN) samada cerita yang kurang enak, sehinggalah berita – berita yang menggembirakan.

Walauapapun, itu semua sudah berlalu, yang penting sekarang ini Berita Semasa pasti kalangan pembaca Berita semasa sudah pun menetapkan pilihan masing bagi memilih parti dan pemimpin terbaik bagi menggalas tugas dan harapan rakyat untuk tempoh 5 tahun seterusnya daripada sekarang.

Alhamdulillah cuaca cukup baik hari ini. Semoga diteruskan sehingga ke petang. Insyaallah. Bagaimana pula di tempat anda?

Live Keputusan PRU 13 Yang Terkini 5 Mei 2013!

Berita Semasa akan mengemaskinikan live keputusan PRU 13 daripada masa ke semasa di sini sehinggalah dijangka akan berakhir pada awal pagi esoknya (6 Mei 2013). Live Keputusan PRU 13 peringkat parlimen secara keseluruhan boleh anda semak di bahagian atas halaman Berita Semasa.

Manakala jadual di bawah ini adalah keputusan PRU terkini dan semasa kerusi parlimen di peringkat negeri.

NegeriBNPRJUMLAH
Perlis303
Kedah10515
Pulau Pinang31013
Perak121224
Selangor51722
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur2911
Negeri Sembilan538
Melaka426
Johor21526
Pahang10414
Kelantan5914
Terengganu448
Sarawak25631
Sabah22325
Putrajaya101
Labuan101
JUMLAH13389222

Bagaimana pula keadaan keadaan hari mengundi di tempat anda?

P/S : Selamat mengundi pembaca Berita Semasa, buatlah pilihan yang bijak.