Review Lazada Malaysia Lazada.com.my. Ramai Tidak Berpuas Hati? Review Anda?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Review Lazada Malaysia Lazada.com.my. Ramai Tidak Berpuas Hati? Review Anda?

Jikalau dilihat pemasaran yang yang dilakukan oleh sebuah lagi portal yang dikendalikan oleh syarikat, Rocket Internet.

lazada malaysia

Begitu banyak iklan yang “berkeliaran” di Internet dan di corong-corong radio Malaysia. Masalah?

Perkara Butiran Akses
Facebook Lazada Malaysia www.facebook.com/LazadaMalaysia
Twitter Lazada Malaysia www.twitter.com/LazadaMY
Website Lazada Malaysia www.Lazada.com.my

Online Fashion “Lazada Malaysia”? Review Pelanggan Lazada?

Semakan yang Berita Semasa lakukan, kalangan pelanggan merasakan mereka kena tipu semasa membeli-belah di portal Lazada Malaysia ini…..beberapa komen beberapa pelanggan mereka di Facebook mereka sendiri dan di laman Facebook yang lain kami kongsikan di sini.

Melihatkan deretan iklan mereka di Internet ketika ini ditambah dengan mereka sendiri mengaku produk melibatkan syarikat mereka adalah yang paling terbaik di Malaysia, kami yakin ramai yang teruja untuk berbelanja di portal tersebut patah lagi dengan kemudahan kad kredit yang dimiliki.

Ya benar, tidak semuanya buruk dan tidak baik mengenai Lazada Malaysia. Ada juga perkhidmatan mereka yang berjaya memuaskan hati pelanggannya. Walaubagaimanapun, lebih ramai yang mengalami masalah membeli-belah di sana.

Apabila sebuah syarikat besar seperti Rocket Internet yang mengendalikan portal Lazada Malaysia ini, sepatutnya masalah seperti ini perlu diambil secara serius.

Jangan dibiarkan berpanjangan. Seelok-eloknya tukarlah cara perkhidmatan dengan lebih baik lagi iaitu membalas masalah aduan daripada kalangan pelanggan anda, membalas email kalangan pembeli dan bertindak pantas untuk tidak mengecewakan pembeli ketika penghantaran produk.

Lazada Malaysia : Antara Aduan Yang Popular Pelanggan

  1. Servis bantuan pelanggan yang dikendalikan agak lembap
  2. Tempahan yang telah dilakukan agak lambat diterima
  3. Kadang-kadang tempahan yang telah lama dibuat walaubagaimanapun tidak diterima. Dan akhinrya alasan yang diberikan di mana barang tersebut telah habis stok dan diminta untuk menukar dengan produk yang lain pula

P/S : Bagaimana pula dengan anda? Ada atau tidak kalangan pengunjung Berita Semasa yang mempunyai pengalaman membeli belah di laman portal ini? Kena tipu @ satu pembelian yang bagus di sana?

PP/S : Walaubagaimanapun, Berita Semasa dimaklumkan yang mana servis mereka telah mula dipertingkatkan berdasarkan aduan yang diterima mereka selama ini. Baguslah jikalau begitu. Harap dapat diteruskan pada masa yang akan datang.



Share.

110 Comments

  1. nescafe3in1 on

    den baru 1st time order barang kek LAZADA,

    12 April 2013 – den order,16 April 2013 – den dh dapek order den..mcm copek jugak..

    mgkin pihak LAZADA kono sentiasa update setiap hari status item yang dijual, samaada ada stok atau stok dh abis…

    pesanan yang dibuat oleh pelanggan adalah AMAT PENTING..hendaklah sampai ke tgn pelanggan pada masa yg cepat/munasabah..dan item hendaklah sama seperti yang dipesan..sekiranya item itu dah abis stok..kena maklumkan kpd pelanggan serta merta…

    sekian pandangan saya..

  2. so..afterall..okay juga dia hantar…klau yg afraid guna credit card…use cash on delivery..selamat sikit…itu pandngan saya ..sbb saya selalu guna COD je :)

  3. So far aku beli ok je. Xde masalah. Beli hari tuh Jumaat minggu lepas dah dapat dah hari nih. Kat atas tuh semua komen lama2 ataupon competitor diroang yang buat komplain palsu kod. haha.

  4. wan penipu on

    lol. wan ini dah tentu admin lazada. macam yang dia buat kat facebook komen tu. sendiri cakap sendiri baik. lolz

  5. Saya order barang hari ahad lepas, hari isnin dia hantar, so selasa barang sampai. Nampak macam ok je. Tapi satu yang saya tak puas hati, setelah pembayaran dibuat,esoknya ada sms yang minta kita hantar snapsot muka depan credit card. Sms pula bukan dari nombor lazada. Rasa ragu2 juga. kalau tak dihantar snapshot tu, takut pesanan tak diproses, jadi saya hantarlah snapshot tu. alamat email yang disuruh hantar pula berbeza dengan email semasa membuat pesanan.

    Apabila dah hantar, timbul kerisauan mungkin ada sindiket penipuan yang menyamar sebagai lazada menghantar sms tersebut. Saya call creditcard center, dan menurut pegawai yang bertugas, tidak mustahil berlaku penipuan apabila orang ada gambar muka depan creditcard kita. Bimbang saya tak boleh tidur malam risau kalau2 ada penipuan kad kredit, atas nasihat creditcard center, saya pun block creditcard. Tak pasal2 saya kena charge RM15 untuk penggantian kad baru. Lain kali laza kena maklumkan apa saja yang dikehendaki semasa pelanggan membuat pesanan. Bukannya sekejap email, sekejap sms.

    Memandangkan banyak feedback negatif, saya rasa saya agak takut untuk membeli barang dilazada lagi. Mungkin kali ini saya bernasib baik, mana tahu suatu hari nanti saya juga akan menjadi mangsa macam pembeli-pembeli lain.

  6. pernah kena dgn dorg ni.. order hard disk, lps buat payment lebih 2 minggu senyap sunyi takde khabar berita. dah lama sgt tunggu.. call customer service dorg barulah dia bagitau barang tak ada stok. kenapa tak dimaklumkan dlm website awal2? then aku mintak refund, dia offer voucher utk purchase brg lain dgn nilai yg sama.. tp aku ckp proceed je dgn refund. sejak tu aku mmg tak pnh beli apa2 kat lazada lagi, bila member tanya pun aku mmg larang keras dorg beli dpd situ..

  7. Frustratedz on

    Really dissapointed. Receive my order today from lazada in very bad condition !
    It’s a Hitec 26″ LED TV with very bad broken casing and an annoying cracking plastic sound came from inside tv.
    Previously I’am very excited & cannot wait to receive the order, but what I got is a broken TV.
    Lose my confidence to Lazada already. What I read from the internet is actually true.
    Really sad and frustrated now. Is this what I got for RM588 ?
    Is this “FREE RETURNS for 14 days” quote is use for ?
    AND one more thing, where is the HDMI port as advertised ? I really need it.

  8. Hello to all,

    Gua beli pendrive 64gb dari Lazada. Tapi malang berlaku bila gua tak cek dulu harga sebenar pendrive tuh. Harga dalam Lazada ternyata mahal bila gua ternampak iklan dalam ebay. Bugima betul gua nyesal beli dalam Lazada!!

  9. Owner lazada adalah pemalas pelanggan online membeli belah duit sudah dapat dalam tangan, Owner lazada pula guna duit pelanggan pergi kedai elektrik contohnya kedai elektrik SenQ Courts atau lain-lain beli barang yang owner hendak barang sudah dapat baru kirim kepada owner kalau barang yang owner hendak kedai elektrik sudah habis stock hantar barang lain pula. Aku berharap pergi rompak bankkah atau pencuri pecah rumah lagi berbaloi dapat wang segera dan tak perlu menyusahkan orang.

  10. Baru kena dengan lazada. Order barang bayar pakai paypal, bila barang sampai diorg mnta COD lak. Kol lazada, diorg mnta maap, jawap ‘masalah sistem’, cakap brg kna pulang kt warehouse, nnt diorg akan anta balik barang. Bila barang xsampai2, kol balik tnye ckap akan email company courier lak. Tapi bru je dpt email, nak bg refund. Da dgr byk reviews buruk sal refund lazada,. aish,bukan suma org byk duit lazada oi bole tunggu berbulan2 tok refund. Sumpah pasni xnak da beli ngn lazada dan adik abng die zalora etc.

  11. Tak kira kita beli barang dari syarikat online yang mane, yg penting gunalah COD. Ianya lebih selamat dari buat bayaran secara online. Tak perlulah nak risau kena tipu ke, barang tak sampai ke. Bagi saya cara ni akan mempercepatkan proses penghantaran. Win-win situation.

  12. hurmmm…mcm2 komen mengenai lazada.. klu dah gtu… better guna kaedah pembelian paling selamat. Mungkin pihak Lazada boleh improve servis mereka..

  13. pernah buat transaksi sekali dengan lazada…first saya guna COD sebab takde kad kredit…bila sampai.. despatch boy suruh saya bayar dulu sebelum buka pakej jadi saya bayar lah…bila saya buka pakej , kotak kosong dia bagi …saya order earphones (urbeats by dr.dre)..nasib baik orang tu masih ada dekat situ…jadi dia balik ofis untuk tukar balik..alasan yg dia bagi adalah storekeeper lupa check…aduhai…lepas dua jam despatch tu sampai dan akhirnya ok…tapi lepas dua minggu saya guna earphones tu sudah start ada masalah

  14. buaya sarawak on

    I ordered a ~RM500 camera accessory from Lazada on 10 Oct 2013. The website stated “in stock” and will be delivered within 4-6 days. Today is the 7th day and the item is not delivered yet.

    Called up customer service and they explained that they are out of stock for the item I paid for. But the funny thing is that they have never changed the status of their stock from “in stock” to “not available”.

    Clearly this website is the least trustworthy and I will surely avoid getting anything from them ever again.

  15. Pengguna tertipu on

    Berhati-hati membeli dengan Lazada jangan percaya dengan gambar yang dipaparkan. Saya baru membeli Bosch cordless drill/driver. Dalam laman web Lazada gambar Bosch model GSR 14.4-2-LI tapi yang ditulis adalah GSR 14.4-2. Perbezaannya GSR 14.4-2 LI (Li-ion) dengan GSR 14.4-2 (NICD). Saya ditipu hanya dengan membuang perkataan LI dibelakang model sahaja apabila saya oder. Senangnya menipu jadi berhati-hatilah.

  16. nafi ahmed on

    Askum,aku ada beri barang dari lazada,,aku beli SONY PS3 500 GB,,ORDER 15/10/13 sampai 4/5/13,,,lama memang aku tak kisah,,,dia tulis 500 gb memory,tapi dapat 64 Gb jew,,,melayang rm 980 aku!!!!BENGANG GILER AKU NGAN LAZADA!!!

  17. nafi ahmed on

    Askum,aku ada beli barang dari lazada,,aku beli SONY PS3 500 GB,,ORDER 15/10/13 sampai 4/5/13,,,lama memang aku tak kisah,,,dia tulis 500 gb memory,tapi dapat 64 Gb jew,,,melayang rm 980 aku!!!!BENGANG GILER AKU NGAN LAZADA!!!

  18. emm,,igt nk bli tablet kt sni mmndngkn hrgeny murah lg pon katenye COD igt x yahla rsau sgt tp bile bce blog ni..negatif..baek bli kt kedai aq ni udahla jenis cepat naek tngn krg rsau bdk dispath 2 plak yg kne..

  19. lazada itu penipu…baru2 ini adik saya melanggan website itu. mana tau satu item itu tidak dikirim. bila dichek no tracking yang diberi, rupa-rupanya itu no tracking pelanggan lain. nasib baik tidak beli yang mahal…..kalau tidak, rugi….

  20. Saya dah beli 4 item dari lazada
    1st-good & on time
    2nd-good & on time
    3rd-good & a bit late
    4th-item cracked & scat, buruk mcm display item

    Maybe some item ok n some item not, nasib la

  21. Lazada Malaysia bukan Penipu. You can actually get many good deals there! I have bought many things from lazada and wrote reviews on products I bought on Lazada

  22. SambalBelacan on

    Lain kali kalau nak membeli tu pergilah terus ke kedai…x payah guna on line…penyagak dan penyamun memang ramai kat on line…tapi kita masih x serik2 kena tipu…

  23. Anonymous on

    I’m facing the same problem with my item of an oven bought from them last week. They ask me to send back for the refund but I have to pay for the postage first then they will evaluate the returned item and pay me back the postage and process the refund after the return valid. Otherwise the postage will not be reimbursed if the return is not valid. Since the postage is cost me about RM60, I’m worry they will not pay me back the postage and refund me after I send back the item. How can I do now? May I know yr experience? Have u return yr broken item? Does their refund policy true and trustable?

  24. salam…sy slalu bli brg kat lazada….setakat ni semua okey… siap bg voucher lg…terima kasih lazada

  25. Na tye.. mcmane na oder by cod sb kt c2 just pay tok crdt card jew..

  26. Kat lazada nih harga after diskaun dia tak jauh beza ngan harga website jualan online yg lain yg tak state apa2 diskaun pun mcm kat lelong.my. So harga lepas diskaun tu bunyi mcm menarik kalau tak di compare betul2 dgan harga market skarang. Sbb tu aku lg prefer beli kat lelong.my. Tapi yg menariknya shopping kat lazada nih bila ada voucher n free shipping. contoh mcm baru2 ni aku beli monitar led dari lazada, harga lepas 33% diskaun kat lazada rm269 (free shipping+ voucher rm30), kat lelong.my rm267 (takda diskaun+ tambang ke sarawak rm30). Harga kat sarawak rm339+ duit minyak keta nak jln2. Sebab tu aku lg suka beli online, bukan sbb malas nak ke kedai atau suka kena tipu tapi kadang2 kita boleh dapat harga yg jauh lg murah atau barang yg mmg takda locally.

  27. Lazada Kelirukan Pengguna on

    Aku pun dah kena dah dengan LAZADA…….. padan muka aku…
    Payment untuk produk dengan spesifikasi yang diiklankan telah diterima, last sekali call aku bagitau spesifikasi tu tiada…

    Boleh pula tu dia hantar klausa ni setelah payment dilakukan. hahaha….
    Sila ambil perhatian bahawa semua ciri-ciri, kandungan, spesifikasi, produk dan harga produk dan perkhidmatan yang dinyatakan atau digambarkan di http://www.lazada.com.my adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis. Berat tertentu, langkah-langkah dan penerangan yang sama adalah anggaran dan disediakan untuk tujuan kemudahan sahaja.

    So, apa yg dipaparkan dalam laman web HANYA ANGGARAN SAHAJA, huhu… ikut suka dia la nak hantar spek yg macam manapun… TERKENA AKU….

  28. LAZADA User on

    LAZADA bukan menipu… dia cuma MENGELIRUKAN PENGGUNA ONLINE SAHAJA, hehehe…

    Cuba baca ni….

    {{{ Sila ambil perhatian bahawa semua ciri-ciri, kandungan, spesifikasi, produk dan harga produk dan perkhidmatan yang dinyatakan atau digambarkan di lazada.com.my adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis. Berat tertentu, langkah-langkah dan penerangan yang sama adalah anggaran dan disediakan untuk tujuan kemudahan sahaja.
    Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut sila kembali kepada kami dan kami akan gembira untuk membantu anda. Terima kasih kerana membeli-belah di Lazada Malaysia.
    Normaizan Nordin | Customer Service Associate | Lazada.com.my }}}

    So, apa yg dipaparkan dalam laman web HANYA ANGGARAN SAHAJA, huhu… ikut suka dia la nak hantar spek yg macam manapun…

    ADA SAPA-SAPA LAGI NAK TERKENA NGAN LAZADA??

  29. Chen lazada admin on

    Chen u kerja sama lazada ke? Komen pun mcm stadardized ni.

  30. Massa tulis ktrangan alamat die ade bt pilihan cod ke kad crdit
    Kne tgok btl2 n tukar k cod

  31. yeke… br cdg nk beli baby shock limited edition lt lazada.. dh baca mcm2 komen, rse cm xbrani laa plk.. huhu

  32. Setakat ni saya order barang2x dari Lazada takde masalah lagi. Cepat sampai and barang pun dalam keadaan baik.

  33. Pengalaman saya dua kali beli dari Lazada,,so far OK, semua on time dan takde yang rosak. Harap pihak Lazada boleh improve servis based on comments posted by other customer yang tak puas hati. Kita mmg suka beli on line sebab tak payah drive jauh2 dan bersesak di shopping mall.

  34. Aku beli 2 biji tv led. Fist item sampai 2 hari pas aku order. 2nd item 6 hari pastu. Tp ok la. Bila aku check harga ngan tesco, giant, kedai elektrik aku dah untung rm300++. Berbaloiiii…

  35. 1st order – 26/9/14 sampai 30/9/14 dlm keadaan yg baik
    2nd order – 30/9/14 email shipped by Lazada Express 1/10/14 smp hr ni lum dpt 3/10/14..
    Dah call CS katanya akan update status ETA brg tu..haih…elok n bgs mse 1st time beli je ke

  36. NasibBadan on

    Just my 2 cents, klo nk bli brg kt lazada better cod dr gne cc and pastikan brg 2 “Sold and fulfilled by Lazada”…klo die tulis by syarikat lain, kemungkinan akan ade problem..

  37. Saya beli brg kat lazada dah banyak kali.. so far tak ada masalah.. mungkin betul kata NasibBadan.. masalah mngkin berlaku kalau barangan di urus oleh seller lain. Macam Amazon.com begitu juga dengan lazada sesetengah barang, penghantaran diuruskan oleh third party.. Lazada hanya ambil order.. baru2 ini barang yang saya order dari lazada lambat sampai.. tapi bukan salah lazada tapi masalah di Gdex yang delay hantar… satu lagi saya pernah pulang barangan yang saya beli.. bukan disebabkan penipuan tapi barangan tersebut memang tidak memuaskan hati saya.. lazada memulangkan harga barangan + kos pemulangan sebaik saja barangan yang pulangkan mereka terima..

  38. first time beli rak kasut kat lazada ok..puas hati
    second time beli blender..2 hari da dpt tp x function ..frust gile ..check2 la dr china..patutla ..tp x elok la bg brg x elok.. kite customer bile tgk brg harga murah terus nak beli.. tp bile dpt.. rase macam nak makiiiiiii jeeee..
    pastu beli kat lamindo adik beradik lazada..beli lunch box ..seminggu lebih baru sampai sebab pos laju cheras buat taikkkk…bile dpt brg pastu test macam puki je.. 2 hari pon x masak2 bende dlm tuh.. so aku buat rumusan yang brg elektrik x boleh beli.. kalu nak beli brg yg biase..its ok.. rak kasut yg aku beli puas hati..riang hatiku.. aku harap lazada nge lamindo kene tingkatkan mutu perkhidmatan.. jgn bg org serik deal dengan korang..

  39. risau plak nk beli sbab byk negatif je…tapi aku rasakan ni mesti staf punya keje ni..blh je manipulasikn sistem…sapa owner lazada ha,,,?better COD je…

  40. aq pernah beli 3 barang dr Lazada, semua pkai COD, tp xde pape masalah, mungkin ni masalah penjual : Sold & Fulfilled by (penjual etc Lazada, …)

  41. yup betul.. dari supplier lain yang buat masalah.. haku order 2 barang satu dari lazada 1 dari supplier lain. dari lazada sampai tapi dari supplier lain x sampai² lag sampai skang ni ampeh.. dah buat aduan tapi xdo feedback pun

  42. Saya benci lazada malaysia .barang yg di beli tak lengkap bila nak dapatkan barang yg tak lengkap tu punyalah susah .akhirnya saya sendiri yg rugi .menyesal pun tak guna ini satu pengajaran jgn beli di internet benci sangat .pertama kali dah mcm ni geram sangat

  43. Nisha Mohammed on

    Saya benci lazada malaysia .barang yg di beli tak lengkap bila nak dapatkan barang yg tak lengkap tu punyalah susah .akhirnya saya sendiri yg rugi .menyesal pun tak guna ini satu pengajaran jgn beli di internet benci sangat .pertama kali dah mcm ni geram sangat

  44. Nak win your trust, 1st order cepat sampai. Bila hati dah terpaut, buat order berikutnya. Ha engkau, 3 bulan tak sampai2, ckp dah send thru Skynet lah, lepas tu Skynet kata tak tau alamatlah, padahal order pertama sampai takde masalah pun. Bila mintak refund, katanya tunggu company confirm barang dah sampai tempat mereka ke blum. Eh is that my problem, between you and Skynet yang cock up, consumer pula kena tanggung? I bet my bottom dollar, you and skynet scam to steal the item. Sampai sekarang senyap, lesap duit, barang takde. Kalau orang Islam yg terlibat, tak payah marah2 atau doa. Divine intervention will make its whip felt in presence life AND thereafter.

  45. Anonymous on

    Ishhh takut la pulak baru ja oder handbag micheal kors sbb murah jugak la..dah la transfer online..aduh..mcm mana ni..harap2 la barang tu good condition.
    Siapa penah beli beg dgn lazada plse share..

  46. Beli jam dgn lazada..baru nak perbetul kedudukan masa…butang dah patah…produk yg dijual tiada kualiti..harga yang diletak tak sama dengan nilai barang…kalau beli kat pasar malam pun semua jarum jam berfungsi..tapi produk lazada ternyata menipu pelangan…dasar nak utung…buat bisnes menipu…

  47. Lazada mmg mcm gampang. sorry rasanya tak boleh nak guna ayat yang lagi baik dari ayat yg sekarang ni. sangat2 frust dengan customer service yang berlagak. aku call tanya barang apa status dia kata oh da nk hantar ke pihak aku. seminggu aku tggu tak smpai!. call lagi tanya mana barang, dia kata oh tak dapat detect status. TOLONG JANGAN BELI DENGAN LAZADA. MCM BODOH AKU RASA!!

  48. MEMANG penipu lazada ni.aku order jam 4/6/15-17/6/15 tak sampai lagi.duit dah bayar!

  49. Dah 4 hari brang saya order xsmpai lagi…nasib saya pakai cash on delivery selamat skit…xla sakit hati sngat menunggu….

  50. Hmmm,setakat ni order 3 items tak ade problem dan haritu mintak cancel order dkt customer service cepat diorang respond. 9/10 Lazada in my opinion

  51. Betul ke Lazada tu penipu!?Sy rasa nak order gitarla,korang rasa bila gitar tu sampai?

  52. Baru cadang intai2 lazada..nmpknye bnyk -ve dari +ve..yg item ok tu cuma 1/10 je n cuma nk mngaburi mata..hmmm kesimpulannya, beli jela kt kdai terus jelah..

  53. kambing gurun on

    Banyak barang tiruan, kena hati2
    Baru2 ni beli minyak wangi. Dalam tu tulis original.
    Bila barang dapat, tengok gred pasar malam punya..Box pun lain dari original, bau pun lain..

  54. bru nak beli kat lazada ni ttiba adik sy bgtau dia pnh beli sandal, nak dkt bekurun jgk bru sampai.mmg slow la lazada klu bab delivery ni.

  55. Benci dh la hantar lambat aku tempah hari isnin lps sampai hari ni tak dtg lagi

  56. kerja company lazada ke? ramai oder tp barang lambat sampai then brg dapat pun hampeh je rosak sana sini

  57. Nak tnya btul ker lenovo A7000 plus 6++ myr kat lazada … urm …murah rse nak beli… sesapa yg pernah beli kat lazada… adakah patut patik beli kat lazada ni? … murah… komen please…

  58. Mula2 aku survey gak pasal lazada nie… ok item boleh cash on delievery… advertisment 100% genuine… tanpa ragu2 aku pun place order utk note 5 uag case… semalam dpt barang… pergh mang barang tiruan…. kol customer service dia suh return barang.. pemulangan wang ambil dlm 14 hari selepas drg terima barang…. mang x ler nak membeli kat lazada lagi…..

  59. Order brg kaler itam dpt kaler biru..mmg x bagus website lazada ni utk online shopping

  60. ok..lazada penipu..service lembab..barang bnyk x dpt yg spttnya..delivery lembap..cstmr srvice lembap..evrythng lembap..so jgn bli ngn lazada..settlr..

  61. kalau pngalaman sy laaa, bab2 beli brg dr lazada tu ok laa.. tp delivery jer yg x mnentu..
    1st time: lmbt smpai..
    2nd time: Ok laa.. on time..
    3rd time: ari ni booked, esok smpai..
    kali ni kali ke-4.. tgh tggu.. hehehe

  62. lupa nak bgtau yg sy sntiasa ambik yg COD sbg lgkah brhati-hati.. sbb prnh kena tipu kat insta kalo byr pkai transfer duit ke akaun pnjual..

  63. Mengikut pengalaman saya membeli beberapa barang di Lazada, Alhamdulillah semua sampai dalam keadaan sempurna.
    Pembelian :
    1st time-.delivery mengikut standard
    2nd time – cepat sampai dari tarikh standard
    3rd time – arini order esok sampai.
    Saya rasa jika kita Ada sebarang masalah terus hubungi mereka dgn segera.

  64. Macam mane nak tau yg lazada nie betul ke tidk ? Sbb dkt iklan tv ade lazada . So sy trust kat Lazarus 100% now ade bnyk komen buruk . So mcm dh low trusted sy kat lazada nie .

  65. Selalu jek beli on9 dgn lazada.. Tp brg2 simple jek la. Y ribu raban x berani. So far,ok jek.. Mybe y problem kat supplier la kot. Amek ksempatan..

  66. Saya supplier lelong Lazada eleven street. Servis pickup skynet jugak lambat. Buat komplaint 5 Kali Kat Lazada buat tak endah. lepas tu harga competitor semua rendah. Lagi rendah Dari kos saya ambik Dari kilang China. Mana mungkin. Lagi free shipping. Lebih lagi Lazada sendiri jual Kat portalnya sendiri. Mana Ada satu platform organizer sendiri jual jugak. Banyak seller ship from oversea and no warranty. Lepas bayar barang hantar rosak macam mana tu kalau tak Ada warranty. Dan one last thing, pernah Dengar cousin I deal dgn Lazada, mereka memang tak kisah ori ke clone, semua sapu. Lazada ni I rasa memang tak professional kalau compare dgn design laman web yg canggih memanggih ni.

  67. Saya pernah membuat belian melalui Lazada, ternyata indah khabar dari rupa, dimana dalam iklan barangan yang dibeli oleh pelanggan akan dihantar terus kepintu rumah, tapi apa yang terjadi kepada saya sebaliknya,
    1_ Lazada memberi masa selepas tempahan barang akan sampai dalam masa 3 – 4 hari, tunggu punya tunggu barang tak sampai2 sehingga lebih dari semunggu hingga saya terpaksa call, di sini baru saya diberitahu, barang tersebut tidak akan sampai kepada saya dan jika saya sememangnya perlukan barang tersebut saya harus megambilnya sendiri di Perai Penang. Bayang saya dari Sg. Petani hendak ke Bukit Minyak Perai Penang.
    2_ Saya difahamkan oleh budak Currier tersebut bahawa mereka tidak mempunyai servis di kawasan
    Kedah seperti yang diberitahu oleh pihak Lazada.
    Ini merupaka satu penipuan kepada pengguna.

  68. Mat Rambo on

    Kalau tak puas hati dgn Lazada, paling senang dtg je kat office/kedai diorg saje jalan-jalan. Tepat masa dan lokasi pasang bomb and letupkan “KABOOM!!!”. Habis cerita.

  69. Lazada 50 50 on

    Aku lek je dulu nak tengok permainan Lazada ni. Entah shipment dah sampai ke London ke lama sangat.

  70. Death Note on

    Hmmm…. tpi iklan kat lazada molek2 belaka … klw nk beli sndri susah nk cri + xde discount ! so nk buat cm ner!!!!

  71. sya oder pda 3/3/2016 sampai sekarang 17/3/2016 barang tak sampa . oder jam wana merah sampai wana hijau.. dlm tv cite bagus sagt servis nya.. … nak maki kita gak bedosa…

  72. Ada sesape experience refund barang dgn Lazada ni?
    Bole ke dapat refund duit kita tu?
    Sy order hp Samsung, baru 3 ari guna tak bole charge langsung…guna charger laen pun x bole…
    Terpaksa return pagi ni… dan harap dapat refund em889 balik…

  73. selalu lazada akan refund balik duit tu..termasuk kos postage..nt kite just bg no akaun..die akan bnk in smula duit…

  74. penglaman wife baru terkono td.
    beli barang kt lazada iaitu kolam mandi bayi harga rm200 lebih la.
    lepas bayar tggu 2 mggu tak sampai lagi barang.
    email lazada dia kata tggu 12 hb ni kalau barang tak sampai boleh email.
    tup2 hari ni barang dh sampai .’
    apa yang yang mengejutkan ialah barang tu bukan barang yang kami pesan tapi barang tu ialah smartphone touch pen yang harga tak sampai rm5.
    sangat kecewa. dah la barang tu saya letak kt opis sbb ingat barang ape. nasib baik tak buang.

  75. Saya beli lampu suluh dengan Lazada, tapi barang yg sampai tidak sama model dengan yg. dibeli. Charger bateri juga tidak berfungsi. Sebelum tu saya terbaca pelanggan laun yg beli lampu suluh komen barang yg diterima tidak sama dgn yg diorder tapi saya cuba beli sebab harga lebih murah..Saya salahkan pembekal bukan Lazada. Nama pembekal extreme deal. Utk tahu nama pembekal, dekat gambar tu ada tulis..’Sold & fulfilled by (nama pembekal). Sesiapa yg ada plan nak beli lampu suluh brand Ultrafire harap berhari-hati…

  76. sbb tu sy ragu2 nk beli brg2 branded dr lazada. ada risiko brg clone and fake. harga terlalu murah dan x logik tapi d jamin original oleh lazada. cth: jam ice watch. mana mungkin design2 baru harga terlampau murah.

  77. Bagi saya, kena jadi pembeli yang bijak. Ada Pro & Con kalau beli brg online, risiko kena tahu. Dah beli 3 kali dgn Lazada, so far tiada masalah. Brg sampai lewat biasanya sebab brg ‘oversea’. So sebelum beli kena baca dulu butiran semua. Kalau brg mmg local dan stok ada, tak sampai 3 hari barang sampai rumah. Sebagai pengguna, brg yg harga mahal dan tidak yakin beli online adalah murah, baik kita ke kedai beli lagi berbaloi. Eloknya beli brg yg harganya tidak brape mahal dan mudah untuk dibeli bila rasa malas nak pergi survey di kedai supaya tidak menyakitkan hati sekiranya berlaku sesuatu.

  78. aku beli miinyak wangi Hugo Boss harga beratus2 RM tapi LAZADA bagi minyak wangi yang standard RM10.00 jual kat pasar malam…..sekali jer la beli kat LAZADA….dah kena tipu, serik nak beli lagi

  79. MOHD EZUDDIN on

    i oder microwave tapi penghantaran lazada x sampai rumah.. i dh bayar semua termasuk sevice charge.. org lazada call suruh ambil tepi jalan no tel dia 0136309348.. nak suruh saya ambil barang ke??? pulang balik la service charge penghantaran ke rumah.. i still waiting for my item if didn’t have it i will make a police report

  80. Sy bli henpon vivo v3 max…dh la lmbt smpi..skynet hntr msj hr sabtu kte brg dh smpi..tp hr isnin smpi rabu mgu dpn duk tgu x hntr2 jgk brg..last2 sy pi amik sendiri..smpi je rumah bukak kotak hs..hs ilangggg!!!!…aksesori lain ad…skrg tgh tgu pihak lazada konon tgh investigate…x tau la ap nasib..dh la mahal woooo….bukan sekupang dua..sumpah x bli dh ngan lazada..boikot..

  81. Barang rosak.call cstmer servis xdapat.tempoh pemulangan sampai dah tamat. Borang return online keluar.

  82. sungguh kecewa dengan LAZADA MALAYSIA barang lambat sampai.bila ditanya customer service mereka disalahkan pula dengan supplier tak pass barang lagi pada mereka.

    serik dah nak beli barang dengan LAZADA. bye2

  83. Nak beli lipstick kat lazada tp risau fake 😶 ada yg boleh bagi review tak pasal lipstick lazada?? Ori tak?

  84. Hi guys , i baru first time ni beli barang dr Lazada , i hope diorang tak tipu i or anything, sbb baru order 11/2/17 haritu . God help me 😫

  85. Dah byk barangan dibeli dgn lazada …ada barangan ok, ada yg dibeli utk simpan tengok sahaja tapi apa yang pentingnya semua yang dipesan selamat diterima sehinggalah..
    vacuum kereta …order 5 unit sebab tlg beli untuk rakan2 tapi yang sampai hanya 1 unit shj dengan invoice tulis 5 unit,
    package 1 of 1 maksudnya 1 package shj yg dihantar. email fully delivered pun terima tapi 4 vacuum x sampai2…

    harap2nya cstmr servis nya masih boleh membantu utk brg atau process refund…

  86. baru2 ni sy ade beli perfume original. Tp bau x thn lama… 15 minit dah hilang. (wp dah letak dlm fridge utk recharge blk bau die…)
    sy assume, lazada menipu…

  87. saya pernah jugak beli di lazada, tapi kali ni beli 2set scooter budak….item patut sampai 17 April 2017, oklah…then yg frust tu dlm tracking kata item delivered pada 17 April 2017. Item sampai pun tidak dan paling tak logiknya,pejabat saya tutup jam 5pm. Item delivered 6pm lebih sedangkan gate office dah tutup pun…..adoila …tak sampai satu fasal tapi jangan la update delivered kat tracking!!!

  88. Aku beli perfume kt lazada sekali fake, klu fake kata terus fake, adeh.

  89. Sy dah 10x berbelanja kat lazada, alhamdulillah…semua brg smpai on time (brg yg hg bwh rm200). Tp bila sy beli jam casio edifice yg hg rm500, mula timbul masalah. Sepatutnya sy terima brg tu 20/7/17 tp smpai skrg x nmpk rupa. Tp pihak lazada mghntar email mengatakan yg sy sdh terima brg padahal sy x terima apa2. Bila sy call customer service mcm2 alasan diorg bg, sakit hati. So, nadihat sy kpd anda semua…kalu nak berbelanja kat lazada, pastikan brg tu x mahal atau krg dr rm100. Lg 1, kalu perkara ni terjadi kpd anda, jgn berdiam diri….kita ada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia…

Leave A Reply