Laporan Ketua Audit Negara : PDRM Hilang Aset RM1.33 Juta

Laporan Ketua Audit Negara : PDRM Hilang Aset RM1.33 Juta! (Hilang Gari, Senjata Api dan Kenderaan)

Biasanya kita sudah sedia maklum yang mana PDRM sering berkhidmat kepada sesiapa sahaja baik keselamatan orang ramai mahupun harta benda yang ada.

Laporan Ketua Audit

Tetapi hari berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang telah mula dikeluarkan menunjukkan….

Laporan Ketua Audit Negara PDRM

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.
  • PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.
  • Berdasarkan statistik oleh Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM, aset yang paling banyak hilang adalah 156 unit gari, diikuti 44 unit senjata api dan 29 buah kenderaan
  • Punca kehilangan adalah disebabkan pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam

Senjata api dan kenderaan boleh hilang? Pelik bin ajaib? Hilang di mana? Apa kesudahan siasatan kehilangan tersebut? Siapa yang bertanggungjawab?

RM1.33 Juta jikalau dibahagikan peruntukkan kepada golongan bawahan, banyak manfaatnya. Diharapkan sesiapa yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman yang sewajarnya supaya dana besar RM1.33 juta wang rakyat tidak dibzairkan begitu sahaja. Apa kata anda pula?

P/S : Berita Semasa kehilangan mengejutkan seperti ini melalui pembongkaran Laporan Ketua Audit negara telah diselesaikan dengan segera. Jangan dibiarkan wang rakyat “dikebas” dan “dimanipukasikan dengans ebegini rupa sekali.