≡ Menu

KWAP Pencen. Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tukar Ke Mirip Skim KWSP? Setuju?



(Kemaskini terkini pada: Aug 3, 2017)

KWAP Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tukar Ke Mirip Skim KWSP? Setuju?

Ekonomi Malaysia dunia umumnya dan ekonomi Malaysia tidak serancak dahulu. Malah ia dikatakan akan berlanjutan sehingga tahun 2018. Perbelanjaan kerajaan tidak setara dengan pendapatan yang diterima.

kwap pencen

Pasti akan ada yang terpaksa yang dikorbankan walaupun ia sudah menjadi kelaziman pelaksanaannya selama ini. Jumlah kakitangan awam di Malaysia yang sudah pun menjangkau 1.6 juta penjawat awam belum masuk lagi deretan 700,000 pesara kerajaan yang perlu ditanggung bertahun-tahun lamanya.

Akhirnya berita terkini yang Berita Semasa terima sudah kedengaran ura-ura yang KWAP Pencen hanya akan memberikan pilihan seperti yang Berita Semasa senaraikan di bawah pada masa akan datang :

Butiran Awal Rombakan Skim Pembayaran KWAP Pencen Pesara Kerajaan?

  1. kakitangan awam perlu membuat sumbangan sendiri untuk dana persaraan mereka kelak
  2. Model yang akan digunapakai kelak adalah serupa dengan KWSP seperti yang dinikmati kakitangan swasta. Cuma, untuk kakitangan kerajaan akan diuruskan KWAP pencen

Apa maksud semua ini? Ini bermakna secara halusnya kerajaan Malaysia boleh mula sedikit demi sedikit melepaskan apa yang dirasakan mereka sebagai bebanan besar untuk mereka tanggung ditambah pula kos tanggungan pembayaran pencen untuk kalangan pesara kerajaan semakin melonjak tinggi.

Walaubagaimanapun, butiran lengkap akan kerajaan umumkan tidak lama lagi untuk mekanisnes terbaru membabitkan bayaran pencen kerajaan. Kerajaan sudah mula dengan pelaksanaan disebalik cadangan rombakan bayaran pencen pesara kerajaan. Persoalannya adalah kakitangan awam yang bakal dilantik kelak sudah bersedia untuk menyediakan dana mereka sendiri selepas ini?

Langkah-langkah awal sudah tampak dimulakan. IINM, KWAP Pencen telah ditubuhkan untuk mengambil alih pembayaran pencen kerajaan. 2 bulan lepas dilaporkan kerajaan Malaysia telah pun memindahkan operasi pencen kepada KWAP seperti yang tertera pada laporan berita di bawah ini.

P/S : Tertanya-tanya juga Berita Semasa apa perkembangan dengan duit pinjaman KWAP kepada SRC International anak syarikat kepada 1MDB berjumlah RM4 bilion seperti pada laporan berita di atas (rujuk gambar)

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Jadual dan Tarikh Bayaran Pencen 2017 JPA Pesara Kerajaan, Boleh Semak! Jadual dan Tarikh Bayaran Pencen 2017 JPA Pesara Kerajaan, Boleh Semak! Di bawah ada dilampirkan jadual pencen dan tarikh pembayaran pencen bulanan 2017 untuk panduan dan rujukan para Pesara Kerajaan...

18 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 kris 2:05 pm

    ini semua karut, sapa punya cadangan bodh pun tak tahu, kalau saya pencen 60 dan kemungkinan boleh hidup sampai usia 75 tahun wang pencen RM 3,230×180 bulan = RM581,400.
    Kalau ambik pencen dari masuk gomen sampai 60 baru dalam 400 lebih, mana lebih tinggi, dah tentu pencen. So, lebih baik ambik pencen!

  • 2 Anonymous 2:59 pm

    Itulah masalah kjaan sepatutnya klu kjaan ada masalh kewangan wujudkn sistem pembayaran pencen lps bersara yg win2 situation dlm ruanglingkup sbgai sorg yg bernama pesara

  • 3 Anonymous 3:01 pm

    Mungkin satu sistem wang pencen terbaik dpt diwujudkn lbh baik dr sistem ala epf itu yg dah ditinggalkan sdgkn negara menuju negara maju acuan sendiri

  • 4 Anonymous 3:02 pm

    lagi satu dgn wujudnya badan2 tambahan mengurus dana pencen ini dikhuatiri berlaku lgi ketirisan atas nama penjimatan dn kos2 tambhan lain sbb setiap sistem baru tak dpt tidak akn menambahkn kos

  • 5 Anonymous 3:04 pm

    kita khuatiri kurangnya ketelusan akn menjadikn pesara ini mangsa kali ini atau mangsa keadaan

  • 6 Anonymous 3:06 pm

    Di mana cukai gst yg dikutip selama ini disalur dn dibelanjakan. Jgn pandang remeh isu ini ianya blh menjatuhkn kredibiliti kjaan yg dikatakn kukuh dn maju ekonominya

  • 7 Anonymous 3:11 pm

    Isu wang pencen ini jika merugikn pesara/tak ditangani sewajarnya/baik akn memberi kesan pada bn dlm pru14 nanti dan markah tambahan kpd parti sebelah sana

  • 8 Anonymous 3:29 pm

    klu ada wang pencen baru berilah opsyen pd kakitangan kjaan tersebut terlebih dahulu atau mulakn dgn pengambilan pa baru /lantikan baru

  • 9 Anonymous 3:30 pm

    Akhir kata mohon maaf dr saya dunia akhirat natijah dr apa yg saya telah sampaikan

  • 10 kojiKOG 3:33 pm

    kerajaan akan buat apa yang mengurangkan beban mereka. sudah pasti iya tidak menguntungkan rakyat.

  • 11 pemerhati 3:37 pm

    masalahnya ramai PA tidak bijak mengurus keuwangan jika perlu menyimpan wang seperti pekerja swasta. kebanyakkan PA banyak menghabiskan wang untuk bayar lons peribadi.

  • 12 Anonymous 3:44 pm

    Bagi saya klu dtawarkn kejawatan baru/baru bekerja saya nak opsyen jugak diberikan krn bnyk sbb salah satu org akn kelabu mata bila dapat duit bnyk sekaligus akn terlupa berbelnja tak beringat dn boros serta blh berlaku pelaburan yg merugikn dn hilang wang sekelip mata Nauzubillah

  • 13 Anonymous 3:50 pm

    Btultu jika berlaku demikian yg rugi org melayu jugak sbb ramai pa orang melayu bangsa lain tak nak msk gomen /tak ramai. Mereka ramai berniaga.Fikirkamlah………

  • 14 Kak Ton 12:40 pm

    Hadiah pencen sepatutnya diberi sekumpulan lembu utk dibela kemudian akan berkembang biak dan menjadikan tuan lembu jutawan seperti Kak Jat Lembu bibir tebal

  • 15 Manusia 10:06 pm

    Negaraku oh negaraku..apa sudah jadi?

  • 16 sang kelembai 7:07 am

    pada saya duit pencen perlu diselaraskan samaada pencen buruh, pegawai rendah ke atau JUSA / menteri sekalipun… berikan hanya RM 1-1.5K shj atas sumbangan mhargai jasa perkhidmatan. Taraf mereka sama shj slps bersara iaitu ‘PESARA’ knp perlu dibezakan. keperluan mereka juga sama…roti canai, teh tarik itu pon jika masih sihat…yg pasti keperluan kesihatan itu yg lebih diperlukan oleh pesara…

  • 17 KAK JAT BIBIR TEBAL 11:54 am

    saya sudah kaya apa kisah

  • 18 Anonymous 9:20 pm

    mereka lupa bahawa yang kuat mentekedarah duit pencen adalah ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri. ramai asyik hentam pesara dari kalangan penjawat awam, tetapi ramai tidak sedar, ahli politik lagi banyak pencennya. dahla pencen mereka dibayar mengikut penggal. kalau seseorang ahli politik boleh hidup sampai 10 penggal?

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini