Konsep Bina dan Jual Rumah Dibatalkan! Menteri Jadi Jurucakap Kapitalis Hartanah di Malaysia?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Konsep Bina dan Jual Rumah Dibatalkan! Menteri Jadi Jurucakap Kapitalis Hartanah di Malaysia?

Kami tidak pasti apa lagi yang boleh diharapkan oleh seorang menteri yang diharap mampu membela dan membawa suara rakyat marhaen akhirnya hari ini menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan telah dilihat lebih selesa menjadi jurucakap bagi pihak pemaju. Termasuklah..

bina dan jual rumah.Termasuklah kenyataan terbaru Datuk Abdul Rahman Dahlan yang telah memutuskan rancangan untuk mengurangkan risiko rakyat Malaysia membeli projek rumah terbengkalai melalui rancangan oleh kerajaan Malaysia untuk memaksa kalangan pemaju di Malaysia bagi menerima pakai konsep bina dan jual tidak akan dilaksanakan yang dijangka bermula pada tahun 2015. Dengan kata lain, rancangan tersebut telah dibatalkan…..

Alasannya?

KLIK SINI : Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!

Punca Konsep Bina dan Jual Rumah Dibatalkan?

  • Pemaju terpaksa menanggung semua kos untuk membina rumah
  • Apabila pemaju kurang untuk bina rumah, kekurangan rumah akan bertambah dan kekurangan bekalan rumah akan berlaku dan akhirnya akan berlaku kenaikan harga rumah di Malaysia

Inilah yang berlaku cadangan yang baik daripada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung akhirnya Datuk Abdul Rahman Dahlan terpaksa tunduk kepada tuntutan pemaju.

  1. Kita ada PRIMA
  2. Kita ada SPNB
  3. Tetapi dilihat hari ini pemaju lebih berkuasa
  4. Apakah kerja mereka ini jadi alibaba sahajakah selama ini?

Mengapa begitu liat kerajaan Malaysia untuk melaksanakan konsep bina dan jual ini? Jikalau pemaju terduduk sekalipun, apa masalahnya kepada rakyat? Menagap rakyat pula terpaksa menangung beban mereka? Mengapa?

Berbilion duit EPF rakyat marhaen ada. Biarkan EPF menjadi “master developer” untuk membela nasib rakyat Malaysia membeli rumah mampu milik, bukannya mampu tengok. Antara mahu atau tidak sahaja…

Tidak habis-habis mengkaji, mengkaji, mengkaji akhirnya tidak jadi juga. Jikalau tidak boleh laksanakan nisbah 10-90, buatlah nisbah 30-70 terlebih dahulu. Itupun tidak boleh? Tepuk dahi Berita Semasa dibuatnya…

Hari ini bekas menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin merasakan tiada gunanya untuk dibanggakan apabila Malaysia diangkat menjadi negara berpendapatan tinggi tetapi hakikatnya rakyat marhaen tidak mampu membeli rumah di negara sendiri. Apa respon anda pula?



Share.

85 Comments

  1. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN on

    Kami berkhidmat untuk rakyat. Tolong hormati keputusan kami.

  2. rumah makin jauh, makin mahal dan makin kecik.. base clash of clan je makin maju..

  3. yeke.. mcm rakyat berkhimat untuk menteri je.. condong ke arah itu

  4. Najib: M’sia minat bina rumah rakyat di India. berita dari Malaysiakini. Sudah-sudahlah pm buat rumah mampu milik dalam Negara dulu baru fikirkan Negara lain. Rumah harga rendah sekarang ni satu keperluan utk rakyat. Termasuk macai-macai BeEnd yg baru terpikir nak beli rumah sebab takut tidor bawah jambatan.

  5. Dah tak kuasa nak komen, serupa tu juga, pemaju dah taja pelbagai kat datuk Abd Rahman ni, so Datuk pun x leh nak lawan cakap pemaju lah,,, Dayus punyer Menteri Melayu, makan sogok kuat,,
    Sampai bila2 nasib rakyat bawahan di takuk lama, ..
    Dasar Menteri2 dalam kerajaan sekarang mmg penuhkan tembolok sendiri dulu, Bukan utk berkhidmat seperti yg sepatutnya kpd rakyat..

  6. Guna sepenuhnya duit EPF utk rumah tu aku xsetuju.
    EPF tu simpanan utk lepas bersara.klu duit habits buat beli rumah tu jadinya dah ada cucu pun masih keje jd guard,cleaner..sbb duit EPF dah abis.

    Belilah rumah walau 2nd hand sekalipun masa muda-muda ni.xpayah kejar dulu rumah mahal2..

  7. Formula kerajaan BN adalah apa2 saje asalkan pendapatan kerajaan dapat tingkatkan hasil, hasil malalui cukai pelbagai

  8. Saya tengok dlm berita Menteri KPKT tu cakap pasal konsep bina dan jual ni. Alasanya tak jadi sebab takut pemaju perumahan rugi kalau rumah yg dah siap tu tak terjual.
    Moralnya kerugian pemaju yg ditakutkan oleh Menteri KPKT ni….keuntungan berlipat ganda para pemaju sebelum ni tak pulak dikisahkan nya. Ini lah susahnya kalau terlalu berlembut dan terlalu mengikut telunjuk pemaju atau lebih tepat REHDA. Apa guna sebagai pihak yang berkuasa, gunakan kuasa yang masih ada untuk memaksa ahli Rehda ni menggunapakai konsep tersebut..jika enggan, jangan luluskan lesen-lesen pemajuan perumahan tersebut. Itu gunanya KUASA.

  9. Setuju!!!,, masalah menteri dan kementerian adalah apabila telah dikaburi oleh habuan dalam pelbagai rupa.. maka kene tunduk dgn kehendak REHDA, semua tahu siapa orang2 REHDA..

  10. mael lambung on

    Pemaju gampang bina rumah ikut sedap tembolok dia mau kasi penuh, dah kaya jutawan tapi masih tamak,, baik mati dari susahkan ramai orang nak beli rumah pun x mampu sbb harga rumah naik melambung, terlalu banyak rumah kos tinggi dibina,,
    Apa diorang ingat yg duduk KL ni Eksekutif dgn PTD ke atas ke,, PTD pun cuma mampu duk Apatmen je, rumah teres kat KL skrg pun dah RM750K ke atas,, mmg GILER punya harga,,
    Bodo larr menteri kalo x leh kawal harga,, boleh guna polis dan mahkamah ape kalo Taikun REHDA dilindungi KONGSI GELAP..

  11. Standard BN la tuh.

    Kita janji akan kaji isu rumah demi kebaikan rakyat!

    Tahun depan dekat pilihan raya,
    Kita akan mengkaji isu rumah demi kebaikan rakyat!

    Tahun pilihan raya,
    Kita dah kaji isu rumah demi kebaikan rakyat!

    Tahun selepas pilihan raya,
    Kita terpaksa kaji semula isu rumah demi kebaikan pemaju/kroni…errr mereka rakyat jugak! *issk nak cakap apa erkk?*

    “Nah amik BRIM duk diam2!”

  12. Kalut2 nak buat rumah sgt, kat kedah dah 4 kali puting beliung makan rumah orang. Pemaju yg xberhati perut..nt rumah baru siap kena puting beliung baru tahu.

  13. Rehda dah paham sangat macamana nak jadikan menteri umno badut sarkas.

  14. Kenapa puting beliung minat sangat kat kedah?
    Banjir lumpur plak suka sangat kat c highland.

  15. Tak lama lagi negara Malaysia terpaksa mengikut fahaman ideologi komunis”.Terpaksa menyewa rumah kepada rakyat dengan kadar yang murah dengan mampu tinggal bukan mampu milik!!.

  16. Balang kali pemimpin
    Atau mana mana pihak yang perbuat jahat jahat.Bertobatlah!!!!
    Sebelum malapetaka
    Menimbang N.Kedah!!! Carilah siapa yang dalan

  17. Kembali kepada Asas ekonomi…selagi ada permintaan tnggi untuk rumah selagi tu lah penawaran juga berlaku…tak kann lah seseorang tu berniaga sepatutnya dia blh untung rm1, tapi kerajaan suruh dia untung 20 sent je..kalau and a nak?

  18. SambalBelacan on

    Kuasa Allah…tiada sesiapa dapat menduga…walaupun kes begini amat jarang berlaku di Malaysia…namun kita haruslah memandang semula ke belakang dan merenung seketika hikmah disebaliknya…sebab apakah datangnya benda2 begini?…sebab ini semua adalah berpunca dari hasil2 tangan jahat manusia yang tamak dan membinasakan alam sekitar…dikhuatiri jugak nanti puting beliung akan melanda Kuala Lumpur dan bandar2 lain…

  19. Memang le…meniaga mana ada org nk rugi……tapi kapir-talis ni memang suka amik kesempatan bila org tengah susah….yang penting untung….bukan x leh untung….tapi tengok keadaan le….rumah harga ratus ribu…..mampu tengok je la…..kalau rumah besar x pe jugak…itu baru ratus ribu….kalau cecah juta? macam mana? duduk atas pokok sambil tengok rumah mampu tengok? cam tu?

  20. Barangkali …???”””
    Perbuatan kejahatan
    Manusia yang melampaui batas???
    Itulah malapetaka menimbang Nya ..!!!

  21. MENTERI PERUMAHAN SILA LETAK JAWATAN DAN BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG DI KOTA BELUD BUAT KERJA PUN TAK PANDAI

  22. Ini semua bala..siapa yg lihat dgn mata hati pasti nampak..lepas satu2 masalah menimpa Malaysia ku yang masih aman..syukurr…

  23. Salam semua. Itulah di antara realiti yang terpaksa diterima oleh rakyat yang duduk di Malaysia. Semuanya mesti berpaksi kepada keuntungan, tidak kisahlah keuntungan yang baik untuk semua pihak atau untuk sesetengah pihak sahaja. Mahu atau tidak mahu kena terima dan kena telan. Itulah realitinya hidup di Malaysia, gah tapi sebaliknya hanya mereka-mereka yang merasainya sahaja tahu betapa susah dan perit. Semuanya rakyat yang kena menanggung. Rakyat mesti didahulukan untuk menanggung selepas itu barulah rakyat kena menanggung lagi dan rakyat dan rakyat dan rakyat dan …

  24. RAKYAT BAYAR GAJI MENTERI PULA on

    fikir dan lihatlah tajuk di atas..hormati rakyat atau rakyat menggoncang negara.begitu banyak pendapatan kerajaan boleh dapat dari rakyat jika sistem perumahan berkonsepkan rakyat jelata..buat apartmen adakah itu satu masalah?

  25. balabak menteri besar.. on

    wahai menteri lihatlah makan minum kamu sejak kamu bekerja..satu sen itu dari rakyat paling miskin yang mengkayakan koperasi ,syarikat,bank2 yang diusap2 oleh kamu… tiada negara tanpa rakyat..apatah lagi menteri dengan konco2 phdnya ,ijazah masternya tapi negara tetap merasa susah..tak boleh pakai langsung..tanya makcik pakcik yang miskin tu ..idea mereka pasti banyak yang 1000% lebih baik dari pelajaran oversea..insea ape2lah ..ngan orang putih+melayu ..speaking ngan media.. tak boleh pakai..tengok ayat ni balik “TAK BOLEH PAKAII”

  26. Asas Ekonomi itu ada adalah ajaran Yahudi, sebab itulah selalu berlaku krisis ekonomi, naik turun nilai matawang dan komoditi…

    Dalam Islam ada Asas Ekonomi yang diredhaiNya.

    Sebagai contoh kos 1kg cili RM10 termasuk minyak, buruh dan sebagainya dan hanya boleh jual maksimum RM20/kg itu pun tertakluk pada persetujuan pembeli. Bermakna ada harga siling telah ditetapkan. Tak payah bising kat kerajaan.

    Malangnya konsep yang diajar kepada kita bergantung kepada supply and demand. Bermakna kalau stok cili tiada dalam pasaran boleh up harga cili RM100/kg sekalipun selagi ada yang mampu membayarnya dan tiada saingan. Supply lebih? Kasi racun je petani cili yang lain. Monopoli pasaran.

    Nampak tak? Tu baru penerangan simple. Belum masuk cerita emas sebagai matawang.

  27. Ingatkan bila dah tukar Menteri KPKT dari kuota MCA kpd Menteri melayu…keadaan akan bertambah baik..rupanya lagi teruk. Haram jadah punye Rahman Dahlan.

  28. Masalah kos rumah
    Tinggi bermula dari
    Kerajaan.??sebab apa?Pemimpin kerajaan atau penjawat PA terlalu
    Tamahak,iri hati dan korup? Apa hal
    Jadi begini? Ini ber
    Mula dari pembangunan dulu.
    Bahan binaan yang Terbanyak adalah Pasir dan pasir yg Digunakan capai
    Hampir 55% dalam
    Seunit bangunan dan perkara kedua
    Penting adalah pengusaha pasir.sebab apa perumahan mahal?
    Sebab pasir memang banyak terdapat di sungai
    Sungai dan sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur
    Dengan limpahan pasir di sungai.Akan tetapi
    Pemimpin kerajaan
    Selalu menuduh pengusaha pasir mencuri pasir dengan alam sekitar merampas
    Segala peralatan jentera mahupun penyedut pasir dan
    Hukuman setimpal
    Dikenakan.Inilah kebodohan pemimpin mahu pun PA selalu sibuk
    Menangkap pengusaha pasir menjadikan kekurangan pasir yang serius.pihak
    Pemaju pemaju bimbang lewat masa pembinaan
    Mereka terpaksa membeli pasir dengan harga yang
    Tinggi.Inilah sebab
    Kos perumahan tinggi.”dan perkara
    Terpenting kerajaan
    Sepatutnya berterima kasih kpd pengusaha pasir.sebab apa??
    Sebab sungai sentiasa didalamkan untuk
    Mengelakkan banjir
    Dan kerajaan wang
    Cukai boleh membayar gaji PA
    DAN kerajaan jimat banyak kos untuk bayar kontraktor untuk
    Mendalam sungai
    Untuk eratkan banjir.setiap hari
    Pemaju pasir boleh
    Menyedut pasir lebih kurang tiga ratus ton. Kalau di sungai Kelantan kerajaan mengeluarkan tiga
    Puluh pengusaha pasir ini bererti setiap hari boleh menyedut sembilan ribu ton sehari.
    Ini hanya angkara jumlah saja!!semoga kerajaan Malaysia
    Bermula hati untuk
    Rakyat Malaysia.tq
    Ton

  29. Bukan salah pemaju
    ???sebab apa rumah
    Begitu mahal???
    Sebab dari pasir.??
    Pasir sangat terhad
    Menyebabkan harga rumah naik !!
    55% seunit rumah
    Pasir digunakan.
    Harga pasir dari RM10 se tan naik
    Hingga rm40 se tan
    Sekiranya kerajaan
    Mengeluarkan lesen tanpa had
    Pasir akan turun dan harga rumah pun turun???semoga pemimpin
    Bermurah hati.??
    Supaya banjir tidak
    Selalu berlaku.tq

  30. Rosmah Mantoi on

    Bina baru jual rumah baik utk pembeli..tapi menteri lebih dengar suara pemaju daripada rakyat biasa. Kalau pemaju takut rumah tak dibeli rasanya itu hanya alasan, sebb sekarang ramai yg cari rumah, mana ada nak duduk bawah jambatan atau menyewa sahaja. Kalau tak ada pembeli maknanya rmh tu terlalu mahal sebab ramai tak mampu atau rmh tak berkualiti. Jadi pemaju jgnlah cekik darah baru ada pembeli. Kalau rumh tak ada pembeli, pemaju blh ambil sendiri rmh tu buat rmh sewa. selain tu kerajaan beli dr pemaju dan jual pada rakyat, jd tak ada masalah rumah terbengkalai, dan semua rmh ada pembeli.Tp kerajaan jgn ambil kesempatan cekik darah rakyat mcm harga minyak.

  31. Peminjam ptptn dikejar sampai nak blacklist.
    Kak ijat n family relax je hutang ratus juta tak bayar.

  32. Yang betul !!betul!!.kalau masa PRU semua ok.!semua
    PA disuruh jangan ganggu rakyat dan disuruh berilah apa yang mampu kpd rakyat itulah rakyat sendiri yang tamahak!!!

  33. HARGA RMH NAIK…..makin naik….mana taknya….DASAR penyebabnya. saya perhati,,,, peniaga naikkan barang kerana DASAR ….bukan saja2 naik,,,, saya bukan peniaga cuma pembeli…HAKIKATNYA,,,, SIAPA MAHU RUGI,,,, BANGSA CINA TAK MAHU RUGI DAN BANGSA MELAYU MAHU UNTUNG CEPAT.BILA MINYAK NAIK…..IMPLIKASI NYA SEMUA BARANG AKAN NAIK SAMA. LOGIKNYA…KOS PENGANGKUTAN PENIAGA NAIK…MEREKA KENA NAIKKAN HARGA UTK TANGGUNG KOS. SAMA JUGAK DENGAN RUMAH…. CUMA YANG TAK BEST HARGA NAIK… TAPI SAIZ PUN MENGECIL…. SDGKAN LOGIKNYA KENAIKAN TU SEPATUTNYA ….TAMPUNG SEKALI. KERAJAAN BAGI RATE 4% UTK PINJAMAN PERUMAHAN…SEPATUTNYA UTK FOR LONG TERM… KERAJAAN UNTUNG. SAMA DGN PEMAJU…. BANK BG KOMISEN UTK PROJEK YG LULUS…JGN TDKKAN KATA SAYA… REALITI TU.

  34. Datuk Abdul Rahman Dahlan ni ahli Parlimen mana ye…bijak sungguh YB ni…tahniah kerana kenyataan yang sungguh manis untuk rakyat..Dan kepada rakyat Malaysia gunakan akal dan fikiran untuk menentukan kerajaan yang terbaik…untuk YB jangan risau next PRU masih boleh jadi YB kerana kat Johor kalau songkok bertanding pun boleh menang..

  35. Tahniah. PDRM berjsya benteras judi Mesin Kuda di seluruh Malaysia

  36. Biarlah kita dikenali sbagai negara berpendapatan tinggi, menteri2 bleh beli sorg 100 biji rumah… rakyat marhaen sikit x jelez pun…. kmi dh biasa susah

  37. Kami dh biasa tdor bawah jmbatan, dlm rumah dinding buluh, sewa kt kg setinggan, kongsi api air, gaji dan upah rendah, brg mahal, kos hidup tinggi…. rakyat x ada masalah, kami bangga dgn pemimpin2 kami yg bijak, berketerampilan, hdup mewah, kaya raya…..

  38. Kami suka tengok cerita hindustan…. penuh dgn hiburan & kgembiraan

  39. Kalau nak rumah besar ada….. !!! Tanahnya saja luas 10 ekar, dok ramai2, makan minum disediakan…. bil api air x yah bayar, sewa pun free… nak duduk smpai mati pun boleh…

  40. Kami sokong !!! Lepas 1 swasta, kita tumpu kat gomen pulak…. kita basuh betul2.. Sekarang operasi mnyeluruh x berkesan jadi buat satu2 … pasti Malaysia selamat

  41. Dicadangkan;
    1. Mesin Kuda/ ,JPJ
    2. Pemerdagangan Manusia/ Ruma Pelacuran
    3. Dadah / Majlis Bandaraya
    4. JBA/ rumah perjudian
    5. Kastam/ seludupan
    6. Pendatang asing/ imigresen

  42. Usah lah dicemburui kemewahan yg dinikmati org lain. Rumah besar, kereta mewah, perempuan cantik, duit rgt dan harta yg banyak hanyalah persinggahan sementara… umpama kita dlm prjalanan, bila hujan turun ada yg sggah kt bawah pokok, kt bawah jmbatan, kt bgsal, kt banglo dan bagai…. pghujungnya adalah syurga dan neraka.. ada org mkan sedap kna kncing manis potong kaki, ada org kaya mati kena bunuh, ada org lumpuh kerana aksiden, ada org dpat isteri cantik tapi drebarnya yg dok pakai…. ada org sdg tunggu hukuman gantung … kita hanya masalah kecil ( x ada rumah)

  43. Betul tu…. sampah kita mgkin rezeki utk org lain …ada org yg kaya kerjanya kutip & kumpul tin & besi2 buruk yg kita buang… Rumah & banglo yg kita lihat besar tersergam indah mgkin “neraka” bgi tuannya yg sdg tunggu hukuman
    gantung kt dlm pnjara… Istana besar sudah x beerti buat Saddam Husin & Muhd Ghadaffi

  44. Kekayaan dan kesombongan sikaya akn mngundang ramai kawan & musuh utk mnjatuhkannya

  45. Kejahatan seorang pemimpin yg menindas rakyat samalah seperti seorang bapa yg merogol anak kandungnya sendiri

  46. Cleanbotol on

    Pemimpin kaya yg jahat akan mngupah org untuk menulis tentang kebaikannya sahaja..

  47. Rumah besar dan istana indah anda hari ini mgkin bertukar mnjadi neraka jahanam kpda anak2 anda kmudian hari

  48. Pemandangan rumah2 dan kampong setinggan di waktu petang lbih indah dari lukisan picasso semasa dia sedang sakit

  49. Nilai duit seringgit bagi si fakir miskin sama seperti sebutir emas di jari manis sang puteri… kdg2 boleh tengok tapi x dapat nak sentuh….

  50. Duit dan pmpuan lacuran lbih mulia dari pemberi dan penerima. RASUAH

  51. Orang yg pecah amanah dan salahguna kuasa sama seperti pglima yg mbunuh anak buahnya sendiri dan bapa yg menjamu najis kpda anak2nya

  52. Kontraktor yg mmberi rasuah utk dapatkan projek diumpamakan seperti pnyamun laknat yg dibenarkan penyagak

  53. Pegawai2 kerajaan yg masih bebas menerima rasuah umpama penyamun2 berlesen yg merompak harta negara dan memijak kepala rakyat marhaen… serta mbawa balik bgkai utk dimakan oleh. anak. isterinya

  54. Pemimpin yg tidak dapat mengawal RASUAH, ibarat seorang pondan yg memakai baju pahlawan

  55. Pemberi dan Penerima RASUAH ibarat 2 orang pondan yg tidur sekatil… sukar untuk dilihat perlakuan & kesalahannya

  56. Salam,
    Siapa kata harga rumah mahal???? Sampai rakyat tak mampu beli??? Yg byk rumah terjual tu siapa beli??? Harga naik berlipat ganda sebab ramai yg berlumba2 nak beli sebab tu pemaju ambil peluang! Siapa kata bahan binaan mahal???? Ini semua hanya alasan utk naikkan harga semata2 kecuali harga tanah naik terus sebab kekurangan malah ramai tuan tanah tak nak jual.
    Siapa kata gaji tak besar malah ramai yg bergaji besar cuma nilai ringgit sj yg tak punya nilainya maka sebab itu kita jgn beli barangan luar sebaliknya kerajaan usahakan barangan dalam negara dgn nilai yg sepatutnya .

  57. Berapa peratusan barangan buatan malaysia yg kita beli??? Baik baju, barangan letrik,hiasan dll. Kebanyakkannya brgn luar, kenapa??? Rakyat juga ada salahnya sebab suka beli barangan murah yg tak berkualiti selama ini maka byk kilang terpaksa tutup sebab barangan buat malaysia tak laku sebab mahal tetapi berkualiti. Jadi dgn sdrnya kita terlalu mengharapkan brgn luar. Negara pula tak ada productiviti yg dapat dibanggakan dgn tak langsung wang keluar lebih byk dari msk penyebab nilai ringgit tak kukuh.

  58. SambalBelacan on

    Para penerima rasuah2…adakah mereka2 ni terfikir kekejian rasuah sebab menanggung hidup anak2/isteri dan keluarga dengan wang rasuah tersebut?…na’uzubillah…cubalah lihat…renungilah wajah orang2 yang kita sayangi sekiranya kita menanggung mereka, anak2 dan isteri dengan wang2 rasuah tersebut demi untuk kekayaan dunia…Ohh!…betapa hinanya kita disisi Allah…

  59. puting beliung tu sebenarnya bgi projek kt kontraktor2 kt kdah dan cameron hglands… kdg2 bala kat kita jadi rezeki kt org lain

  60. kalau korg ada modal besar ada pluang korg pegi buat pelaburan buka restoran nasi kandar kt singapore sbb kat sana perniagaan makanan halal dapat permintaan dan sambutan dari penduduk islam

  61. klau x buat rumah habis mgsa2 puting beliung tu nk tinggal kat ner???

  62. kenapa harga barang yg serupa TETAPI harganya tak sama di Tesco, Seven Eleven dan kedai2 runcit berdekatan di Alor Setar?

  63. Adakah kerajaan telah menjalanka pemantauan ke atas harga brg di seluruh negara.. kenapa x wujudkan 1 mekanisma kawalan harga yg mnyeluruh contohnya mewajibkan semua peniaga meletakkan tanda harga kpda brg2 yg hendak dijual

  64. Adakah kerajaan telah menjalanka pemantauan ke atas harga brg di seluruh negara.. kenapa x wujudkan 1 mekanisma kawalan harga yg mnyeluruh contohnya mewajibkan semua peniaga meletakkan tanda harga kpda brg2 yg hendak dijual

  65. SambalBelacan on

    Itulah sebabnya kita sebagai pembeli2 harus memantau sendiri harga2 barang di semua tempat…dan hak kita sebagai pembeli boleh membeli barangan yang sama dengan harga yang paling murah…pergilah ketempat yang menawarkan harga rendah…jangan membeli ditempat2 pencekik darah…secara x langsung mereka tentu akan kerugian…

  66. tukar je time pru..kalau ayat kerajaan tak boleh buat ape2 pasal harga umah.biar rakyat sendiri adili dan beri parti lain perintah.rezeki kat tangan allah.

Leave A Reply