KISS Selangor : Cara Dapat RM200 Sebulan Belanja Bulanan melalui Kasih Ibu Smart Selangor
Melihatkan ibu adalah satu karakter penting dalam pembangunan masyarakat, kerajaan Selangor memperkenalkan satu program khas untuk golongan ini.

Kerajaan Selangor baru-baru ini memperkenalkan skim Kasih Ibu Smart Selangor. Ia merangkumi golongan ibu yang mana gaji dan pendapatan yang diperolehi mereka setiap bulan kurang RM2,000 sebulan.
KISS Selangor : Cara Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Permohonan kiss selangor secara online,mypt3
Permohonan secara offline,Anda boleh terus dapatkan borang KISS Selangor di Pejabat JKKK atau Pejabat Ahli Parlimen anda atau Pejabat Wakil DUN anda atau Pejabat Majlis atau Pejabat Wanita Berdaya
Jumlah bantuan bulanan,Kad yang diisikan Rm200 setiap bulan
[/table]
Apa Syarat Kelayakan untuk Dapat Bantuan KISS Selangor
- Semestinya anda mestilah warganegara Malaysia yang sah
- Anda juga mesti lahir di Selangor atau merupakan daftar pemilih di Selangor ataupun juga anda mesti telah tinggal lebih 10 tahun di Selangor
- Anda sudah pun berkahwin ataupun merupakan ibu tunggal
- Ada tanggungan ataupun anak yang umur mereka tidak lebih 21 tahun
- Gaji dan pendapatan anda tidak lebih RM2 ribu sebulan
Apa Yang Boleh Kaum Ibu Beli dengan Skim KISS Selangor
Banyak. Cara belanjakan skim bantuan ini juga mudah. Anda akan diberikan kad KISS Selangor yang mana anda boleh pilih untuk beli barang-barang seperti di bawah ini selagi mana tidak melebihi had yang ditetapkan setiap bulan.
Ini bermakna anda tidak perlu membawa tunai untuk beli barang-barang seperti di bawah. Kerajaan Selangor akan bayar untuk anda melalui duit yang dimasukkan dan didebitkan ke dalam kad anda.
Kebanyakannya ada keperluan dan barangan harian :
- Perkakas persekolahan termausklah juga buku, alat tulis, baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah
- Lampin pakai buang samada untuk lampin bayi atau lampin dewasa
- Beras, bihun, mee, telur, rempah ratus
- Gula, garam, minyak masak, tepung, Biskut
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Ikan, daging kambing, daging lembu
- Sabun dan kelengkapan mandian dan membasuh
- Sos dan kicap
P/S : Pastikan anda aktif kad kiss selangor terlebih sebelum menggunakannya. Caranya cukup mudah.