≡ Menu

Khidmat Negara : Syarat Pemilihan Nama Peserta Terkini


Khidmat Negara. Syarat Pemilihan Nama Peserta Terkini

Program Latihan Khidmat Negara PKLN sudah berjalan aktivitinya selama bertahun-tahun lamanya.

khidmat negara

Acapkali berubah pengisian programnya. Ada yang berminat untuk menyertai program Latihan Khidmat Negara ini secara sukarela.

Ada juga berharap sangat jikalau nama mereka tidak naik untuk diarahkan menyertai program Latihan Khidmat Negara ini. Tidak diketahui apa sebabnya.

Ini kerana rata-rata dapatan yang dilakukan oleh Berita Semasa lebih separuh responden yang ditemui Berita Semasa mengatakan program yang disediakan sepanjang mereka menjalani program dan aktiviti di sana banyak mengajar mereka pengalaman dan ilmu baru lebih-lebih mereka-mereka ni bakal mengharungi tempoh yang lebih mencabar untuk mereka yang terdiri dari kalangan lepasan SPM.

Berita terkini yang Berita Semasa perolehi, selepas ini senarai nama kalangan yang bakal dipilih untuk menyertai program ini akan dinilai berdasarkan keputusan SPM (percubaan) masing-masing.

Tetapi apakah mekanisme terbaru ini?

Syarat Pemilihan Khidmat Negara

  1. Berbanding kaedah tahun-tahun sebelum yang mana pihak JLKN yang akan memilih pelajar lepasan SPM secara rawak untuk menyertai PLKN
  2. Selepas ini tidak lagi
  3. Ini kerana pengisian program akan terarah kepada beberapa modul tambahan yang menekan ilmu kemahiran dan teknikal yang boleh digunakan oleh peserta PLKN sebagai persediaan tambahan yang mahu menyertai pasaran kerja selepas habis program tersebut.
  4. Oleh itu, kalangan yang memprolehi keputusan percubaan SPM kurang cemerlang dan lebih minat ke arah bidang kerja-kerja yang berbentuk teknikal mungkin akan dipilih oleh pihak sekolah dan dihantar nama ke JLKN untuk dipertimbangkan

Tidak cukup dengan itu, mana-mana yang menyertai program Latihan Khidmat Negara anda akan dilindungi dari hari pertama lagi sehinggalah ke hari akhir latihan.

[table sort=”desc,asc”]
Senarai Tuntutan,Jumlah pampasan
Kematian biasa,RM50 ribu
Kematian disebabkan kemalangan dan kelilatan kekal,RM120 ribu
Khairat kematian biasa,RM5 ribu
Khairat kematian kemalangan,RM8 ribu
[/table]

Bagaimana? Anda bersetuju dengan syarat tambahan program PLKN ini?

P/S : Sekarang ini pun mana-mana yang masih berminat untuk menyertai program Khidmat negara ini boleh mohon secara sukarela