Ekonomi Malaysia Mencabar Buat Rakyat Malaysia. Khazanah Research Institute Jangka Lebih Banyak Subsidi Ditarik!

Ekonomi Malaysia 2016 Mencabar Buat Rakyat Malaysia. Kajian Khazanah Research Institute KRI Jangka Lebih Banyak Subsidi Ditarik!

Sekejap masa berlalu sekarang, pejam celik pejam celik Malaysia sudah bakal menginjak ke tahun 2016 tidak lama sahaja lagi.

Khazanah Research Institute

Jikalau ada yang mengatakan tahun 2015, cukup mencabar buat Malaysia dan rakyat Malaysia amnya.

Tahun 2016, berdasarkan pemerhatian dan kajian pakar ekonomi dari Khazanah Research Institute (KRI) meramalkan yang mana ekonomi Malaysia 2016 akan terkesan lebih teruk berbanding tahun sebelumnya yang mana pastinya akhirnya rakyat-rakyat di bawah ini yang akan terima bahananya.

Bahana yang bagaimana?

  1. Pertamanya, kerajaan besar kemungkinan akan kaji balik mana-mana subsidi yang masih lagi diberikan kepada anda semua. Dalam erti kata lain, yang mana perlu kurangkan, kerajaan akan kurangkan bantuan. Yang mana subsidi perlu ditarik, ia akan dilakukan. Bersiap sedia semua.
  2. Kos import barang makanan akan terus meningkat tahun 2016
  3. Seterusnya, kos pengangkutan akan turut naik sama. Baik, yang naik kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam samada komuter, ERL, tol semuanya akan mengurangkan lagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia
  4. Kenaikan Harga barang seperti ikan, sayur, buah-buahan telah naik mendadak dek kerana masalah jerebu
  5. Pelaksanaan GST
  6. Akhir sekali, apabila subsidi ditarik semula oleh kerajaan, ia bakal menambahkan lagi impak dan tekanan kepada rakyat Malaysia melibatkan kos sara hidup di Malaysia tahun 2016 kelak

Mengapa ini semua terjadi kepada Malaysia? Ini semua gara-gara..

Punca Ekonomi Malaysia 2016 Makin Mencabar?

  1. Harga minyak dunia yang semakin melemah, satu kejatuhan yang cukup mendadak, semestinya ekonomi Malaysia 2016 turut akan terkesan sama. Apatah lagi negara
  2. Malaysia masih lagi bergantung harap kepada pulangan pendapatan daripada petroleum
  3. Keduanya, nilai tukaran ringgit Malaysia telah jatuh

Jadi, Khazanah Research Institute KRI tidak pilihan lain selain daripada semakan semula subsidi yang diberikan sekarang ini melihatkan beberapa indikator seperti yang dikongsikan Berita Semasa di atas.

P/S : Akhir kata dari Pengarah Penyelidik Khazanah Research Institute KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid, nasihat kepada rakyat Malaysia, ekonomi Malaysia dan tahun 2016 kelak amat-amat mencabar buat anda dan kita semua.

PP/S : Anda boleh semak data yang berkaitan tentang kenaikan harga barang dan kos import makanan seperti di bawah ini…KLIK!