Kesesakan Lalu Lintas di Kuala Lumpur. Ramai Warga Kota Yang Menghadapi Tekanan Melampau!!
Kami memang tabik dengan kalangan yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur dan mencari rezeki di sana.
Begitu gigih menghadapi jem dan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur setiap hari semata-mata untuk pergi ke tempat kerja.
Mungkin inilah antara sebab utama pendengar radio mencanak-canak naik.
Sebab mereka, mempunyai lebih banyak masa terluang di dalam kereta. Majoriti pendengar radio di Malaysia adalah golongan bekerja yang menggunakan kereta untuk pergi ke tempat kerja mereka. Rata-ratanya berumur 30 tahun dan ke atas. Dan…..
Atas sebab itulah juga, radio Sinar sempat menjadi beberapa radio no.1 untuk beberapa ketika. Mungkin?
Manakala golongan muda yang baru melalui alam pekerjaan/bujang majoritinya menunggang motosikal ataupun menaiki pengangkutan awam.
Kesesakan Lalu Lintas di Kuala Lumpur : Contoh Realiti Penduduk WargaKota Kuala Lumpur
Situasi Pertama :
- Huzaifah Musa (Bagi kakitangan syarikat pengiklanan berumur 35 tahun) terpaksa bangun seawal seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan anaknya ke sekolah dan perlu keluar seawal jam Tinggal di Kajang dan bekerja di Jalan Tun Razak, dia bangun seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan sarapan serta menggosok pakaian untuk suami dan anak sulungnya yang bersekolah.
- Katanya, dia tidak sempat menggosok pakaian anaknya pada sebelah malam kerana lewat sampai ke rumah disebabkan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas jalan raya.
- Andaikata mereka terlewat sedikit, semua perancangan akan berubah dan kadangkala beliau tidak sempat sampai tepat pada masanya disebabkan jalan raya mula sesak.
- “Saya sampai ke rumah semula jam 8 malam dan tiada masa lagi untuk memasak. Terpaksa meminta suami membeli makanan di kedai berhampiran.
- “Hendak buat macam mana, kami berdua bekerja. Kalau nak harapkan suami saja bekerja, memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami,” katanya.
Situasi Kedua :
- Zarinah Ishak (pegawai pemasaran berumur 35 tahun) ,perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap sedia bagi mengelak kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
- “Selain kos hidup tinggi, kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur menjadi antara kebimbangan kebanyakan penduduk yang menetap atau bekerja di ibu kota, terutama yang menggunakan bas dan memandu kereta.
- “Saya bertolak dari rumah untuk menghantar anak ke tadika sekitar jam 7 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke pejabat di Jalan Yap Kwan Seng menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong.
- Zarinah berkata, dia terpaksa bersabar setiap kali mengharungi kesesakan lalu lintas, terutama ketika hujan lebat, kerana keadaan trafik menjadi teruk dan pernah terkandas sehingga empat jam.
- Zarinah berkata, masalah itu menjadi satu cabaran kepada dia dan suaminya hampir setiap hari sejak menetap di ibu kota 10 tahun lalu.
- “Sebelum berkahwin dan mempunyai anak, saya menaiki LRT ke tempat kerja kerana tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas, cuma terpaksa berebut dan tahan dengan pelbagai kerenah penumpang pengangkutan awam,” katanya.
Situasi Ketiga :
- Bagi Mohd Haikal Daud, 33, dia memilih menggunakan motosikal ke tempat kerja kerana tidak tahan dengan kesesakan teruk ke ibu kota sehingga kadangkala terpaksa berada di dalam kereta hampir empat jam.
- “Bukan setakat dapat menjimatkan masa, tetapi juga wang belanja. Saya biarkan isteri membawa kereta dan saya lebih senang menaiki motosikal ke tempat kerja kerana boleh mencelah.
- “Mana boleh tahan kalau setiap hari sampai rumah jam 9 malam dan terpaksa keluar awal. Apa kaedah digunakan pun, saya rasa tidak mampu mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur kerana setiap hari jumlah penduduk yang berhijrah semakin ramai,” katanya.
P/S : Bagaimana pula dengan situasi anda yang tinggal dan bekerja di ibukota Kuala Lumpur sini?
PP/S : Mungkin Datuk Najib ada idea tersendiri bagaimana untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur pula selepas cuba menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang baru-baru ini….