≡ Menu

Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Negatif 0.5 Peratus (KDNK 3.8 Peratus Sahaja) Jika….


Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Negatif 0.5 Peratus (KDNK 3.8 Peratus Sahaja) Jika….

Harga minyak dunia menjadi perbualan dan perbincangan yang hangat bagi tahun ini. Itu sebabnya ramai yang mohon loan dengan aeon credit sekarang ini.

kesan kejatuhan harga minyak

Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Kenneth Rogoff yang merupakan seorang profesor ekonomi Universiti tersohor dunia, dari Universiti Harvard.

Manakala ketua strategik teknikal bagi syarikat ICAP yang berpengkalan di New Jersey City mengatakan jika harga minyak dunia melepasi sahaja paras US$39 setong, maka dunia akan menyaksi harga minyak terkini dunia akan berada pada paras USD30 setong.

Dan firma penyelidikan Ekonomi Universiti Oxfort telah selesai menjalankan kajian dan analisa melibatkan 45 buah negara meletakkan :

  1. Filipina adalah pemenang disebalik kejatuhan harga minyak dunia apabila dijangka pertumbuhan ekonomi Filipina akan melonjak pertumbuhan ekonomi ke paras 7.6% untuk 2 tahun akan datang jikalau harga minyak dunia berada pada paras USD40 setong
  2. Manakala pertumbuhan ekonomi Rusia berada pada paras yang menyeksakan apabila bakal menyusut negatif 2.5 peratus
  3. Manakala dikalangan negara maju, Hong Kong akan tersenyum lebar disebalik kejatuhan harga minyak dunia
  4. Negara-negara seperti Arab saudi, UAE, Rusia bakal menghadapi detik yang cukup sukar dalam urusan mengendalikan ekonomi mereka di masa akan datang
  5. Malaysia? Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mengalami penyusutan sebanyak 0.5% dan hanya berada pada paras 3.8% sahaja

Pakar Ekonomi bagi JP Morgan Securities yang berpengakalan di New York, Bruce Kasman menjangkakan kadar inflasi di kebanyakan negara di dunia akan berada pada paras yang tidak pernah disaksikan sejak kegawatan ekonomi berakhir pada 2009.

Perbandingan Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia Di Bawah USD40 Kepada 45 Buah Negara?

Semak hasil perbandingan kajian dan analisa yang dilakukan oleh Firman Penyelidikan Ekonomi Universiti Oxford seperti di bawah ini termasuklah Malaysia :

P/S : Kepada pihak TNB Malaysia, perlu tunggu berapa lama lagi untuk terjaga daripada lamunan bagi menurunkan tarif elektrik di Malaysia?

PP/S : Apa harga minyak dunia mencecah sahaja US$40 setong, nantikan apa respon balas para menteri dan ahli politik Malaysia.

PPP/S : Tahun ini, tahun yang menjadi “MESTI” kerajaan Malaysia untuk berjimat cermat dan “tidak boros dan bocor” ketika berbelanja