Harga Kereta Terpakai di Malaysia Sudah Mula Turun. Kejatuhan Antara RM4,000 Hingga RM7,000 Sebuah


Harga Kereta Terpakai di Malaysia sudah mula menurun. Kejatuhan Antara RM4,000 Hingga RM7,000 Sebuah

Jikalau ramai yang mengeluh dengan beritakan kenaikan harga di mana-mana, naik harga sana, naik harga sini, ini mula berita harga turun yang mana harganya sudah mula memperlihatkan trend menurun pada ketika ini.

kereta terpakai

Ini diakui sendiri oleh Presiden Persatuan penjual kereta Terpakai di Johor sendiri, Encik Simpson Tan yang mengatakan harga kereta terpakai mula turun dan jatuh antara 5 peratus sehingga 8 peratus banyaknya.

Malah kejatuhannya lebih teruk daripada itu apabila melibatkan jenama kereta yang kurang popular dan permintaan.

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Berita Semasa realitinya untuk beberapa tahun kebelakangan ini harga jenis ini di Johor lebih mahal berbanding di Kuala Lumpur. Adakah anda pun berpendapatan begitu?

Punca Harga Kereta Terpakai Turun?

  • Garis panduan baru daripada pihak bank yang sudah mula mengetatkan pembiayaan dan pinjaman kereta terpakai
  • Akhirnya menyebabkan lambakan kereta terpakai di gudang mereka hari ini tanpa pembelian yang rancak seperti sebelum ini
  • Akhirnya harga terpaksa dikurangkan antara RM4,000 sehinggalah ke paras RM7,000 sebuah

Nah….penyakit yang sudah berjangkit kepada sektor hartanah pada ketika ini sudah pun merebak kepada industri ini pula.

Rupa-rupanya selama ini kemampuan rakyat Malaysia baik memiliki rumah dan kereta sendiri adalah terlalu artificial semata hanya kereta pinjaman mudah daripada pihak bank. Satu lagi harga kereta di Malaysia memang mahal, belum dicampur dengan alat ganti lagi.

  • Sepatutnya jikalau benar-benar berkemampuan beli kereta baru contohnya maksimum pembiayaan hanyalah 5 tahun sahaja tidak boleh lebih daripada itu
  • tetapi dipanjangkan ke 7 tahun ataupun sehingga 9 tahun hanya kereta tidak mampu tetapi dilepaskan atas nama pinjaman mudah

Nah….sekarang berpijak kepada bumi yang nyata. Inilah realiti kemampuan rakyat Malaysia hari ini tanpa pinjaman mudah daripada bank.

Mungkin sekarang, ia satu berita baik kepada pembeli kereta terpakai yang berkira-kira mahu membeli secara tunai.

P/S : Pada ketika berlakunya permintaan tinggi disebalik pinjaman mudah bank dalam pada masa bekalan dan stok kereta terpakai terhad, akhirnya harga melonjak. Pada masa itu penjual kereta adalah raja. Nah….sekarang ini, pastinya akan lebih banyak diskauan dan tawaran untuk diberikan kepada mana-mana yang berminat. Begitulah yang berlkau pada sektor hartanah pada ketika ini.