Koleksi Supercar Gambar Kereta Mewah Tunku Idris Tunku Temenggong Johor. Mclaren P1, Pagani Huayra. Lagi?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Koleksi Supercar Gambar Kereta Mewah Tunku Idris Tunku Temenggong Johor. Mclaren P1, Pagani Huayra. Lagi?

kereta tunku idris

Kerabat Diraja Johor cukup terkenal dengan deretan kereta mewah di Malaysia. Tidak terkecuali dengan Tunku Idris Tunku Temenggong Johor TTJ yang merupakan anak ketiga Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan pemaisuri Johor, Raja Zarih Sodiah.

Selain mempunyai kemahiran untuk menerbangkan helikopter miliknya dengan cekap, Tunku Idris mempunyai hobi tersendiri dengan dereta kereta mewah yang dimilikinya

Kereta yang jarang-jarang sekali kelihatan dan dipandu di Malaysia, sudah menjadi milik Tunku Idris. Malah ada juga rekabentuk kereta mewah yang dimilikinya diubahsuai mengikut selera dan citarasi Tunku Idris sendiri

LAGI GAMBAR EKSKLUSIF yang boleh anda KLIK DI SINI : (Gambar) Kereta Sultan Ibrahim Johor

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan sebahagian daripada deretan gambar kereta mewah Tunku Idris Tunku Temenggong Johor TTJ seperti di bawah ini yang boleh anda semak satu persatu untuk paparan yang lebih jelas.

Memang terbaik.

Antaranya ialah :

  1. Kereta Ferrari 599 V12 GTB Alonso Edition
  2. Kereta Mercedes SLR Mclaren MSO EditionMclaren P1 GTR
  3. Kereta Mclaren P1
  4. Kereta Black Gold BMW i8
  5. Kereta Aston Martin Vanquish V12
  6. Kereta Badass Chevrolet Corvette C4 ZR1
  7. Kereta Pagani Huayra
  8. Kereta Alfa Romeo 8c
  9. Dan tidak lupa juga kereta kebangsaan Kereta Satria Neo
  10. Ada lagi yang anda mahu tambah jika tahu maklumatnya? Rakyat Johor?

Aksi Tunku Temenggong Johor TTJ Tunku Idris ketika memandu dengan penuh bergaya supercar seperti Maclaren P1 yang dipacu dengan kuasa 903 hp.

Video Kereta Tunku Idris : Supercar Maclaren P1 di…….?

Memang tidak dinafikan, kereta Mclaren P1 ataupun Ferrari LaFerrari semangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri untuk penggemar supercara tergila-gila untuk memilikinya.

Melihatkan sahaja aksi ketika Mclaren P1 seperti di bawah ini yang dipandu pengacara Top Gear contohnya, Jeremy Clarkson pasti membuat kalangan yang poket tebal dan juga penggemar supercar tidak sabar untuk memandu ujinya sekaligus memilikinya.



Share.

12 Comments

  1. Apa tujuan keluarkan gambar kereta2 ni. Macam masa Almarhum Sultan kelantan beli Lamborghini dulu..

  2. beg sailang on

    Ada sorang Sultan nie lagi byk kot koleksi kereta dia…
    siap gudang lagi..gempakk lahh

  3. SambalBelacan on

    …hanya satu saja…sesungguhnya apa yang kita miliki tiadalah yang kekal abadi…begitulah lumrah hidup ini…yang kaya mampu sahaja memiliki segalanya keinginan hati dan nafsu…yang miskin itu tiadalah mampu untuk memiliki segala keinginan di hati…aku amat suka mendengarkan sebuah lagu keramat berjudul ‘Selimut Putih’…jika kita ikuti dan merenung setiap patah senikata lagu tersebut…bulu roma kita akan naik…kita akan menjadi insaf…sebab akhirnya yang pasti kita hanya akan memerlukan sehelai sahaja selimut putih untuk membaluti tubuh kita…walaupun ada wang setinggi gunung…namun yang pasti harus wajib ada hanya dengan sehelai sahaja kain selimut putih yang menemani kita…

  4. Sememangnya Kerabat Johor sejak dulu lagi MENGILAI pelbagai jenis kereta. Ada yang terhad hanya dimiliki Kerabat Johor. Sebahagian besar disimpan dengan rapi sebagai koleksi. Tiada apa yang menghairankan kerana itu HOBI sementelah MEREKA mampu. Bukan segelintir orang politik dan keluarga mereka MENYAMUN harta rakyat untuk melampiaskan nafsu mereka yqng tak mampu, tapi berlagak kaya dengan kerja HARAM !

  5. Sultan Brunei lagi dasyat. Setiap kali ferrari keluar model baru dia beli 4 biji. Nka tahu sebab apa 4? Sebab dia beli 4 colour untuk kereta tu; kuning, merah, hitam, putih.

  6. Peminat Sultan on

    Tapi aku dapat tau sultan johor adalah pembeli tetap model proton,produa je belum dengar lagi…harap aku dapat tengok sultan dan kerabat berjiwa rakyat ni naik kancil pergi bazar ngan tarawikh kat masjid, moga sultan kita sentiasa dirahmati sang pencipta….

  7. SambalBelacan on

    Aku lebih rela memilih hidup dalam kesederhanaan…asalkan rezeki dan hidupku dimudahkan Allah Yang Maha Agung…Rasullullah Nabi Muhammad pun memilih hidup dalam kesederhanaan…walhal baginda boleh aje menjadi lebih kaya dari segala makhluk yang ada di muka bumi ini…tetapi baginda lebih rela hidup sederhana sahaja…walaupun kadang2 tiada makanan di dalam rumah…baginda lebih rela berpuasa sahaja…aduhai!…betapa agungnya sikap Nabi kita…baginda lebih rela susah daripada melihat umatnya kesusahan…

  8. SambalBelacan on

    …adakah sesiapa di sini yang suka menjadikan ‘batu2 nisan’ sebagai koleksi peribadi???…mmm…rasanya belum berlaku lagi dalam sejarah manusia…dan x mungkin berlaku…sebab batu2 nisan tidak disukai dan kelihatan menyeramkan…tetapi mereka x sedar bahawa batu nisan itu ibarat IC rumah kita apabila waktu disemadikan…bayangkanlah kalau batu2 nisan tu emas…tentu kita berebut2 nak dapatkannya…begitulah lumrah hidup kita ini…benda2 mewah sentiasa menjadi kebanggaan dan kesayangan…padahal nyawa kita bisa melayang kerena benda2 mewah yang dibangga begini…tetapi benda yang di benci seperti batu nisan ini sebenarnya adalah kebaikan kita untuk mengingati kematian…pendek kata, kesudahannya batu inilah yang akan terpacak di atas kepala kita kelak…

  9. Raja, anak raja & kerabat hidup mewah adalah perkara biasa…. tapi sekarang pemimpin, kaum kluarga & kroni dari kalangan rakyat biasa pun boleh kaya segera….. jutawan instant me dah jadi perkara biasa di Malaysia….. perjuangan isi temolok anak bini, kluarga dan kroni

Leave A Reply