MAA : Lupus Kereta Lama dan Berusia. Tidak Selamat! Dasar Skrap Nasional Bakal Dilaksanakan? Setuju?


MAA : Lupus Kereta Lama dan Berusia. Tidak Selamat! Dasar Skrap Nasional Bakal Dilaksanakan? Setuju?

Masih ingat dalam ingatan Berita Semasa, sekitar tahun 1998 pelajar Malaysia yang menuntut di US hanya membeli kereta Hyundai pada harga kereta serendah US$500.

Dasar Skrap Kereta Malaysia

Kemudian, ia akan diturunkan kepada pelajar junior pula. Tiba-tiba, apabila balik ke Malaysia……kereta yang sama tetapi kereta terpakai dijual pada harga RM30,000. Anda mampu? Fuh…..berpeluh sekejap.

Jikalau di Jepun ada ditawarkan mekanisme menukar & lupus kereta lama. Sebab apa? Kereta di Jepun murah, atas nama keselamatan, keseimbangan jumlah kereta di atas jalan raya ia sangat sesuai untuk dilaksanakan.

Dan berita terkini yang diperolehi, Malaysia tampak semakin berminat untuk mengikut model yang diamalkan dasar lupus kereta lama di Jepun untuk dilaksanakan pula di Malaysia. Setuju?

Berita Dasar Skrap Nasional Lupus Kereta Lama dan Berusia

KUALA LUMPUR: Dengan pertambahan lebih 600,000 unit kenderaan baharu setiap tahun, dasar skrap nasional untuk melupuskan kenderaan berusia wajar dirangka, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata persatuan itu sudah mencadangkan kepada kerajaan supaya dasar itu diwujudkan bagi memastikan adanya kaedah tersusun dalam jangka panjang untuk melupuskan kenderaan yang tidak lagi selamat di jalan raya.

Katanya, dasar skrap kenderaan perlu dirumus secara menyeluruh untuk membabitkan semua model dan jenama.

Lagi Sambungan Butiran Berita Dasar Skrap Nasional yang boleh anda semak pada gambar-gambar di bawah ini..

Bagi Berita Semasa melihatkan harga kereta di Malaysia yang cukup menakutkan sehinggakan diangkat sebagai negara yang menawarkan (KLIK : Harga Kereta Malaysia Kedua Termahal di Dunia), selepas Singapore sehingga terpaksa mengikat perut membayar hutang kereta 9 tahun.

“Berapa ramai yang mampu buat pinjaman kereta 7 tahun, apatah lagi sesingkat 5 tahun?”

Terkini, rakyat Malaysia diajak bersedia untuk pelaksanaan lupus kereta lama sekaligus “memaksa” anda semua terus membuat hutang baru dan menjadi pelanggan setia bank-bank di Malaysia.

Bagi Berita Semasa sendiri merasakan bukan semua rakyat Malaysia mampu membeli tukar dan beli kereta baru jika mekanisme lupus kereta lama dilaksanakan kelak.

Dasar Skrap Nasional (Lupus Kereta Lama) VS Penambahbaikan di Malaysia

Lebih baik pada masa sekarang tumpukan kepada beberapa aspek seperti di bawah ini sebelum mahu melaksanakan mekanisme lupus kereta lama :

  1. Hapuskan AP yang diberikan secara terus dengan kadar segera kepada kapitalis-kapitalis di Malaysia yang jadi kaya-raya hasil “Skim Cepat Kaya” versi VVIP ini di Malaysia. Wujudkan Sistem AP yang benar-benar terbuka. Tiada lagi istilah “AP KING di Malaysia”
  2. Pendapatan rakyat Malaysia kelas pertengahan ke bawah perlu ditingkatkan
  3. Kualiti sistem jalan raya di Malaysia dipertingkat
  4. Tingkatkan perkhdimatan awam bukan hanya berlegar di Lembah Klang sahaja tetapi di seluruh negara
  5. Ini kerana pembeli kereta datang daripada seluruh negeri di Malaysia, bukan sekadar di bandar-bandar besar di Malaysia sahaja
  6. Duti eksais dikurangkan
  7. Jikalau lupus kereta lama pelru ditawarkan diskaun yang munasabah, bukan hanya diberikan saguhati RM5,000. Ini gimik namanya.
  8. Sekaligus kuasa beli rakyat Malaysia akan meningkat semula
  9. Dan pada masa itu, adalah masa terbaik untuk melaksanakan mekanisme lupus kereta lama ini sepertimana yang dipraktikkan di Jepun, Singapore

Hakikatnya, kita hanya mengikut cara dan dasar negara lain sekerat-sekerat sahaja.

  1. Di Singapore contohnya, perkhidmatan pengangkutan awam di sana cukup efisien dan menyeluruh meliputi 95 peratus kawasan.
  2. Jikalau di UK, dengan gaji 3 ribu pound sterling, selepas 5,6 bulan sudah boleh beli kereta baru Mini Cooper
  3. Jikalau di US, jikalau anda kerja part time cuci kereta sebulan dua boleh ambil sebuah kereta terpakai
  4. Malaysia?

Ini kerana Berita Semasa sedar keperitan rakyat Malaysia yang brpendapatan rendah dan serdahana (lebih-lebih tinggal di bandar) apabila mekanisme lupus kereta lama dilaksanakan kelak.

P/S : Bagi Berita Semasa jikalau mahu dilaksanakan sekalipun pada masa sekarang atas “nama keselamatan” sedangkan mahu meningkat penjualan kereta di Malaysia. Silakan. Tetapi bukannya paksaan tetapi andaikata ada yang sukarela. Apa pendapat anda pula? Bersetuju dengan pelaksanaan Dasar Skrap Nasional (Lupus Kereta Lama)? Ada cadangan daripada anda?