≡ Menu

9 Senarai Model Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia


Senarai Model Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia

Penjimatan minyak adalah antara kriteria penting untuk dinilai apabila membeli sebuah kereta, lebih-lebih lagi pada zaman ini yang bebanan sara hidup semakin bertambah dan situasi harga minyak yang tidak menentu.

kereta jimat minyak terbaik

Oleh itu, sebagai rujukan buat anda yang ingin membeli kereta baru, di bawah ini adalah senarai kereta yang dikategorikan sebagai efisyen dalam pembakaran minyak.

Namun, kereta yang disenaraikan berikut hanya model kereta yang mengunakan bahan api petrol sahaja dan bukan menggunakan teknologi hibrid.

Model Mana Yang Merupakan Kereta Jimat Minyak Terbaik

9. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Proton Iriz

14.5 km / liter (100km = RM 14.90)

Proton Iriz ini merupakan hatch segmen B yang menawarkan 8 variasi serta 4 tahap trim dengan 2 enjin buatan khas dan pilihan transmisi. Tork sederhana 94hp dan 120Nm dikeluarkan oleh enjin 4 silinder 1.3 liter model kereta ini.

Ia adalah tahap kemasukan yang disedut secara semulajadi oleh enjin Proton Iriz ini. 107hp dihasilkan pada 5,750 rpm oleh anjakan yang lebih tinggi pada enjin 1.6 liter dan 150nm pada 4,000 rpm. Terdapat 2 pilihan untuk kedua-dua enjin tersebut iaitu trasmisi yang berubah secara berterusan atau transmisi manual 5 kelakuan.

8. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Volkswagen Polo Sedan

15.4 km / liter (100km =RM14.02)

Enjin MPI 16 injao 1.6L 105PS suntikan petrol digunakan oleh Volkwagen Polo Sedan ini. Tork 105PS dan 153Nm, serta transmisi automatik 6 kelajuan dengan Tiptronic diberikan oleh enjin petrol 4 silinder ini.

7. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Peugeot 208

16 km / liter (100km = RM13.50)

Bagi model kereta ini, Peugeot 208 PureTech mempunyai enjin Puretech 1,199cc, Aisin transmisi automatik 6 kelajuan dengan teknologi quickshift yang disambungkan dengan 3 silinder tubocharged 1.2L. 110hp pada 5,500 rpm adalah kuasa maksimum model ini, manakala 205nm pada 1,500 rpm pula merupakan tork maksimum model ini.

Keluaran kuasa bagi enjin Peugeot 208 Puretech ini adalah pada kadar 110hp dan 205Nm dengan tork maksimum dari serendah 1,500 rpm.

6. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Myvi 1.3

17km / liter (100km = RM12.70)

Enjin berteknologi DOHC 16 injap, serta disedut secara semulajadi dengan pemasaan injap yang berubah digunakan oleh Myvi 1.3 ini. Kapasitinya 1.288 cc ini dilengkapi dengan kuasa kuda 90 hp pada 6,000 rpm, manakala tork 117Nm pada 4,400 rpm.

Model ini mempunyai penjimatan pada kadar 6.0 liter per 100km.

5. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Honda City 2016

17 km / liter (100 km = RM12.70)

Enjin 16 injap SOHC digunakan model yang berkapasiti 1,497cc ini dengan sedutan semulajadi dengan pemasaan injap yang berubah-ubah. Kuasa kudanya adalah 118hp pada 6,600 rpm, serta tork 145Nm pada 4,600 rpm.

Dari aspek prestasi dan kecekapan, kelajuan 0-100 km/j dalam masa 10.5 saat boleh dicapai Honda City 2016 ini. 190 km/j adalah kelajuan maksimum model ini.

4. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Hyundai i10

18.9 km / liter (100km = RM11.43)

Hyundai i10 ini dilengkapi dengan enjin 1.25 Kappa yang diproses bersama CVVT. Kuasanya ditingkatkan antara 9 ke 86hp, dengan tork 119.7Nm. Pecutan boleh dilakukan sehingga 100 km/j. Pada masa akan datang, ia dikatakan bahawa kelajuan maksimum secara eletronik iaitu 160 km/j boleh dicapai oleh model Hyundai i10 ini.

Berbanding model terdahulu iaitu Hyundai Atos, enjin model ini lebih ekonomi dan cekap. Hanya 5.3 liter per 100 km bagi penggunaan minyaknya dan petrol boleh disimpan di dalam tangki 35 liter.

3. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Mitsubishi Attrage

21 km / liter (100km = RM10.28)

Model kereta ini seperti model Mirage kerana didatangi dengan enjin 1.2 liter 3 silinder 3A92. Namun, enjin MIVEC menjadikan tork 106Nm dan 80PS serta perubahan dari segi keberkesanan minyak. Sebanyak 21km/L digunakan bagi pengunaan minyak model ini.

2 pilihan boleh didapati untuk Mitsubishi Attrage ini iaitu manual 5 kelajuan dan transmisi INVECS-III yang berubah-ubah secara berterusan.

2. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Mitsubishi Mirage

21 km / liter (100km = RM 10.28)

Ini adalah sejenis kereta hatchback yang dikuasai dengan enjin 1.2L 3 silinder 3A92 yang baru dengan MIVEC. Unit 3 pot DOHC menjadikan 78 PS pada 6000 rpm dan tork 100Nm pada 4000 rpm.

Diukur dalam New European Driving Cycle (NDEC), penggunaan minyaknya hanya 21 km/L disebabkan keringanan model ini sekaligus menjadikannya sebagai antara kelebihan untuk memiliki model ini. Mitsubishi Mirage hampir sama dengan kemampuan sebuah kereta kompak hibrid.

1. Kereta Jimat Minyak Terbaik : Perodua Axia

21.6 km / liter (100 km = RM10.00)

Perodua Axia iaitu kereta kompak 5 pintu menduduki carta teratas menggantikan model Viva bagi kategori kereta paling menjimatkan di Malaysia. Ia merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama tempatan dan model Perodua yang ke 10.

Enjin petrol iaitu 998cc 12 injap DOHC 1KR-DE2 l3 yang ditawarkan model ini diperolehi daripada Daihatsu dan Toyota dan Perodua merekanya semula enjin tersebut. Enjin 1.0 liter baru menawarkan tork 90 Nm (66lb ft) pada 3,600 rpm dan 66hp (49 kw) pada 6,000 rpm.

Perodua Axia ini memiliku enjin 1.0 liter tunggal dan 2 pilihan boleh didapati iaitu transmisi automatik 4 kelajuan dan transmisi manual 5 kelajuan. Untuk manual, Axia didakwa mampu mencapai hingga 21.6 km/L dan untuk automatik pula adalah 20.1 km/L dalam ‘ECO Mode’.

Jadi, itu sahaja perkongsian dari kami berkenaan senarai kereta di Malaysia yang mempunyai penjimatan minyak yang efisyen dan efektif.

Terpulang kepada anda untuk pilih mana yang berkenan di hati mengikut spefikasi dan ciri-ciri yang dibekalkan model kereta berkenaan. Apapun tepuk dada tanya selera mengenai pembelian kereta yang ingin dimiliki. Sekian, terima kasih.