≡ Menu

Keputusan PTD Pegawai Tadbir Diplomatik dan Temuduga PTD? Berminat


Keputusan PTD Pegawai Tadbir Diplomatik dan Temuduga PTD? Berminat

Nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik mestilah kena ada sifat yakin pada diri sendiri. Sekarang ini juga masa-masa penting temuduga PTD.

keputusan ptd

Ada yang dah sudah  temuduga PTD, ada yang masih berdebar-debar menanti hari tibanya temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini.

Keputusan PTD. Realitinya, ramai yang mencemburui dan “sakit hati” dengan PTD ini. Sebab apa?

Ini kerana Pegawai Tadbir Diplomatik PTD adalah paling kanan dalam perkhidmatan awam. Selain mudah naik pangkat dan banyak juga jawatan-jawatan utama dalam kerajaan yang disediakan oleh kelompok “elit” ini.

Dalam masa yang sama juga nak melalui proses pemilihan bukan semudah yang disangka. Itu yang menjadikan keputusan PTD agak istimewa berbanding dengan yang lain.

Keputusan PTD.  Apa Itu Pegawai Tadbir Diplomatik?

Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan yang berfungsi sebagai ketua atau perancang dalam sesuatu jabatan.

Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  2. Pengurusan Kewangan,
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi dan
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Memang ada kelebihannya apabila menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik PTD :

  • Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat. Dalam tempoh 5 tahun anda berkemungkinan berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ia memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.
  • Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..
  • Gaji tinggi. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..
  • Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan politik.

Mungkin beberapa soalan-soalan lazim temuduga PTD ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Yang mana kurang itu, sudi-sudikanlah berkongsi di rungan komen di bawah ini  :

Senarai Soalan Lazim Yang Bantu Anda Berjaya Untuk keputusan PTD

Akan ada 3 panel penemuduga nanti yang sememangnya terdiri daripada kalangan yang berpangkat besar dan berpengaruh, orang-orang besar, datuk-datuk dan Tan Sri

  • Macam biasa, mula-mula anda kenalah perkenalkan diri anda…
  • Apa matlamat hidup anda? Apa yang jadi kepada anda dalam masa beberapa tahun akan datang?
  • Dah mohon nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik, mestilah soalan yang ingin ditanya adalah seperti kenapa anda nak sangat jadi PTD? Apa sebabnya? Nak glamor? Nak berkhidmat untuk negara? Perjelaskan kepada mereka….
  • Samada anda betul-betul paham atau tidak berkenaan skop kerja untuk PTD berbanding PTN ( pegawai Tadbir Negeri). Apa perbezaanya?
  • Perbezaaan Ambassador vs High Commissioner?
  • Perbezaaan HRM (Management) vs HRD (Department)
  • Perbezaan Pentadbiran VS Pengurusan ?
  • Katakanlah anda dapat PTD kali ini, kementerian mana yang anda akan pilih dan kenapa? Apa tugas utama kementerian terbabit?
  • Apa 8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik?
  • Siapakah nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ?
  • Senarai barisan menteri kabinet Malaysia?
  • Kemudian, bezakan antara Internal Security Act (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA)
  • Dasar kerajaan terutamanya melibatkan Dasar Ekonomi Baru DEB dan apa yang anda faham mengenai Model Ekonomi Baru MEB. Pahamkan juga konsep dan objektif yang diterapkan dalam Islam Hadhari Wawasan 2020
  • Semak juga info tentang beberapa pertubuhan antarabangsa seperti NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya..
  • Rancangan Malaysia yang kesepuluh (RMK-10). Apa isi kandungannya. Pun kena tahu juga…..
  • Pahamkan apa itu INTEGRITI, Pelan Integriti Nasional (PIN), RASUAH dan sebagainya..
  • Tidak juga kepahaman anda tentang RUKUN NEGARA
  • Sejarah asal usul Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Apa perbezaan yang terdapat antara Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan PARLIMEN. Kemudian disusuli dengan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Barisan Kabinet, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Senator, Speker
  • Apa yang anda tahu berkenaan Perlembagaan Persekutuan. Apa beza SULTAN VS AGONG??
  • Mesti tahu dasar kerajaan terbarunya contohnya “1 Malaysia oleh YAB PM” dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung “1 Malaysia”

Lagi Tips Berjaya Dalam keputusan PTD

Soalan-soalan lazim yang di atas mungkin akan keluar, mungkin tidak. Kalau tidak keluar pun, anggaplah ia ilmu tambahan untuk anda juga. Tiada ruginya. Yang penting bersedia daripada sekarang, yang mana belum menghadiri temuduga PTD kali ini.

Dalam temuduga PTD, biasanya panel adalah orang-orang yang telah lama dalam perkhidmatan awam. Hampir 20-30 tahun. Soalan-soalan dalam temudga Pegawai Tadbir Diplomatik lebih berbentuk luas dan perbincangan, lebih kepada penyelesaian masalah.

Contohnya jika ditanya apakah nama “ibu negeri Timur Leste?”, kalau tahu jawab lah. Kalau tidak, jawablah maaf yang saya tidak mengetahuinya. Dan juga dalam pada masa yang sama berjanji untuk berusaha mencari jawapannya.

Akhirnya, dalam temuduga PTD ini, berserahlah kepada Allah. Kalau itu rezeki kita, keputusan PTD takkan lari ke mana. Akan jadi milik anda jua. Ikhtiar kita 20 peratus sahaja, selebihnya 80 perayusberserah lah kepada Allah s.w.t

Sambung Baca Yang Ini Pula - Ada Kaitan Dengan Di Atas:

8 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 0 pajak gantung 2:15 pm

    tak pernah terfikir pun nak apply ptd ni. buat bisnes lagi bagus. Masyuk. Yang penting aku lebih “bebas”. Tak kena kongkong cm PTD :ketawamanja

  • 0 asray 3:13 pm

    byk yg amik sbb takde keje ikut kelayakan…kalu ingat, mana ada budak cakap cita2 dia nak jadi PTD, ada org kata ‘jawatan ni wujud utk sedara org tinggi dlm gomen’ sbb senang nak bg jawatan & boleh bg gaji tinggi… bila teliti..ada betul gak

  • 0 PancaRoba 4:02 pm

    biar gua cerita sket pasal PTD ni, memang betul PTD memang cepat naik, kalau berbanding jawatan lain dari gredd 41 ke 44 dalam 5 tahun pun belum tentu, tapi PTD dalam 5 tahun tak hairan kalau dah ada yang gred 48, itu kenyataan, PTD ni mmg elit dan dulu PTD ni tak ramai, so memang orang tabik, tapi la ni, beribu dah, samapikan ada sesetengah kementerian tu penuh dgn dia je dah, so hilang dah elitnya tu, PTD ni dianggap sebagai perancang, so apa jawatan lain kalau nak link pada kementerian samada kertas kerja ka, belanjawan ka, PTD akan pantau dulu, so apa jadi bila kena tendang, berbuku le jadinya orang jawatan lain, pada setiap jabatan kerajaan pulak ada KPSM atau human resource, kepalanya mesti PTD, this PTD yang akan menentukan kenaikan pangkat dalam sesuatu jabatan, maksud kata recommendation dari PTD ni akan mempengaruhi juga keputusan JPA, so faham-faham lah… disebabkan kuasa pada PTD ni yang melangkaui jawatan lain, maka tak hairan budak2 sekarang gila nak masuk PTD ni, sebab gua ada dengar cerita, sampai satu tahap kalau boleh PTD ni digalakkan kahwin among them, sebab best trait, cream of the cream…. well… entahle… gua lebih senang dengan kerja gua sekarang

  • 0 jamilkhir 5:09 pm

    aku tak berapa mnat PTD sebab apa, sebab PTD ni asyik kena pindah jer kalau kena kenaikan pangkat. Kadangkala hanya 2-3 tahun lepas tu pegi ke jabatan lain.

  • 0 baizura83 6:02 am

    salam,,

    dah selesai temuduga. lega rasanya…tapi yang musykil saya langsung tak ditanya soalan mengenai kenegaraan sedangkan calon2 yang sebelum saya tuu ada ditanya pasal soalan kenegaraan ,1malaysia menteri semua tu…heran2 adakah saya awal2 lagi diorang taknak terima so soalan pun biasa2 jer la…diorang just suruh cerita pasal pengalaman kerja bidang tugas ptd tu jerr sobb sobbb…saya tak layak ke? Tapi saya bersyukur la sebab tak ditanya soalan yang killer2 macam tuuu..tp still musykil la :doa

  • 0 missjebat 8:34 pm

    pernah apply PTD. memang susah nk dapat. Yg terbaik shj. ada temuduga, ujian fizikal dll.. kena ada good communication skills… takpelah tak dpt.. syukur dah jd cikgu.. pembina dan pemproses minda generasi masa depan..

  • 0 khusnuzon 2:21 pm

    salam, pada pendapat saya…apa yang kerajaan malaysia buat mesti ada sebab, kewujuda PTD sangat memberi impak dalam pengurusan sistem Kerajaan malaysia. apa-apa pun pekerjaan yang anda lakukan, sentiasalah bersyukur dan saling menghormati bidang kerja sesama kita. yang penting, rezki yang diperolehi Halal lagi baik. semoga mendpat keberkatanNYA. ameen.

  • 0 tips 9:09 am

    esok ade exam PTD. Best of Luck!!

    (>.<)

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini