≡ Menu

Keputusan PRU 14 : Barisan Nasional atau Pakatan Harapan


Keputusan PRU 14 Pilihanraya Umum 2018 Milik Siapa? Barisan Nasional atau Pakatan Harapan

Pejam celik, pejam celik rakyat Malaysia dan negara bakal membuat penentuan ke arah mana halatuju Malaysia untuk tempoh 5 tahun daripada sekarang.

keputusan pru 14

Rakyat Malaysia bermain teka-teki sebelum ini, bila agaknya tempoh pembubaran parlimen akan berlaku sehinggalah ke tarikh Pilihanraya Umum ke 14.

Akhirnya semuanya telah terjawab. Dan sekarang…..tinggal rakyat yang akan membuat penentuan dan perhitungan samada terus ingin menjadi “raja” ataupun hanya rakyat Malaysia yang hanya menurut kuasa pihak pemerintah seterusnya selepas ini?

Dalam bahasa politik, tempoh yang ada sekarang adalah sangat…….lah panjang sebenarnya . Ini kerana dalam tempoh itu macam-macam boleh berlaku. Daripada segi corak serangan kempen ataupun mood pengundi untuk trend keputusan PRU 14 bila-bila masa sahaja boleh berubah arah dan pendirian mereka. (Sumber : mypt3)

Keputusan PRU 14 : Manifesto Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional

Buat kali kedua melihat kedua-dua parti politik baik Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional berada pada kedudukan “on par” sama kuat sama hebat. Kalau dahulu Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) Barisan Nasional lebih agresif dengan berbanding Pakatan Rakyat.

Manifesto Pakatan Rakyat pada masa itu pun carca merba. Kalau ikutkan sebenarnya kupasan perbincangan mengenai manifesto PRU masih baru di Malaysia ini kerana :

  • Manifesto Pilihanraya Umum 1999 : Parti pembangkang bergabung untuk memberikan tekanan kepada pihak pemerintah
  • Manifesto Pilihanraya umum 2004 : Parti pembangkang buat hal masing-masing dengan harapan hanya mahu mengurangkan majoriti yang dimilki Barisan Nasional
  • Manifesto Pilihanraya Umum 2008 : Idea pembentangan manifesto Barisan Rakyat pembangkang masih belum mampu meyakinkan rakyat Malaysia dengan pelan untuk mentadbir negara
  • Manifesto Pilihanraya Umum 2013 : Idea pembentangan manifesto Pakatan Rakyat pembangkang tampak lebih kuat dan kukuh. Walaubagaimanapun masih lagi ramai yang berhati-hati untuk memilih pembangkang menerajui kerajaan Malaysia

Tetapi tidak untuk Pilihanraya Umum 2018 kali ini. Di mana Pakatan Harapan pula yang dilihat lebih agresif dan sistematik berbanding Barisan Nasional semacam defensif.

Ini kerana gabungan parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan telah mula melancarkan manifesto Pakatan Harapan dan pelan perancangan untuk negara bagi 5 tahun seterusnya.

Lebih awal berbanding Barisan Nasional nampak ada peluang untuk memang pada keputusan PRu 14 kali ini

“oleh itu mereka mempunyai lebih banyak peluang, ruang dan masa untuk turun menerangkan kepada rakyat Malaysia walaupun ada batasan peluang di media arus perdana”

Ditambah dengan beberapa pemimpin politik yang cukup berpengalaman menyertai pakatan pembangkang termasuklah :

  1. Tun Mahathir
  2. Mukhriz mahathir
  3. Shafie Afdal
  4. Muhyiddin Yaasin

Keputusan PRU 14 : Tiada Parti Yang Akan Selesa

Walaubagaimanapun…

“Tiada parti politik yang boleh mendabik dada yang mereka akan menang kerana masih ramai lagi golongan atas pagar di luar sana untuk didekati parti politik sekarang ini”

Cuma kali Barisan nasional tidak dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada mereka sebelum ini seperti mana yang telah mereka praktikkan dalam Pilihanraya Umum 2004.

Pada waktu itu mereka berjaya mencatatkan kejayaan besar hasil strategi persempadanan semula. Itu sebablah kami katakan pada keputusan pru 14 ini kedua-dua parti sama hebat sama kuat. Masing-masing ada peluang untuk menang.

Dan inilah antara faktor mengapa ramai pemerhati politik dari dalam & luar negara termasuk rakyat Malaysia cukup memandang serius setiap apa yang dalam perjalanan pilihanraya umum kali ini.

Dan buat pertama kali tidak ramai yang dapat memberikan jawatan yang cukup meyakinkan untuk membuat penentian siapa yang akan menang kali ini, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?

Terus kongsikan bersama kami mengapa ia menjadi pilihan anda?